Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Monday, March 14, 2016

Ikan Masak Sambal Hijau

Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, Sunnah Rasulullah saw..semoga Allah SWT protect us, our families from harm and always keep us safe, Ameen
update skli lgi wpun agak lewat dh..cari kelainan skit dlm masakan ikan, asik masak kicap atau masam manis je deh! tu ckp pasal dpur sdrik la ye..ikan masak sambal hijau, ilham dri sambal ijau padang ni..cuma ubah suai sikit masuk daun limau purut, ternyata kombinasi yg amat sesuai skli..sedap la mkn dgn nasi panas, dgn ikan yg digoreng garing dan sambalnya pedas2 manja, waduss! nikmatNya..klu yg suka mkn sambil hidung berair-air bleh lebihkan cili padi, nasi tu mkn ciput tu je la buat syarat..tu pun kira dh langgar pantang diet! klu ikutkan hati memang bleh bertambah2 la layan dgn ikan sambal ni..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

klu xde idea nk masak, skli sekala bleh try ikan sambal hijau ni..Inysaa Allah sedap, cili hijau tu suami buat ulam gitu je..rangup la, pastu xpedas mana..

IKAN MASAK SAMBAL HIJAU by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan, maz tak tahu nama ikan yg guna tu @ boleh guna ikan lain
  • 1/2 labu bawang besar bombay - hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 4-5 biji cili hijau
  • 3 biji cili padi hijau - lebihkan jika suka pedas
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/4 cawan minyak sayur
  • garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
Cara

1. Cuci ikan dengan air asam jawa, toskan (semua ikan biasanya maz akan cuci dengan air asam jawa, sebab tak boleh ada bau langsung, tu yang xsemua ikan tekak ni boleh terima).
2. Lumur ikan dengan sedikit garam kunyit, goreng seperti biasa biar sedikit garing dikedua bahagian, angkat dan ketepikan.
3. Panaskan 1/4 cawan minyak, goreng bawang putih dan bawang besar biar sedikit perang, toskan.
4. Dengan pengisar kering, kisar semua cili dan bawang goreng tadi biar hancur sikit.
5. Panaskan balik minyak goreng bawang tadi, masukkan bahan kisar, daun limau purut, bahan perasa dan masak seketika biar sambal masak, tambah sedikit air jika perlu dan masak sekejap lagi biar kering.
6. Tuang atas ikan dan sedia dihidang bersama nasi putih.

ni ikan yg maz guna, xthu la org panggil ikan apa..kat sni nama ikan memang lain dri Msia..seangkatan dgn ikan kerapu kut sbb org jual tu letak sekli dlm dulang dgn ikan kerapu, isinya pun mcm ikan kerapu..seakan mcm ikan ni jgk isinya, maz beli ikan ikut yg berkenan dimata, beli 2 ekor..sekor lagi buat masak kering gini jgk, ada la dlm folder tu..

beli cili hijau utk sambal ikan tu kat sni la..geram punya pasal tgk semua segar2, wpun xthu nk buat apa lgi dgn cili tu..janji beli je dlu deh! lalu dtg la ilham utk masak ikan ni..

pasar ni dlm taman yg luas, tempat jualan sayur yg terus dri ladang sekitarnya..mcm2 la yg dijual kat sni..hanya setiap hri sabtu dri bln Nov-Mac je..pasar out door musim sejuk, memang geram la dgn sayur2 segar, pastu borong tomato ceri 4kg utk kunyah2 dgn suami, bnyk mkn sayur la sbb diet kan! main campur je semua dlm 1 plastik sbb harga sama..

aroma daun limau membangkitkan selera betul! maz memang fanatik la dgn daun limau ni..suka sungguh dgn baunya, sambalnya terasa fresh cili..

Thursday, November 26, 2015

Sambal Merah Campur Terung Ala Padang

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh dan maghrib, sebaik saja bagi salam, sunnah Rasulullah saw, kerap plak menu dari negara jiran, takpe la deh mencuba sesuatu yg baru..tukar selera skli sekala dgn sambal belacan yg biasa duk mkn, lgi ilham dari apa yg telah dicuba masa cuti-cuti Padang blik Msia hritu..sblum ni ada buat sambal ijau ni, ada 3 jenis sambal klu tak silap yg maz mkn selama kat sna, 1 lagi sambal merah yg cair sikit..sedapp jgk dan sambal sana jenis tak pedas sangat sebab banyk guna cili besar, nak guna terung biasa tu pun boleh..ni kebetulan ada beli 2 jenis terung tu, jdi masuk je la..terung thai tu yg kecik bulat mcm bola ping pong, warna hijau cerah gitu, sni senang dapat sayur thai ni sbb org siam ramai..terung pipit tu pun org thai suka jgk, selamat berhujung minggu..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

SAMBAL MERAH CAMPUR TERUNG ALA PADANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 labu kecik bawang besar - hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 1/2 biji tomato masak - hiris nipis
  • 4-5 biji cili merah - potong 3-4
  • 4-5 biji cili padi hijau @ merah - boleh tambah jika suka pedas - potong 2-3
  • 1 inci belacan
  • 3-4 biji terung kecik thai (warna hijau cerah, bulat kecik)
  • 1 tangkai terung pipit
  • gula, garam secukup rasa dan sedikit aji jika suka
  • minyak sayur secukupnya
Cara

1. Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis 2 jenis bawang biar sedikit perang, angkat dan toskan.
2. Masukkan pula cili dan belacan, masak sekejap dalam 2-3 minit sambil dikacau balik, angkat.
3. Masuk pula terung, masak 2-3 minit biar sedikit lembut, angkat.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap, angkat dan ketepikan.
5. Dalam lesung masukkan cili, bawang dan belacan, tumbuk biar separuh lumat.
6. Masukkan tomato, tumbuk sikit biar semua sebati dan perasa secukup rasa.
7. Panaskan semula minyak yang goreng semua bahan ni tadi (minyak tu biar panas ye), masukkan semula sambal dalam minyak panas dan masak sekejap lagi dalam 1-2 minit, angkat dan gaul bersama terung tadi. Boleh la dihidang bersama nasi putih dan lauk sampingan.

memang sedap la layan dgn nasi panas tu, ada plak ikan goreng pun dh ckup..kira ulam semua skli dh ada dlm sambal ni, klu nak buat versi hijau pun boleh..guna cili hijau dan tomato hijau..

