Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, March 24, 2019

Gulai Nasi Berlauk Ikan Tongkol & Telur Rebus

Assalamualaikum w.b.t
'SubhaanAllahi wabihamdihi subhaanAllah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Al Mizan (Bukhari & Muslim), sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..semoga Allah swt make us among those who remember Him much, Ameen.
ni pn lauk yg dh buat berminggu jgk..smbil2 tnggu ank duk mandi nk kluar update lah dlu smentara ada kerajinan ni, kebetulan gmbar yg letak kat fb hritu masih ada lgi dlm folder phone so n3 lah kat dapur usang ni plak utk rujukan akn dtg..skli skala bila teringin masakan kmpung halaman, bgi sesetngah yg xbiasa dgn lauk ni mungkin rasa pelik deh ikan tongkol gulai skli dgn telur rebus..tpi serius sedapp!! nk buat lauk ni pon mudah sngat, bleh buat mkn nsi bertambah2..Insya Allah smpai jumpa lgi di lain waktu dan mohon maaf atas apa yg tidak memuaskan..

Gulai Nasi Berlauk Ikan Tongkol & Telur Rebus by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana - cuci bersih, toskan
  • 3-4 biji telur rebus
  • 1/2 labu bawang besar bmbay/bawang merah * 
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci lengkuas * 
  • 1-2 sb cili kisar
  • 1/2 sb serbuk kari
  • 1/2 sb serbuk cili
  • 1/2 sk serbuk kunyit 
  • 2 cawan santan pekat
  • asam keping 
  • nisan/gula melaka
  • timun, cili merah/hijau
  • garam, gula n aji jika suka
  • budu sikit - optional
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Rebus ikan dengan sedikit nisan, 3-4 asam keping, garam, gula n sedikit aji jika suka - air rebusan ni jangan dibuang.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau dan bawang masak.
3. Masukkan serbuk kari dan tumis seketika, kemudian masukkan cili kisar, serbuk cili dan serbuk kunyit, tumis biar cili masak.
4. Masukkan santan dan air rebusan ikan tadi bersama sekali dengan asam keping, timun, cili dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan ikan, masak seketika lgi dan perasa secukup rasa biar ada sedikit rasa masam yg seimbang.
5. Untuk buat sambal tu kisar cili padi bersama cuka/jus limau nipis, gula, garam, aji dan biar ada rasa masam manis yang sedikit menyerlah.

selain gulai ikn tongkol, buat jgk ayam goreng kunyit skli sbb ank bongsu sorang tu xmkn ikan..pastu smbal lada tu kena ada lah kan, buat smbal 'jate' org klntan panggil..kisar cili je pastu perasa dgn cuka biar ada rasa masam lebih skit, gula, garam dan aji..walalaaa terasa mcm mkn kat kedai tepi jln plak, hihii..

Thai Prawn Salad (Kerabu Udang Thai)

Assalamualaikum w.b.t..
'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah)
antara pabret en.suami kerabu2 versi thai gini, dia suka mkn gitu je..sama je mcm buat kerabu mknan laut yg sblum ni, cuma kli ni tukar buat udang je, rasa seimbang masam manis dgn aroma daun ketumbar, serai dan bawang putih ckup membangkitkan selera..nk buat pon org kata semudah ACB je, Insha Allah jumpa lgi dilain waktu dan mohon maaf atas apa yg tidak menyenangkan..

Thai Prawn Salad (Kerabu Udang Thai) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g udang segar saiz sederhana
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 3 biji cili padi hijau - potong kecil
  • 4 biji cili padi merah - potong kecil
  • 1 biji tomato - hiris nipis
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji asam limau - amik jusnya
  • 2 sudu besar nisan putih thai @ secukup rasa - bleh tgk kat sini
  • kicap ikan/fish sos secukupnya
  • sedikit aji
  • daun ketumbar cincang secukupnya
Cara

1. Udang di buang kulit tinggal ekor saja dan belah belakang sikit buang urat hitam.
2. Celur udang dalam air panas selama 1 minit, toskan dan rendam dalam air sejuk peti/ais agar tidak kecut.
3. Dalam lesung, masukkan nisan putih, jus limau, kicap ikan ,bawang putih, aji dan gesek-gesek biar nisan larut dan bawang putih pecah sikit. Perasa secukup rasa biar ada rasa sedikit manis dan masam yang seimbang.
4. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan dan gaul sebati.
5. Sedia untuk dihidang dengan tomyam, nasi putih atau makan begitu saja.

sptutnya sdikit berkuah dri jus limau dan air tmato tpi sbb mangkuk tu dlm npak mcm kering skit, kerabu ni dgn telur dadar je pn dh ckup utk menambat selera..

