Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, October 22, 2015

Sambal Ijau Dengan Terung Pipit ala Rumah Makan Padang

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah), sekli lagi cuba menu dri tanah seberang..klu singgah mkn, sambal ijau ni atau yang jenis merah tu mesti ada..sedapp la plak mkn masa kat rumah makan simpang raya, cicah dgn pucuk ubi..pastu bila mkn kat restoran satu lgi tu sambal ijaunya dimasak sekli dengan terung, jdi dri situ la cuba buat versi terung pipit ni..sambil duk mkn tu bisik kat suami sruh tnya pak supir mcmna nk buat sambal tu..katanya cili harus mau direbus dulu, lalu dihancur sama bawang kemudian dituangnya minyak panas..adoiii! sempat lgi tu nk menuntut ilmu..sambal ijau ni jenis kasar gitu, cilinya direbus atau dikukus pun boleh, kemudian tumbuk bersama bawang, sedappp..sekali sekala tukar selera dgn sambal belacan deh..selamat berhujung minggu, sni start esk cuti asyura 4 hari sbb hari besar bagi org shiah, Inysaa Allah jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada..

SAMBAL IJAU DENGAN TERUNG PIPIT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 5 biji cili besar hijau *
  • 4 cili padi hijau - boleh kurang atau tambah *
  • 1/2 biji tomato hijau *
  • 1 mangkuk kecil terung pipit *
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • garam, gula secukup rasa
  • sedikit minyak 
Cara

1. Rebus semua bahan bertanda hingga lembut, tos dan ketepikan terung pipit.
2. Tumbuk cili, bawang dan tomato biar separuh lumat dan perasa secukup rasa.
3. Dalam kuali panaskan 2-3 sudu besar minyak, masukkan bahan tumbuk dan terung pipit, masak sekejap dalam 2-3 minit, tambah sedikit air jika perlu.
4. Boleh la dihidang bersama nasi putih dan ulaman, maz makan dengan nasi ayam penyek.

Indonesia kulinernya memang hebat, masakannya ada mcm2 jenis, masa kat pantai Pariaman ada sorang makcik yg jual kerepek2 ni..yg trkejutnya kerepek jering pun ada, beli la 1 paket nk rasa..hurmm, xde pon rasa jeringnya..mcm mkn kerepek ubi kayu je, kretipp dan rajin org sana..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...