Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, April 29, 2014

Creamy Mushroom Soup & Garlic Bread

Assalamualaikumw.b.t...Astaghfirullahal'adzim...Astaghfirullahal'adzim...Astaghfirullahal'adzim...Baginda Rasulullah saw bersabda, "Barang siapa yang sentiasa beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan dari segala kegundahan yang menderanya, jalan keluar dari segala kesempitan yang dihadapinya dan Allah memberi rezeki dari arah yang tidak ia sangka..HR. Abu Dawud"...sebagai hamba yg penuh dgn kekurangan sama2 kita perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan dariNya...ingatan utk diri sendiri yg sentiasa lalai...brtemu skli lgi...cuaca kat luar pun cerah je pagi ni...sup ni pun sbhgian dri gambar2 yg agak lama jgk dlm folder tu...dh bnyk kli buat buat sup ni sbb semua suka...kat rmah ni gaya mknnya memang mcm tu...kena ulang dulu 3-4x hingga dh rsa jemu...pastu bru stop...lgi pun senang sngat nk buat kan...tu yg tukang masak ni lagi sukeee...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg dtg dri maz dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...
 
Creamy Mushroom Soup by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)

  • 5-6 biji cendawan butang putih saiz besar, kalau yang jenis kecik tu lebihkan lagi - dibelah 4
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 labu kecil bawang besar - dibelah 3
  • 1 kiub pati ayam knorr/Maggie
  • 1/3 cawan whipping cream
  • 1 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan 2 sudu besar air

Cara

1. Dalam periuk masukkan semua bahan kecuali whipping cream dan tepung gandum. Masak sehingga mendidih. Padamkan api.
 
2. Sendukkan semua bahan tadi dan masukkan dalam pengisar dan kisar dengan sedikit air rebusan hingga lumat.
 
3. Dengan periuk yang ada baki air rebusan tadi, masukkan bahan yang dikisar dan tepung gandum. Kacau sebati dan panaskan semula dengan api kecil. Masukkan whipping cream dan kacau selalu. Perasakan secukup rasa (kalau kurang rasa boleh tambah kiub pati sikit lagi atau tepung jika kurang pekat). Padamkan api.
 
4. Sedia untuk dihidangkan dengan roti bawang putih (garlic bread) - utk garlic bread tu maz guna bun hot dog, sedappp...ala2 mcm yg pizza hut gituw. Sapu mentega sikit pada bun dan masukkan dalam oven, letak rak paling atas bagi cepat perang, lepas dah keluar oven, sejuk sekejap bagi permukaan tu keras sikit, lepas tu ambil seulas bawang putih dan gesek/sapukan pada permukaan roti tadi.

menu yg cepat dimsak sedapp dimakan...slalunya sup ni buat utk alas perut sbgai gnti diner sbb mlm xde nasi...memangg sedappp...terasa cendawan dan creamy...klu yg beli tu pekat dgn tepung gandum je kan...

Sunday, April 27, 2014

Chicken 65

Assalamualaikum w.b.t...apa kbar semua...ptg bru bleh bersiaran hri ni...bnyknya krja yg menunggu...kebizian yg amat sngat dri hri jumaat lgi...chicken 65 ni memang trkenal di india...kat bahrain ni pun senang dpt lauk ni...ayam ni dpt namanya dikatakan sbb lauk ni ckup pemes disatu rstoren diindia...lauk ni diletak di no yg ke 65 dlm senarai menu...bila nk order je org sebut chicken 65...jdi dri stu lah ianya mendpt nama...xthu la betul ke tidak sejarah ayam 65 ni...pastime mkn chic 65 ni beli yg dijual kat hypermarket kitchen...sni smua psaraya besar memang ada jual mknan yg dh siap msak...tnjuk je nk apa...nsi mcm2 jnis nasi...ayam pnggang...ayam greng...pizza...pasta...indian food...mcm2 laa ada...jdi stelah merasa yg beli tu...kita buat versi sdri la plak ikut apa stok yg ada kat dpur...memangg sdpp...tu yg dah ulang bnyk kli...lgipun senang je nk buatnya...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...

stelah digaul dgn bahan rempah...yogurt dan sdikit pewrna...perap lgi lama lgi sdpp...sebati rsa rempah2nya tu...

