Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, December 31, 2014

Masih Dengan Cerita Lama Yang Sama & 2014 Dalam Ingatan..'Kun faya kun'

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..semoga rombongan bantuan kepada mangsa banjir selamat sampai kedestinasi...msih bnyk kwsan lgi yg blum ada bkalan letrik dan air bersih diklatan...Inysaa Allah sepupu jgk akan bertolak pda pgi jumaat ni bwa bekalan mknan yg dpt dikumpul utk kwsan pedalam kuala krai dan tanah merah...masih dlm mood yg dipaksa-paksa...tpi sbb mngenangkan gmbar lama bnyk sngat lgi yg duk peram tu...update la jgk...2014 melabuh pergi...namum pemergiannya penuh dgn kenangan yg mungkin tidak dilupakan...bermula dgn kisah MH370 yg masih belum terbongkar kehilangannya...diikuti dgn pemergian MH317 yg ckup menyentap jiwa...kemudian dlm gelora raykat msia dgn bencana alam yg biasanya dijadikan pesta banjir oleh anak2 seronok bermain air...tahun ini sma sekli kedtgan bah bertukar wajah yg meranap setiap jiwa dan mata yg memandang kesan peninggalannya...amat piluu sekali...tapi itulah ketetapanNya...' Kun faya kun'..apabila Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi' maka jadi lah ia...tetiba diakhir hayat 2014 dikejut pula dgn kehilangan yg merangup semua nyawa dlm pesawat Airasia QZ8501...sesungguhnya setiap musibah itu ada hikmatNya...akhir kata mksih skli lgi pada yg sudi singgah dpur yg xseberapa ni...harap dpt dimaafkan segala kekurangan yg ada dan semoga ketemu lgi...Inysaa Allah...Selamat Menyambut Tahun 2015...

Cucur Badak Keledek Kukus by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 kg keledek - cuci bersih dan kerat
  •  tepung gandum secukupnya
  • 1/4 cawan tepung beras
Cara

1. Didihkan air dalam pengukus, kemudian dirikan keledek (maksudnya letak bahagian isi keledek yang dikerat tu atas pengukus, baru cepat keledek empuk/lembut) dan kukus hingga lembut.

2. Bila dan masak, angkat dan sejukkan, kupas buang kulitnya. Kemudian tumbuk lumat.

3. Satukan tepung beras dengan tepung dulu sikit, kemudian gaul dengan keledek. Tambahkan  tepung sikit-sikit lagi dan uli biar jadi doh boleh dibentuk.

4. Ambil doh sebesar bola ping pong, leperkan dan isi inti. Bentuk bulat dan tutup kemas. buat sampai habis.

5. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana dan goreng hingga perang sambil dibalik selalu. Boleh juga disejuk beku kalau tak habis goreng.

Inti
  • 2 cawan kelapa parut
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • 2-3 batang serai - hiris nipis*
  • 3-4 sudu besar cili kisar
  • 1 cawan udang geragau
  • gula dan garam secukup rasa
Cara

1. Kisar semua bahan yang bertanda * bersama sedikit air sehingga lumat.
2. Dalam kuali masukkan bahan kisar, bahan-bahan lain serta sedikit air lagi. Kacau sebati dan masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
3. Masak sehingga kering dengan api perlahan. Sejukkan dulu dan kalau tak habis boleh difrozen.

cucur badak bolat2 ni pun crita lama sngat dah...antara kuih yg slalu duk buat selain dri cek mek molek...sblum ni pun dah ada updated 2-3x...tpi ni inti pun dh hbis...stop la dlu skjap buat kue ni...

Mee Udang..Cerita Lama

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..bertemu kembali dipenghujung thun 2014 yg meninggalkan bnyk trajidi negara...amat pilu dan trajis melihat kesan banjir kali ni...sama seperti tsunami...ada rumah yg hilang terus...kereta brgelipangan disna sni dibwa arus...mungkin itu lah amaranNya buat kita yg sentiasa lalai...semoga musibah ini mendekatkan lgi kita kepada Pencipta...dapur ni masih lgi dgn pic lama yg dah berbulan2 dlm folder tu...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...sama2 kita teruskan membantu mangsa2 banjir yg amat memerlukan keperluan mknan terutamanya dikawasan kuala krai...semoga jumpa lagi...Inysaa Allah...