Monday, November 9, 2015

Samba Putik Pauh @ Sambal Mangga Muda

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan, bertemu skli lagi..semenjak dua menjak ni asik menu layan selera je deh, samba putik pauh dlm loghat kelantan atau kerabu mangga muda..sambal ni klu ada depan mata bleh jdi penyebat utama mkn nasi banyk! xpyah ada udang ke apa..ckup dgn sambal ni pastu ikan goreng, walaaa sedapnya..tgk yg ni pun berair dh jgk mulut, kbetulan masa pergi pasaraya 2 minggu lepas rasanya, picit2 la mangga putik tu kut ada yg keras..Alhamdulillah dpt la 3 biji, tu yg lepaskan hajat besar ni, kihkih..utk buat sambal ni bleh guna ikan masin yg dibakar, ikan segar yg dibakar atau direbus..tpi klu guna ikan yg dibakar lgi sedap la, bau ikan bakar tu lagi buat samba ni umphh gitu..nk buat pun teramat la mudahnya..ni maz guna ikan tongkol, tu je stok ikan yg ada..tetap menjilat jari la mkn nsi hritu..Inysaa Allah bersama lagi dan maaf atas segala khilaf..

SAMBA PUTIK PAUH @ SAMBAL MANGGA MUDA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil isi ikan yang dibakar atau direbus
  • 1 biji mangga muda yang agak keras - cincang memanjang
  • 4-5 biji cili padi merah dan hijau - hiris
Cara : Masukkan isi ikan dan cili dalam lesung, tumbuk sikit biar isi ikan berderai dan cili pecah, kemudian masukkan mangga dan tumbuk lembut sekadar sebati semua bahan, jika kurang rasa tambah sedikit garam atau aji jika suka. Boleh la dihidang bersama nasi putih.

Nota ilhamdapur : untuk isi ikan tu, cuci ikan biar bersih dan rebus 1-2 ekor ikan kembong atau ikan yang sesuai atau 2 keping ikan tongkol dengan 2-3 keping asam gelugur, sedikit garam dan nisan/gula. Kalau nak bakar, lumur sedikit garam dan bakar seperti biasa.

msa kat kampung dlu bonda selalu sangat la duk buat samba putik pauh ni, guna buah pauh ringan org panggil yg jenis kecik2 tu atau bleh jgk guna buah 'chupu' jdi la samba buah chupu..sedap sungguh dgn rasa masam, pedas dan lemak ikan..

Thursday, October 22, 2015

Sambal Ijau Dengan Terung Pipit ala Rumah Makan Padang

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah), sekli lagi cuba menu dri tanah seberang..klu singgah mkn, sambal ijau ni atau yang jenis merah tu mesti ada..sedapp la plak mkn masa kat rumah makan simpang raya, cicah dgn pucuk ubi..pastu bila mkn kat restoran satu lgi tu sambal ijaunya dimasak sekli dengan terung, jdi dri situ la cuba buat versi terung pipit ni..sambil duk mkn tu bisik kat suami sruh tnya pak supir mcmna nk buat sambal tu..katanya cili harus mau direbus dulu, lalu dihancur sama bawang kemudian dituangnya minyak panas..adoiii! sempat lgi tu nk menuntut ilmu..sambal ijau ni jenis kasar gitu, cilinya direbus atau dikukus pun boleh, kemudian tumbuk bersama bawang, sedappp..sekali sekala tukar selera dgn sambal belacan deh..selamat berhujung minggu, sni start esk cuti asyura 4 hari sbb hari besar bagi org shiah, Inysaa Allah jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada..

SAMBAL IJAU DENGAN TERUNG PIPIT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 5 biji cili besar hijau *
  • 4 cili padi hijau - boleh kurang atau tambah *
  • 1/2 biji tomato hijau *
  • 1 mangkuk kecil terung pipit *
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • garam, gula secukup rasa
  • sedikit minyak 
Cara

1. Rebus semua bahan bertanda hingga lembut, tos dan ketepikan terung pipit.
2. Tumbuk cili, bawang dan tomato biar separuh lumat dan perasa secukup rasa.
3. Dalam kuali panaskan 2-3 sudu besar minyak, masukkan bahan tumbuk dan terung pipit, masak sekejap dalam 2-3 minit, tambah sedikit air jika perlu.
4. Boleh la dihidang bersama nasi putih dan ulaman, maz makan dengan nasi ayam penyek.

Indonesia kulinernya memang hebat, masakannya ada mcm2 jenis, masa kat pantai Pariaman ada sorang makcik yg jual kerepek2 ni..yg trkejutnya kerepek jering pun ada, beli la 1 paket nk rasa..hurmm, xde pon rasa jeringnya..mcm mkn kerepek ubi kayu je, kretipp dan rajin org sana..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...