Saturday, March 23, 2019

Tumis Kale Dengan Taugeh

Assalamualaikum w.b.t 
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
sbnarnya smjak 2 tahun lepas dh start mkn sayur kale ni atau dianngap sbgai raja sayur kerana khsiatnya yg tinggi, antaranya bleh tgk kat sumber sini..bleh kenal psal sayur ni dri officemate suami org jordan yg btghu sruh mkn kale ni..lepas tu trus cri dan time musim tak panas dri hjung tahun smpai bln 5 ni bnyk lah local kale yg ada di jual kat farmer market, serius sedap sayur ni..masak apa pon bleh, dh buat mcm2 la jgk dgn kale ni..yg ni tumis gitu je dgn taugeh dan sayur lain skit yg ada dlm stok, sdpp la layan dgn ikan goreng.. Insya Allah akn upadte rspi2 kale yg lain yg dh ada dlm folder tu, mohon maaf atas segala kekurangan yg ada dan semga jumpa lgi..

Tumis Kale Dengan Taugeh by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4 batang sayur kale - amik daun saja
  • 1 mangkuk taugeh
  • 1/2 biji lada benggala kuning, potong panjang - optional
  • 1/2 batang lobak merah, potong panjang - optional
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 2 ulas bawang merah - cincang
  • 1/2 labu bawang besar bombay - hiris
  • sedikit serbuk pati
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit air
Cara

1. Potong kale dan cuci bersih, toskan
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan kale dan semua sayur lain kecuali taugeh masuk akhir sekali.
4. Kacau balik dan masak selama 2-3 minit biar sayur sedikit layu, tambah sedikit air dan perasa secukup rasa.
5. Masukkan taugeh, kacau balik sekejap kemudian padamkan api.

kale ni ada beberapa jenis yg berbeza dri segi bentuk daun dan wrnanya..tpi yg biasa dan femes kale jenis curly kale, sayur ni msak pon cepat..2-3 mint dh lembut, ni lah antara sayur kale yg ada kat farmer market kat sni..

stiap minggu akn pergi farmer market mcm thun2 sblumnya beli sayur2 fresh ni..konsep farmer market kat sni dibuat dlm taman milik kementerian pertanian kat sni yg penuh dgn pokok2 kurma, memang seronok la..klu local peple tu mereka siap berkelah ladi bawa tikar duk atas rumput smbil mkn2..

dh buat kerabu jgk dgn kale sayur yg bleh dikategori sbgai sayur versatile ni, sdpp lgi dri kerapu pucuk paku bgi tekak ni sbb klu pucuk tu mcm belendir skit gitu..

Thursday, March 21, 2019

Red Velvet Oreo Cheese Cake With Italian Cheese Meringue Buttercream

Assalamualaikum w.b.t.
(Astaghfirullah 3x, Allahumma antas salam wa minkas salam tabrakta ya zal jala'li wal ikram), sama2 kita amal zikir ni selepas solat fardhu, sunnah Rasulullah saw (sahih Muslim), semoga Allah swt bless us all and guide us to the right path, Ameen.
akhirnya dpt jgk update kek ni stelah beberapa hri trgendala dek kerana setting blg ni xberapa nk ok, huhuu..lama dh xkluar kek kat dpur ni, maklum lah 2 tahun lebih xbertuan..kek ni pon dh buat bnyk hri, bru berkesempatan buat n3..selama bertapa dlu ada la jgk buat kek2 ni utk bwa pergi time gathering rumah kwn, saudara mara atau utk mkn adik2..kek baldu merah atau red velvet oreo cheese kek ni antara expiremen atau ilham dri red velvet brownies yg pernah buat hmpir 10 tahun yg lalu, klu nak tgk ada kat SINI..cuma yg ni lapisan cheese kat tengah dan campur oreo skit, Alhamdulillah semua dgn izinNya..Insha Allah semoga ketemu lgi di lain waktu dan mohon maaf atas segala yg tidak sempurna..klu rspi kat bwah ni xjelas atau ada silap tnya la ye, gagah update jgk ni wlu pun mata dh berpinau mintak bantal..

gandingan red velvet dgn cream cheese dan italian buttercream ckup sempurna utk buat si baldu merah ni gah dgn rasanya..