Mee Udang Resipi II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g mee kuning - maz buat sendiri
  • 10-12 ekor udang segar saiz sederhana besar
  • 1 mangkuk besar kulit udang
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 3-5 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar udang kering - rendam sekejap, tumbuk lumat
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar pes tomato 
  • 4-5 sudu besar cili kisar (rebus cili kering & kisar)
  • 2-3 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
  • 2-3 sudu besar minyak untuk menumis
  • garam guna secukup rasa & aji jika suka
  • tauhu goreng/daun bawang/daun sup/cili merah/bawang goreng - secukupnya
Cara

1. Rebus kulit udang bersama 1 litter air atau secukupnya hingga mendidih/reneh lama sikit. Keluarkan kulit udang, kisar bersama sedikit air dan tapis airnya, ketepikan bersama air rebusan udang.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk dan tumis biar wangi. Kemudian masukkan cili kering dan tumis sekejap. Masukkan air rebusan udang dan sebatikan.
3. Masukkan semua sos dan masak biar mendidih. Kemudian masukkan tepung jagung dan perasa secukup rasa dan reneh dengan api perlahan biar lama sikit (kalau kurang pekat, tambah air tepung jagung sikit lagi). Masukkan udang segar dan masak lagi dalam 5-7 minit. Bila udang dah masak padamkan api.
4. Boleh la dihidang bersama mee (kalau mee beli kena celur sekejap) dan bahan sampingan yang lain.

jazakillahukhairan Kak Umi-e atas sumbangan rspi mee kuning ni..dah kerap sngat duk buat mee ni...skjap sngat...dlm msa 30 min dh bleh siap...pgi smlm pun buat mee jgk...Alhamdulillah...

Mee Kuning by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Kak umi-e myresipi
Bahan-bahan
  • 500 gm tepung
  • 200 ml air
  • satu sudu air abu atau air kapur - maz guna air kapur 
  • sedikit pewarna kuning
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya
  • air untuk merebus
Cara     

1. Campurkan air abu ke dalam air dan letakkan sedikit pewarna kuning dan secukup garam dan kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam tepung yang telang diletakkan dalam mangkok adunan
2. Uli sehingga menjadi adunan tetapi adunan mee agak kering bukan macam buat doh karipap) 
3. Ambil sedikit adunan dam masukkan ke dalam mesin pasta pada no1. Jika adunan berderai jangan khuatir kerana aduna akan bersatu setelah terus di putar.  
4. Terus putar sehingga aduna menjadi kepingan yang rata dan halus... lakukan langkah dan proses seterusnya seperti buat kuey teow.

sblum ni pun dah ada updated mee udang ni...suami suka sngat...tukang msak ni pun sma la...sdpp mkn mee kuning yg buat sdrik ni..

Friday, December 26, 2014

Miang Kham Lagi @ Thai Leaf Wraps

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..padaNya tempat kita bergantung...semoga Allah makbulkan doa kita semua dipagi jumaat yg barakah ni agar keadaan banjir segera pulih...bayangkan mcmana keadaan mangsa2 banjir..ada saudara yg dipindahkan kepusat pemindahan kat tanah merah keluarga dah xdpt nk hubunginya...mgkin tlipon dah xde bateri...letrik pun xde...kakaknya memang susah hti sngat...anak 6 orng...memang sayu dan sedihh sangattt...akhir kata teruskan berdoa mohon keadaan banjir segera pulih dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...sblum ni dah updated miang kham ni...ada kat sini...Inysaa Allah semoga jumpa lgi...

Miang Kham @ Thai Leaf Wraps by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Sos Manis
  • 120g thai palm sugar (nisan putih - seperti dalam gambar)
nisan putih (thai palm sugar)
  • 2 keping hirisan halia
  • 1 sudu kecil udang kering thai (seperti dalam gambar, yang warna oren)
  • sedikit air (dalam 1/2 cawan)
  • sos ikan (nampla) secukup rasa
Cara

1. Tumbuk lumat halia dan udang kering.
2. Dalam periuk satukan semua bahan kecuali sos ikan. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga mendidih lama sikit.
3. Masukkan sos ikan secukup rasa. Masak lagi biar mendidih atau renih biar lama sikit. Padamkan api (sos akan menjadi pekat bila dah sejuk sikit, air tu agak-agak la ye, jangan banyak sangat, maz tak sukat pun sebenarnya, sos ni pekat mcm susu pekat gituw dan rasanya memang manis sebab nak seimbang dengan rasa bahan lain).

Bahan Lain
  • daun kadok secukupnya
  • limau nipis
  • halia muda
  • cili padi merah/hijau
  • kacang tanah yang digoreng
  • bawang merah
  • udang kering thai
  • kelapa goreng - hiris halus kelapa dan goreng hingga perang tanpa minyak (bukan kelapa parut ye)
Cara : Ambil sehelai daun kadok, letak sikit setiap semua bahan, masukkan sos manis secukupnya. Bungkus sikit dan kunyah. Sedappp sangat.

lgi misi menghabiskan gambar lama...dah lama la jgk xmkn sireh daun kadok ni...xde stok kat asian store...tmbah skrang ni thailand pun tgh bjir jgk...tpi kata org kedai tu bukan musimnya...maz dgn suami memang sukaa sngat mkn daun kadok ni...pas shelai2 msuk mulut...xleh stoppp...

