Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Mexican Food. Show all posts
Showing posts with label Mexican Food. Show all posts

Wednesday, September 14, 2016

Nachos

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nabi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah swt always protect us, our loved and keep us safe, Ameen.
bru berkesempatan nk update blog, bila hri cuti memang xdan nk duk depan lappy..raya sni tak meriah, xrsa mcm raya..korban pon smua diuruskan, cuma pgi raya ke 2 tu suami prgi ambil daging korban yg bahagian 1/3 tu..yg selebihnya organisasi la yg uruskan utk diagihkan, sni cuti rya 6 hri cmpur jumaat sabtu, cuma skolah je minggu depan bru buka..lama dh jgk xbuat nachos mcm ni, tpi klu yg cicah dgn salsa mcm kat sini ada buat jgk utk kunyah2 depan tv..klu pergi seef mall memang akn oder nachos ni, pabret klrga dri dlu..selain dri grilled beef bleh jgk guna daging kisar yg dimasak mcm kat sini..atau mkn dgn guacamole ni, stok cheese dlm peti memang xpernah putus..senang time nk guna sentiasa ada, maklum la kat sni xde kedai tomyam atau pasar malam nk cri mkn..jdi kena stanby je utk msak, InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

NACHOS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 200g daging sirloin @ batang pinang - dadu 
  • 1 biji tomato - dadu
  • kerepek tortilla asli (plain) secukupnya
  • mozzarella cheese secukupnya
  • jalapeno (cili jeruk mexican) - option
Cara

1.  Panaskan oven 170 C.
2. Gaul daging dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan sedikit kicap jika suka.
3. Panaskan 1 sudu kecil minyak zaitun dalam kuali non stick, letak daging dan masak 1 minit kemudian kacau dan masak sekejap lagi, angkat.
4. Buat lapisan nipis tortilla dalam loyang, tabur daging atasnya dan mozarella secukupnya, bakar 5-6 minit atau cheese cair.
5.  Keluarkan dari oven, tabur tomato dadu dan jalapeno, sedia untuk dihidang ketika masih panas.

ni yg mkn kelmarin kat food court seef mall..blik rmah buat sdrik plak, kbetulan tortilla chips pun ada speket..yg putih tu sour cream dan yg hijau tu guacamole, buah avocado yg ditumbuk lumat..klu pergi sni memang wajib mkn nachos ni, 1 pinggan tu 3 dinar atau rm32..kat sni mkan yg dijual kat food court smua canggih2..dgn baskin robbinnya, krispy kreme, hardees, papa john dan mcm2 lgi..klu kat msia, ni smua duk dlm klcc, restoran satu2 deh..sni taraf food court je dan smua guna pinggan pakai buang, tpi kat luar mall pun ada jgk restorannya yg sdrik..

posing pon ala kadar je..menda ni kena mkn masa panas2 tu bru sedap, rangup..mcm piza la kan, slice jalapeno atau cili jeruk mexican tu memang pabret suami..rsanya lebih kurang je mcm cili jeruk kita, cuma nachos kli ni xde guacamole dgn sour cream..

Wednesday, May 13, 2015

Guacamole (Avocado Dip)

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil'..salah satu menu mexican yg ringkas dan berkhsiat, kejdian hujung bln lepas buat utk kunyah2 belah ptg...kebetulan memang borong avocado bnyk sekali dgn yg buat jus alpukat hritu, jarang putus stoknya, mlm tdi pun beli lgi...semua suka dgn buah ni...hri2 kisar buat jus, mkn gitu pun tekak ni bleh terima...buat dip gini pun laju je semua mkn...boleh pelbagaikan kegunaan avocado ni...sblum ni pun dh kerap sangat n3 guacamole ni, layan dgn nachos atau tortilla chip ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf  atas kekurangan yg ada...

klu nk beli avocado tu, picit2 dulu pilih buah yg lembik sikit..klu keras tu putik, xleh mkn..kena peram bgi msak dlu..tu pun klu buah tu dh ckup tua...

Guacamole (Avocado Dip) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 biji avocado masak
  • 1 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • sedikit daun ketumbar
  • sedikit garam
Cara

1. Tumbuk biar lumat sikit daun ketumbar bersama bawang putih, masukkan isi avocado dan tumbuk nak lumat macam mana, maz suka biar kasar sikit.
2. Masukkan sedikit garam dan minyak zaitun, sebatikan dan sedia untuk dihidang bersama tortilla chip.
3. Buah ni akan bertukar jadi warna hitam jika dah belah, jadi bila nak makan baru buat.

isinya lemak tawar seakan isi kelapa muda gitu...memang bnyk khsiat buah avocado ni, antaranya klu diambil setiap hari bleh turunkan berat badan...Inysaa Allah...

Wednesday, April 1, 2015

Chili Nachos

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..lama dh jgk rsanya xde menu mexican ni...kat rumah ni gitu la...klu dah start tu akan buat je smpai 3-4x dlu...pastu stopp...ni pun gitu la...bru mula balik...rspi lebih kurang je mcm yg duk buat sblum ni...buat utk alas perut mlm kelmarin...kira masih panas lgik la ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Chili Nachos by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil daging kisar segar
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1 labu bawang besar bombay - dadu
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 2 sudu besar pes tomato
  • 1/2 ketul kiub pati daging/ayam @ secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 1 helai daun bay
  • sedikit gula
  • plain tortilla chip secukupnya
  • mozzarella cheese secukupnya/cheese keping
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang besar, daun bay dan bawang putih. masak sekejap, kemudian masukkan daging dan masak biar daging keluar airnya.
2. Masukkan semua jenis rempah, kacau sebati,m  asukkan buah tomato, cili hijau dan tomato pes serta sedikit air (dalam 1 cawan).
3. Masukkan kuib pati, sedikit gula, masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala hingga kering. Sejukkan dulu - beef chili ni boleh buat awal.
4. Bila dah sejuk, ratakan tortilla chip atas loyang/casserole yang tahan panas, kemudian taburkan chili dan letak cheese secukupnya. 
5. Panaskan oven dan bakar dengan suhu 170 C selama 6-8 minit atau cheese cair.
6. Keluarkan dari oven, tabur salsa dan letak guacamole, sedia untuk dihidang ketika masih panas.

Salsa
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1/2 labu bawang besar bombay - dadu
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • 1-2 cubit garam
Cara - Sebatikan semua bahan - boleh buat awal dan simpan dalam peti dulu.