Chicken 65 by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 500g ayam - potong saiz sederhana kecil (chicken 65 yg sebenar guna dada ayam dan potong kecik, tapi kat rumah ni kalau guna isi semua tak minat)
  • 2 sudu besar yogurt tanpa perasa (asli)
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu besar tepung beras
  • 2-3 sudu besar tepung gandum- maz guna all purpose flour
  • 2 tangkai daun kari
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna merah
  • minyak secukupnya untuk menggoreng 
Cara

1. Cuci ayam bersih-bersih dan toskan.
2. Tumbuk lumat halia dan bawang putih.
3. Dalam bekas yang sesuai, masukkan ayam dan semua bahan kecuali 2 jenis tepung. Gaul sebati dan perap selama 15 minit.
4. Panaskan minyak secukupnya, satukan 2 jenis tepung dan ratakan dalam pinggan besar. Kemudian golekkan ayam biar menyaluti seluruhnya.
5. Goreng seperti biasa dengan api sederhana hingga masak. Angkat dan toskan, buat sampai habis.
6. Boleh ditabur dengan sedikit daun ketumbar dan bawang besar hiris jika suka. Siap..

lauk2 gini dpt smbutan laa...anak2 suka meratah...sdppp krup krap gituw sbb gaul nga tepung beras skit...dah 4-5x buat ayam 65 ni...tpi mcm biasa la...kena peram dlu...tak kisah la tu ye...xdan nk update hri2...

Wednesday, April 23, 2014

Pulut Panggang

Assalamualaikum w.b.t...bertemu skli lagi...sbnarnya pagi ni berat sngat dh nk update blog ni...slesai je urusan anak2 pergi skolah tadi...dgn senang htinya landing atas sofa...niatnya nk lelap la skejap...tpi xtertutup la plak mata ni sbb dlm kepala tu duk pkir nk mask apa utk tghri ni...pastu duk tringat pulut pnggang yg buat ptg smlm dlm kamera...maka xjdi lah tdurrnya...yesss! akhirnya dpt jgk update yg panas2 lgi pgi ni...klu dak slalunya smua yg dh brbulan2 atau berminggu2 kena peram dulu bru buat n3...akhir kata terima kasih pada yg sudi singgah dpur yg xsebrapa ni dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...
terpnggil nak buat pulut panggang ni sbb tgk kwn kat fb buat 2-3 hri lepas..kbetulan daun pisang yg lebih guna wken tu ada skit lgi...pastu inti cucur badak memang dah ada lam pti...maz cuma tmbah isi ikan rebus je...gaul sebati atas api kecil skejap...jdi dpt la 8 bjik pulut panggang...ckup lah alas perut kami mlm tdi...pastu maz buat jgk sbjik roti pita sgera...gna dging burger je sbgai inti...Alhamdulillah atas nikmatNya...kat rmah ni kripap nga cucur badak antara kuih kegemaran semua...bleh kata slalu ada dlm peti ready utk bekpes...kesian nasib cucur badak...dah lama duk dlm folder tu...last2 intinya yg kluar dluu...takpe lah ye...janji update jgk wpun lewat sbgai rujukan dan kenangan...

Pulut Panggang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)

  • 1 1/4 cawan beras pulut - rendam 10 minit
  • 1/3 cawan santan + sedikit garam
  • 1 helai daun pandan
  • daun pisang yang dilayu secukupnya