Thursday, December 25, 2014

Ikan Makroona Masak Tempoyak..Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul...

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..sama2 kita panjatkan doa semoga keadaan banjir yg melanda pantai timur terutama kelatan yg terjejas teruk segera pulih...memang sedih sngat tgk bnyk kwasan yg tengelam sepenuhnya...Alhamdulillah kmpung bonda xdinaiki air lagi stakat ni...tpi kwsan pasir mas dan pekan nk masuk ke kampung tu dah trputus jln tghari tdi...memang besar ujianNya buat rakyat kelate thun ni...semoga kita semua redha dan tabah mengharunginya...tpi berat mata memandang berat lgi bahu yg memikul...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Makroona Masak Tempoyak by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan makroona @ ikan yang sesuai
  • 3-4 ulas bawang merah *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1-2 sudu besar tempoyak
  • 3-4 biji cili padi merah @ cili merah
  • kacang bendi secukupnya
Cara-cara

1. Tumbuk lumat bahan * dan cili padi.
2. Dalam periuk masukkan air secukupnya, bahan tumbuk dan tempoyak. Masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan dan perasakan secukup rasa dengan sedikit garam dan gula. Biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah dari tempoyak. Masukkan kacang bendi dan masak sekejap biar ikan masak dan sayur sedikit lembut.

lauk ni pun lama sngat dah peramnya...pestime beli ikan ni...kat sni namanya ikan makroona...kat msia xprnah npak lgi ikan ni selama ni...badannya leper skit dri ikan haruan dan berwarna sedikit kelabu cerah...memang sedapp msak tempoyak atau asam pedas...tpi ada tulang skit...

Tuesday, December 23, 2014

Taco Lasagna (Beef)

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..apa kbar semua semoga kwn2 yg dilanda banjir tabah menghadapi ujianNya...agar teruk jgk bah thun ni...tukang masak ni pun sejak akhir2 ni mood tu berat sngat nk update blog ni...ditmbah plak dgn msa yg xmengizinkan...mlm ni paksa jgk diri utk menghadap dapur maya ni skejap...ni pun dah berzaman dlm folder...buat guna torilla bread yg buat dlu...ilham taco lasagna ni dtg skelip mata...xde plan langsung nk buat menda ni...Alhamdulillah semua dgn izinNya...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

kat rumah ni memang selalu duk buat mexican foods ni...semua suka...versi lasagna ni pestima la kejadiannya...memang sedappp...thun ni memang xmasuk lgi la restoran mexicannya smjak duk buat sdrik ni...

Beef Taco Lasagna by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • roti tortilla (tortilla bread) secukupnya - resipi kat sini
  • bebola daging (meatballs) secukupnya, hancurkan - resipi kat sini @ boleh guna daging kisar/isi ayam
  • tomato salsa secukupnya (tomato dadu+bawang besar dadu+sedikit daun ketumbar+secubit garam, sebatikan)
  • mozarella cheese secukupnya
  • guacamole secukupnya - resipi kat sini
  • 2-3 sudu besar pes tomato
  • 2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1/4 cawan bawang besar yang didadu
Cara

1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan masak sekejap sekadar bawang layu. Kemudian masukkan bebola daging dan kacau sebati.
2. Masukkan pes tomato dan sedikit air, sebatikan (tak perlu masak lama sebab bebola daging dah masak). Maz tak letak bahan perasa dah sebab meatballs dan bahan lain dah ada rasa.
3. Ambil sekeping tortilla bread, sapu rata guacamole, letak atas loyang kemudian ratakan isi daging atasnya, tabur sedikit salsa dan mozarella cheese secukupnya.
4. Terus melapis seperti no 3 hingga 4-5 lapis. Kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10-12 minit atau hingga cheese cair/sedikit perang.
5. Keluarkan dari oven, picitkan guacamole serta sedikit sour cream dan terus hidang masa panas.

pasti akan buat lgi...Insyaa Allah...sebenarnya hidangan mcm ni npak je mcm susah...tpi klu stok bahan dah ada...skjap sngat...ni pun buat utk alas perut malam...

