Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts

Monday, August 15, 2016

Fish N Chips Lagi

Assalamualaikum w.b.t. 
'La illaha il'lallah wahdahu la sharika lah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'ala kul'li shayin qadeer (tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi Allah, yang memiliki langit dan bumi dan yang berkuasa atas segalanya), zikir selepas solat fardu sunnah Rasulullah saw, baca 10x selepas solat maghrib dan subuh sebaik bagi salam..sama2 kita amalkan semoga Allah swt have mercy on us all, forgive our mountainous sins and strengthen our iman, Ameen.
smlm nasi lomak, hri ni update menu western la plak..tpi ni pun kejadian awal bln 4 lgi! dh terlebih jdi baja jgk ni pun, kerap jgk duk buat fish n chips ni sbb suami dgn abangngah suka sangat, afiq kurang minat sikit sbb ikan..smenjak dh dpt bancuhan batter yg kena dgn selera ni, seronok plak buat sdrik..mkn pun puas, rspi sama mcm yg sblum ni..kat sini pun ada, basic batter ni la jgk maz guna utk buat udg celup tepung, pisang goreng cheese, kerepek daun kangkung..cuma ubah sikit2, menjadi elok dan rangup..Alhamdulillah semua dgn izinNya, skli lagi terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni..semoga ada yg dpt dimanafaat bersama dan mohon maaf atas khilaf yg ada, InysaaAllah jumpa lagi..

mcm yg buat sblum ni jgk, maz guna isi ikan kerapu atau org arab panggil hamour..sini ikan kerapu bnyk yg besar2, kat pasaraya pun ada jual fresh hamour fillet ni dan harganya bleh tahan jgk mahalnya..klu kat pasar kepala ikan tu diorang belah guna kapak sbb besar, rsanya org india la kut yg duk beli kepala ni..

FISH N CHIPS LAGI  by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 4 keping hamour fillet/isi ikan kerapu (gambar ikan ada kat sini)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar - option @ boleh guna air sejuk peti
  • 1/4 sudu kecil yis kering, mauripan dll - bancuh dengan 1 sudu besar sir suam
  • sedikit onion powder - option
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
  • sos pilihan - maz buat mayo garlic sos - bancuh mayonis+sedikit susu segar, mentega cair+1 ulas bawang putih, tumbuk lumat dulu dan secubit garam.
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, masukkan susu segar, yis, air dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair, biar boleh salut ikan), kalau tak masuk susu segar, guna air sejuk peti semua.
2. Tabur sedikit serbuk lada hitam pada ikan.
3. Panaskan minyak secukupnya, celupkan ikan dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian, angkat dan toskan, sedia untuk dinikmati bersama, kentang goreng dan sos pilihan.

utk sos tu maz bancuh mayonis dgn bawang putih, tumbuk lumat dan butter cair..gandingan yg serasi, sedapp! krup krap gitu, tambah ikan pun fresh..xckup skeping tu, tgk gmbar ni terasa nk mkn la plak..

Sunday, May 15, 2016

Baked Hamour Fillets With Vegetable..Menu Plan Diet Cara Atkins

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga.
kembali dgn menu masa duk berdiet hangat2 tahi itik hritu skjap, adoii! memang terbabas hbis, senang hati la sbb npak turun jgk skit..masa semangat diet tgh tebal skjap tu memang jaga sungguh la mknnya..tu yg cepat npak kat weight scale, pastu mula la start mkn mcm2 blik, fillet ni resipi ringkas dan enak! nk buat pun mudah sngat..maz guna isi ikan kerapu atau sni panggil hamour, stakat ni klu fillet ikan duk beli hamour ni je..tekak ni ok dgn ikan ni, klu ikan lain tkut nati xbleh nk terima plak..ikannya pun fresh, cuma tabur serbuk lada hitam dgn olive oil je..pastu msuk oven..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

BAKED HAMOUR FILLETS WITH VEGETABLE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 keping hamour fillet (isi ikan kerapu)
  • 1 biji lada benggla hijau - dadu
  • 5-7 biji tomato ceri - dadu
  • 3 kuntum cendawan shitake - rendam dengan air panas biar lembut, hiris
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit minyak zaitun
Cara

1. Panaskan oven 170 C.
2. Tabur sedikit garam dan serbuk lada hitam pada ikan, pastikan ikan kering sepenuhnya, ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali non stick, masukkan lada benggala, cendawan shitake, secubit garam dan serbuk lada hitam, masak sekejap sekadar layu, angkat dan masuk dalam loyang.
4. Dengan kuali yang sama, panaskan sedikit lagi minyak zaitun, masukkan ikan dan masak 1-2 minit atau biar sedikit perang di kedua bahagian.
5. Ratakan lada benggala dalam loyang tadi bersama buah tomato, letak ikan atasnya dan tuang sedikit minyak zaitun, masukkan dalam oven dan masak selama 7-8 minit.

biasa klu beli fillet ni duk buat lauk atau fish n chips, diet punya pasai masak cara sihat la plak deh! sedap la..kombinasi yg ckup serasi, terasa manis sayur dan ikan segar sbb xguna rencah sangat..

Tuesday, April 26, 2016

Fish N Chips

Assalamualaikum w.b.t
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen. 
bertemu skli lgi, tuan dapur ni rsa berat je mood plak pgi ni nk buat keje..cuci mata dgn fish n chips ni a dlu deh! xde idea plak nk mengarang panjang2, ni pun kejadian sblum berdiet..snak yg bleh kata kerap jgk duk buat, mudah dan sedap..maz guna hamour fillet atau filet ikan kerapu..sni ikan kerapu yg besar2 pun bnyk, klu kat pasar memang dijual yg dh siap potong atau fillet..klu ikan dorry yg jual frozen kat pasaraya tu tekak ni xbleh nk terima la plak, pernah la masa kat Msia dlu beli skli..pas dh defrost lembik dan bau semcm je, terus jdi rezeki tong sampah..kat sni pun ada ikan dorry frozen, tpi xpernah beli lgi la stakat ni..utk batter tu masih setia dgn rspi yg duk guna sblum, susu segar klu xnak masuk pun takpe..guna air sejuk peti je smua, tetap rangup..semoga jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

FISH N CHIPS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4 keping hammour fillet/isi ikan kerapu (gambar ikan kat sini)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar - option
  • 1/4 sudu kecil yis kering, mauripan dll - bancuh dengan 1 sudu besar sir suam
  • sedikit onion powder - option
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
  • sos pilihan - maz buat mayo garlic sos - bancuh mayonis+sedikit susu segar, mentega cair+1 ulas bawang putih, tumbuk lumat dan secubit garam.
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, masukkan susu segar, yis, air dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair, biar boleh salut ikan), kalau tak masuk susu segar, guna air sejuk peti semua.
2. Tabur sedikit serbuk lada hitam pada ikan.
3. Panaskan minyak secukupnya, celupkan ikan dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian, angkat dan toskan, sedia untuk dinikmati bersama, kentang goreng dan sos pilihan.

yg buat sdrik lgi puas hati, dgn sangup dan terasa ikan fresh..prnah la beli skli kat restoran yg specialtynya fish n chips, kira pemes la kedai tu..tpi frustnya dia guna breadcrumbs utk salut ikan, xguna batter..pastu ikan pun nipisnya..