Red Velvet Oreo Cheesecake by http://ilhamdapur.blogspot.com
Lapisan Oreo Cheescake
Bahan-bahan
  • 500g cream cheese - suhu bilik
  • 140g gula kastor
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar yogurt asli (plain yogurt)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • biskut oreo secukupnya - hancurkan sekali dengan cream
Cara

1. Panaskan oven suhu 160 C, sediakan air panas dan loyang loose 8 inci yang di alas dengan kertas baking (loyang yang boleh buka dari bawah),balut luar loyang 2x dengan aluminium foil agar air panas tak meresap dalam kek atau boleh guna loyang bulat yang biasa, senang juga nak keluarkan kek nanti sebab kek ni akan disejuk beku.
2. Putar cream cheese biar berkrim, masukkan gula dan putar sebati.
3. Masukkan telur 1 persatu, vanilla dan putar sebati kemudian masukkan yogurt dan tepung, sebatikan.
4. Masukkan oreo dan kaup balik dengan spatula atau senduk kayu, masukkan dalam loyang dan bakar secara water bath (isi loyang dengan air panas, kemudian letak loyang kek dalam loyang air panas tadi).
5. Bakar selama 45-50 minit, kemudian matikan oven dan buka sikit pintu oven biar kek sejuk dulu dalam 10 minit baru keluarkan kek dari oven dan sejukkan sepenuhnya di suhu bilik. (maz bakar guna api bawah saja, bergantung pada oven masing-masing)
6. Dengan spatula atau pisau renggangkan kek keliling loyang agar kek senang nak keluarkan nanti.
7. Simpan kek dalam bahagian sejuk beku agar kek keras dulu, sementara itu boleh siapkan kek red velvet atau lapisan cheese ni boleh buat sehari lebih awal.

Red Velvet Cake
Bahan-bahan
  • 240g tepung kek/tepung gandum berkualiti *
  • 1/2 sudu kecil garam - abikan jika guna mentega biasa *
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko *
  • 110g unsalted butter - suhu bilik
  • 250g gula kastor
  • 2 biji telur gred A - suhu bilik
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 240ml susu segar suhu bilik + 2 sudu kecil cuka - kacau dan biar 3-5 minit (homemade buttermilk)
  • 2 sudu besar pewarna merah atau secukupnya
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil baking soda
Cara

1. Panas oven suhu 170 C.
2. Alas 2 loyang saiz 8 inci.
3. Ayak bahan bertanda *, ketepikan.
4. Dalam mangkuk, putar mentega, masukkan gula dan putar hingga berkrim dalam 3-4 minit.
5. Masukkan telur satu demi satu sambil terus putar, masukkan vanilla dan sebatikan.
6. Satukan bancuhan buttermilk dengan pewarna merah, masukkan tepung dulu berselang-seli dengan buttermilk dan diakhiri dengan tepung, putar sebati.
7. Satukan cuka dan baking soda, biar sekejap hingga ada bunyi dan berbuih kemudian terus masukkan dalam adunan tadi dan sebatikan.
8. Tuang dalam loyang 1 inci lebih sikit setiap loyang dan baki dari adunan tu bakar secara berasingan (dalam bekas lain untuk buat salut/hias pada kek nanti).
9. Sejukkan atas redai kek sepenuhnya.
10. Kek yang dibakar asing tadi (dari no 8), biar saja disuhu bilik agar keras sikit kemudian carikkan dan kisar dengan pengisar kering dalam beberapa saat (untuk guna salut pada kek nanti).

Cara Lapis Kek

1. Keluarkan oreo cheesecake, ambil sekeping kek red velvet dan ratakan buttercream atasnya, kemudian letak kek oreo tadi.
2. Ulang proses no 1 hingga habis melapis, sapu seluruh kek dengan buttercream secukupnya, tak kemas pon takpe.
3. Salut seluruh kek dengan kek yang dikisar tadi seluruhnya, bolehlah dihias ikut citarasa (klu biar kek bermalam dalam peti dulu bagi rasanya sebati lagi sedap), bila nak hidang letak disuhu bilik  sekejap dan boleh lah dinikmati bersama secawan kopi, serius sedap.
Alhamdulillah semua dengan izinNya.