Monday, December 15, 2014

Pulut Panggang Lagi & Lagii...Insyaa Allah

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..bertemu sekli lagi...apa kbar semua...tpi rsanya sekarang ni musim demam deh...saudara mara pun ramai yg tak sihat..batuk...tukang masak ni pun masih ada batuk jgk lagi skit2...kita terima dengan redha dan banykkan berdoa (baca doa pendek kat atas tu) semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita...Inysaa Allah...ni pun dah stengah thun dalam folder...tkpe la deh...dapur ni memang gituw la...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Pulut Panggang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 1 1/4 cawan beras pulut - rendam 10 minit
  • 1/3-1/2 cawan santan cair + sedikit garam 
  • 1 helai daun pandan
  • daun pisang yang dilayu secukupnya
 Cara

1. Sediakan pengukus dengan air mendidih.
2. Ratakan pulut dalam pengukus dan masukkan daun pandan, kukus selama 10-15 minit sambil dibalik sekali sekala.
3. Keluarkan pulut kukus tadi, masukkan dalam bekas dan gaul dengan santan (masa ni pulut akan nampak basah dan lembik sikit, takpe sebab nak kukus lagi sekali).
4. Kemudian masukkan semula pulut tadi dalam pengukus dan kukus lagi selama 8-10 minit.
5. Bila pulut dan masak, ratakan segengam pulut atas daun pisang, letakan inti secukupnya dan bungkus biar kemas, kelip hujung dengan stapler. Buat sampai habis.
6. Bakar sekejap sambil dibalik-balik atas dapur gas dengan api kecil atau pemanggang yang sesuai - maz bakar atas stove eletrik.

Inti
  • 2 cawan kelapa parut
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • 2-3 batang serai - hiris nipis*
  • 1 senduk kecil cili kisar
  • 1 cawan udang geragau
  • 2 ekor ikan rebus - buang tulang dan hancurkan isinya
  • gula dan garam secukup rasa
 Cara

1. Kisar semua bahan yang bertanda * bersama sedikit air sehingga lumat.
2. Dalam kuali masukkan bahan kisar, bahan-bahan lain serta sedikit air lagi, kecuali ikan rebus dan perasa. Kacau sebati dan masak dengan api perlahan seketika.
3. Kemudian masukkan isi ikan, bahan perasa dan kacau balik sekali sekala. Masak sehingga kering. Siap dan sejukkan dulu.

lama jgk dah stop buat pulut panggang ni...stok daun pisang pun ada tu...klu rjin nti esok lusa bleh buat la kut...inti pun ada skit lgi...

Sunday, December 14, 2014

Ponni Chicken Rice

Assalamualaikum w.b.t...bila lama xupdate...mood pun beratt je skit nk layan blog...ditambah dgn badan pun xsihat...baru baik dri demam..batuk...sbnarnya bwa blik dri Istanbul lgi sakit2 tu...msa hri ke 4 dan ke 5 kat sna dah start demam...mgkin cuaca sejukk sngat...Alhamdulillah baru rasa ringan skit kepala ni...layan je la deh nasi ayam yg dan berzaman jgk ni pun...cuma kali ni guna beras ponni...tu yg letak nama Ponni...rspi sma je mcm sblum ni...terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Ponni Chicken Rice by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - cuci bersih
  • 2 inci halia - ketuk
  • 2 ulas bawang putih - ketuk sekali dengan kulit pun takpe
  • 1 kiub pati ayam atau garam secukup rasa
  • 1 inci halia - tumbuk lumat *
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat *
  • 1 sudu besar sos tiram *
  • 1 sudu kecil sos cili *
  • 1 sudu besar kicap manis *
Cara 

1. Dalam periuk masukkan air secukupnya (kira tenggelam ayam) dan didikkan bersama halia dan bawang putih ketuk serta kiub pati/garam.
2. Bila dan mendidih masukkan ayam dan rebus dengan api sederhana selama 35-40 minit dan dibalikkan sekali ayam tadi. Bila dah masak keluarkan ayam dan simpan dulu air rebusannya.
3. Sebatikan semua bahan * dan lumur pada seluruh ayam dan masukkan dalam dulang dan bakar selama 40-45 minit dengan suhu 170 C.

Nasi
  • 2 cawan beras ponni
  • 2 inci halia - tumbuk lumat
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 3 sudu besar minyak sayur
  • 1 helai daun pandan
Cara

1. Panaskan minyak (maz terus guna rice cooker) dan masukkan bahan tumbuk. Tumis biar wangi. Kemudian masukkan daun pandan dan air rebusan ayam atau sedikit air jika rasa air rebusan tak cukup sebab nak buat sup juga.
2. Bila dan mendidih masukkan beras dan sedikit garam atau pati ayam dan secubit serbuk kunyit. Masak seperti biasa hingga nasi masak.
3. Boleh la dihidang seperti biasa.
4. Untuk resipi kicap dan air cili boleh tengok kat sini.

biasa la klu nasi ayam ni pabret afiq sepanjang masa...klu xsalah pas buat yg ni lama dah la jgk dah xbuat nasi ayamnya...tpi sbnarnya nsi ayam la menu cepat dan mudah kan...1 lauk je...xpyah nk buat 2-3 jenis...