Wednesday, March 9, 2016

Sirloin Tips Lagi

 Assalamualaikum w.b.t
 'Allahumma innaka afuwwun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah R.A jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah SWT forgive us, our parents and guide us to the straight path, Ameen
beratnya mood skrang ni nk kemas blog, gambar berderet lgi dlm folder tu..rsa mcm malas nk berblog pun ada jgk dh ni, tpi cuba pujuk hati..mungkin skejap je kut malas ni! sayang jgk klu xupdate gambar2 yg dh sedia ada tu, steak versi kiub lagi..tpi ni pun lama dh jgk kena peram, sbnarnya lepas buat yg memula dlu, ada kat sini..pastu xthu berapa kali dah duk ulang buat plak, memang sedapp! dgn juice daging segar, lembut wpun hnya masak skjap je..tpi kena guna bahagian sirloin la ye, nk buat pun punya la mudahnya! semua umat kat rumah ni suka sangat steak gaya ihop ni..klu pergi psar daging memang beli sirloin utk buat steak ni, Inysaa Allah sampai jumpa lagi..idea pon xde sangat nk tulis apa pgi ni, maaf atas segala kekurangan..

SIRLOIN TIPS LAGI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 400g daging bahagian sirloin - potong kiub saiz 2 inci
  • 1 sudu kecil extra virgin minyak zaitun
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil cuka epal
  • secubit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • brokoli celur dan thousand island sos
Cara

1. Pastikan daging tu kering sepenuhnya.
2. Gaul daging dengan semua bahan diatas kecuali bahan terakhir, perap selama 4-5 jam.
3. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali non steak, susun daging dan masak sekejap dalam 1-2 minit di kedua bahagian biar sedikit perang, masa proses ni kena buat dengan segera agar daging yang dah masak tidak dibiar lama diluar, nanti airnya keluar, steak jadi keras dan kering, jadi kalau boleh jangan buat banyak-banyak agar sekali masak serentak semua dalam kuali dan terus masuk ove, bahan perap tu boleh tambah apa yang kurang, maz tak sukat pun sebenarnya, main tuang gitu je.
4. Masukkan daging yang dimasak tadi dalam loyang dan masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 dan masak selama 6-8 minit atau jika suka medium boleh terus hidang, tak perlu masuk oven dah.
5. Boleh la dihidang bersama brokoli dan thousand island sos atau salad kegemaran.

klu anak tgk ni sure sruh buat plak, 2 minggu sudah rsanya ada beli daging ni..tpi maz guna buat tikka, ada la duk peram dlm folder tu..

Wednesday, January 27, 2016

Baked Chicken

 Assalamualaikum w.b.t 'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami)
baked chicken versi sipel mapel je..kerap jgk dh duk buat ayam ni, afiq suka sangat..ni pun yg buat awal bln 12 lgik..gitu la dapur ni semua duk main peram dlu, kekadang tu maz letak cendawan butang segar atau brokoli..ikut apa stok yg ada, wpun ringkas je, tetap sedap sbb ada bau bawang putih..ada rsa mcm baked chicken kat ikea sikit2, klu nk cicah dgn garlic bread pun bleh..Inysaa Allah sampai bersama lagi, mohon maaf atas kekurangan yg ada..semoga Allah swt guide us to the straight path..

gambar atas tu, ayam yg dilumur dgn tepung dimasak dulu sekejap agar kulitnya jdi berkerak..pastu masukkan kentang, sedikit air dan bawang putih, ready utk masuk oven..

BAKED CHICKEN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong 4
  • 1 biji kentang - potong kiub
  • 3-4 ulas bawang putih - ketuk sekali dengan kulit
  • 1/4 cawan allpurpose flour @ tepung gandum *
  • 1/2 sudu kecil serbuk bawang/onion powder *
  • 1/4 sudu kecil serbuk cayenne/cayenne pepper *
  • 1/2 sudu kecil italian herbs *
  • 1/2 kiub pati ayam - ramas sikit
  • sedikit extra virgin minyak zaitun
Cara

1. Panaskan oven suhu 200 C.
2. Cuci ayam dan toskan, kemudian lumur ayam dengan sedikit garam.
3. Satukan semua bahan bertanda *, kemudian lumur pada seluruh ayam.
4. Dalam kuali leper (maz guna kuali yang boleh masuk terus dalam oven), panaskan 1-2 sudu besar minyak zaitun, masukkan ubi kentang dan masak biar sedikit perang, angkat dan ketepikan.
5. Dengan kuali yang sama, panaskan sedikit lagi minyak zaitun, masukkan ayam dan masak 2-3 minit biar sedikit berkerak dikedua bahagian, masak sampai habis kemudian padamkan api.
6. Masukkan sedikit air dalam kuali ayam tadi (dalam 1/2 cawan ke), bawang putih, kiub pati dan ketang, letak sehelai aluminium foil atas kuali, masukkan dalam oven dan masak selama 30-35 minit.
6. Aluminium tu tak perlu balut, letak gitu je, selepas 15 minit, siram sikit ayam dengan airnya agar meresap dalam seluruh ayam.

maz guna ayam kecik je, biasa duk beli ayam 1 ekor saiz 1kg atau 800g-900g..sedap mkn ayam kecik2 ni..bila xde idea nk msak apa, menu gini la yg jdi penganti..