Cara

1. Sediakan pengukus dengan air mendidih.
2. Ratakan pulut dalam pengukus dan masukkan daun pandan. Kukus selama 10-15 minit sambil dibalik sekali sekala.
3. Keluarkan pulut kukus tadi, masukkan dalam bekas dan gaul dengan santan (masa ni pulut akan nampak basah dan lembik sikit, takpe sebab nak kukus lagi sekali).
4. Kemudian masukkan semula pulut tadi dalam pengukus dan kukus lagi selama 5-7 minit.
5. Bila pulut dan masak, ratakan segengam pulut atas daun pisang, letakan inti secukupnya dan bungkus biar kemas, kelip hujung dengan stapler. Buat sampai habis.
6. Bakar sekejap sambil dibalik-balik atas dapur gas dengan api kecil atau pemanggang yang sesuai - maz bakar atas stove eletrik.
Inti (resipi ni maz guna utk inti cucur badak, cuma tambah isi ikan rebus utk pulut panggang)
  • 2 cawan kelapa parut
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • 2-3 batang serai - hiris nipis*
  • 1 senduk kecil cili kisar
  • 1 cawan udang geragau
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 ekor ikan rebus - buang tulang dan hancurkan sikit isinya
  • gula dan garam secukup rasa

Cara

1. Kisar semua bahan yang bertanda * bersama sedikit air sehingga lumat.
2. Dalam kuali masukkan bahan kisar, bahan-bahan lain serta sedikit air lagi, kecuali ikan rebus dan perasa. Kacau sebati dan masak dengan api perlahan seketika.
3. Kemudian masukkan isi ikan, bahan perasa dan kacau balik sekali sekala. Masak sehingga kering. Siap dan sejukkan dulu.

klu buat sdri ni lagii sedapp dan puas hati sngat laa...esk nk p cri daun pisang lgii...request pulut pnggang lgi sbb yg mkn mlm tdi xckupp...ye laa 8 bjik jee...kena buat stok daun pisang la plak dohh...

Sunday, April 20, 2014

Creamy Chocolate Sensation - Jatuh Cinta Dengan Rasanya...

Allazi na iza asa bathum musibahtun qa lu inna lilla hi wa inna ilaihi ra ji'u_n...(Al Baqarah-156)
 
Maksudnya:
iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jua lah kami kembali"...

Assalamualaikum w.b.t...apa khbar semua smoga sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya...pgi ni baru turn kek ni nk muncul kat sni...dah 3x buat kek ni...demand sbb top on carta lah buat msa ni bagi selera kami anak beranak...kejadiannya ni awal bln lepas...saja xnk update kek2 ni slalu sngat...simpan time xmembaking...biasanya buat kek ni sbgai mknan tambahan utk mlmnya sbb xde nasi...mkn ringan2 je...jdi skli skala tu maz buat kek atau dessert...tpi klu kek plain tu xmau plak...nk yg mkn dgn sudu gituw...sbb tu dpur ni bnyk ciskek...kek ni lapisan creamnya tu olahan dri rspi red velvet cheese cake hritu...dan digandingkan dgn moist coklat kek...maka trjdilah kek yg amat2 sedappp nii...mewah sngat rasanya...memang sensasii!...maz ni bkn minat sngat dgn kek2 ni...tpi yg ni benar2 menambat kalbu...memang jatuh cintan dgn rsanya...Alhamdulillah semua dgn izinNya...nama tu main letak je...utk lapisan moist coklat kek tu maz ubah suai rspi nan satu ni...stkat ni utk moist coklat kek maz setia dgn rspi ni...memang puas hti wpun xkukus buat steambath...tpi keknya memang moist...jazakillahukhairan Kak Zaima dan Teratak Chetam atas ilmu yg dikongsi dan maz jdikan panduan utk hasilkan kek baru ni...akhir kata mohon maaf atas segala salah dan silap...semoga jumpa lagi...insyaa Allah...
 
memang enakk skli...kombinasi moist coklat kek dgn creamy cheese yg sesuai...aduhhh sedappnya!...omputih kata fall in love with first bite...xthan tengok kek lam pinggan nih...lapisan cheesenya xmuak sbb gna cream cheese xbanyk dan dicampur dgn whip cream...