Friday, December 5, 2014

Yorkshire Puddings

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..pestime merasa dan cuba buat yorkshire puddings ni...berasal dri england dan mendpt nama sempena nma stu bunga dan tempat klu xsalah...ni pun teringin nk cba buat sbb tgk cooking show la jgk..ishhh! pantang tgk mesti nk buat jee...mcm pelik skit deh namanya sbb ada puding tu...klu kita mcm roti la...dijadikan base utk menu utama yg dihidang bersama roast beef atau seumpamanya...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

buat mkn dgn ayam mudah2 je...pastu celur brokoli dan buat kentang lecek skit...tuang cream cheese sos dan jam lingon berry ikea...nak buat pun mudah je...sesuai utk penganti nasi...

Yorkshire Puddings by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : deliaonline.com
Bahan-bahan
  • 75g allpurpose flour
  • 1 biji telur
  • 75ml susu segar
  • 55ml air
  • sedikit lemak sayur/shortening
  • secubit garam
Cara

1. Ayak tepung dan garam, buat lubang kat tengah masukkan telur,kacau sikit. Kemudian masukkan susu dan air, sebatikan (boleh guna mixer atau whisk je). Rehat adunan selama 30 minit.
2. Panaskan oven 200 C selama 10 minit dan sediakan muffin try atau bekas aluminium yang sesuai (maz guna acuan single sebab klu muffin try kecik sangat saiznya).
3. Letak acuan dalam loyang (kalau guna muffin try tak perlu loyang), masukkan dalam oven yang telah panaskan dan biarkan selama 10 minit.
4. Buka oven dan dengan cepat letak sebesar hujung jari lemak sayur dalam setiap acuan tadi. Kemudian terus tuang adunan dalam setiap acuan (letak suku je) dan masak selama 20-25 minit atau hingga naik jadi berbentuk dan perang.
5. Boleh la hidang bersama daging panggang atau sebagainya.

Nota ilhamdapur : bahan lain tu maz guna dada ayam, hiris saiz sederhana, gaul sikit garam dan serbuk lada hitam, panaskan 2-3 sudu besar extra virgin minyak zaitun (guna kuali leper). Masukkan ayam dan masak selama 2-3 minit sambil dibalik. Angkat dan ketepikan.
7. Dengan kuali yang sama, cairkan sedikit mentega tanpa garam masukkan sedikit whip cream dan cheddar cheese secukupnya. Sebatikan dan perasa dengan sedikit kiub pati ayam jika perlu. Brokoli tu celur je.

 
wpun dah ada bentuk..tpi kejadiannya belum ckup sempurna...jdi naik tnggi sbelah...xthu silap kat mna...tkpe la deh pestime...ni buat mkn dgn ayam mudah2 je...kbtulan stok dging pun xde..

Thursday, December 4, 2014

Sup Ikan Merah

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'...jarang2 ada menu ikan kat dpur ni...klu prgi psar tu beli jgk ikan skli skala...tpi balik2 msak cara sma je...sup ni pun dah lama la jgk...beli 3 ekor ikan merah sedang...1 buat fish n chip..sekor lgi greng gtu je...yg buat sup ni pun babanya je yg mkn...tukang msak ni amik la jgk rsa skit...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Sup Ikan Merah by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan merah saiz sedang - cuci bersih dengan asam limau dan toskan
  • 2 biji buah tomato -belah 4
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 inci halia - ketuk
  • 1 uncang rempah sup atau sup bunjut
  • 1 biji bawang besar 
  • 2-4 batang daun bawang - amik bahagian bawah @ calery 
  • 2 ulas bawang putih - hiris nipis *
  • 5 ulas bawang merah - hiris nipis * 
  • 1 biji limau nipis 
  • cili pada
  • garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
  • daun sup/bawang secukupnya
Cara

1. Panaskan sikit minyak dan buat bawang goreng bahan bertanda *. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam periuk masukkan air secukupnya, halia, sup bunjut dan bawang putih. Masak biar mendidih.
3. Masukkan semua bahan lain kecuali jus limau dan cili padi. Masak biar ikan masak dan perasa secukup rasa.
4. Perahkan jus limau, tabur daun bawang/sup,cili padi dan bawang goreng masa menghidang.

maz klu buat sup xsuka sngat jenis tumis tu...xnk berminyak...biasanya main lebur gini je...tgk sup ni terus terasa lapar la plak...