Thursday, December 3, 2015

Chicken Stew

Assalamualaikum w.b.t 'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar..sahabat yang telah dijanjikan syurga semasa hayatnya lagi..
kembali dgn gambar lama, dh berbulan peram ni..rsanya buat utk alas perut mlm la jgk, maz suka masak stew stail masuk oven ni..senang keje kan, buh dlm tu..pastu tunggu amik je, xpayah nk kacau apa..dan yg penting sedapp, ada 1 jenis lagi versi mudah jgk..yg tu baked chicken, dh buat 3-4x rsanya cuma skli pun xsnap lgi sbb setiap kli buat mood nk pegang kamera tu xde..memang ada tau skli skala tu rsa mcm tu, klu xde idea utk masak bleh la skli sekala tukar selera dgn menu ayam stew ni..anak2 mesti suka, Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

CHICKEN STEW by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong 4
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 2 helai daun bay
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 sudu kecil ada hitam
  • 1/4 cawan tepung gandum *
  • 1/2 sudu kecil italian herbs (basil/rosemary/oregano dll) *
  • 1/2 sudu kecil cayenne pepper *
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin) *
  • 1/2 sudu kecil onion powder *
  • 1/2 sudu kecil serbuk paprika *
  • 2 sudu besar mentega 
  • 2-3 sudu besar minyak zaitun/sayur
  • 1 batang lobak merah 
  • 1 biji ubi kentang
  • sedikit kicap manis - untuk gelapkan warna sos
  • sedikit garam
Cara

1. Panaskan oven 200 C.
2. Bersihkan ayam dan toskan, lumur sedikit garam pada seluruh ayam dan masukkan bawang putih dicelah kulit atau isi ayam.
3. Dalam mangkuk sebatikan semua bahan bertanda *, kemudian lumur separuh pada seluruh kulit ayam, tepung yang lebih tu ketepikan untuk guna kemudian.
4. Panaskan periuk (yang boleh terus masuk oven), masukkan mentega dan minyak zaitun atau minyak sayur, susun ayam 2-3 ketol dan masak biar perang dikedua bahagain (dalam 2-3 minit setiap bahagian), angkat dan ketepikan dan buat sampai habis.
5. Dengan periuk yang sama, tambah sedikit minyak lagi jika perlu, masukkan lobak merah dan kentang, masak sekejap agar sedikit perang kemudian angkat dan ketepikan.
6. Tambah sedikit minyak lagi, masukkan bawang cincang, lada hitam dan daun bay, masak biar bawang layu.
7. Masukkan baki tepung tadi dan kacau dengan senduk kayu agar tidak berketul, kemudian masukkan air secukupnya (dalam 1 liter).
8. Masukkan pati ayam dan kacau agar tepung sebati dengan air, kemudian masukkan sayuran tadi ,sedikit kicap dan perasa secukup rasa, boleh tambah sedikit garam jika perlu.
9. Masukkan ayam dan tutup periuk, masukkan dalam oven.
10. Masak selama 20 minit kemudian kacau sikit dan masak lagi selama 30-35 minit biar ayam lembut.
11. Boleh la dihidang bersama roti bawang putih/kentang putar atau nasi putih (maz guna roti keping je utk buat garlic bread tu, sapu mentega pada kedua bahagian roti, masukkan dalam oven biar perang sikit atau toaster kemudian sapu dengan bawang putih).

stew gini memang pabret umat kat rmah, terumatnya anak bongsu..suka sangat dia dgn masakan ayam, pastu ayam kat sni saiz kecik molek je..memang sdpp la, boleh dihidang bersama roti putih atau garlic bread..

Sunday, November 29, 2015

Creamy Celery Soup

Assalamualaikum w.b.t..'Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), bertemu lgi..semoga dipermudahkan segala urusan kita hri ini, pestime buat sup celery ni..biasa mushroom sup je, kes nk perabiskan celery yg beli 1 bundle tu, murah punya psal tu yg beli..biasanya celery ni memang mahal kat sni..amik 2 batang pun dh 400-500 fil, tpi terkejut tgk msa kat Ansar Galery 2 minggu sudah 1kg lebih bru 500 fil..tu yg xpikir bnyk terus amik, mkn dgn sour cream sikit..pastu ada jgk kwn kat fb kata buat ulam pun sedap, maz try la cicah budu..memang sedap rupenya, ada mcm rsa timun plak..cuma buat jus dgn epal hijau yg blum lgi, org kata elok utk ubat darah tinggi..makanan yg banyk khsiatnya, Inysaa Allah sampai ketemu lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

CREAMY CELERY SOUP by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 cawan celery yang dicincang 
  • 1/2 labu bawang besar - cincang
  • 3 sudu besar mentega tanpa garam (unsalted)
  • 2 sudu besar cawan allpurpose flour @ tepung gandum - bancuh dengan sedikit air
  • 1 cawan susu segar @ boleh campur dengan sedikit whipping cream
  • 1/2 kiub pati ayam
Cara

1. Panaskan mentega, masukkan bawang dan celery, masak sekejap sekadar layu.
2. Masukkan susu segar, tepung, kiub dan kacau agar tidak berketul.
3. Masak hingga mendidih dan sup jadi sedikit pekat, kalau rasa kurang pekat atau sebaliknya tambah tepung atau susu sikit lagi dan suaikan rasa apa yang kurang.
4. Boleh la dihidang ketika masih panas dengan roti pilihan.

sup ni maz xletak whip cream sbb xde stok, klu nak masuk pun bleh..lagi sedap la..cuaca dingin ni memang kena la deh layan sup panas..

Wednesday, November 11, 2015

Sirloin Tips Ala IHOP

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah), apa khbar semua..semoga dipermudahkan segala urusan kita yg membawa kebaikan hri ini, doa mommy jgk buat anakanda kak long semoga mendapat kejayaan yg cemerlang dlm exam hri ni..lama dh jgk xkluar menu steak ni deh, kli ni buat versi kiub..idea ni pun kes mkn kat luar la, masa pergi City Centre bru ni ada mkn kat IHOP restoran, maz order sirloin tips steaknya yg dihidang bersama karamel mushroom dan onion sbgai gravy dan ada jgk hash brown sbgai sbgai snack..bleh la tahan rasanya, jdi mcm biasa la mokcik ni klu benda yg dia rasa bleh buat sdrik tu, mesti nk cubak jgk kat ilhamdapur ni..dan ni la hasilnya, ckup memuaskan..memang sedapp, dgn juicynya, daging pun lembut..pasni xmsuk dh ihop rasanya..sikit je pun steaknya dh dekat 7 dinar sepingan @ rm75, suami kata sedap yg buat ni lgi..Alhamdulillah semua dgn izinNya jgk..anak pun siap oder sruh buat plak..terima kasih skli lgi pada yg sudi menjadi penyeri dapur sepi maz ni, harap segala kekurangan yg ada dpt dimaafkan, Inysaa Allah semoga jumpa lagi..

masak pun sekejap je sbb guna sirloin meat..memang part utk steak la kan..daging maz beli kat pasar je..ckp nk sirloin part, suami memang dh biasa dgn org jual tu, masa pergi wken hritu beli ekor lembut 1 batang..pastu dh siap ckp kat dia sruh simpan gearbox plak, Inysaa Allah hjung minggu ni pergi amik la..klu beli ikan atau daging kami beli dgn 1-2 org peniaga je..senang mereka pun kenal kita kan..

