Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), bertemu sekli lgi dipagi isnin yg penuh dgn nikmatNya, Alhamdulillah..jom layan cakoi la plak, setelah berthun2 lamanya xbuat kue ni tiba minggu lepas suami tersebut psal cakoi ni..lalu dgn semangat yg membara wpun xberapa yakin, tawakal menguli la mokcinya..memang main buh je ikut kata hati, tepung maz saja letak 200g..pastu masa menguli terlembik sikit, jdi tambah la sikit lgi..air dh siap buh dlm cawan 200ml mulanya, pastu tuang 150ml je dlu..yis pun main sesedap rasa letak banyk tu dan bahan penaik yang lain, amik sdkit idea dri kuih pau yg selalu duk buat, pau pun kerap jgk duk buat..cuma xsnap gmbar je..Alhamdulillah semua dgn izinNya, boleh dikira jdi la jgk cakoinya, lembut sangat dan ada ronga2 gitu dlmnya..cuma rsa mcm kulit luar tu xberapa krispy, mungkinkah terlebih bahan penaik? takpe Insyaa Allah buat plak cuba kurangkan kat mna2..tapi tetap dpt pujian dari umat kat rmah ni, mungkin dh lama xmkn..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..
memang sedapp sangat la kan layan dgn kaya homemade ni, terasa wangi dan segar daun pandan yg dikisar serta santan..memang bleh buat sokmo..menu sarapan atau alas perut mlm yg ringkas dan mudah..kaya tu bleh buat awal simpan dlm peti..
CAKOI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
- 220g allpurpose flour * - memula maz guna 200g, pastu masa menguli lembik sikit, jadi tambah sikit lagi
- 150ml air sedikit suam - bergantung pada jenis dan kualiti tepung
- 1/2 sudu kecil yis mauripan
- 1 sudu kecil gula
- 1/4 sudu kecil double action baking powder *
- 1/4 sudu kecil baking powder *
- 1/4 sudu kecil garam *
- 1/2 sudu besar minyak sayur
- minyak untuk mengoreng
- pandan kaya (Inysaa Allah maz update next n3)
bila dah canai, potong mcm ni pastu cantumkan..
bila nk goreng, tekan kat tengah dengan chopstik yg telah dicelup air..
1. Satukan bahan bertanda *, kacau sikit biar sebati dengan garfu.
2. Dalam mangkuk satukan air, yis dan gula, biar sekejap dalam 1 minit.
3. Masukkan minyak dan bahan kering sambil dikacau dengan garfu buat bulatan jam biar adunan bersatu.
4. Uli dengan tangan selama 5-7 minit hingga jadi doh yang lembut dan tak melekat, masa menguli tu kalau rasa terlalu lembit sapu sikit tepung pada tangan dan uli.
5. Tutup mangkuk dengan plastik atau tuala, rehatkan doh selama 30-40 minit atau naik 1 kali ganda (maz guna cara panaskan oven dengan suhu paling rendah 50C, sebab lampu microwave dah terbakar, pastu letak doh ni, Insyaa Allah sekejap naik atau bergantung pada oven masing).
6. Tabur tepung sikit atas tempat nak canai, tumbuk sikit doh tadi kemudian canai 4 segi 1/2 cm tebal, potong kepada beberapa kepingan kecil dalam 1/2 inci lebih sikit (seperti dalam gambar diatas).
7. Cantum 2, celup chopstik dalam air dan tekan atasnya (seperti dalam gambar tu).
8. Panaskan minyak secukupnya, amik 1 keping yang dah ditekan dengan chopstik dan tarik sikit dari ke dua hujungnya (agar jadi panjang sikit dari saiz asal tu), masukkan dalam minyak panas dan goreng sambil dibalik-balikkan hingga garing dikedua bahagian.
9. Angkat dan toskan, boleh la dihidang ketika masih panas bersama kaya pandan yang cair.
Nota ilhamdapur : kat sni maz memang duk guna allpurpose flour (tepung serbaguna) atau maida flour. Allpurpose flour ni tak sama mcm tepung gandum, tepung gandum adalah plan flour, allpurpose flour ni kandungan protinnya rendah sikit, boleh je guna tepung gandum atau tepung roti, cuma sukatan air tu mungkin tidak sama dengan setiap tepung yang digunakan, ni dari pengalaman maz sendiri, masa blik msia dulu cuba buat pau 3S yg selalu duk buat kat sni dgn allpurpose flour, tapi bila guna tepung gandum masa kat msia, jdi lembik dgn sukatan air yg sama kat sni.
smpai 2x dlm shri buat cakoi ni..gitu kat rmah ni klu benda yg dpt sambutan mesti kena ulang buat dlu, tu pun stok kaya utk cakoi ni kacau plak smlm..cuaca dingin ni memang molek sangat la dpt cakoi ni deh, memula buat utk bekpes..yg tu xdan nk snap apa sbb nk cepat, sbb pkul 8 sheikh dtg nk mengajar dh..yg ni buat plak mlmnya utk alas perut, biasa jgk duk beli cakoi mkn dgn kaya cair ni kat pasar mlm dlu..jdi tu yg kena buat kaya jgk utk cakoi ni sbb anak dgn suami dh oder mcm tu, kena buat mcm yg biasa duk mkn..