Creamy Chocolate Sensation by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-Bahan

Lapisan Coklat
  • 90g gula pasir halus
  • 40g serbuk koko
  • 120ml susu cair
  • 120ml mentega cair - maz guna unsalted butter
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 80g allpurpose flour
  • 1 biji telur gred A
  • 1/3 cawan coklat chip - gaul dengan 1/2 sudu besar tepung (pls don’t skip this ingredient)
  • 1/2 sudu kecil soda baikarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1/2 sudu kecil garam - jika guna mentega biasa (bergaram) tak perlu

Cara
 
1. Panaskan oven suhu 150C dan sediakan air panas mendidih serta satu loyang besar untuk steambath.
 
2. Dalam mangkuk yang sesuai satukan mentega cair , gula halus, susu cair, serbuk koko dan susu pekat. Kacau sebati dengan wishk atau senduk kayu.
 
3. Dalam mangkuk kecil pukul sekejap telur dengan wishk atau garfu.
 
4. Masukkan telur dan vanilla dalam campuran koko dan kacau sebati.

5. Satukan tepung, garam, soda bikarbonat dan baking powder.
 
6. Ayak campuran tepung tadi dalam bancuhan koko dan kacau sebati. Masukkan coklat chip dan kacau balik.
 
6. Tuang dalam bekas kaca yang tahan panas (bekas tu biar tinggi sikit, nati kek naik dan nak letak lapisan cream lagi) dan tutup dengan aluminium foil. Bakar cara waterbath/steambath (bekas kek dalam loyang air panas) selama 1 jam 20 minit atau bergantung pada jenis oven masing-masing (cucuk kek dengan lidi, kalau kek tak lekat kat lidi, kek masak).
 
7. Bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan terus tuang toping coklat tadi atas kek sepenuhnya. Biarkan sekejap dalam 10 minit agar kek sejuk sikit.
 
8. Lepas tu boleh la dituang lapisan cheese tadi perlahan-lahan. Tutup kek dengan aluminium foil/plastik dan simpan dalam peti dulu selama 2-3 jam. Kemudian boleh la dihias dengan sedikit coklat masakan yang disagat dan sedikit buah strawberi atau rasberi/kiwi/manga/. Selamat mencuba...
 
Nota : Sebelum putar whip cream tu, maz masukkan dulu 15-20 minit mangkuk dan mata mixer dalam freezer agar whip cream senang nak putar, sebab kalau tak cukup sejuk susah nak kental, takut nanti cream akan rosak jika terlebih putar.
 
2. Insyaa Allah jika betul cara buat akan hasilkan kek yang amat moist. Jadi kena arif dengan perangai oven masing-masing. Kalau oven tu jenis panas, kena kurangkan suhunya dan tahu masa yang sesuai. Loyang untuk air panas juga akan mempengaruhi kek yang dihasilkan. Kalau loyang air panas tu kecil, maknanya air panas sikit, jadi kek tak dapat melalui proses steambath dengan sempurna. Maz guna loyang besar dan isi dengan 2 litter air mendidih, tenggelam separuh bekas kek - (maz cadangkan buat malam dan simpan dalam peti dulu, esok baru makan, lebih sensasi lagi rasanya)
 
Lapisan Cheese
Bahan-bahan
  • 100ml whipping cream UHT
  • 1/2 sudu kecil lemon jus
  • 100g cream cheese
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1/4 cawan gula halus
  • secubit garam
 
Cara
 
1. Putar whip cream dengan lemon jus hingga kental/pekat sikit. Ketepikan
 
2. Satukan cream cheese, gula, garam, susu segar dan putar sebati (dalam 1 minit).
 
3. Masukkan no 1 dalam no 2 dan kaup balik sebati. Simpan dalam peti dulu sementara tunggu kek masak.

Toping Coklat
Bahan-bahan
  • 85g coklat masakan - patahkan
  • 1/2 sudu besar mentega - maz guna unsalted butter
  • 60ml whipping cream 

Cara : Dalam bekas sesuai yang kering dan bersih, suamkan whip cream sekejap secara double boiler dengan api perlahan. Kemudian masukkan coklat masakan dan kacau selalu. Masukkan mentega, sebatikan dan coklat cair sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.  

tgkk kek ni terasa nk mkn lgii...ingat nk buat plak hri ni...klu dak pun eskk kut...sbb banyak kerja yg duk menungguu kat dpur tuu...