SIRLOIN TIPS ALA IHOP by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 400g sirloin meat - potong kiub saiz 2 inci
  • 1 sudu kecil extra virgin minyak zaitun
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil cuka epal
  • 1-2 cubit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • brokoli celur dan thousand island sos
Cara

1. Pastikan daging tu kering sepenuhnya, maz tak cuci pun daging tu sbb memang dah bersih.
2. Gaul daging dengan semua bahan diatas kecuali bahan terakhir, perap selama 4-5 jam.
3. Panaskan minyak zaitun dalam 1 sudu besar ke dalam kuali non steak, susun daging dan masak sekejap dalam 1-2 minit di kedua bahagian biar sedikit perang, masa proses ni kena buat dengan segera agar daging yang dah dimasak tidak dibiar lama diluar, nanti airnya keluar, steak jadi keras dan kering, jadi kalau boleh sekali buat jangan buat banyak-banyak agar dapat sekali masak serentak semua dalam kuali dan terus masuk oven, bahan perap tu boleh tambah apa yang kurang, maz tak sukat pun sebenarnya, main tuang gitu je.
4. Dalam loyang, tuang minyak zaitun dalam 1 sudu besar, masukkan daging yang dimasak tadi dan masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 dan masak selama 8-10 minit.
5. Boleh la dihidang bersama brokoli dan thousand island sos atau salad kegemaran.

yg mkn kat ihop tu dagingnya rasa simple je, tak diperap dgn bnyk bahan..maz pun cuba buat gitu jgk, jdi kita dpt rasa manis daging..memang sedapp dan xperlu sos dh sbb air daging dengan ada sedikit rasa dari marinate tu dh ckup..thousand island tu utk cicah dgn brokoli..kat rumah ni semua peminat daging gini.

Tuesday, October 27, 2015

Baked Barbecue Chicken Wings

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan..cuci mata dgn kepak ayam panggang la plak deh, boleh terjdi ayam bbq ni sbb abangngah suka sangat mkn bbq wing kat papa john..jdi dri situ la dtg keinginan utk buat BBQ ni, rupenya mudah sangat nk buatnya..cuma yg kat papa john tu ayamnya dibakar guna arang, ni main sumbat dlm oben je! wpun xsama 100% dgn yg kat papa john, utk mkn anak2 tu bleh la kan..mkn sampai menjilat jari jgk, anak dgn suami kata dh sedap ni..terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni, harap dpt dimaafkan setiap yg tidak sempurna..Inysaa Allah semoga jumpa lgi..

BAKED BARBECUE CHICKEN WINGS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 kg kepak ayam saiz kecil, kerat 2 & buang bahagian hujung - toskan 
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1/2 sudu kecil cuka epal
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis (cumin)
  • 3-4 titik kicap manis - nak bagi warna jadi gelap sikit
Cara

1. Untuk buat sos barbecue, satukan semua bahan diatas kecuali kepak ayam dan masak dengan api perlahan biar berbuih sikit dan gula larut, suaikan rasa biar ada rasa manis yang cukup dan masin dari sos tiram, sos ni boleh buat awal.
2. Panaskan oven suhu 180 C, sediakan loyang yang telah dilapik dengan aluminum foil dan letak redai besi atas loyang, lumur ayam dengan sedikit garam dan susun ayam redai, guna redai besi ni agar bila masak ayam tak bertakung dalam airnya yang keluar, tapi kalau tak nak guna redai pun boleh.
3. Bakar selama 15-17 minit atau hingga masak sikit kemudian balikkan dan bakar lagi selama 13-15 minit atau hingga masak, jangan terlebih bakar nanti isinya jadi keras. 
4. Bila dah masak, masukkan dalam mangkuk besar dan gaul dengan sos bbq tadi, sedia untuk dinikmati.

klu ada family gathering bleh jgk buat chicken wing gini utk budak2 kan..lagi sedapp sos bbq yg buat sdrik ni dri beli yg dlm botol, lebih terasa manisnya..nak buat pun mudah sangat..tapi klu kat msia boleh beli yg jenama life BBQ sos yg ada tulis smoke tu, sedapp sosnya..

Tuesday, October 20, 2015

Fried Fish Fillet

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus ketika dlm perut ikan..bertemu sekli lagi, masih dlm misi nak clearkan sikit folder tu..bila nk habis klu asik duk tambah je kan, asalnya beli fillet ikan hritu nk buat fish n chips..tapi xde stok fries, tu yg skit dimasak buat lauk, baked 2 keping dan goreng celup tepung ni..bleh kenyang la mkn sketoi tu, besar..tebal plak tu isinya..utk batter tu masih guna rspi yg sblum ni, suka betul dgn rspi ni..rangup, cuma ejus sikit je, bleh guna utk mcm2 dgn batter tu..Inysaa Allah jumpa lagi, klu dlm masalah perbanykkan baca doa tu, Insyaa Allah semoga dilapangkan segala kesulitan dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Fried Fish Fillet by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 keping hammour fillet (gambar ikan kat sini)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu kecil yis kering, mauripan dll - bancuh dengan 1 sudu besar sir suam
  • sedikit onion powder - option
  • 50ml susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
  • sos pilihan - maz buat mayo garlic sos - bancuh mayonis+sedikit whip cream @ susu segar+1 ulas bawang putih, tumbuk lumat dan sdikit serbuk lada hitam
Cara


1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, air dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair, biar boleh salut ikan).
2. Tabur sedikit serbuk lada hitam dan serbuk onion powder pada isi ikan.
3. Panaskan minyak secukupnya, celupkan ikan dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angkat dan toskan, sedia untuk dinikmati bersama sos pilihan.

ni pun buat utk alas perut mlm, tu yg kat ni dapur banyk menu sampingan gini sbb nasi hanya utk tghari je..mlm buat yg simple gini la, klu isi ikan gini abangngah dgn adik mkn plak..jgn ada rupe ikan sekor je..

