Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, November 2, 2015

Kek Coklat Lapis Keju (Kukus)

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan..memlm jamu mata dgn kek plak deh, kek coklat lapis cheese, hasil experimen yg baru, walaa! sedappnya..kat rmah ni memang kerap duk buat kek coklat je..olahan rspi kek ni dan ilham dari snow cheese cake..gandingan kek coklat dengan cream cheese memang tak perlu disangkal lagi keenakkannya, setiap suapan mewah dgn rasa coklat dan lemak keju yg ckup sedapp..sebnarnya dh 3x kukus kek ni, kat rmah ni gitu la, klu yg popular demand tu mesti kena buat berturut2 dlu..tpi skli buat memang kecik je la, sbjik bgi pada Sheikh yg ajar tajwid sbb anak sulungnya umur 3 tahun tu suka sangat kek coklat..very nice kek katanya..Alhamdulillah semua dgn izinNya..semoga jumpa lagi, Inysaa Allah dan maaf atas segala khilaf..

KEK COKLAT LAPIS KEJU (KUKUS) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (loyang bulat 7 inci)

Bahan A
  • 1/2 cawan allpurpose flour
  • 1/2 cawan + 2 sudu besar gula halus (150g)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan (120ml) minyak sayur
  • 1/3 cawan (80ml) susu segar
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu
Bahan B
  • 130g cream cheese
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1 biji telur 
  • sedikit vanilla
Bahan C
  • 50g cream cheese 
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 sudu kecil susu segar - jika perlu
  • parutan cheedar cheese secukupnya
Cara

1. Sediakan pengukus dengan air mendidih, balut penutup pengukus dengan tuala/kain dan alas dasar loyang dengan baking paper.
2. Dalam mangkuk sebatikan semua bahan kering, kemudian masukkan semua bahan basah dan kacau dengan senduk kayu biar sebati.
3. Dalam bekas lain putar semua bahan C biar berkrim, kecuali parutan cheedar cheese, simpan dalam peti sehingga digunakan.
4. Dalam bekas lain, putar cream cheese dan gula dari bahan B biar sebati, masukkan telur dan vanilla, putar sekadar sebati semua bahan.
5. Cara mengukus, masukkan separuh dari no 2 dalam loyang dan kukus selama 7-10 minit atau hingga permukaannya sedikit keras.
6. Kemudian tuang semua bahan no 4 secara perlahan dan kukus selama 7-10 minit atau hingga permukaannya sedikit keras.
7. Akhir sekali tuang baki lapisan coklat dan kukus selama 18-20 minit atau boleh cucuk dengan lidi, kalau kek tak letak kat lidi maknanya kek dah masak.
8. Sejukkan 5-6 jam atau semalaman, kemudian baru sapu bahan C atas permukaan kek dan tabur parutan cheedar cheese, kalau nak sapu dan tabur cheese penuh keliling kek pun boleh, gandakan sukatan bahan C.

abangngah dgn babanya la peminat tegar kek gini..kek coklat ni klu dibiar semlman dlm peti lagi terasa coklatnya, lagi la sedap..kek ni pun dh seminggu lebih kena peram, saja xnk update dlu sbb baru je n3 cupcakes coklat tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...