Guacamole
  • 1 biji buah avocado masak
  • sedikit daun ketumbar (3-4 batang)
  • secubit garam
  • 1-2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
Cara : Tumbuk biar hancur daun ketumbur, kemudian masukkan buah avocado dan tumbuk. Bila dan lumat masukkan garam dan minyak zaitun, kacau sebati. Bila dah letak nachos dalam oven boleh la buat guacamole ni, jangan buat terlalu awal kerana buah ni akan bertukar warna.

memang sedappp...tpi kena mkn terus la bila kluar oven tu...mcm biasa kat rumah ni semua peminat nachos ni...memang xmsuk dh chilis semenjak duk buat sdrik ni...nk buat pun mudah sngat...chili tu bleh buat awal...

Thursday, March 19, 2015

Beef Enchiladas

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa'fuanni'..plannya nk update pagi tadi..tapi tu la kita hanya merancang...ptg baru ada masa lapang skit...ni pun nk kluar jgk dh...cari barang dapur skit...kat rumah ni memang kerap duk buat menu mexican ni...semua sukaa dan nk buat pun xde susah mana...cuma enchiladas ni bru pestime try buat guna roti tortilla...dulu ada buat isi dlm pasta yg bentuk bulat besar tu...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

klu xnk letak daging kisar pun bleh...hnya sos saja...tapi maz lebih suka yg ada daging atau ayam...lagi terasa bila mkn tu kan...ni guna sos yg lebih buat lasagna hritu je...dah lama la jgk peram enchiladas ni...
Bahan-bahan
  • 1 tin (400g) whole peeled tomato - ada jual kat pasaraya
  • 1 labu besar bawang besar bombay - dadu
  • 1 cawan daging kisar segar
  • 1-2 kiub pati daging/ayam
  • 1 helai daun bay
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil daun basil kering @ italian herbs
  • mozarella cheese secukupnya
  • sedikit gula dan garam jika perlu
  • 2-3 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 6-7 keping roti tortilla - maz buat sendiri, resipi kat sini
Cara
1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan masak sekejap, kemudian masukkan daun bay dan daging. Masak biar daging masak sekata dan keluarkan airnya.
2. Masukkan tomato tin, tekan-tekan dengan senduk biar hancur, masukkan kiub pati ayam, sedikit air dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala.
3. Masukkan lada hitam dan daun basil, perasa secukup rasa dengan sedikit garam dan gula, masak sampai sos jadi sedikit pekat dan daging lembut. Padamkan api.

Sos Putih - kalau tak buat pun takpe
  • 1 sudu besar mentega
  • 1-2 sudu besar allpurpose flour @ tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • kiub pati daging secukup rasa @ serbuk pati ayam
Cara
1. Dalam periuk cairkan mentega dengan api perlahan kemudian masukkan tepung dan kacau cepat-cepat agar tidak berketul dan jadi sedikit berbuih. Kemudian masukkan susu segar, sebatikan.
2. Masukkan sedikit kiub pati dan perasa secukup rasa, masak biar sos pekat. Ketepikan

Cara Masak

1. Sapukan sedikit mentega pada casserole/bekas tahan panas, letakkan sekeping roti tortilla, isi sos daging tadi secukupnya, tutup/lipat biar bertangkup, buat sampai habis dan letak rapat-rapat. Kalau ada sos daging lebih tuang je sekeliling bekas.
2. Bila dah siap isi semua, tuang sos putih secukupnya, tabur pula mozarella cheese dan sedikit daun basil.
3. Letak sekeping aluminium foil atas casserole tadi (tutup tu jangan rapat sangat, nanti melekat dengan cheese, guna casserole/bekas yang tinggi sikit) dan bakar dalam oven 170C yang telah dipanaskan selama 10-12 minit, kemudian buka aluminium foil dan bakar lagi selama 8-10 minit atau sehingga cheese sedikit perang. 

bleh siapkan awal simpan dlm peti dlu...pastu cuma masuk oven je bila dh sampai masa tu...sebab kena serve ketika masih panas...dgn cheese yg masih meleleh...memang sedapp lah...

Monday, February 2, 2015

Shrimp Taco

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..bertmu skli lgi...ni bukan menu ptg hri ni ye...tpi pic lama dah...taco ni memang mudah je nk sedia asalkan ada roti tortilla...isi boleh letak apa saja ikut selera...daging burger pun boleh...snack ringkas yg berkhsiat dan mengenyangkan...lama dh jgk xbuat lepas kejadian yg ni...rsa teringin la plak...memang sedappp dpt yg masih panas tu...bila mkn tu menitik2 airnya...juice gitu...Insyaa Allah semoga ketemu lagi...mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Shrimp Taco by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk udang saiz sederhana - buang semua kulit, belah belakang & toskan
  • 2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • sedikit  garam
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1/2 labu bawang besar - dadu
  • 1 biji avocado - dadu
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • sedikit lettuce romaine (salad)
  • roti tortilla secukupnya - maz buat sendiri, resipi kat sini
  • cheese keping secukupnya
  • sos pilihan secukupnya - sos cili, mayonis dll
Cara

1. Satukan semua bahan dadu kecuali avacado, perasa dengan secubit garam buat salsa.
2. Panaskan minyak, masukkan udang dan tabur sedikit garam, balik sekali sekala biar udang masak sekata.
3. Ambil sekeping tortilla, ratakan sedikit salsa dan susun 3-4 ekor udang. Letak sedikit avocado, ketumbar, cheese dan sos pilihan. Sedia untuk dinikmati.

kat rumah ni memang suka sngat mexican food gini...sblum ni pun dah ada updated tacos ni...

Wednesday, January 21, 2015

Taco Chili

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'...niat hti nk update mlm tdi...tpi lepas isyak tu kluar mkn ayam goreng...skrang isyak pkul 6.40 ptg...kira mkn ptg skli nga mlm trus la...smua lapar sbb ptgnya xsmpat nk buat apa...pkul 3 tu ada housekeeping...klu ptg selasa dgn sabtu mcm tu la kelam kabut sikit dgn org cuci rumah...nk update pgi tdi xbrapa rjin la plak...ni bru rsa free skit dah siap msak...sbnarnya taco ni buat msa kejadian tortilla bread hritu lagi...dah xhingat bila, tpi bila klik kat pic tu ada tarikhnya...rupenya bulan 10 hritu lagikk...cuma bru nk buat n3...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada dan Inysaa Allah semoga jumpa lgi...