Monday, October 19, 2015

New Orleans Shrimp

Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya'..(Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa)..cuci mata je la deh dgn menu yg dah berbln jgk ni pun, kejadian suatu hritu idea dri restoran seafood Bubba Gump kat sunway piramid, memang kecur la tgk segala menu udangnya..respi main hentam je la labu, wpun tak sama 100% dgn restoran punya..tapi utk mkn keluarga tu bleh sangat dah la kan..masakan ni boleh jgk dihidang bersma nasi putih atau garlic bread selain dari kentang putar..terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dapur maz ni dan semoga segala kekurangan yg ada dpt dimaafkan, sama2 kita perbanyakkan zikir diatas semoga Allah swt ampunkan dosa kita..Inysaa Allah jumpa lagi..

New Orleans Shrimp by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g udang saiz sederhana 
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat *
  • 1 sudu kecil rempah cajun *
  • 1/4 sudu kecil onion powder *
  • 1/4 sudu kecil daun oregano @ italian herbs *
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam *
  • 1/2 cawan mentega @ secukupnya
  • 2 sudu besar allpurpose flour @ tepung gandum
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 2-3 keping hirisan lemon - option
  • sedikit kicap manis - nak bagi sos gelap sikit
  • sedikit kiub pati/serbuk ayam - jika perlu
  • kentang putar atau nasi putih - hidangan sampingan
Cara

1. Udang dibuang kepala dan kulit kecuali ekornya, cuci dan toskan biar kering sepenuhnya.
2. Sebatikan semua bahan bertanda * dan gaul dengan udang.
3. Guna kuali leper jenis biasa yang bukan non stick, panaskan 2-3 sudu besar mentega.
4. Masukkan udang, jangan masuk semua sekali jika kuali kecil agar udang tidak bertindih, mentega pun gitu juga, masuk sikit-sikit kalau kuali kecil, kira padan dengan udang, supaya mentega tidak terlebih bila masuk udang, masak selama 1-2 minit setiap bahagian biar udang sedikit garing (maz punya tu pun tak berapa garing sebab terlebih mentega), angkat dan buat sampai habis, panaskan mentega sikit lagi jika perlu setiap kali nak masuk udang.
5. Dengan kuali yang sama, cairkan 4-5 sudu besar mentega, masukkan tepung dan kacau biar tidak berketul, masukkan sedikit air (dalam 1 cawan), kemudian masukkan sos tiram, beberapa titik kicap manis, hirisan lemon dan perasa secukup rasa dengan sedikit pati ayam jika perlu, kalau rasa kuah terlalu pekat, tambah air sedikit lagi.
6. Masukkan udang tadi dan sebatikan, boleh la dihidang bersama kentang putar atau nasi putih.

sekali sekala dpt menu western gini sedapp jgk deh, klu tak asik duk gulai atau buat tomyam je udang dlm peti tu..

Sunday, October 11, 2015

Baked Hamour Fish Fillet

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..bertemu lagi, sebenarnya misi nk clearkan folder dgn gambar yg berderet2 tu..huhuu! lepas pergi tempat daging masa pergi pasar wken hritu, masuk pasar ikan plak, sni pasar ikan, daging dan sayur tak bercampur..asing bangunannya, bangunan pun bertutup, lalat sekor pun xde, memang dijaga betul kebersihannya..dh xde ikan yg dicari utk buat kuah laksa tu..beli la fillet ikan kerapu ni 1kg atau sini dipanggil hamour, ikan kerapu ni ada beberapa spesisinya..dh buat masak sweet sour skit..pastu greng tepung 2 keping, menu spontan ni pun ilham utk mkn malam, mcm biasa la rmah ni xde nasi mlm..jdi tu yg kena kretip sikit, time rajin bleh la kretip deh! klu tak roti cicah milo je la..baked ni pun main hentam je la labu, tpi rsanya ada tgk kat tv klu xsilap..Inysaa Allah semoga jumpa lagi, mohon maaf atas kekurangan yg ada..

Baked Hamour Fish Fillet by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 keping isi ikan kerapu @ hamour/grouper
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit italian herbs - basil/oregano dll
  • sedikit garam
  • sedikit minyak zaitun extra virgin
  • sedikit hirisan lemon
Cara

1. Panaskan oven 180 C.
2. Lumur isi ikan yang telah dicuci dengan semua bahan diatas kecuali minyak zaitun dan lemon.
3. Guna non stick pan (yang boleh masuk oven) atau boleh guna caserole yang tahan panas, letakkan fillet ikan, tuang sedikit minyak zaitun atasnya dan letak 2-3 keping hirisan leman, tutup dengan aluminium foil.
4. Bakar selama 18-20 minit atau hingga masak.
5. Sedia untuk dihidang ketika masak panas.

klu jenis isi ikan gini abangngah dgn afiq mkn la plak..tapi klu ikan tergolek sekor tu xmkn! ikan pun tengah fresh, memang sedapp la masak simple gini..kat sni ikan kerapunya besarr..sama besar dgn baby pun ada, memang besar la..isinya dijual yg dh siap siang buat fillet gini, tu yg suka pergi pasar.. bnyk pilihan..

Sunday, September 20, 2015

Clam Chowder

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..apa kbar semua, amik masa skejap pagi ni cuba settle pic lelama ni..klu bleh nk update je cepat-cepat biar hbis gambar dlm folder tu, tpi klu hri minggu tu slalu xberksempatan utk buat n3..chowder ni pun lama sangat dh, kejadian sebelum puasa lgi..sblum ni dh updated yg versi ayam..bleh kenyang hbis semangkuk ni, layan dgn garlic bread pun sedapp..Inysaa Allah semoga bersama lgi dilain waktu dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Clam Chowder by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan isi clam @ kepah/lala - cuci bersih, toskan
  • 1 1/2 cawan cendawan butang putih segar yang dihiris nipis 
  • 1 labu bawang besar bombay - potong kasar
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1 1/2 kiub pati ayam @ secukup rasa
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus sikit
  • 1/2 sudu kecil daun basil kering 
  • 2-3 sudu besar allpurpose flour @ tepung gandum - bancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu besar mentega
Cara

