Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, December 2, 2011

Irish Lamb Stew

Assalamualaikum..biasanya klu bli kmben tu klu xmsk kicapp..masak kari atau grill aje..kli ni cba rspi mcm ni plak..sibaik la dpt smbutan..kna dgn slera org lam umah ni..sbnarnya mcm2 rspi utk stew ni..last2 buat cra sdrii je..tpi sbgai pnduan rspi kita tgk kat  sini cuma kita buat xikut cara dan rspi ni spnuhnya..ada bhn yg ditokok tmbah sdri..

sbnarnya stew ni mkn nga mexican rice..tpi cicah nga grlic bread pun sdpp..

Irish Lamb Stew by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 500g daging kambingg tanpa tulang (segar) - potong kiub saiz sederhana
  • ½ labu bawang besar – didadu
  • 1 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 batang lobak merah – kerat saiz sederhana
  • 5-6 biji cendawan butang segar – belah dua (optional)
  • 1 biji ubi kentang – potong saiz sederhana
  • 1 kuib stok daging
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/4  sudu kecil serbuk paprika
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • sedikit kicap manis - nak bagi warna kuah gelap sikit
  • minyak zaitun secukupnya
  • air secukupnya (dlm 2-3 cawan)
  • sedikit daun thyme (optional)
  • sedikit garam jika perlu
  • sedikit parsly (optional)

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C.

2. Gaulkan daging dengan sedikit garam, thyme dan 1 sudu besar minyak zaitun. Ketepikan.

3. Panaskan periuk (periuk yang boleh masuk oven terus). Masukkan 2 sudu besar minyak zaitun dan biar minyak panas betul. Kemudian masukkan daging, biar seketika dalam 2-3 minit sehingga daging sedikit perang/garing kemudian balik sebelah lagi. Angkat dan masak sampai habis.

4. Dengan periuk yang sama (goreng daging), paanskan 2 sudu besar minyak zaitun, masukkan bawang besar dan bawang putih. Masak sehingga bawang sedikit layu. Kemudian masukkan mentega dan bila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati guna senduk kayu agar tidak berketul.

5. Masukkan air (agak2 la ye), stok daging, sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, serbuk paprika dan serbuk jintan putih. Kacau sebati, kemudian masukkan lobak merah, ubi kentang dan cendawan. Masukkan daging dan padamkan api.

6. Tutup periuk dan masukkan dlm oven dan masak selama 1 1/2 jam atau sehingga daging lembuk/empuk. Setelah 1 jam dalam oven, balik-balikkan daging, kacau sikit dan boleh la tambah sedikit air jika perlu. Perasa secukup rasa dan biarkan daging masak sepenuhnya.

7. Tabur dengan sedikit parsly dan boleh la dihidang dengan nasi atau roti.

hangkut nga kuali2 jgkk..kat dpur ni bnykk kuali dri pngan..hehee.

Thursday, December 1, 2011

Guacamole Dip

Assalamualaikum..ni guacamole yg buat utk mkn nga nachos..cicah gitu aje nga tortilla chip ksong pun sdpp..klu mkn fajitas kat Chillis mesti pesan ni skli..kli ni buat sdri sbb nk mkn nga nachos yg buat aritu..

Guacamole Dip by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 biji buah avocado - maz guna saiz agak besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu besar extra virgin minyak zaitun @ bergantung pada saiz avocado
  • 1-2 cubit garam
  • sedikit daun ketumbar 
Cara

1. Belah 2 buah avocado dan keluarkan bijinya. Amik sudu dan scoop/korek keluar isinya.
2. Masukkan dalam food processer bersama semua bahan lain dan kisar sedikit lumat atau boleh guna lesung je. Boleh juga diguna untuk tortila atau sapu atas bruschetta.

avocadonya memang besarr..buat sbjik ni je bleh dpt 1 mgkuk yg sdang2 tu..bleh la utk 2-3 kli guna..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...