Italian Cheese Meringue Buttercream - sediakan lebih awal
Bahan-bahan
  • 160g gula
  • 80ml air
  • 3 biji putih telur
  • 250 butter - yang baru keluar peti, tapi sedikit lembut - potong kiub
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 250g cream cheese suhu bilik
Cara

1. Satukan air gula, masak dengan api sederhana hingga gula larut sepenuhnya.
2. Sementara masak air gula tu, terus sediakan putih telur dalam mangkuk stand mixer (pastikan mangkuk kering dan bersih dari kesan minyak) guna whisk blade, bila air gula dah mendidih kecil, terus putar putih telur tadi dengan kelajuan tinggi hingga kembang selama 4-5 minit dan bertanduk (macam nak buat pavlova gitu).
3. Masukkan air gula yang panas tadi secara sikit-sikit je sambil terus diputar selama 4-5 minit hingga kembang (seperti dalam gambar dibawah).


4. Masukkan mentega satu-persatu sambil terus diputar (kalau nampak jadi macam susu masam berkeladak gitu, jangan panik terus putar hingga jadi kental). Proses ini ambil masa 8-12 minit, kemudian masukkan vanilla dan cream cheese, putar sebati dalam 1-2 minit.
5. Bagi cuaca di Malaysia yang sentiasa panas lepas cara no. 3 tu, skip@stop dulu masukkan mentega, simpan mangkuk mixer sekali dengan blade dalam peti 20-30 minit biar sejuk dulu sebelum masuk mentega, kemudian baru sambung buat cara no. 4.

Nota ilhamdapur : disarankan guna stand mixer besar yang ada whisk blade, buttercream ni boleh buat lebih awal, simpan dalam peti tahan selama 2-3 minggu dalam bekas kedap udara atau boleh simpan di bahagian sejuk beku selama 2-3 bulan, bila nak guna keluarkan dulu letak pada suhu bilik.
Bagi pendapat maz, untuk buttercream RVOCC ni nak letak cream cheese pon boleh, kalau tak letak pon takpe (maksudnya IMB saja pon tetap sedap dan sesuai kerana IMB ni sememangnya sedap), maz dah buat 3-4 jenis kek guna 2 jenis buttercream ni, Insha Allah resepi kek2 yg dh buat tu akn menyusul nti, dh ada dlm draf folder..cuma tnggu rajin lebih skit sbb nk kena menaip..huhu..

sejujurnya memang xreti bab deko2 ni, maklum lah xpernah amik kelas lagi..jdi bila hias kek versi mcm ni jdi mcm magic kek plak..bleh cover la cacat cela yg ada tu kan, hihii..

sbnarnya ni kli ke 2 buat kek baldu merah ni, kat atas tu kek yg buat awal tahun lepas..pastu bgi kat kwn spruh, Alhamdulillah dia ckp sedap sngat..biasanya klu buat kek pasti smpai rumah dia, dan pastu dia akn wa ckp sedappnya kek tdi..cuma yg 1st tu main deko ikut suka je, letak pewarna skit dlm bc..msa tu blum dpt ilham nk hias dgn crumble kek mcm kek yg ni..

maz letak sikit je oreo hncur dlm lapisan cheese tu sbb nak bgi rasa cheese menyerlah, terpulang pada citarasa masing2 klu suka oreo bleh letak lebih.

Monday, March 18, 2019

Vietnamese Beef Noodle Soup (Vietnamese Pho)

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah SWT always protect us, our loved and keep us safe, Ameen
sementara ada kelapangan dan mood rajin ni, update la skli lgi apa yg dh ada dlm folder ni..noodle vietnam atau disebut Pho dlm bahasa tempatan dikira sbgai mknan harian masyarakatnya, seakn thai boat noodle jgk rsanya, light gitu dan guna rice noodle vietnam..gambar ada kat link thai boat noodle atas tu..sni ada jual noodle ni kat hypermarket, sedap lah hirup sejuk2 sup panas gini..Insha Allah semoga ketemu lgi dilain waktu dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Vietnamese Beef Noodle Soup (Vietnamese Pho) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg daging - potong saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih - ketuk sekali dengan kulit *
  • 1 labu bawang besar bombay - belah 4 *
  • 2-3 pokok akar daun ketumbar *
  • 1 kayu manis *
  • 3 bunga cengkih *
  • 3 kuntum bunga lawang *
  • 1 sudu kecil biji lada putih (white pepper corn) *
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1 sudu kecil kicap ikan (fish sos)
  • sedikit cuka
  • sedikit gula, garam dan aji
  • mee beras (rice stick noodle)-rebus biar lembut, toskan
Cara