1. Dalam periuk masak 1 1/2 cawan air, bawang besar dan kiub pati biar mendidih dan bawang lembut, kemudian masukkan dalam pengisar dan kisar biar lumat.
2. Dengan periuk yang sama panaskan  mentega, masukkan bawang putih dan masak sekejap.
3. Masukkan clam dan masak sekejap biar keluar airnya, masuk serbuk lada hitam.
4. Masukkan cendawan, masak sekejap biar cendawan sedikit lembu kemudian masukkan 1 cawan air.
5. Masukkan bahan kisar, whiping cream, bancuhan tepung dan basil.
6. Sebatikan, perasa secukup rasa dengan kuib pati dan masak biar pekat sikit dengan api perlahan, boleh tambah sedikit air jika rasa terlalu pekat atau sedikit tepung kalau cair.
7. Boleh la dihidang ketika masih panas bersama roti atau biskut kraker.

chowder ni seangkatan dgn mushroom sup..dri segi rsa dan cara buat pun xbnyk beza, mood masak ni pun ikut waktu jgk..bila dtg angin rajin try buat menu western, tu yg duk ulang buat menu omputih je..pastu stop kjap..tunggu mood tu dtg blik plak..

Tuesday, July 14, 2015

Spaghetti Aglio Olio With Black Pepper Steak

"Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar..semoga Allah swt ampunkan dosa dan terima amal ibadat kita..Ramadhan dah tinggal penghujungnya..mungkinkan umur masih ada utk bertemu Ramadhan akan dtg..InysaaAllah..

Assalamualaikum w.b.t..apa kbar semua, mungkin ada yg dah duk npak kampung halaman deh..maz raya kat sini lagi tahun ni, InsyaaAllah lepas raya baru blik msia..kepada yg memulakan perjalanan hari ini semoga selamat sampai ke destinasi yg dituju..meh jamu mata dgn spageti steak ni la pagi ni..pasta ni kira top carta la sepanjang Ramadhan kli ni..bleh kata dlm seminggu tu 2-3x buat pasta, bolognese dah..carbonara pun sudah..yg jenis ringkas gini pun dh 2-3 jenis, hidangan penganti nasi..abangngah dgn afiq memang sukaa sangat klu pasta ni, cuma kali ni versi mkn dgn steak plak, aglio ni jenis light je rasanya..bahan utamanya bawang putih dan minyak zaitun, aroma bawang putihnya memang membangkitkan selera..pastu ada rasa pedas2 manja dri cili flakes tu..klu suka pedas bleh la letak lebih cili flakes tu..steak tu masa nak hidang potong siap-siap senang skit tak payah nak bersilat dgn pisau bagai lagi kan..InysaaAllah semoga bersama lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada..

Spaghetti Aglio Olio With Black Pepper Steak by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Spaghetti
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 1/4 cawan extra virgin minyak zaitun
  • sedikit cili flakes
  • sedikit serbuk pati ayam
  • sedikit parsley kering/italian herbs - yg dalam botol
  • 1/2 paket spaghetti - rebus biar lembut dengan sedikit garam dan minyak zaitun.
Cara

1. Dalam kuali panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan tumis biar layu sikit.
2. Kemudian masukkan parsley/italian herbs, spagheti yang telah ditoskan dan sedikit serbuk pati ayam, sebatikan dan kalau rasa terlalu kering boleh tambah minyak zaitun sikit lagi (kalau boleh bila spagheti hampir masak dapur sebelah terus sediakan bahan untuk buat aglio ni, agar spagheti tidak terlalu kering), padamkan api dan boleh la dihidang bersama beef steak atau makan gitu pun sedap.

Black Pepper Steak
  • 3 keping daging steak - lumur dengan sedikit garam dan lada hitam (tumbuk halus sikit lada hitam biji)
  • 1 labu bawang besar - potong kasar
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 kiub pati daging
  • 1-2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan sedikit air *
  • 1/4 cawan sos lada hitam - maz guna jenama puteri *
  • 1 sudu besar sos tiram *
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - tumbuk lada hitam biji biar sedikit kasar*
  • 4 sudu besar susu segar 
  • 1/2 sudu kecil gula *
  • sedikit kicap manis * - agar sos jadi gelap sikit
Cara

1. Dalam periuk masukkan dalam 1 1/2 cawan air, 2 jenis bawang dan serbuk pati daging, masak biar mendidih lama sikit dengan api sederhana.
2. Keluarkan semua bawang, masukkan semua bahan bertanda kecuali susu segar dan kacau sebati, masak biar sos jadi pekat dengan api perlahan sambil dikacau selalu, kemudian baru masukkan susu segar, sebatikan dan suaikan secukup rasa, tambah la apa yang kurang, maz tak sukat sebenarnya. Bancuhan tepung tu boleh masuk separuh dulu, kalau rasa sos pekat sangat boleh tambah sedikit air atau kalau cair boleh tambah bancuhan tepung tadi.
3. Padamkan api, sejukkan dan boleh la dihidang bersama daging yang telah digrill, maz potong daging tu kecik-kecik bila nak hidang agar senang nak makan, tak perlu guna pisau lagi dah.
4. Untuk daging steak, panaskan kuali ajaib atau grill pan dengan 1/2 sudu minyak sayur biar berasap dulu, kemudian baru masukkan daging, tutup kuali dan masak selama 2-3 minit dikedua bahagian, bila dah masak angkat dan tutup dengan aluminium foil agar daging tidak kering.

pasta dgn steak ni pabret kak long sebenarnya, klu msuk kedai western, sukaa sungguh dia order pasta steak gini..jdi dri situ la dtg ilham utk buat kombinasi steak dgn spageti ni, bleh juga guna pasta jenis lain..aglio ni sesuai mkn dgn steak, sedappp sbb rasanya agak jenis plain gitu..klu mkn gitu je pun sedapp, xmuak..yg letak udang pun dah buat..peram la dlu dlm folder tu..

Thursday, May 28, 2015

Baked Chili Potatoes

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..apa khbar semua..bertemu sekli lagi, mungkinkan ini hari2 terakhir update dapur maya ni..berat sungguh nk duk depan lappy sekarang..tpi itulah hakikatnya..ni pun amik masa skjap sebelum kluar hntar anak skolah, skrang ni mlm makin pendek, pukul 5 tu terang benderang dah..pgi ni cuci mata dgn kentang bakar ni, kejdian bulan lepas lagik..ada 2-3 kedai jgk yg jual kentang bakar ni..tu yg terasa nk cuba buat sdrik..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurungan yg ada...

licin sampai ke kulit la, sedapp sbb ada rasa dan sedikit garing gituw..utk kulit tu maz lumur mcm buat kentang wedges ni..

bru kluar oven dan belum dimake up lagik...

