Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, July 17, 2014

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum w.b.t..."Allah hummainnaka afuwwun karimun tuhibbu afwa fa'fu anni"...(ertinya..Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku)...Siti Aisyah r.a bertanya kepada Baginda Muhammad saw...apakan yg patut diminta jika bertemu malam Lailatu Qadar...Rasulullah saw menjawab, bacalah doa itu...Insyaa Allah mlm ni start 10 ramadhan terakhir...ni pun lauk berbuka minggu lepas jgk...semoga bersama lgi dilain waktu...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Ketam Masak Lemak Cili Padi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3-4 ekor ketam - cuci dan kerat 2
  • 3 cawan santan
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 3-4 biji cili padi *
  • 1 keping asam keeping
  • garam dan gula secukup rasa
Cara

1. Kisar lumat bahan *.
2. Dalam periuk satukan semua bahan kecuali ketam. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu sehingga mendidih. Kemudian masukkan ketam dan perasa secukup rasa.
3. Masak sehingga ketam masak dalam 6-10 minit.

kat rmah ni duk ulang yg sma je...ketam atau udang klu berkuah tu mask kuning mcm ni je lah...anak2 xmkn klu mask lain dri biasa...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...