1. Dalam periuk tekanan (presure cooker), masukkan air secukupnya (agak-agak lah ye), semua bahan bertanda * dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan daging, sos tiram, semua jenis kicap dan perasa secukup rasa dengan sedikit garam, kicap sotong/ikan, gula dan aji, tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak dengan api perlahan selama 40 minit atau hingga daging lembut.
3. Bila dah masak, suaikan secukup rasa dengan sedikit cuka, keluarkan daging dan hiris nipis,
4. Boleh la dihidang bersama rice noodle dan taugeh (maz xde stok, guna daun ketumbar je) dan thai cili flakes

Nota ilhamdapur : kicap manis tu boleh tambah jika warna sup kurang gelap, sukatan ni kecik je, tu yang air untuk sup pun tak banyak, kira padan dengan daging dan bahan rempah, boleh juga guna kuew teow jika takde noodle tu.

skli skala bertukar selera dgn sup negara jiran ok jgk kan..cara penyediannya lebih kurang dgn bihon sup kita, cuma lgi sedap bihon sup kita rsanya..

Kerapu Merah Kukus (Steam Red Snapper)

Assalamualaikum w.b.t..
'Hasbunallah wa ni'mal wakil'
berkesempatan bertemu skli lgi, ni pon mood M tu mcm dh mula nk hinggap balik..rsa berat je nk update dpur usang ni, sbnranya ni pon lauk lama dh jgk tpi sbb dh ada dlm draf folder update je lah sbgai rujukan dan kenangan..lauk jenis light gini mkn sllau pon tkpe kan, ada plak sambal belacan ckup dh buat mkn nsi bertambah2..kerapu steam ni ringkas je, guna bnyk halia dan bawang putih pastu perasa dgn sos tiram dan kicap ikan sikit, pastu 3-4 titik kicap manis nak bagi kuah warna gelap..Insha Allah semoga dpt bersama lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Kerapu Merah Kukus by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor kerapu merah saiz sederhana - cuci bersih dengan air asam limau, toskan biar kering
  • 5-6 ulas bawang putih - mayang 
  • 2 inci halia - mayang
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar jus lemon/limau/kasturi/asam jawa
  • sedikit kicap ikan, kicap manis - jika perlu
  • secubit gula, garam dan aji jika suka
  • 3-4 biji tomato ceri - optional
Cara

1. Sediakan pengkukus dengan air mendidih.
2. Letak ikan dalam pinggan, tabur halia, bawang putih dan masukkan sekali tomato ceri jika guna.
3. Kukus selama 8-10 minit atau hingga ikan masak (kalau air dari kukus ikan ni banyak sangat, buang sikit)
4. Satukan jus limau, sos tiram, kicap ikan dan perasa secukup rasa dengan gula dan aji jika perlu.
5. Tuang atas ikan yang telah siap dikukus tadi, tabur daun ketumbar dan sedia untuk dihidang.

suka letak daun ketumbar banyk time mkn tu jdi mcm ulam..lauk steam ni mudah sngat nk buat, 10 minit dh bleh hidang..

Friday, March 15, 2019

Ketam Masak Lemak Cili Padi Dengan Nenas

Assalamualaikum w.b.t.
'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'
mcm biasalah klu hri minggu tu memang agak kebizian skit dgn aktvti luar..smbil jln2 ambil angin, beli barang dapur dgn ke situ sni..ok lah ni pon xbleh nk menulis pnjang tgh bake cc nk bgi kat kwn, Insha Allah esk akn kluar brunch dgn dia kat Manama..ketam ni masak apa pon sedap kan, ckup dgn 1 lauk gini je pon bleh bertambah nasi tu..Insha Allah semoga bersama lgi dan mohon maaf atas segala yg tidak sempurna..

Ketam Masak Lemak Cili Padi Dengan Nenas by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 ekor ketam - kerat 2
  • 2 1/2 cawan santan
  • 3-4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 4 biji cili padi merah hijau * - boleh tambah jika suka pedas
  • 2 keping nenas
  • garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
Cara

1. Tumbuk atau kisar lumat bahan bertanda *.
2. Dalam periuk masukkan santan, bahan kisar dan nenas, masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
3. Masukkan ketam, masak sambil dikacau balik agar ketam masak sekata dan perasa secukup rasa.