Wednesday, April 16, 2014

Mongolian Beef

Assalamualaikum w.b.t...btremu skli lgi dlm mood yg dipaksa2...kemalasan makin menebal dah ni...tpi bila pkir bnyk lgi gambar2 lama dlm folder yg duk peram tu...diusaha la jgk utk update...ni pun menu yg lama sngat dh ni...klu xsilap adalah dlm 2 bln mask dging ni...dah 2x buat dging mongolian ni...biasalah kat rmah ni klu lauk2 yg itam jenis msuk kicapp gini...pastii dpt sambutan...tpi memang sdppp...xpyah lauk lain dh...sosnya melekit2 gituw...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga jumpa lgi...Insyaa Allah...

Mongolian Beef by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)

  • 300g daging lembut/batang pinang - hiris nipis panjang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1-2 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 sudu besar gula perang
  • minyak masak secukupnya
  • tepung jagung secukupnya - untuk salut daging
  • cili burung/cili besar - hiasan
  • sedikit air

Cara

1. Pastikan daging berul-betul kering agar proses masak nati daging masak elok dan tidak mengeluarkan air - (maz tak cuci pun daging tu, terus goreng sebab daging bersih)
 
2. Dalam pingan yang besar, ratakan 3-4 sudu besar tepung jagung yang digaul dengan secubit garam. Kemudian salutkan kedua bahagian daging dengan tepung jagung sepenuhnya.
 
3. Panaskan 3-4 sudu besar minyak masak dalam kuali leper biasa (bukan non stick), kemudian susun daging dan masak 2-3 minit dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan. Buat sampai habis dan tambah minyak sikit lagi untuk masak yang seterusnya jika perlu.
 
3. Dengan kuali sama, masukkan 2 sudu besar minyak, kemudian masukkan bawang putih dan masak sekejap. Masukkan kicap manis dan gula perang, biar berbuih seketika, kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air (jgn banyak ye).
 
4. Akhir sekali masukkan daging, cili hiasan dan perasakan secukup rasa. Kacau balik agar sebati, jika perlu boleh tambah air 3-4 sudu lagi dan masak sekejap biar sos jadi pekat. Siap

dging tu kna gna dging lembut atau batang pinang dan hiris nipis2 sbb proses masaknya skejap je...maz memang sukee sngat2 lah klu menu yg jenis cepat dimasak sedapp dimkn gini...tu yg buat smpai 2x dah...

rspi ni maz tgk kat web allrecipe...tapi ubah suai skit ikut selera...jdi yg letak kat blog ni rspi yg dh diolah...

Sunday, April 13, 2014

Nasi Lemak Daun Pisang

Assalamualaikum w.b.t..."Laa haula wa laa quwaata illaa billaah...Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah swt"...sama2lah kita ringankan bibir dengan selalu menyebut sebaris ayat ni wlu dlm apa jua keadaan...brtemu skli lgi semoga sntiasa dlm rahmat dan hidayahNya...pgi ni nasi lemak bungkus daun pisang yg buat 3 minggu sudah...asalnya buat nk bwa g bekpes tepi laut...last2 mkn kat rmah je...duk dpan tingkap jdi lah mcm brkelah tpi laut jgkk...mood pun xbrapa nk ada dh nii...mkin slow dh nk mengupdate...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan dan smga jumpa lagi...Insyaa Allah...

Nasi Lemak Daun Pisang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Sambal Bilis

  • 1 cawan cili kisar - rebus cili kering dan kisar
  • 1 labu bawang besar *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 keping asam keping
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • segengan ikan bilis goreng
  • sedikit air belacan
  • sedikit nesan/gula melaka
  • gula secukupnya
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Kisar bahan * dengan pengisar kering.
 
2 Dalam kuali, panaskan 1 cawan minyak. Masukkan bahan kisar dan masak hingga sedikit layu. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak dengan api perlahan sambil dikacau selalu.
 
3. Masukkan air belacan dan kacau sebati. Kemudian masukkan nesan, asam keping, bawang hiris dan 3-4 sudu besar air. Masak sambil dikacau selalu hingga pecah minyak.
 