Taco Chili by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4 keping roti tortilla - maz buat sendiri, ni resipinya
  • 1 mangkuk beef chili & tomato salsa 
  • kentang goreng secukupnya
  • sour cream secukupnya - bancuh dengan susu segar sikit biar cair gitu
Cara : Ambil sekeping roti tortilla, letak sedikit kentang goreng, kemudian ratakan chili secukupnya, tabur tomato salsa dan tuang sour cream atasnya. Boleh juga letak sedikit daun ketumbar jika suka, Masakan mexican ni tak tinggal daun ketumbar tu deh, mereka makan macam salad je. Dalam resipi chili tu ada plain tortilla chips, jadi tak perlu letak la sebab ganti dengan roti torilla ni.

chili yg letak atas taco ni pun dh bnyk kli jgk buat...ada kat label mexican food...kira menu express je la ni...alas perut mlm...ni pun ilham dri eat street...suka tgk cara mereka berniaga dengan truck besar tu...mcm2 makanan yg ada...bleh dpt idea utk mencuba...kat rumah ni klu mexican food mcm biasa la dpt sambutan...sedappp...xckup skeping ni...dengan sour creamnya yg lemak-lemak masam...waduhhh!! tukang masak ni pun sukaa...lama dh jgk xbuat menu gini...

Wednesday, January 14, 2015

Tortilla Bread..Homemade Lagi

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'...brtemu skli lgi...rsa mcm free la plak...tkpe la rehat skjap smbil2 tnggu anak blik skolah...klu nk kira ada je kje yg bleh dibuat...tpi dgn cuaca sjuk loni rsa sdpp plak lepak2 ni...kembali dgn gambar yg dah berbulan2 kena peram...kat rmah ni gitu la...klu buat benda tu asik duk ulang buat tu je smpai jemu...pahtu stoppp...ni dah lama la xbuat mexican foodnya...tgk ni rsa mcm duk memanggil2 plak sruh buat...rspi sma je mcm yg prnah updated sblum ni...andai ada yg dpt dimanafaat bersama...maz doakan semoga mendapat hasil yg memuaskan...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Tortilla Bread by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan allpurpose flour 
  • 1/3 cawan unsalted butter - suhu bilik 
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam - jika guna mentega biasa, tak perlu letak 
  • air secukupnya 
Cara

1. Satukan semua bahan kecuali air. Gaul guna hujung jari biar jadi berketul macam serbuk roti. 
2. Kemudian masukkan air sikit-sikit dan uli biar sebati jadi doh seketul yang lembut (tak perlu uli macam nak buat donat tu ye sebab lepas tu nak canai pulak). 
3. Amik doh tadi dan taburkan sikit tepung atas permukaan tempat nak canai tu dan canai betul-betul nipis biar jadi bentuk bulat (maz tekap je nak jadi bulat tu atau boleh aje guna pizza cutter potong buat bulat lepas canai. Kalau rasa terlembik, tabor je tepung masa nak canai tu.
4. Panaskan kuali non-stick biar betul-betul panas dan letakkan doh yang dicanai tadi, kemudian spray air sikit pada permukaan roti dan tekan-tekan dengan senduk. Kemudian balikkan dan masak biar ada sedikit perang dikedua belah.
5. Angkat dan simpan dalam tuala bersih letak dalam tuperware kedap udara atau bekas tahan panas agar roti tidak keras/kering. Buat sampai habis. 
6. Boleh la diguna untuk buat taco, enchiladas dan sebagainya. 

tortilla bread ni bleh dipelbagai hidangannya...ringkas dan mengenyangkan...bleh buat taco dgn apa bahan yg ada kat rmah... letak telur...sardin atau dging burger pun bleh disamping salad segar dan jgk dijadikan menu berat bila digandigkan dgn daging kisar, salsa, cheese dan seumpamanya...trpulang pada citarasa nak sediakan mcmana...

Tuesday, December 23, 2014

Taco Lasagna (Beef)

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..apa kbar semua semoga kwn2 yg dilanda banjir tabah menghadapi ujianNya...agar teruk jgk bah thun ni...tukang masak ni pun sejak akhir2 ni mood tu berat sngat nk update blog ni...ditmbah plak dgn msa yg xmengizinkan...mlm ni paksa jgk diri utk menghadap dapur maya ni skejap...ni pun dah berzaman dlm folder...buat guna torilla bread yg buat dlu...ilham taco lasagna ni dtg skelip mata...xde plan langsung nk buat menda ni...Alhamdulillah semua dgn izinNya...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

kat rumah ni memang selalu duk buat mexican foods ni...semua suka...versi lasagna ni pestima la kejadiannya...memang sedappp...thun ni memang xmasuk lgi la restoran mexicannya smjak duk buat sdrik ni...

Beef Taco Lasagna by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • roti tortilla (tortilla bread) secukupnya - resipi kat sini
  • bebola daging (meatballs) secukupnya, hancurkan - resipi kat sini @ boleh guna daging kisar/isi ayam
  • tomato salsa secukupnya (tomato dadu+bawang besar dadu+sedikit daun ketumbar+secubit garam, sebatikan)
  • mozarella cheese secukupnya
  • guacamole secukupnya - resipi kat sini
  • 2-3 sudu besar pes tomato
  • 2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1/4 cawan bawang besar yang didadu
Cara

1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan masak sekejap sekadar bawang layu. Kemudian masukkan bebola daging dan kacau sebati.
2. Masukkan pes tomato dan sedikit air, sebatikan (tak perlu masak lama sebab bebola daging dah masak). Maz tak letak bahan perasa dah sebab meatballs dan bahan lain dah ada rasa.
3. Ambil sekeping tortilla bread, sapu rata guacamole, letak atas loyang kemudian ratakan isi daging atasnya, tabur sedikit salsa dan mozarella cheese secukupnya.
4. Terus melapis seperti no 3 hingga 4-5 lapis. Kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10-12 minit atau hingga cheese cair/sedikit perang.
5. Keluarkan dari oven, picitkan guacamole serta sedikit sour cream dan terus hidang masa panas.

pasti akan buat lgi...Insyaa Allah...sebenarnya hidangan mcm ni npak je mcm susah...tpi klu stok bahan dah ada...skjap sngat...ni pun buat utk alas perut malam...