Thursday, March 14, 2019

Nasi Tomato

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima)
 sama2 kita amal baca sebaik bagi salam selepas solat subuh, Sunnah RAsulullah saw..semoga permulaan hri kita diberkati dan Allah swt guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
maraton skit lah ye smentara ada masa free ni, nasi tomato ni buat skli dgn daging masak sambal dan acar timur tengah tu..klu nsi jenis berperisa gini memang laku keras la org kata kat rumah ni, buat slalu pon tkpe..nsi tomato ni pun ringkas je, xde letak raisin atau gajus apa..ada je stok dlm peti tu saja xbuh nti ank2 tolak tepi jgk..cuma resepi kli ni maz msukkan mentega dan susu segar kemudian agar nasi tu terasa lemak dan lembab bila dh masak. ok lah rspi ringkas ada kat bawah tu klu ada yg nk try cara maz ni, semoga dpt dimanafaatkan bersama..

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmathi - rendam dalam 30 minit dan toskan
  • 1/4 labu bawang besar bombay *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 batang serai *
  • 3-4 sudu besar pes tomato (maz guna pes tomato mcm dlm gambar kat bawah tu, pes tu pekat dan xmasam)
  • 1 helai daun pandan - koyak dan simpulkan
  • 1 batang kayu manis, 3 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang (rempah 4 sekawan)
  • 1 kiub pati ayam/daging/serbuk pati
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar mentega lembut
  • 3 sudu besar minyak jagung/canoli/dll
guna paste ni la utk nasi tomato tu..klu buat sos piza atau spgheti pon guna yg ni jgk, sedap pes kat sni ada rsa manis skit dan wrna masakan pon cantik, xsama mcm tomato puri (update)

Cara

1. Kisar lumat bahan bertanda * (sebenarnya maz amik dari bahan kisar daging masak sambal ni je, ketepikan dlm 1sudu).
2. Dalam periuk panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar. Tumis hingga naik bau, masukkan daun pandan dan tumis biar bahan rencah masak.
3. Masukkan pes tomato, masak sekejap kemudian masukkan beras dan air secukupnya, dalam 1 liter.
4. Masukkan kiub pati dan masak hingga mendidih dan nasi masak 80%.
5. Bila nasi dah masak 80%, toskan nasi tadi (tak perlu tos sampai kering sangat, cukup sekadar buang air), kemudian masuk balik nasi tadi dalam periuk bersama mentega dan susu segar, kacau perlahan biar sebati dan masak lagi (tekan on balik periuk nasi letrik) hingga nasi masak sepenuhnya, 6. Bila dan masak gembur dengan perlahan sikit nasi.
Nota ilhamdapur : klu nak letak raisin dan gajus pon boleh, masukkan ketika proses no 5.

pasangannya buat kari telur sbgai kuah, biasa kari ayam..Alhamdulillah sdpp la mkn berulamkan acar mentah sayuran tu..

Acar Timur Tengah II

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' 
(Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga, sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah swt have mercy on us and accept our doa, Ameen.
berkesempatan bertemu skli lgi dri dapur maya ni, bila rasa ada kerajinan dan masa lapang skit ni update je lah dlu mna yg bleh..tkut nti tetiba menyerang plak mood M sprti sblum ni bersawang plak lah blog usang ni. Ok lah cerita psal menu kat atas tu la deh, pelik je bunyi acar timur tengah ada ke?sbnarnya ilham ni dtg dri apa yg ada kat sini, memang bnyk dan mcm2 jenis pickle atau jeruk sayur dan buah org arab ni..lalu dri situlah lahirnya acar mentah sayuran ni, tu yg bgi nama acar timur tengah. Sebenarnya sblum ni dh ada buat skli yg versi masak, bleh tgk kat SINI..lebih kurang je bahan2 tu cuma yg ni buat acar mentah plak, mcm acar timun biasa tu je..kami memang suka mkn sayur, krup krap la dgn capsikum 3 wrna tu..

pasangannya mkn dgn nasi tomato, klu dh acar gini kena la dgn nasi set kan..tpi bleh je klu mkn dgn putih, pastu buat kari telur sbb dh ada lauk daging masak sambal ni..Alhamdulillah sprti selalu lah klu nsi set gini memang pabret umat kat rumah ni la.

