Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, October 15, 2019

Sambal Telur Rebus

 Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innaka afuwwun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah ra jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah SWT forgive us, our parents and accept our doa, Ameen.
sementara ada masa terluang ni update la dlu apa yg dh ada dlm folder tu, masih lgi dgn gmbar lama simpan kat sni utk kenangan..semoga jumpa lgi dan maaf atas kekurangan yg ada..

SAMBAL TELUR REBUS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 5 biji telur rebus
  • 1 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar lumat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 inci nisan keping/gula melaka
  • gula, garam dan sedikit aji jika suka
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Kisar lumat bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak untuk menumis secukupnya, goreng telur rebus dulu biar sedikit perang atau berkerak keliling telur, angkat dan ketepikan.
3. Dengan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4. Tambah 2-3 sudu besar air dan tumis lagi biar cili masak lama sikit, masukkan nisan, sos tiram, sos cili, gula, aji dan garam.
5. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala, masukkan sedikit air dan masak hingga sambal masak sempurna.
6. Masukkan telur yang digoreng tadi dan sebatikan, padamkan api.

lauk ringkas tpi bleh buat mkn bertambah, selalu jgk duk buat telur sambal ni, abangngah dgn babanya suka sangat..

Lemak Putih Bayam Dengan Labu & Udang

Assalamualaikum w.b.t
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau ketika musafir' "Sadba Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen.
sayur labu dan bayam antara yg kerap jgk dimsak sbb kat sni sayur jenis berdaun yg ada hanya ada bayam dan kangkung, Insha Allah jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

LEMAK PUTIH BAYAM DENGAN LABU & UDANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ikat bayam - potong, cuci dan toskan
  • 300g labu kuning - potong dadu
  • 1 mangkuk kecil udang segar
  • 2 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • 5 biji lada hitam - tumbuk lumat
  • 2 cawan santan
  • garam, gula dan aji jika suka
Cara

1. Satukan santan, bahan tumbuk, labu dan masak hingga mendidih sambil dikacau selalu biar labu sedikit lembut.
2. Masukkan udang, bayam dan perasa secukup rasa.
3. Masak sekejap lagi biar semua lembut, padamkan api.

dpt menu mcm ni bleh buat mkn berpingan2, tukang masak ni pon gemar meratah klu sayur gini, klu ada ikan masin ckup syarat deh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...