4. Tambah air sikit lagi dan masak lagi. Kemudian masukkan ikan bilis goreng sambil dikacau selalu. Perasakan secukup rasa dengan gula dan sedikit garam. Masak hingga pekat. Siap.

Nasi Lemak

  • 2 cawan beras - maz guna beras wangi
  • 2 cawan santan cair @ ikut sukatan beras masing-masing
  • 2 sudu besar minyak sayur
  • 5-6 keeping halia hiris
  • 1 batang serai
  • sedikit garam
  • daun pisang dan kertas secukupnya
  • telur rebus dan timun
Cara

1. Cuci beras seperti biasa. Masukkan semua bahan dalam periuk nasi kecuali minyak sayur dan masak seperti biasa. Bila nasi dan mendidih kacau sekali sekala agar sebati.
 
2. Apabila nasi sedikit kering, tuang minyak sayur tadi dan gemburkan nasi dengan garfu. Tutup periuk dan biar nasi masak sepenuhnya.
 
3. Bila nasi dah masak boleh lah dibungkus dengan daun pisang bersama sambal bilis, telur rebus dan timun. Siap..

bab bungkus memang out lah...kat sni hnya 1 psaraya je jual daun pisang ni...kira ok la jgk ada jual kan...psaraya tu pun xde lah jauh sngat dri rmah ni...klu bli kena frozen la...tpi yg ni bli ptg khmis esk pgi trus guna utk bungkus nasi ni...

Wednesday, April 9, 2014

Buffalo Wings With Hot Sauce

Assalamualaikum w.b.t...Bismillahirrahmanirrahim...Subhaanallah Wabihamdihi... Subhaanallahhil 'azhiim...Ya Allah jadikan pagi ini sebagai pemuka pintu rezeki dan kebarakahan untuk kami...Amiin...Alhamdulillah bertmu lgi dipagi yg cukup indah cuaca kat luar tu...skli sekala npak perahu2 kecil kat laut yg tenang tu...laut sni xde ombak ye...ni pun antara gambar2 lama dlm foleder...rsanya buat lepas mask sweet chilli chicken wings dlu lepas dh bli hot sos tu...kat rmah ni asik duk pusing menda sama je...gaya makan anak2 memang mcm tu...xleh nk buat lain skit dri slera...nti ada yg xmkn...ni pun masak utk alas perut belah mlm...merangkap diner...sbb nasi hnya tghri je kat rmah ni...senang sngat nk buat ayam koboi ni...akhir kata semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

yg dlu kejadian buffalo-wings tanpa salut sos...hot sos ni rsanya pedas dan masam yg menyerlah...buat sdri ni memang jimat sngat lah...klu bli 7 ketoi dh dkat 3 dinar...klu duit msia skitar rm26...memang stok kepak ayam ni slalu ada...senang klu time lapar2 tu...gaul je nga tepung pastu goreng...tukang masak ni memang asik duk plih yg mudah2 jee...dan sbgai panduan sos tu tgk rspi dri allrecipes...pastu ubah suai lah ikut cara kita sdri...
 
Buffalo Wings With Hot Sauce by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)

  • 1kg kepak ayam saiz kecik - kerat 2
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 cawan all-purpose flour
  • serbuk pati ayam secukupnya atau garam

Hot Sos

  • 1/2 cawan hot sos
  • 1/4 cawan mentega tanpa garam
  • 1 ulas bawang putih - cincang halus
  • sedikit lada hitam - tumbuk halus sikit
  • sedikit gula

Cara

1. Cuci bersih kepak ayam dan toskan biar betul-betul kering, lap dengan tisu/tuala dapur.
 
2. Gaulkan kepak ayam dengan semua bahan kecuali tepung (mana yang kurang atau lebih tu boleh diubah suai sendiri). Perap dalam peti selama 4-5 jam atau semalaman.
 
3. Panaskan minyak secukupnya, kemudian gaulkan ayam dengan tepung sepenuhnya dan goreng dengan api sederhana sambil dibalik selalu selama 2-3 minit (tak perlu goreng lama sebab ayam kecik, nanti ayam jadi kering). Angkat dan toskan, masak sampai habis.
 