Wednesday, November 26, 2014

Fried Meatball Burritos

Assalamualaikum w.b.t...mkanan yg cepat dan kenyang..bleh buat awal dan masuk je dlm peti...pastu cuma tngal gulung..xnk greng pun bleh aje mkn gituw...burritos ni ada mcm2 versi jgk..terpulang la pda kita nk hidangnya mcmana dan letak filling apa...ni pun buat msa mood rjin buat tortilla bread hritu...maz guna tortilla yg buat tu la..ada link kat rspi tu...kat rumah ni klu mexican food dpt smbutan hangat..semua sukaa...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Fried Meatball Burritos by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • roti tortilla secukupnya - maz buat sendiri, resipi ada kat sini
  • 10-12 biji bebola daging - ni pun maz guna yg buat sendiri, resipi swedish-meatballs
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 kiub pati daging
  • sedikit serbuk lada hitam
  • guacamole secukupnya - resipi ada kat sini
  • sedikit minyak zaitun
  • minyak sayur untuk mengoreng secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang besar dan bawang putih, masak sekejap biar bawang layu.
2. Masukkan tomato tin sekali dengan jusnya semua, tekan-tekan dengan senduk biar hancur. 
3. Masukkan bebola daging, kiub pati dan serbuk lada hitam, masak sekejap biar pekat sikit dan tomato hancur, perasa secukup rasa dan biar sejuk sepenuhnya.
5. Ambil sekeping roti tortilla, sapu rata sedikit guacomole, kemudian susun 2-3 biji bebola daging (ikut saiz roti la ye) bersama sedikit sosnya. Lipat kiri dan kanan, balut/gulung biar kemas. Buat sampai habis.
6. Panaskan minyak secukupnya, goreng sekejap biar garing (tak perlu sampai perang) angkat dan toskan. Masa nak goreng tu biar bahagian terakir/hujung balut tu kat bawah, baru tak terbuka masa goreng, pastu bila dah garing sikit boleh balikkan.

snak dan jgk bekal anak skolah...sni hri2 kena bawa bekal sdrik...feningg jgk duk pkir..bekal lain..bekpesnya lain...tu blum kira msak utk tghari lagi...tu yg penuh dlm folder...

Wednesday, October 15, 2014

Beef Chili Nachos with Guacamole

Assalamualaikum w.b.t...nachos lagi...tpi ni pun yg buat berbulan sudah...makanan yg sangat cepat nak sedia dan yg pasti sedapp...bleh kata terlalu kerap sangat dah buat sdrik nachos ala Chillis ni...asalnya memula mkn kat chillis bangsar berbelas thun yg lalu...yg teruk sngatnya msa mengandung aiman...suka sngat mkn nachos ni...klu prgi chillis tu mesti kena tapau lgi utk mkn kat rumah plak...patut la aiman minat sangat Mexican food ni...pastu bila dtg duk sni msa memula dlu thun 2007...rupenya mudah sngat nk cri Mexican food kat sni...bahan2 pun semua ada kat pasaraya...jdi dri stu la maz cuba buat sdrik...ni sma je mcm yg update hritu...ada kat sini...cuma yg ni tambah guacamole...Insyaa Allah semoga jumpa lagi...mohon maaf atas segala yg terkurang...

Beef Chili Nachos by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil daging dadu/cincang - guna daging bahagian lembut @ boleh guna daging kisar segar
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1 labu bawang besar bombay - dadu
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu besar cili hijau yang dicincang
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 1/4 sudu kecil serbuk koko/coklat sirap @ 1/2 inci coklat masakan - jangan skip ye
  • 1/2 ketul kiub pati daging/ayam @ secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 1 helai daun bay
  • sedikit gula
  • plain tortilla chip secukupnya
  • mozzarella cheese secukupnya/cheese keping
  • jalapeno (cili jeruk Mexican)
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang besar, daun bay dan bawang putih. masak sekejap. Kemudian masukkan daging dan masak biar daging keluar airnya.

2. Masukkan semua jenis rempah, kacau sebati. Masukkan buah tomato, cili hijau dan tomato pes serta sedikit air (dalam 1 cawan).

3. Masukkan kuib pati, serbuk koko dan gula. Masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala hingga kering. Sejukkan dulu - beef chili ni boleh buat awal, kalau bermalam dalam peti pun boleh.

4. Bila dah sejuk, ratakan tortilla chip atas pingan/casserole yang tahan panas, kemudian taburkan daging tadi dan letak sedikit cheese. Kemudian ratakan 1 lapis lagi tortilla chip dan taburkan daging serta cheese.

5. Bakar dengan suhu 170 C selama 5-6 minit @ cheese cair.

6. Keluarkan dari oven, tabor salsa dan letak guacamole. Sedia untuk dihidang panas.

Salsa
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1/2 labu bawang besar bombay - dadu
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • 1-2 cubit garam
Cara - Sebatikan semua bahan - boleh buat awal dan simpan dalam peti dulu.

Guacamole
  • 1 biji buah avocado masak
  • sedikit daun ketumbar (3-4 batang)
  • secubit garam
  • 1-2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
Cara : Tumbuk biar hancur daun ketumbur, kemudian masukkan buah avocado dan tumbuk. Bila dan lumat masukkan garam dan minyak zaitun, kacau sebati. Bila dah letak nachos dalam oven boleh la buat guacamole ni, jangan buat terlalu awal kerana buah ni akan bertukar warna.

skli beli 10 peket trus buat stok tortilla chip ni...memang snak yg cepat dan kenyang...stkat ni buat utk alas perut belah malam...kdang2 cicang gitu dgn salsa mcm yg kat sini...

Friday, September 19, 2014

Beef Taco

Assalamualaikum w.b.t...brtemu sekli lgi dipagi jumaat tenang...Alhamdulillah...beef taco hasil dri homemade tortilla bread tu...makanan yg mudah nak sedia dan berkhasiat...bleh dipelbagaikan nk buat taco apa...ni maz guna daging...grill sekejap dan isi je dalam tortilla bersama sayur, cheese dan sos yg digemari...pasti xckup dgn 1...xcri restoran mexican dh...ok semoga jumpa lagi Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Beef Taco by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 keping daging steak @ isi ayam - lumur dengan sedikit taco spice @ garam dan serbuk lada hitam
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1 biji bawang besar purple - dadu
  • 1 biji avocado - hiris nipis/dadu
  • sedikit jus lemon/limau nipis
  • lettuce secukupnya
  • daun ketumbar (cilantro) - jika suka
  • cheese keping secukupnya
  • tortilla bread
  • sos cili/mayonis - jika suka
Cara

1. Lumur daging dengan sedikit rempah taco @ kalau nak mudah guna serbuk perencah maggie kari tu + sikit paprika & serbuk cumin (jintan putih).
2. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak zaitun dan grill daging hingga masak dikedua bahagian. Angkat dan hiris nipis dan perah sikit jus lemon.
3. Amik sekeping tortilla bread dan susun daging. Letak dan masukkan dalam microwave sekejap sekadar nak cairkan cheese @ boleh makan macam tu je atau boleh juga guna sandwish maker sekejap. Kemudian masukkan bahan sampingan yang lain. Sedai untuk dinikmati...

mcm biasa umat kat rumah ni semua peminat tegar mexican food ni...tu yg slalu buat...thun ni xprgi chillis lgik...sayurnya chop onion dan tomato kena ada...pastu sos tu terpulang la...maz xletak pun sbb dah ckup rasa...ada 1 lgi duk menunggu dlm folder tu shrimp taco...biasa la peram dulu deh...

