Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, October 7, 2016

Swedish Meatballs Daging Burger

Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan selalu..semoga kita dijauhi dari segala fitnah dunia dan sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
sesambil duk pack apa yg ptut, amik masa la skjap update blog sblum bertolak mlm nti..gmbar dlm folder pon makin bnyk blik dh! klu sblum ni duk buat meatball guna daging segar, kli ni cara lgi mudah dan jimat kos..versi guna daging burger je, guna daging burger ni xperlu masuk bahan lain lgi sbb daging tu dah ada rasa..cuma maz letak jgk sikit serbuk nutmeg atau serbuk buah pala sbb dah ada stok, klu tak letak pon ok je..meatballs ni kejadian 3 minggu sudah, utk gravy tu respi sama mcm yg duk buat sblum ni..cuma xguna whip cream, hentam susu cair je..ada je whip cream, saja xnk buka nti rosak klu xhbis sbb mood baking xberapa ada skrang ni..tpi rsanya sama mcm guna whip cream la, sedap hingga menjilat jari! Alhamdulillah semua dgn izinNya, selamat berhujung minggu..InysaaAllah semoga jumpa lagi, maz akan bercuti update blog utk 2 minggu dan maaf atas kekurangan yg ada..

nk bakar dlm oven pon bleh, nak goreng pon ok jgk..kiranya klu kat rmah xde oben, tetap bleh buat meatball sedap ala ikea yg pemes tu..

SWEDISH MEATBALLS DAGING BURGER by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10 keping daging burger
  • sedikit kicap manis/pekat - untuk gelapkan warna meatballs
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala @ nutmeg - option
Cara

1. Biar daging burger lembut di suhu bilik 1-2 jam atau lembut sepenuhnya.
2. Panaskan oven suhu 180 C, sapu sedikit mentega pada loyang.
3. Masukkan daging yang telah lembut dalam bekas besar, titikkan sedikit kicap, serbuk buah pala jika guna dan ramas atau gaul biar sebati.
4. Gentel bulat, susun dalam loyang dan bakar selama 15-17 minit.
5. Boleh juga digoreng, pastikan minyak tu jangan terlalu panas ye, nanti bebola hangus dan berkerak plak, goreng sekejap saja sambil dikacau selalu, angkat dan toskan.

Sos (Gravy)
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung serbaguna/tepung gandum
  • 1- 2 sudu besar serbuk sup cendawan maggie 
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit pewarna coklat/kicap pekat - untuk gelapkan warna

Cara

1. Ayak serbuk sup untuk asingkan hirisan cendawan kering tu, ketepikan.
2. Dalam periuk panaskan mentega biar cair dan berbuih sikit, masukkan tepung dan kacau cepat-cepat agar tidak berketul, masukkan susu segar, sebatikan.
3. Masukkan serbuk sup cendawan dan semua bahan lain, sebatikan dan masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga sos pekat, suaikan secukup rasa agar ada rasa macam sos ikea (maz tak sukat pon sebenarnya, main tuang gitu je, ejus la ye kalau pekat sangat boleh tambah susu segar/cair lagi), padamkan api dan sejukkan.
4. Boleh la dihidang bersama bebola daging, cranberry sos dan kentang goreng atau kentang putar.

klu bleh daging burger tu beli yg elok skit, bru dpt hasil meatball yg memuaskan..pasni lgi mudah la nk buat meatball ni..lembutkan daging burger dan gentel je, masa kat Msia dlu ada buat bergedil guna meatball ikea, senang keje dan rsanya pon sodapp..

6 comments:

  1. wahhh Nampak sedap yumyum. lama dah tak makan kat ikea meatball ni....

    ReplyDelete
  2. wahh.. kreatif kak.. senang xperlu buat from scratch

    ReplyDelete
  3. Assalam Maz,
    alhamdullilah dapat balik link Maz ni..
    bloglist akak semuanya hilang!..kena cari balik mana yang pernah link dulu.. cantik meatball tu bulat2 Maz buat..

    ReplyDelete
  4. Awesome post, you have pointed out some incredible focuses, I also trust this is an exceptionally eminent site. See Instagram photos and videos from 'Deskgram'

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...