Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, March 15, 2019

Ketam Masak Lemak Cili Padi Dengan Nenas

Assalamualaikum w.b.t.
'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'
mcm biasalah klu hri minggu tu memang agak kebizian skit dgn aktvti luar..smbil jln2 ambil angin, beli barang dapur dgn ke situ sni..ok lah ni pon xbleh nk menulis pnjang tgh bake cc nk bgi kat kwn, Insha Allah esk akn kluar brunch dgn dia kat Manama..ketam ni masak apa pon sedap kan, ckup dgn 1 lauk gini je pon bleh bertambah nasi tu..Insha Allah semoga bersama lgi dan mohon maaf atas segala yg tidak sempurna..

Ketam Masak Lemak Cili Padi Dengan Nenas by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 ekor ketam - kerat 2
  • 2 1/2 cawan santan
  • 3-4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 4 biji cili padi merah hijau * - boleh tambah jika suka pedas
  • 2 keping nenas
  • garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
Cara

1. Tumbuk atau kisar lumat bahan bertanda *.
2. Dalam periuk masukkan santan, bahan kisar dan nenas, masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
3. Masukkan ketam, masak sambil dikacau balik agar ketam masak sekata dan perasa secukup rasa.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...