4. Untuk sos, dalam periuk lain, panaskan mentega. Kemudian masukkan bawang putih, biar seketika. Masukkan hot sos dan sedikit gula, kacau sebati dan perasakan sesedap rasa. Padamkan api.
 
5. Gaul ayam denga sos dan taburkan sedikit serbuk lada hitam. Siap...(maz buat makan dengan greek dip tzatziki...resipi maz ubah sikit2 ikut kesesuaian...sedapp dip sos ni...mkn gitu pun boleh habis semangkuk, tapi plain yogurt yang jual kat pasaraya msia terlalu cair lah kalau nak banding dengan yogurt kat sini. Sini plain yogurtnya macam sour cream, timun tu guna timun jepun ye, bukan timun biasa tu, pastu sagat kasar sikit, baru time makan tu sedap bila kunyah timun tu - maz cuma guna plain yogurt, timun, sedikit garam, sedikit serbuk paprika dan 2-3 titik jus lemon, timun tu lepas sagat perah lembut gitu bagi air keluar sikit, pastu gaulkan dengan semua bahan lain).
 
memang leh hbis la 5 ktoii...cicah plak nga sos putih yg lemak berkrimm tuu...syukur atas segala nikmatNya...

Monday, April 7, 2014

Grilled Lamb Chop

Assalamualaikum w.b.t...Bismillahirrahmanirrahim...Ya Allah Kami memohon daripada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalam yang diterima...amiin...brtemu skli lgi semoga sntiasa dlm rahmatNya...mkin trasa beratnya nk update dpur ni...bila dh xbrapa rjin tu idea pun xde nk tlis apa...pgi ni kamben lah ye...dh brbulan dlm folder tu...hri2 masak...update 2-3 je smggu...tu yg brsusun gambar2 lama...Alhamdulillah atas segala nikmatNya...hri minggu je bru mkn luar...hri2 nk mkn nasi arab pun xde slera jgk...skli lgi trima kasih pada yg sudi singgah dapur yg tak seberapa ni...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...

Grilled Lamb Chop by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 5-7 ketol lamb chop - kikis sikit buang daging keliling tulang
  • sedikit lada hitam - tumbuk sedikit halus
  • sedikit garam
  • sedikit sos tiram
  • minyak zaitun secukupnya

Cara

1. Pastikan lamb chop betul-betul kering (maz tak cuci pun sebab daging tu dijual yang bersih).
 
2. Lumur lamb chop dengan sedikit garam, kemudian salut dengan sedikit sos tiram dan serbuk lada hitam. Perap 5-6 jam atau semalaman dalam peti.
 
3. Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun dalam kuali leper (bukan non-stick) dan susun lamb chop. Masak dengan api sederhana selama 3-4 minit disetiap bahagian.
 
4. Kalau minyak dah kering tambah sedikit lagi dan masak sampai habis. Angkat dan terus tutup yang dah masak tadi dengan aluminium foil (agar daging tidak kering dan berjus).
 
5. Kuali tadi jangan dicuci, guna untuk buat sedikit brown sos, dengan api perlahan masukkan 1 sudu besar mentega. Kemudian masukkan 1/4 cawan beef stock atau air dan kikis kesan masak daging tadi yang melekat dikuali. Perasakan dengan sedikit kuib pati daging (jika guna air) dan akhir sekali masukkan 3-4 sudu besar whip cream. Masukkan 2-3 titik kicap manis (agar warna sos jadi gelap). Kacau sebati dan sos jadi sedikit pekat. Boleh dihidang dengan kentang putar/salad dan sebagainya ikut selera. (gambar ni sebelum dituang brown sos, sebab maz buat makan dengan pasta, jadi sos letak asing).

kamben ni sbnarnya buat mkn dgn pasta...tpi xsmpat nk posing skli nga pasta...masak ikut cara kat tv...cepat dan simple je...main perap je tu ikut apa yg ada kat dpur...pastu kuali yg masak kamben tu gna masak brown sos skit...maz guna ni  kamben segar...klu yg frozen xthu la boleh masak tak dengan cara mcm ni...kat sni lamb chopnya saiz kecik2 je...cma dlm gambar je npak besar lamb chop ni...