Baked Chili Potatoes by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 biji kentang saiz sederhana
  • 1 mangkuk kecil chili - resipi kat sini
  • 2-3 sudu besar sour cream
  • mozarella cheese/cheese keping secukupnya - maz guna kedua2
  • sedikit tomato dadu
  • sedikit daun parsley kering
  • sedikit cayyene papper *
  • sedikit serbuk kari *
  • sedikit serbuk pati ayam @ garam *
  • sedikti minyak zaitun
Cara

1. Panaskan oven suhu 230 C dan sediakan loyang yang dialas kertas baking.
2. Cuci kentang dan lap biar kering, cucuk-cucuk kentang dengan garfu, kemudian lumurkan dengan sedikit minyak zaitun, tabur bahan * dan lumur keliling kentang.
3. Letak dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit atau hingga lembut.
4. Bila dah masak keluarkan dari oven, potong bahagian atasnya 3/4 gitu, kemudian korek isi kentang dengan sudu dan gaul dengan sour cream.
5. Masukkan balik isi kentang tadi, kemudian letak chili secukupnya dan cheese.
6. Masuk balik dalam oven (masa ni suhu 170) dan masak sekejap lagi biar cheese cair.
7. Tabur sedikit buah tomato jika suka dan sedia untuk dihidang.

memang kenyang la hbis sbjik ni..sarat dgn mcm2 dlm tu.. 

nk buat kentang bakar gini xde la susah mana kan..dlm tu terpulanglah pada kita nk isi apa..nk yg jenis simple je atau sarat dgn mcm2..maz letak beef chili, memang dappp la layan yg baru kluar oven tu...

Wednesday, May 6, 2015

Chicken Chowder

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..pestime buat chowder ni...sejenis sup yg bleh buat dipelbagaikan bahannya sepeti isi ketam, daging, jagung, ubi kentang, cendawan dan seumpamanya...xde niat pun nk buat chowder ni...tpi suatu hritu afiq order msa diner kat Cayla Cafe, licin 1 mangkuk dia sorang...sedapp katanya...jdi dri stu la dpt ilham utk buat sdrik plak...kebetulan cendawan pun ada yg lebih buat sayur...maka terjadi la chowder ni...gitu la tabiat tukang masak ni...mesti nk cuba masak sdrik apa yg dimkn kat luar tu klu bleh...wpun buat ikut suka je, licin 1 periuk...sedapp la mommy...sama dh mcm yg kita mkn tu...komen dri 2 beradik tu dan babanya...Alhamdulillah semua dgn izinNya...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kurangan yg ada...

bleh juga guna isi clam...dah buat pon..ada lam folder tu tnggu Q...

Chicken Chowder by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan daging ayam cincang
  • 1 1/2 cawan cendawan butang putih segar yang dihiris nipis 
  • 1 labu bawang besar bombay - potong kasar
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1 cawan susu segar
  • 1 1/2 kiub pati ayam @ secukup rasa
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus sikit
  • 1/2 sudu kecil daun basil kering 
  • 3-4 sudu besar allpurpose flour @ tepung gandum - bancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu besar mentega
Cara

1. Dalam periuk masak 1 cawan air, bawang besar dan kiub pati biar mendidih dan bawang sedikit lembut, kemudian masukkan dalam pengisar dan kisar biar lumat.
2. Dengan periuk yang sama panaskan  mentega, masukkan bawang putih dan masak sekejap.
3. Masukkan ayam dan masak biar keluar airnya, masukkan serbuk lada hitam.
4. Masukkan 1 cawan air dan cendawan, masak sekejap biar cendawan sedikit lembut.
5. Kemudian masukkan bahan kisar, susu segar, bancuhan tepung dan basil.
6. Masukkan whipping cream dan sebatikan, perasa secukup rasa dan masak biar pekat sikit dengan api perlahan, boleh tambah sedikit air atau susu jika rasa terlalu pekat.
7. Boleh la dihidang ketika masih panas dengan roti atau biskut krakers.

sedappp mkn yg panas2 tu, dgn pekatnya dan bahan dlmnya pun bnyk...memang bleh kenyang la...maz pun pestime la rsa chowder mlm tu...pasni mungkin xorder dh la kut...kihkihh...buat sdri puas mkn...nk mkn dgn roti pun bleh...

Friday, February 27, 2015

Black Pepper Steak

Assalamualaikum w.b.t..La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..bertemu skli lgi diawal pagi jumaat yg barakah...semoga sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya...skli skala layan steak la plak deh...kat sni klu larat org kata nk buat hari2 pun bleh sbb stok daging utk steak atau bbq ni banyak sungguh...semuanya daging segar...plih je nk bhgian mna...ni pun kejadian awal bln 1 hritu...biasa la dpur ni semua kena peram dlu...hri ni sbuk skit sbb nk angkat kain baju bawa ke rumah baru...ni pun bru blik dri sna...semoga hijrah tempat baru ni ada hikmah kejlnNya yg lebih baik menanti...Inysaa Allah...akhir bicara mohon maaf atas segala kekurangan dan Inysaa Allah jumpa lgi...

Black Pepper Steak by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 keping daging tenderloin  - lumur sedikit garam dan serbuk lada hitam
  • 2 sudu mentega
  • 2 sudu allpurpose flour @ tepung gandum
  • 1-2 sudu besar sos lada hitam - maz guna jenama puteri dari msia
  • 1 cawan air stok daging (beef stock) @ air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit kicap manis - gelapkan warna sos
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar sikit
  • sedikit kiub pati daging - jika guna air
Cara

1. Dalam periuk cairkan mentega, masukkan tepung dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu agar tidak berketul sampai bebuih-buih sikit. Kemudian terus masukkan stok daging/air dan terus kacau.
2. Masukkan semua bahan lain dan kiub pati jika guna air, masak biar sos pekat secukupnya, boleh tambah air/stok daging jika pekat sangat dan perasa secukup rasa.
3. Panaskan grill biar betul-betul panas, sapu sedikit minyak sayur/zaitun dan letak daging, masak selama 3-4 minit disetiap belah. Angkat dan bungkus dalam aluminium foil agar steak tidak kering sementara masak yang seterusnya.
4. Boleh la dihidang bersama sos lada hitam, sedikit brokoli celur dan tomato ceri atau salad pilihan.

afiq la yg suka sngat klu daging grilled gini...memang sedapp deh...dging plak msih fresh..maz beli kat psar je...sruh org jual tu siap ptong skeping2 mcm ni terus...