Thursday, September 18, 2014

Tortilla Bread

Assalamualaikum w.b.t...tortilla bread makanan utama org mexico dan south amerika...klu india plak capati...msia kita roti canai la deh...ada 2-3 jenis jgk tortilla bread ni...ada yg guna corn meal, wheat flour dan seumpamanya...ni maz guna allpurpose flour je sbb kat sni gndum ni kira yg terbaik kualitinya...tortilla ni nk buat pun mudah dan cepat sngat...pastu bila dh ada tortilla ni bleh jdi mcm2 menu plak...ni maz guna utk buat taco...alas perut belah malam...taco pun bleh letak apa aje stok yg ada...asalkan kena dgn slera...akhir kata semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Tortilla Bread by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 2 cawan allpurpose flour
  • 1/3 cawan unsalted butter - suhu bilik
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam - jika guna mentega bergaram, tak perlu letak
  • air secukupnya

Cara

1. Satukan semua bahan kecuali air. Gaul guna hujung jari biar jadi berketul macam serbuk roti.
2. Kemudian masukkan air sikit-sikit dan uli biar sebati jadi doh seketul yang lembut (tak perlu uli macam nak buat donat tu ye sebab lepas tu nak canai pulak).
3. Amik doh tadi dan taburkan sikit tepung atas permukaan tempat nak canai tu dan canai betul-betul nipis biar jadi bentuk bulat (maz tekap je nak jadi bulat tu atau boleh aje guna pizza cutter potong buat bulat lepas canai. Kalau rasa terlembik, tabor je tepung masa nak canai tu.
4. Panaskan kuali non-stick biar betul-betul panas dan letakkan doh yang dicanai tadi, kemudian spray air sikit pada permukaan roti dan tekan-tekan dengan senduk. Kemudian balikkan dan masak biar ada sedikit perang.
5. Angkat dan simpan dalam tuala bersih atau bekas tahan panas agar roti tidak keras/kering. Buat sampai habis.
6. Boleh la diguna untuk buat taco, enchiladas dan sebagainya.

amat berbaloi buat sdrik ni...kat sni roti ni mahal...6 keping dan dkat 3 dinar...klu duit msia dekat rm30...puas hati dpt mkn yg msih pnas ni...msa duk menyepi dedulu dh biasa buat jgk guna rspi simple ni...

Monday, September 8, 2014

Chili - Resipi II

Assalamualaikum w.b.t...lgi dgn gambar2 lama nk clearkan folder tu...rsanya chili ni pun ada la dh 4-5 bulan peram...memang kerap sngat duk buat chili ni utk mkn dgn nachos alas perut ganti nsi mlm...yg versi letak atas nachos ada kat sini dan sini pun ada...yg ni buat cicah nga tortilla bread...biasa la tukang masak ni suka sngat klu yg jenis cepat dimasak sedapp dimkn tu...semua suka...memang peminat mexican food...akhir kata Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

ni sebelum dihias dgn cheese...mkn gini pun boleh...klu letak cheese tu lgi lemak berkrim la kan...

Chili Resipi II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 200g daging kisar segar
  • 1 labu bawang besar purple - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 biji tomato - dadu kecil
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)*
  • 1 sudu kecil serbuk cili *
  • 1 sudu kecil paprika *
  • 2 helai daun bay*
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar tomato pes (bukan tomato puri ye)
  • 1/4 cawan kacang merah tin (kidney bean) - hancur/tumbuk sikit
  • 1/2 litter stok daging/air (maz buat sendiri resipi kat sini)) 
  • 1 kiub pati daging 
  • gula secukup rasa
  • 4 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • monterey jack cheese secukupnya @ cheedar
  • sedikit sour cream - jika ada
  • tortilla bread secukupnya - maz masuk dalam oven sekejap
Cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawang dan masak sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging Kacau sekali sekala agar masak sekata.
2. Masukkan semua bahan yang bertanda * dan masak hingga daging mesra dengan rempah dalam 4-5 minit.
3. Kemudian masukkan tomato, kacau sebati. Masukkan tomato pes dan sebatikan. Masukkan stok daging dan semua bahan lain. Masak dengan api sederhana hingga daging lembut, perasakan secukup rasa dengan sedikit gula dan kacau sekali sekali hingga hamper kering.
4.Bila dan sedikit kering boleh lah dimatikan api.
5. Boleh lah dihidangkan dengan tortilla chip/bread atau boleh letak atas pasta, pastu letak cheese dan masuk oven sekejap atau makan dengan fries dan sebagainya ikut citarasa. 

maz memang suka sngat tgk cooking show...npak mudah dan simple2 je cara masakan mereka...klu  masak utk family gathering pun stkat buat salad...pastu menu utamanya pun ringkas je...klu kita ada org nk dtg xsah klu xperah kelapa...potong ayam dan mcm2 la kena masak...mau dkat stngah hri duk kat dpur kan...

