Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, December 13, 2016

Sambal Udang Petai Thai

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nabi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah swt always protect us, our loved and keep us safe, Ameen.
bila semuanya bersatu ni lah jdinya, klu sblum ni wpun xbrapa rajin tpi semangat masih ada..bleh la jgk gagah update blog..skrang ni hbis skli dgn mood pon dh ilang ke laut, maka dapur suam ni mungkin akan bertukar jdi sejuk la plak..dh sbln lebih xpegang kamera, rsa nk pencen berblog pon ada..tpi bila ingatkan gambar2 lama masih bnyk lgi duk peram dlm folder, ada dkat 40 gmbar lgi..tu yg paksa dan lawan jgk utk buka lappy yg dh berhabuk ni, nk sambung cerita cuti2 europah pon malas nk upload gmbar, huhuu! 12 hri travel sempat ke austria, german, italy, france dan switzerland..ok la cuci mata dgn sambal petai gaya siam ni, bgi selera tukang masak ni serius sedappp! xmuak mcm sambal petai yg biasa duk buat tu sbb resipi ni xguna minyak bnyk dan xtumis cili kering, bnyk guna cili padi..terasa aroma bahan segar yg dikisar, InysaaAllah sampai jumpa lgi dan maaf atas silap yg ada..

SAMBAL UDANG PETAI THAI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 20 ekor udang segar saiz sederhana 
  • 2 batang serai - hiris nipis *
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci kunyit *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1/2 inci belacan *
  • 2 helai daun limau purut - buang batang tengah *
  • 10 biji cili padi merah * - boleh tambah jika suka pedas
  • 3 sudu besar cili kisar * - rebus dan kisar @ rendam 8-10 tangkai cili kering dalam air panas biar lembut dan kisar sekali dengan bahan lain.
  • kicap ikan/nampla
  • sedikit sos tiram 
  • gula siam@gula dan aji jika suka 
  • 2 sudu besar minyak sayur/masak
Cara

1. Kupas kulit udang, tinggal ekor saja dan belah belakang buang urat hitam, toskan.
2. Masukkan semua bahan bertanda *, sedikit sos ikan dalam pengisar kering dan kisar hingga lumat.
3. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan tumis sekejap, masukkan udang dan kacau sebati biar udang keluar airnya, masa ni guna api besar ye.
4. Masukkan sedikit air (dalam 1/4 cawan gitu), sos tiram, gula thai/gula dan aji jika guna, kacau balik biar udang mesra dengan bahan rencah dan suaikan secukup rasa, boleh tambah kicap ikan atau sedikit garam jika perlu.
5. Masukkan petai, masak seketika lagi dalam 1 minit, padamkan api.

kelainan skit dri masak sambal biasa..

bleh berpeluh2 la layan dgn nasi panas, xde lauk lain pon xpandang dh ore lalu..klu cuba mesti jatuh cintan, kbetulan msa pergi asian store ada petai..terus la beli, tpi ni cerita dkat 2 bln sudah la ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...