Wednesday, February 4, 2015

Fish N Chips Lagi..

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..brtemu skli lgi...amik msa la skjap update apa yg bleh...memang bnyk sngat pic2 dlm folder tu...kdang2 rsa malas dh jgk bila bnyk sngat...tpi bila pkir senang utk rjukkan akan dtg...update jgk biar la dah lama basi pun asalkan ada kat sni...fish n chips ni pun lama dh jgk peram...msih gna rspi yg sma dan hammour fillet...sedapp dan memang puas hati...ikannya pun segarr...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Fish n Chips by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 keping hammour fillet (gambar ikan kat sini)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit lada hitam - tumbuk
  • sedikit serbuk bawang putih (garlic powder)
  • 50ml susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
  • kentang goreng secukupnya
  • sos pilihan - maz bancuh mayonis+mustard+relish pickle sikit)
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, air dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair, biar boleh salut ikan).
2. Tabur sedikit serbuk lada hitam dan serbuk bawang putih pada isi ikan.
3. Panaskan minyak secukupnya, celupkan ikan dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angakat dan toskan, sedia untuk dinikmati bersama kentang goreng dan sos pilihan.

sos tu maz bancuh je mayonis, mustard skit dan relish pickle yg dlm btol tu...ptg2 gini tgk fish n chips ni terasa lapar la plak...keeper rspi bancuhan ni...klu mkn kedai 1 set ni dlm 3 dinar @ rm30...sni western gini mahal...

Friday, January 30, 2015

Oven Baked Ribs

Assalamaualikum .w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..brtemu skli lgi dipagi jumaat yg barakah...masih dgn gambar thun lepas...bnyk jgk lgi dlm folder pic lama...nk bbq dgn arang malas nk keluar dan rasa mcm susah sngat...jdi senang keje msuk je dlm oben...biasanya klu bli tulang rusuk ni gulai atau buat sup...tpi hritu teringin nk mkn mcm ni kes xthan tgk program Guy Fiery...buat la jgk wpun ribnya dh diptong2 utk msak gitu...kihkihh...rspi asal dri web matsaleh...tpi maz dh ubah buat cara mudah dan ikut stok yg ada...selamat berhujung minggu...tukang masak pun dh nk kluar jgk ni...Inysaa Allah semoga jumpa lgi...mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Oven Baked Ribs by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg tulang rusuk lembu (ribs) 
  • 1 cawan sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar hot sos
  • 2 sudu besar madu
  • gula perang secukup rasa
  • sedikit air - jika perlu
Cara

1. Pastikan daging betul-betul kering/sejat air.
2. Panaskan oven 200 C.
3. Satukan semua bahan diatas dan masak dengan api perlahan biar gula larut. Tambah jika ada rasa yang kurang.
4. Lumurkan pada tulang rusuk tadi, simpan sikit sos untuk guna kemudian. Masukkan dalam loyang (susun tu biar ada ruang, jangan rapat atau penuh loyang) dan tutup dengan aluminium foil.
5. Bakar selama 3 jam, kemudian buka aluminium foil, tuang baki sos tadi dan bakar balik selama 25 minit.

sedapp...mudah dan praktikal bgi rumah yg xde kwsan trbuka...buh je dlm oben pastu tnggu masak...

Friday, December 5, 2014

Yorkshire Puddings

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..pestime merasa dan cuba buat yorkshire puddings ni...berasal dri england dan mendpt nama sempena nma stu bunga dan tempat klu xsalah...ni pun teringin nk cba buat sbb tgk cooking show la jgk..ishhh! pantang tgk mesti nk buat jee...mcm pelik skit deh namanya sbb ada puding tu...klu kita mcm roti la...dijadikan base utk menu utama yg dihidang bersama roast beef atau seumpamanya...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

buat mkn dgn ayam mudah2 je...pastu celur brokoli dan buat kentang lecek skit...tuang cream cheese sos dan jam lingon berry ikea...nak buat pun mudah je...sesuai utk penganti nasi...

Yorkshire Puddings by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : deliaonline.com
Bahan-bahan
  • 75g allpurpose flour
  • 1 biji telur
  • 75ml susu segar
  • 55ml air
  • sedikit lemak sayur/shortening
  • secubit garam
Cara

1. Ayak tepung dan garam, buat lubang kat tengah masukkan telur,kacau sikit. Kemudian masukkan susu dan air, sebatikan (boleh guna mixer atau whisk je). Rehat adunan selama 30 minit.
2. Panaskan oven 200 C selama 10 minit dan sediakan muffin try atau bekas aluminium yang sesuai (maz guna acuan single sebab klu muffin try kecik sangat saiznya).
3. Letak acuan dalam loyang (kalau guna muffin try tak perlu loyang), masukkan dalam oven yang telah panaskan dan biarkan selama 10 minit.
4. Buka oven dan dengan cepat letak sebesar hujung jari lemak sayur dalam setiap acuan tadi. Kemudian terus tuang adunan dalam setiap acuan (letak suku je) dan masak selama 20-25 minit atau hingga naik jadi berbentuk dan perang.
5. Boleh la hidang bersama daging panggang atau sebagainya.

Nota ilhamdapur : bahan lain tu maz guna dada ayam, hiris saiz sederhana, gaul sikit garam dan serbuk lada hitam, panaskan 2-3 sudu besar extra virgin minyak zaitun (guna kuali leper). Masukkan ayam dan masak selama 2-3 minit sambil dibalik. Angkat dan ketepikan.
7. Dengan kuali yang sama, cairkan sedikit mentega tanpa garam masukkan sedikit whip cream dan cheddar cheese secukupnya. Sebatikan dan perasa dengan sedikit kiub pati ayam jika perlu. Brokoli tu celur je.

 
wpun dah ada bentuk..tpi kejadiannya belum ckup sempurna...jdi naik tnggi sbelah...xthu silap kat mna...tkpe la deh pestime...ni buat mkn dgn ayam mudah2 je...kbtulan stok dging pun xde..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...