Thursday, August 21, 2014

Salsa & Tortilla Chips

Assalamualaikum w.b.t...amik peluang msa yg ada ni utk update skli lgi...mkin banyk gambar2 dlm folder tu...bila nk hbis pun xthu la tu...hri2 mask kan...Alhamdulillah nikmatNya...stok nachos atau tortilla chip ni memang selalu ada...jarang sngat putus...skli beli memang 6-8 peket...bkn apa kadang2 tu time nk beli xde plak stoknya kat pasaraya...senang klu time kecemasan tu...cepat dan senang nk sdia...klu xmkn mcm ni je buat yg msuk oven tu...boleh tgk kat sini...atau kat label western food tu ada lgi rspi yg guna tortilla chips ni...semua umat kat rumah ni memang minat sngat dgn nachos ni...akhir kata semoga ketemu lgi...Insyaa allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Salsa by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 2-3 biji tomato masak (lagi merah lagi cantik warna salsa)
  • 1 labu kecil bawang besar purple
  • 6-7 batang daun ketumbar/cilantro
  • 2 sudu besar slice jalapeno & 2 sudu besar airnya
  • 2-3 cubit garam
  • secubit gula
Cara

1. Potong tomato dan bawang besar, masukkan dalam pengisar bersama semua bahan lain dan kisar biar masih ada sedikit kasar-kasar (jangan halus sangat la).
2. Boleh la dihidang dengan tortilla chips (maz guna yang original tanpa flavour).
memang sdpp la cicah nga salsa ni...ada sdikit rasa masam tomato dan msin chip tu...dah slalu sngat duk buat dri dedulu...tpi ni bru bksempatan nk update kat sni...kat sni mexican food ni memang bnyk dan bahan2 pun senang dpt...

Friday, August 8, 2014

Beef Chili Nachos

Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah hri ni bertemu jumaat sekali lgi...semoga kita tidak lupa akan surah Al-Kahfi setiap mlm atau hari jumaat sebagaimana sunnah Rasulullah saw...mlm tdi tetiba je kepala ni terasa berat...kena selsema sikit...Alhamdulillah pgi ni dah ok...lepas solat jumaat nti nk kluar merayau cri brang2 dpur skit...nachos ni menu dlm puasa jgk...rsanya klu tak salah 5-6x buat nachos ni utk berbuka...semua suka klu nachos ni dan menu yg terlalu kerap dibuat kat rumah ni dri dedulu lgi...cuma xbrapa rjin nk update kat sni...ye la kan...menda ni kluar oben tu kena trus mkn dh...kan nk posing2 lgi sejuk la plak...ni pun snap yg atas meja nk santap dh...smjak lepas raya ni pun dh 2x buat...slalunya buat utk mkn mlm ganti nasi...yg buat sblum ni ada kat sini dan sini...yg penting cepat dimasak dan sedap dimkan...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...

Beef Chili Nachos by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil daging dadu - guna daging bahagian lembut @ boleh guna daging kisar segar
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1 labu bawang besar purple - dadu
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu besar cili hijau yang dicincang
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1/2 sudu besar pes tomato
  • 1/2 sudu kecil serbuk koko/coklat sirap/coklat masakan - jangan skip ye
  • 1/2 ketul kiub pati daging/ayam
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 1 helai daun bay
  • sedikit gula
  • plain tortilla chip secukupnya
  • mozzarella cheese secukupnya/cheese keeping
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang besar, daun bay dan bawang putih. masak sekejap. Kemudian masukkan daging dan masak biar daging keluar airnya.

2. Masukkan semua jenis rempah, kacau sebati. Masukkan buah tomato, cili hijau dan tomato pes serta sedikit air (dalam 1/2-1 cawan).

3. Masukkan kuib pati, serbuk koko dan gula. Masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala hingga kering. Sejukkan dulu.

4. Bila dah sejuk, ratakan tortilla chip atas pingan yang tahan panas, kemudian taburkan daging tadi dan letak sedikit cheese. Kemudian ratakan 1 lapis lagi tortilla chip dan taburkan daging serta cheese.

5. Bakar dengan suhu 170 C selama 5-6 minit api atas saja dan rak paling atas. Sekadar utk cairkan cheese dan rangupkan chip.

6. Keluarkan dari oven, taburkan salsa dan buah avocado. Sedia untuk dihidang panas.

Salsa
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1/2 labu bawang besar purple - dadu
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • 1-2 cubit garam
Cara - Sebatikan semua bahan - boleh buat awal dan simpan dalam peti dulu.

kat rumah ni memang peminat tegar mexican food...nak2 nachos ni...smlm pun dh buat keluar dging sktol nk buat chili nachos ni...tpi sbb badan xberapa sihat msuk peti blik dging tu...stok tortilla chip pun jarang ptus la org kata...skli beli 5-6 peket terus...sbb kadang2 tu time nk beli xde plak kat pasaraya...maz beli nachos brand amigos...made by suadi...memang berbaloi buat sdri ni...klu mkn kat chillis spngan ni dkat 4 dinar...thun ni xmsuk lgi chillis pun smjak duk buat sdri ni...pastu ada 1 lgi mexican restoran pun ada nachos ni...ada jgk duk beli skli skala sblum ni...pastu tak order dh...lgi sdpp yg homemade ni...memangg sedapp...npak je mcm susah nk buat...tpi smbil greng ikan je bleh buat menda ni...asalkan bhn2nya ada...

Tuesday, March 18, 2014

Cowboy Nachos

 سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Maksudnya : Mahasuci  Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui, Mahabijaksana...al-Baqarah - 32...biasanya klu ustaz2 tu baca dlm doa pembuka bicara...utk kita yg duk rmah ni sama2lah kita praktif baca masa nak cuci beras...masa bubuh atau suap nasi anak2...masa nak pkai baju atau sikat rambut anak...semoga anak2 kita menjadi anak yang soleh...berjaya dunia dan akhirat...insyaa Allah...sesungguhnya doa itu adalah senjata orang-orang mukmin...sekadar peringatan utk diri sndiri yg selalu lupa dan lalai...

Assalamualaikum w.b.t...Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah kami memohon kebajikan dan keselamatan dunia dan akhirat...Amiin...apa kbar semua...sbnarnya menu ni rentetan dri chili yg buat hritu...xthu nak buh nama apa...jdi koboi je la sbb senang sngat nk buatnya pun...dgn chili tu memang bleh dijadikan mcm2 hidangan ala mexican...ni salah satu drinya yg maz buat ikut slera sdri dan amik skit idea dri program kat tv tastiest place to countdown yg tnjuk makanan2 best samada jenis bfast...comfort meal...sweet dan sebagainya dri no 10 hingga 1 ikut undian...memang bleh lapar klu tgk show2 ni...rsa smua nk try buat...akhir kata semoga jumpa lgi...insyaa Allah...dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

nama tu main letak je...rsanya sesuai sngat la nga nama tu sbb masak pun ala koboi jee...ni sblum ditabur dgn cheese...klu nk mkn mcm ni je pun blehh...xpyah letak cheese...sdppp jgkk...

