Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, October 27, 2011

Kek Puding Karamel

Assalamualaikum..antara kek yg mndpt tmpat di hati umat dlm umah ni..kita yg xgemor kek pun bleh mkn smpai 2 ptong..memang kek yg sedappp dan terbaikk la bgi kita stkat nii..dtg seru nk cba kek ni sbb Cikmin ada ckp tntang kesedapan kek ni hritu..pastu sblum tu rsanya ada tgk kat umah Kak Zana..smpai 2x Kak Zana buat..benar bagai dikata..memang SEDAPPP..tu yg kita pun buat smpai 2x jgkk..tpi biasa la skli buat 1/2 rspi jee..hehee..mksih pda pencipta kek yg marbeles nii..mtak halal ye..

bakar dlm pryok jee..al maklum la rmah hjung tahun je..loyang apa pun xde..buat 1/2 rspi..kek pun kecik la skit..memang hbis dlm msa shri je..

dh 2x la buat kek ni..ni kejadian yg memula..umah kita memang susah nk minat kek2 ni..tpi kek ni ternyata memang sedapp..dgn lembut n moist keknya..pastu karamelnya plak..memang ngam lahh..

Kek Karamel by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan : Loyang 22cm
Resipi/Sumber : Kak Zana

(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus) *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang).Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras, berbunyi macam kaca pecah gitu)
(B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih kuning)
(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  •  45 ml minyak masak
D) Merinque
  • 6 biji putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar - xde stok, maz guna lemon jus
Cara-cara :

1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.

2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...

3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.

4. Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.

5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang, bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)

6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul dengan senduk hingga sebati, jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.

7. Bahagikan kepada beberapa bahagian, letak pewarna n paste kalau nak.Masukkan ke daalm loyang yg ada gula hangus keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.

8. Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya) - maz bakar guna api atas dan bawah terus dengan suhu 150 C.

9. Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,

10. Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.

11. Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.

cuma utk lapisan karamel tu kita gna whip cream+susu segar..xde stok susu cair..memangg lemak brkrimm..sedappnyee kek ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...