Sayur Air Bayam

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..antara sayur yg bleh kata kerap dimasak kat rumah ni...bayamm..semua mkn...biasanya msak lemak putih atau goreng tumis...tpi ni rebus gtu je...menu org tgh diet...sedapp meratah...klu msuk santan tu muak skit deh...Inysaa Allah semga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Sayur Air Bayam by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ikat bayam hijau
  • 2-3 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • 1/2 labu bwang besar - hiris nipis
  • 2-3 biji cili padi merah - kerat 2
  • garam gula secukup rasa @ serbuk pati
Cara

1. Dalam periuk masukkan air secukupnya dan bawang tumbuk.
2. Masak biar air mendidih, kemudian masukkan semua bahan lain, perasa secukup rasa dan masak sekejap sekadar bayam layu sikit je.

menu kmpung mcm ni memang buat mkn nasi bertambah2..stu lgi klu daun cekur manis tu...sedapp sayur air gini cmpur keledek...sni xde daun tu...

Wednesday, December 3, 2014

Braised Lamb Shanks Lagii...

Assalamualaikum w.b.t...meneruskan misi dgn pic lama...tpi braised ni buat kat sni..cuma dah hmpir stngah thun la jgk ni peramnya...mudah sngat sbnarnya nk msak menu omputih ni kan...lebur gtu je lam oben...sblum ni pun dah ada updated skli...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Braised Lamb Shanks by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 ketul betis kambing/lamb shanks - lumur sikit dengan secubit garam
  • 1 batang lobak merah 
  • 1 batang celery 
  • 1 labu bawang besar - belah 4
  • 2 uals bawang putih - ketuk sekali dengan kulit
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 2 helai daun bay
  • 1 kiub pati daging
  • sedikit minyak sayur/miyak zaitun
  • air secukupnya
Cara

1. Panaskan oven suhu 180 C.
2. Dalam periuk panaskan sedikit minyak, masukkan betis kambing dan masak selama 2-3 minit setiap bahagian biar nampak perang. Angkat ketepikan.
3. Kemudian dengan periuk yang sama masukkan bahan lain kecuali air, pes tomato dan kiub pati. Masak hingga sedikit lembut dan wangi.
4. Masukkan pes tomato, kacau sebati. Masukkan air secukupnya (agak-agak la ye, jangan banyak sangat). Masukkan juga kiub pati.
5. Kemudian masukkan kambing tadi dan tutup periuk, masukkan dalam oven dan biar masak selama 2 jam atau sehingga daging lembut. Sekali sekali buka tengok dan tambah air sikit jika perlu.
6. Bila dah masak keluarkan daging dan tapis amik kuahnya nak buat sos/gravy. Dengan periuk yang sama masak kuah  tadi dengan api perlahan dan jika perlu tambah sedikit sos tiram untuk suaikan rasanya dan masak sehingga sos jadi pekat sambil dikacau sekali sekala.
7. Boleh la dihidang bersama kentang putar (rebus kentang dengan sedikit garam hingga lembut, toskan air dan lenyek bersama 3-4 sudu besar susu segar dan 1 sudu kecil mentega).

Alhamdulillah kat sni kamben segar ni stoknya mudah sangat...sampai xlarat nk mkn la org kata...braised ni ala2 menu kat SR atau delifrance...afiq la yg suka sngat...ni pun 2 ketoi dia mknn...

Es Teler Lagii..& Lagii...Inysaa Allah

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..terasa cepat sungguh msa berlalu...dah msuk bln december pun...xlama lgi jumpa thun bru plak...Insyaa Allah klu panjang umur...lgi dessert indonesia yg mewah dengan buahan segar...tukang masak ni suka sngat klu ada buah2 gini...sblum ni pun dah ada updated 2x...ada kat sini...yg buat ni bru dpt guna kelapa segar...kbetulan tgh ada ofer kelapa dri thailand...terus la rempat...tpi ni cerita beberapa bulan sudah la jgknya...cuma nangka masih guna nangka tin la...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Bahan-bahan
  • 1/2 litter susu segar
  • susu pekat manis secukupnya
  • buah nangka masak - dicarik
  • buah avocado - hiris nipis
  • buah kabung - maz guna buah kabung dalam sirap, tapis buang airnya (kalau buah kabung putih tak perlu tapis)
  • 1 cawan air kelapa muda & isinya - kali ni dapat guna air dan kelapa muda segar
  •  sedikit garam
  • ais kisar @ ketul ais kecil-kecil secukupnya - jgn banyak sangat, nati cair pulak susu, tak sedap
Cara