Cowboy Nachos by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil chili
  • french fries goreng secukupnya
  • tortilla chip secukupnya
  • cheese secukupnya - maz guna monterey jack
  • sour cream sikit
  • sedikit tomato yang didadu
  • bawang besar sikit - dadu
Cara

1. Ratakan tortilla chip atas pingan atau bekas yang sesuai. Kemudian letak pula fries atas tortilla tadi.
2. Tuang chili kat tengah-tengah diikuti dengan sour cream atas chili. Tabur cheese secukupnya dan masuk dalam oven sekejap untuk cairkan cheese je (maz masuk dalam microwave je). Kalau guna oven, letak pingan kat rak paling atas dan guna api atas je, supaya cheese cepat cair. Siap.....

lepas kluar dri microwave...siap utk dikunyah2...kat umah ni klu menu2 mcm ni laju la...buat utk mkn mlm...sedapp dimkn dan yg pling pntingg cepat dimasakk...

Sunday, March 9, 2014

Chili & Samalah Kita Berdoa Untuk MH370

 
'La Hawla Wala Quwwata Illa Billah'...Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua...
FIRMAN Allah bermaksud:' Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KeupayaanNya apa yang ada dilangit dan dibumi. Tiada yang dapat memberi syafaat disisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang dihadapan dan dibelakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar' - al-Baqarah : 255 @ disebut Ayat Kursi)...Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun pada semua keluarga yg beragama islam...semoga tabah dan sama2lah kita banyakkan berdoa agar pesawat MH370 dpt petunjuk dgn segera dan selamat...Amiin...
Assalamualaikum w.b.t...apa kbar semua dan terima kasih pda yg sdi singgah dapur yg xseberapa ni...sptutnya nk update smlm...tpi bila dpt brita sdih tentang pesawat MAS...hilang semua semangat...asik duk dpan tv je tnggu lates new dri Al-Jazeera....hri ni anak2 mula exam 2nd term selama 2 mnggu...jdi mnggu ni duk rmah mask je la...Alhamdulillah wken smlm dh kluar bli barang2 dapur buat stok...biasanya kluar g psaraya atau pasar hnya hri minggu je...lgipun xde kperluan sngat rsanya nk kluar slalu...mask je lah apa yg dh diborong...kena pndai2 lah guna apa yg ada kat sni...memang mask hri2 la...kcuali wken je bru jejln mkn luar...bekpes pun kena sdiakan wpun hnya rti cicah milo...sni xde org jual kuih muih tepi jln mcm kat msia...nsi masak skli shri je utk tghri...jdi utk mlmnya plak kena la kretif sbb bkn nsi dh...hri2 duk pkir cri menu...jdi utk mlm layan menu ringkas2 mcm ni la...sbb tukang mask ni bknnya rjin sngat...asik duk plih cri yg senang2 jer...pling mudah lgi mee maggi ler jwbnye...
bahan utamanya ground beef dan rasa rempah cumin srta srbuk cili yg sdkit mnyerlah...chili ni asal dri texas amerika...kat bahrain ni senang dpt mknan yg seangkatan mcm ni...sbb ramai org eropah...sedappp layan dgn tortilla chip...kenyang jgkk...ye la ada dgingkan...chili ni ada mcm2 stail lah dan bleh aje dihidangkan dgn pelbgai cara...maz pun dh buat 2-3 versi la dgn gna chili ni...dtg ilham nk buat menda sbb tgk cooking show kat tv bnyk bnar menu mexican ni...pahtu ina garten plak masak dgn kwn dia utk mexican fiesta klu xsilap...apa lgi lepah tu trus mtak bntuan cik gugel...mcm biasa la brderet2 rspi chili yg kluar...plih je nk buat stail mna...maz buat ni brpandukan rspi dri web allrecipe skit...dan ingat2 rasa chili yg prnah mkn sblum ni...jdi yg kat blog ni maz letak rspi yg telah diubah skit ikut cara sdri utk rujukkan akan dtg...

Chili by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 300g daging kisar segar
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin) *
  • 3 sudu kecil serbuk cili *
  • 2 sudu kecil serbuk jintan manis *
  • 2 sudu kecil paprika *
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3-4 sudu besar tomato puri
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1/3 cawan kacang merah tin (kidney bean) - hancur/tumbuk sikit
  • 1/4 cawan jalapeno (boleh ganti dgn cili hijau besar) - dicincang
  • 1 litter stok daging/air (maz buat sdri, resipi kat sini) 
  • 1/2 sudu kecil serbuk koko + air sikit
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3-4 sudu besar extra virgin minyak zaitun
Cara

1 Panaskan minyak, masukkan bawang dan masak 1-2 minit agar bawang layu. Kemudian masukkan daging kisar. Kacau sekali sekala agar masak sekata dalam 3-4 minit.

2. Masukkan semua bahan yang bertanda * dan masak hingga daging mesra dengan rempah dalam 4-5 minit lagi.

3. Kemudian masukkan  stok daging dan semua bahan lain kecuali serbuk lada hitan dan bahan perasa. Masak dengan api sederhana hingga daging lembut dan kacau sekali sekali. Jika hampir kering tambahkan sikit lagi stok daging/air.

4. Renehkan biar tidak terlalu berkuah dan perasakan secukup rasa dengan sedikit garam dan gula. Masukkan juga serbuk lada hitam. Kacau sebati.

5. Bila dan sedikit kering boleh lah dimatikan api.

6. Boleh lah dihidangkan dengan tortilla chip/bread atau boleh letak atas pasta, pastu letak cheese dan masuk oven sekejap atau makan dengan fries...dan sebagainya ikut citarasa.

