Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, July 17, 2014

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum w.b.t..."Allah hummainnaka afuwwun karimun tuhibbu afwa fa'fu anni"...(ertinya..Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku)...Siti Aisyah r.a bertanya kepada Baginda Muhammad saw...apakan yg patut diminta jika bertemu malam Lailatu Qadar...Rasulullah saw menjawab, bacalah doa itu...Insyaa Allah mlm ni start 10 ramadhan terakhir...ni pun lauk berbuka minggu lepas jgk...semoga bersama lgi dilain waktu...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Ketam Masak Lemak Cili Padi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3-4 ekor ketam - cuci dan kerat 2
  • 3 cawan santan
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 3-4 biji cili padi *
  • 1 keping asam keeping
  • garam dan gula secukup rasa
Cara

1. Kisar lumat bahan *.
2. Dalam periuk satukan semua bahan kecuali ketam. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu sehingga mendidih. Kemudian masukkan ketam dan perasa secukup rasa.
3. Masak sehingga ketam masak dalam 6-10 minit.

kat rmah ni duk ulang yg sma je...ketam atau udang klu berkuah tu mask kuning mcm ni je lah...anak2 xmkn klu mask lain dri biasa...

Wednesday, July 16, 2014

Popia Basah

Assalamualaikum w.b.t..."Allah hummainnaka afuwwun karimun tuhibbu afwa fa'fu anni"...(ertinya..Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku)...Siti Aisyah r.a bertanya kepada Baginda Muhammad saw...apakan yg patut diminta jika bertemu malam Lailatu Qadar...Rasulullah saw menjawab, bacalah doa itu...sama2 kita amalkan doa pendek ni semoga Allah swt mengampuni dosa2 kita...juadah berbuka smnggu yg lalu....rspi Kak Umi-e myresipi...cuma utk inti dan sambal tu maz suaikan dgn slera buat cara sdri...klu nak rspi penuh kak umi klik je kat link tu ye...jazakillahukhairan atas sumbangan rspi kak...semoga dilapangkan kehidupan kak sklrga...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...

Popia Basah by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi Kulit Popia : Kak Umi-e myresipi

Kulit Popia - maz buat 1/2 resipi dapat 13 keeping saiz kecil
  • 2 cawan tepung gandum              
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam
Cara

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.                
2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.                
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (klik utk gambar step by step)                

proses mengisi apa yg patut sebelum digulung...bila jadi anak rantau ni tiada yg mustahil...semua boleh jadi bila teringin nak mkn tu...tetiba je dtg ilham nk buat popia basah wpun xpernah dibuat seblum ini...ni la pertama klinya...ye la kadang2 tu buntu jgk nk masak apa hri2 kan...tu yg duk pkir menu je...pastu terus gugel cri rspi...maklum la kat msia dlu klu teringin tu beli je popia ss.ali...ni je yg sedap ditekak klu popia basah...dah boleh buat sdri ni pasni susah la skit nk beli kut...Alhamdulillah atas nikmatNya...

Sambal 
Resipi : http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1/3 cawan cili kisar - rebus cili kering & kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering - rendam sekejap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • nisan sebesar 2x ibu jari
  • gula dan sedikit garam
  • minyak untuk menumis
Cara

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
2. Kemudian kisar cili kering dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak secukupnya (dalam 1/3 cawan) dan tumis bawang kisar hingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar pulak dan tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak.
5. Tambah air sikit bila cili dah masak dan masukkan sos tiram,sos cili, nisan dan gula garam secukup rasa.
6. Masak hingga sambal jadi pekat. Sejukkan sepenuhnya.

Inti
Bahan-bahan

  • 1 cawan kubis yang dimayang halus
  • 1 batang lobak merah - hiris nipis memanjang
  • 1/3 cawan bawang besar yang didadu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak sayur/masak
  • 1 biji telur + 2 sudu besar air - kocok dengan garfu
  • 1 biji timun jepun - sagar dan perah sikit buang airnya
  • bawang goreng secukupnya
  • kacang tanah tumbuk secukupnya
Cara

1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan masukkan telur, biar sekejap kemudian kacau biar telur hancur (mcm buat scramble egg tu). Angkat dan ketepikan.
1. Kemudian dengan kuali yang sama, panaskan 1 sudu minyak dan masukkan bawang besar, bila bawang dah layu sikit masukkan lobak merah. Masak biar lobak sedikit lembut.
2. Kemudian masukkan kubis dan sos tiram. Kacau sebati dan kubis sedikit lembut. Padamkan api dan masukkan telur tadi, kacau sebati dan sejukkan sepenuhnya.

teramat la puas hatinya buat sdri ni...kena dgn selera...aiman yg xmkn popia basah seblum ni pun hbis 5 ketul dia sorang...tu yg buat smpai 2 ptg berturut2...dia la yg request...sedapp sngat katanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...