1. Satukan susu, susu pekat, sedikit garam dan air kelapa, kacau sebati dan biar rasa manis lebih sikit sebab nak tambah ais kemudian atau kalau tak nak letak air, sejukkan dulu bancuhan ni dalam peti.
2. Masukkan separuh dari semua jenis buahan dan ais secukupnya.
3. Bila nak hidang tuang dalam mangkuk atau gelas yang sesuai dan letak sedikit buahan. Sedia untuk dinikmati.

klu ada tetamu memang sesuai sbgai hidangan pencuci mulut gitu...nk buat pun cma kacau je...kat msia lgi best buah nangka dan kelapa muda mudah nk dpt...sni buah kabung ada yg warna dlm sirap...ok jgk deh menyerlah skit la dri yg biasa tu...es teler ni klu xde buah avacado mcm xckup syarat gtu...tpi klu xletak pun ok je...

Tuesday, December 2, 2014

Onde Onde Labu

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..ni pun 1 lgi gambar lama mcm cinnabon bun hritu...dah stahun lebih dlm folder...gambar msa kat msia lagi...tkpe la deh bru nk updated pun...dulu pun dh ada skli n3 onde onde ni...memang sedapp onde onde labu ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Onde Onde Labu by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g labu kuning
  • tepung pulut secukupnya
  • nisen/gula melaka secukupnya - dipotong kecil
  • kelapa parut secukupnya - gaul dengan garam secukup rasa
  • 3 helai daun pandan - dicarik dan simpulkan
Cara

1. Kupas kulit labu dan rebus dengan sedikit garam sehingga lembut, kemudian keluarkan air rebusan dan lecek lumat. Sejukkan dulu.
2. Bila labu dah sejuk, dalam periuk didihkan air bersama daun pandan.
3. Dalam bekas yang sesuai satukan labu dan tepung pulut (tepung ni masukkan sikit-sikit) dan uli hingga jadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan. Jika perlu boleh juga tambah air sikit.
4. Amik doh dan leperkan kemudian letak 1 potong nisen/gula melaka dan tutup kemas. Masukkan dalam air yang telah mendidih dan tunggu hingga bebola tadi timbul. Angkat dan masukkan dalam kelapa tadi. Golek-golek agar kelapa bersalut seluruhnya. 

msa kat msia dlu klu buat onde2 ni adir ipar suka sngat...siap pesan sruh simpan...biasanya buat bln puasa la...abangah pun sukaa...thun ni xbuat lgi...terasa mcm nk buat la plak...

Tomyam Udang Bersantan @ Tom Yam Koong Lagi...

Assalamualaikum w.b.t...blik2 tomyam la klu masak berkuah tu...sbnarnya selama ni pun klu updated tomyam memang msuk santan...sblum ni pun dah ada n3 tomyam santan ni...ada kat sini...klu restoran thai siap guna air kelapa muda lgi sbgai kuahnya...memang sedapp tomyam masuk santan...kuahnya ada rsa lemak skit...tpi xrsa pun santannya...rspi pun sma je mcm selalu...yg versi nama siam pun ada...bleh tgk kat sini...tomyam siam ni daun ketumbar mestii kena ada...tukang masak ni pun klu xde daun ketumbar sangup tukar masak lain...mesti masuk daun ni klu buat tomyam tu...klu dak xkickk..mcm xckup syarat...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan..

Tomyam Udang Bersantan by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10 ekor udang saiz besar @ apa saiz - belah belakang dan buang urat hitam
  • 2-3 sudu besar pes tomyam (maz guna pes thai yang dalam botol, tutup biru tu)
  • 1/2 cawan santan
  • 2 inci lengkuas - hiris
  • 1-2 batang serai - ketuk
  • 6-8 daun limau purut - koyak sikit
  • 1 biji tomato  -belah 4
  • 1 labu bawang besar - belah 8
  • 1 biji limau nipis - jika perlu
  • 3-4 biji cili padi - ketuk
  • daun ketumbar secukupnya
  • garam ,gula secukup rasa dan aji jika suka
Cara

1. Dalam periuk masukkan tomyam pes, lengkuas, serai dan air dalam 3 cawan (biar padan dengan bahan sos).
2. Masukkan santan dan masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala.
3. Masukkan bawang, tomato, daun limau, udang dan perasa secukup rasa.
4. Masukkan jus limau secukupnya (biar ada rasa sedikit masam) dan sedikit daun ketumbar.
5. Masak sekejap sekadar udang masak. Tabur daun ketumbar dan letak cili pada bila menghidang.

ada plak telur dadar deh...bleh berpeluh2...tpi skrang ni tgh diet...xleh la nk layan selera sngat...duk mkn bnyk sayur celur dan rebus je...