Acar Timur Tengah II by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 labu bawang besar - maz guna bawang bombay - potong nipis 
  • 1/2 biji lada bengala hijau, kuning dan merah - potong panjang
  • 1/2 batang timun jepun - potong serong
  • 1/2 cawan buah zaitun jeruk - optional
  • 2 biji cili hijau (maz guna lada solok) - potong 
  • 2-3 biji cili padi merah - potong kecil
  • cuka, gula, garam dan aji jika suka
  • sedikit air
Cara

1. Dalam mangkuk satukan bawang besar, cili padi, cuka, garam, gula, aji dan sedikit air. Kacau sebati dan suaikan biar ada rasa masam yg sedikit menyerlah dan seimbang dgn rasa manis.
2. Masukkan semua bahan sayur, sebatikan dan biar 1-2 jam sebelum dihidangkan.

selain lada benggala 3 wrna tu, guna lada solok yg bolat2 ni lah..rangup la buat ulam mentah pon sedap sbb xpedas, 1 dinar sekilo..skrang ni tgh meriah la dgn sayur2 local yg fresh dri kebun..

acar timur tengah tu ilham dri pickle2 yg ada kat sni lah..ni bru skit je, ada segala jenis jeruk..

acar ni sedia awal2 dlu biar rasa cuka tu sebati dan meresap dlm sayuran, jdi bila mkn tu terasa masam manisnya dan sayur pon xkeras sangat..

Wednesday, March 13, 2019

Daging Masak Sambal...Dengan IzinNya Bertemu Kembali Di Dapur Usang Ini

Assalamualaikum w.b.t.
'La illaha il'lallah wahdahu la sharika lah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'ala kul'li shayin qadeer (tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi Allah, yang memiliki langit dan bumi dan yang berkuasa atas segalanya), zikir selepas solat fardu. Semoga Allah swt have mercy on us all, forgive our mountainous sins and strengthen our iman, Ameen. 
Bertemu kembli di dpur maya ni dgn izinNya stelah berthun2 lamanya menyepikan dri, cinta dan sayang pda dapur ni tetap ada cuma mood utk mengupdate tu hilang entah kemana, ni pon kuatkan jgk semangat demi blog yg usang ni kerana dpur maya ni ibarat buku resepi utk rujukkan sendiri di msa akn dtg dan jgk sbgai kenangan. Pic pon snap ala kadar dgn phone je, dh berthun jgk la DLSR tu duk dlm lemari..update guna hp ni susahnya lahai nk  setting pon susah, terkial2 jgk la ni..malas nk buka laptop yg dh berhabuk tu.
Ok lah berblik pda lauk dging tu, sbnarnya rspi sma je mcm ayam masak merah yg duk buat selalu tu, ada kat sini cuma tukar buat versi dging, rebus dulu dging tu pastu bru msukkan dlm sambal..nk letak nma dging msak merah sbb dh ada dging msak merah versi thai, so tu yg tukar nma jdi dging masak sambal..Alhhamdulillah sedapp sngat, buat utk mkn dgn nsi tomato. Insha Allah semoga ketemu lgi dan salam buat yg singgah dapur kecik ni semoga ada yg dpt dimanafaat bersama.

Daging Masak Sambal by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 700g daging  - potong kiub dan rebus hingga lembut
  • 1 labu bawang besar bombay *  
  • 3 ulas bawang putih *  
  • 2-3 batang serai - hiris * 
  • 1 inci halia *
  • 1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering & kisar 
  • 2-3 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 1 labu bawang besar - hiris 
  • garam, gula secukup rasa & aji jika suka 
  • cili hijau - potong nipis
Cara  

1. Kisar semua bahan bertanda * dengan 1-2 sudu air hingga lumat. 
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar hingga wangi dan masak.
3. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana hingga pecah minyak. Kemudian tambah air sikit dan tumis lagi hingga cili masak. 
4. Masukkan sos cili, sos tiram, bawang besar dan dan tambah air rebusan daging sikit jika perlu. 
5. Perasakan secukup rasa dan masukkan daging rebus tadi, kacau biar sebati dan masak dengan api kecil biar daging sebati dengan sos dan kuah jadi pekat. 
6. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tabur daun bawang/ketumbar, bawang goreng bila nak hidang, maz buat makan dengan nasi tomato. 

pasangan utk daging sambal tu..buat acar dan kari telur, kat rumah ni dri dulu memang suka nsi jenis berperisa gini..respi acar dan nasi tomato tu akn update nti, Insha Allah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...