Sunday, March 3, 2013

Chicken Burritos

Assalamualaikum..ni pun kira snak yg cepat dimsak..sedap dimkn..dah slalu sangt duk buat burrito ni sbb pebret anak2..lgipun mudah sngat nk sdiakan..buat utk mkn ptg atau bkal pergi skolah..klu utk bkal tu maz dah siap gulung dan simpan dlm peti..pgi esknya cuma grill je..burrito ni bleh je isi apa2 ikut slera..isi ayam..daging dan sbgainya..yg ni maz cuma guna kepingan burger ayam..goreng skejap atas kuali leper dan bleh la digulung bersama dgn bahan smpingan yg lain..akhir kata terima kasih buat pengunjung yg masih sudi singgah ke ilham dapur yang xseberapa ni..mohon maaf atas segala kekurangan yang ada..
Chicken Burritos by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4 keping roti tortilla
  • 3 keping burger ayam
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1/2 labu bawang besar - dadu
  • 4 keping cheese
  • sedikit jagung manis - maz guna jagung tin
  • sedikit daun salad
  • sos cili dan mayonis secukupnya
Cara
1. Panaskan sedikit mentega dan  goreng daging burger hingga masak dikedua bahagian. Ketepikan
2. Dengan kuali yang sama terus masukkan bawang, masak sekejap agar bawang lembut, kemudian masukkan jagung dan buah tomato. Padamkan api dan kacau agar sebati dengan mentega lebihan goreng daging burger tadi.
3. Potong memanjang daging burger. Ambil sekeping roti tortilla dan letak sedikit daun salad, kemudian susun daging burger dan campuran bawang. Tuang sos cili, mayonis dan letak kepingan cheese. Lipat kiri dan kanan kemudian gulung. Buat sampai habis.
4. Panaskan pembakar roti dan grill sekejap agar cheese cair dan tortila sedikit garing - maz guna pembakar roti yg jenis grill tu...atau boleh masuk dalam oven sekejap atau lagi senang panaskan kuali non stick dan bakar atas dapur sekejap..

mcm2 bleh isi dlm perut burritos ni..pastu isi plak lam perut kita kan..alhamdulillah kenyang..memang sdpp..slalunya maz guna isi ayam segar..tpi hri buat yg ni ayamnya keras mcm batu lam pti..jdi sambar je la dging burger..semoga jumpa lagi..insyaallah..

Thursday, January 12, 2012

Chicken Quesadillas

Assalamualikum..brsiaran kmbli dan slamat bersua lgi didapur alam maya ni yg pnuh dgn keindahan..dri xkenal siapa..terjalin silaturrahim dan kemesraan yg amat bernilai..bermula hanya seorang diri..tegur dan sapa menyapa menjdikan kita smua sebuah keluarga besar dialam maya ni..bgi dri sdri brmula dgn niat nk cri rspi je kat internet msa merantau thun 2008 dlu..hingga la bwa pda dunia blogger..wpun hnya chef dimata anak2 dan suami..tpi sudah ckup utk buat kita tersenyum puas bila apa yg disdiakan anak2 kata sedapp la mami..melalui dunia bloger jgk la..hari ni bleh sdiakan mnu yg plbagai utk klrga..klu dlu hnya thu singgang ikan jee..hahaaa..hbis rahsiakuu..tkpe itu la hakikatnya..smuanya krana blog masak2 yg sudah wujud trdahulu lgi yg mnjdi ilham dan inspirasi kita..semoga tahun ni thun yg indah buat semua..insyaallah..tanpa sahabat siapa la kita kan..sbnarnya klu nk ikutkan sbuk..memang sbuk xprnah hbis..aktvti brsama kakak2 skitar kwsan ni pun pnuh menanti..tpi dicri la jgk sdkit ruang utk jnguk dpur kcik ni..diksempatan ni jgk nk ucap terima kasih pda kwn2 dan pengunjung ilham dapur yg sdi singgah dpur yg xsbrapa ni..bak kata pepatah..kecil tapak tangan..pdang kosong dpan umah milik simedarby kita tadahkan..hahaaa..bleh ke nk guna tanah orang yee..adoiii..ok la layan mnu yg sbnarnya dh bnyk kli sngat kita buat sblum2 ni..msa kat sna aritu pun 4-5x buat..buat sdri tu sbb xckup mkn yg bli kat chili's..cuma kli ni bru lulus utk n3..hehee..ye la biasa buat utk mkn mlm..bila amik gmbar tu..klur2 dh ala2 roti canai pun ada..xckup cahaya..pastu klu suami ada..mana leh posing sngat2 kan..nti sejuk la..xsdpp la plak nk mkn..rspi memang mudah je dan nk buat pun skjap sngat...

layan nga sour cream..memang enak skali..xmkn nsi pun tkpe..memang kenyang..quesadillas ni bleh buat ikut slera masing2..ground beef..telur atau sayur nga cheese je pun bleh jgk..kita suke benda yg cepat dan ringkas mcm ni..

ayam tu kita tenggek je sat atas grill pan..memang cepat dan mnyenangkan keje..5 minit dh msk ayam jalur2 tu..tortilla bread ni pun wak blik dri bahrain..kita suka tortilla ni sbb rsanya lebih sdp dri yg prnah kita bli kat pasaraya..tpi klu dh xde tuu..yg kureng sedapp pun tibai jgkk..sour cream tu pun kita tabur jgk dgn sdkit taco spice..

Chicken Quesadillas by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4-5 keping roti tortilla - ada jual dibahagian bakeri pasaraya
  • 1 keping isi ayam (dada)
  • 1/2 labu bawang besar - didadu
  • 4-5 sudu besar jagung manis dalam tin, toskan airnya (ayambrand dsb)
  • 1 biji tomato segar - didadu
  • sedikit daun salad (maz guna jenis yg daun keras panjang tu) @ lada benggala hijau
  • taco spice secukupnya
  • sedikit garam - jika perlu
  • 2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • mozarella cheese secukupnya
  • sour cream secukupnya - optional
Cara

1. Lumurkan taco spice secukupnya pada seluruh isi ayam dan panggang sehingga masak (maz guna grill pan je). Boleh juga masak atas kuali leper, tuang minyak zaitun sikit. Angkat dan hiris nipis.

2. Satukan bawang besar, buah tomato, jagung dan daun salad. Perasakan dengan sedikit taco spice dan sedikit garam jika perlu (agak-agak la ye).

3. Susun tortilla dalam loyang, ratakan campuran no.2 atas tortilla, kemudian letak ayam yang telah dihiris nipis dan taburkan mozarella cheese secukupnya dan tuang sedikit minyak zaitun.

4. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170 C dan bakar sehingga cheese cair. Angkat potong 2 dan tangkupkan kemudian kerat dua. Sedia untuk dinikmati, boleh juga dihidangkan bersama sour cream jika suka.

ni pic time xbrapa rjin nk posing..yg buat mnggu lepas dan kli ke 3..tu yg buat sblum2 ni xpublish sbb gmbarnya kureng memuaskan ati..kita memang malas sngat nk snap2 gmbar ni..tu la jgk antara fktor yg dpur ni tnggelam timbul..

mkn yg bru kluar dri oven memang sdpp sngat..rngupp..5 kping leh hbis skli mkn..ni memang mnu pbret seisi rmah..bru blik smngu dh 3x kita buat ni..yg n3 ni pic yg buat kli ke 2..nk buat pun senang sngat..30 minit dh leh mknn..cepat dimsk sedapp dimknn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...