Monday, December 1, 2014

Mee Rebus Special

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanalah hil'azim'..brtemu skli lgi...mee lgikk...adoiii dah jdi peminat tegar mee la plak thun ni...asik kluar mee je...apa yg specilnya deh...sbnarnya xde apa yg lain dri rspi sblum ni pun cuma letak nma specil tu sbb guna ekor lembu...kikihh...sblum ni mee rebus udang...tkpe la deh guna ekor pun...kesnya sebab nk jgk mkn mee rebus...tpi dlm peti hnya ada ekor je...ekor pun ekor la dlm hati duk brckp seorang...maka terus kan jgk niat utk buat mee rebus tu...ni cerita dah berbulan yg lalu jgk...tetappp sedapppp guna ekor punn...mcm biasa licinnn smpai ke kuahh! Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Mee Rebus Udang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g mee kuning - maz buat sendiri, jadi tak perlu celur sebab dah lalui proses rebus, kalau mee beli celur sekejap
  • 1kg ekor lembu
  • 3-4 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar udang kering - tumbuk lumat
  • 1 inci lengkuas - ketuk
  • 1 sudu besar serbuk kari daging 
  • 3-4 sudu besar cili kisar
  • 1 keping asam keping
  • 2-3 ketul keledek rebus - kisar dengan sedikit air rebusan ekor
  • sedikit minyak untuk menumis
  • telur rebus, tauhu goreng, bawang goreng, daun sup/bawang, cili merah @ taugeh jika ada
Cara

1. Dalam periuk tekanan rebus ekor dengan air secukupnya, sedikit garam hingga lembut (dalam 1 jam).
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang dan udang kering hingga wangi. Masukkan cili kisar, tumis lagi. Masukkan serbuk kari dan lengkuas. Kemudian masuk ekor dan air rebusannya.
3. Masukkan asam keping dan masak biar mendidih. Masukkan keledek kisar dan perasa secukup rasa. 
4. Masak biar mendidih lama sikit dengan api perlahan dan kuah sedikit pekat dan suaikan rasa apa yang kurang, maz suka rasa manis tu lebih sikit.
5. Kemudian boleh la dihidang bersama mee dan bahan sampingan yang lain.

mee kuning tu hasil homemade...tu pun ada 1 lgi mee udang duk menunggu dlm folder...tpi lepas kejadian yg ni...lama la jgk dah stop main tepungnya...

Baked Pasta

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..bertemu skli lagi...tentu ramai yg amik peluang balik kpung atau bercti deh...skolah pun dh cti...kat sni hjung thun cuma cti semester break je 2 mnggu bermula tngah bln nti...cuti pnjangnya time summer...lgi gambar lama la ni...guna sos sma yg lebih buat baked chiken pasta hritu...memang kerappp snguh duk buat pasta...aiman dgn afiq sukaa sngat...yg simple maple gaul dgn sos gtu je pun jln jgkk...Inyaa Allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Baked Pasta by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3-4 biji tomato masak - belah 8
  • 1/2 batang lobak merah saiz kecil * - hiris
  • 1 labu bawang besar bombay * - belah 8
  • 2 helai daun bay *
  • 2-3 sudu besar tomato pes
  • 2-3 sudu besar sos tomato/cili (jika nak ada rasa pedas sikit)
  • 1 sudu kecil dry basil
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • sedikit minyak zaitun
  • pasta rebus secukupnya
  • mozarella cheese secukupnya
Cara

1. Panaskan sedikit sudu minyak zaitun, masukkan semua bahan bertanda *. Masak sambil dikacau sekali sekali hingga sedikit perang. Kemudian masukkan tomato pes dan kacau sebati.

2. Masukkan buah tomato, sebatikan dan masak biar keluar jusnya. Kemudian air (agak-agak la ye kira padan dengan bahan) dan kiub pati ayam. Masak dengan api sederhana hingga mendidih lama dan sayur lembut/sedikit hancur (jika perlu boleh tambah air sikit lagi). Masukkan dry basil dan sos tomato/cili, kacau sebati. Padamkan api.

3. Kemudian masukkan dalam pengisar dan kisar lumat. Tuang semula dalam periuk dan panaskkan balik sekejap je dengan api perlahan. Kalau pekat sangat boleh tambah air sikit lagi. Masukkan sedikit gula, serbuk lada hitam dan perasa secukupnya apa yang kurang. Padamkan api

4. Dalam bekas tanan panas/casserole masukkan pasta dan sos secukupnya, kacau biar sebati. Tabur cheese dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170C selama 8-10 minit atau hingga cheese sedikit perang.

tukang masak ni memang suka klu jenis cepat dimsak gini...xpayah lama kat dpur...sosnya bleh buat awal...time nk mkn cuma rebus pasta je...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...