Thursday, April 3, 2014

Brownies Oreo Cheese Cake

رَبَّنا ءَاتِنا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئ لَنا مِنْ أَمْرِنا رَشَداً
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami - al-Kahfi : 10

Assalamualaikum w.b.t...Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw...keluarga dan para sahabat Baginda...bertemu skli lgi dipgi khamis yg indah...tenang je npak laut yg luas dri depan tingkap besar ni...smlm hujan kat sni...insyaa Allah mlm ni brtemu jumaat lagi...sama2 lah kita baca surah al-Kahfi sebagaiman sunnah Rasulullah...klu xbrksempatan nk baca mlm nti...esk pun masih ada peluang lgi...insyaa Allah...baca 10 ayat pertama pun jdi lah klu xdan nk hbiskan 1 surah...sbb surah ni agak pnjang skit...pesanan utk dri sdri jgk yg terlalu banyk kelemahan....

pgi ni baru turn kek nk kluar...ni pun kejadian yg agak lama jgk dh...4 lgi menunggu...Alhamdulillah atas nikmatNya...kat sni memang kerap la duk membaking sbb ada org suka mkn...lgipun mlm xde nasi jdi sbgai tambhan mkn yg ringan2 tu skli skala maz akan buat kek atau dessert...tpi klu kek plain tu xmau plak...nk yg mkn dgn sudu gituw...tu yg bnyk jnis ciskek kat dpur ni...ni lah hasil experimen yg strusnya...Alhamdulillah semua dgn izinNya...tpi aiman lebih suka cheese kek yg jenis non bake...katanya yg ni tak sama mcm yg oreo dlu...maz biasalah kek2 ni xminat sngat...stkat amik rsa mcm tu je...suami lah yg tukang perabisnya...kek ni hasil tolak tambah rspi2 ciskek dan kek coklat yg prnah buat sblum2 ni...akhir kata sama2 ye kita hafal doa kat atas tu...boleh ajar pada anak2 sblum tidur...stu mlm pun dh bleh hafal tu...budak2 cepat ingat...pendek je...insyaa Allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

tekstur kek ni mosit je dan juri dalam umah ni ckpp sedappp...siap buat bekpes lgii...dan yg penting senang je nk buat...

Brownies Oreo Cheese Cake by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (loyang 7x7 inci)
Lapisan Brownies
  • 1/2 cawan gula halus + 2 sudu besar gula halus lagi
  • 1/2 cawan allpurpose flour
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 biji telur gred A - kocok sikit dengan garfu
  • 1/2 cawan minyak sayur - maz guna sunflower
  • 1/3 (80ml) cawan susu segar/cair
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 1/8 sudu kecil garam
Cara

1. Panaskan oven suhu 160 C dan alas loyang dengan baking paper, biar kertas tu lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan semua bahan kering dan kacau sebati dengan wishk/garfu.

3. Masukkan semua bahan basah dan kaup balik sebati.

4. Tuang dalam loyang dan bakar selama 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

5. Sementara kek masak sediakan lapisan cheesenya dan siapkan air mendidih.

Lapisan Cheese
  • 200g cream cheese
  • 60ml whipping cream
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur gred A
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 sudu kecil lemon jus @ vanilla
  • biskut oreo secukupnya - hancurkan
Cara

1. Sebatikan cream cheese dengan gula. Masukkan whip cream dan susu pekat. Putar sekata.

2. Masukkan telur dan jus lemon, putar sebati.

3. Masukkan oreo dan kaup balik sebati.

4. Bila kek coklat tadi dah masak, keluarkan dari oven dan terus letak dalam loyang yang berisi air panas (tujuannya agar kek tidak mengecut), segera tuang cheese tadi atas kek dan bakar kaedah steambath selama 20-25minit. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.

oreo utk deko tu maz cucuk msa kek dh masak ye...toreh nga pisau sikit permukaan kek tu...pastu tekan je oreo...atau boleh aja nk hias ikut slera...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...