Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, March 21, 2019

Red Velvet Oreo Cheese Cake With Italian Cheese Meringue Buttercream

Assalamualaikum w.b.t.
(Astaghfirullah 3x, Allahumma antas salam wa minkas salam tabrakta ya zal jala'li wal ikram), sama2 kita amal zikir ni selepas solat fardhu, sunnah Rasulullah saw (sahih Muslim), semoga Allah swt bless us all and guide us to the right path, Ameen.
akhirnya dpt jgk update kek ni stelah beberapa hri trgendala dek kerana setting blg ni xberapa nk ok, huhuu..lama dh xkluar kek kat dpur ni, maklum lah 2 tahun lebih xbertuan..kek ni pon dh buat bnyk hri, bru berkesempatan buat n3..selama bertapa dlu ada la jgk buat kek2 ni utk bwa pergi time gathering rumah kwn, saudara mara atau utk mkn adik2..kek baldu merah atau red velvet oreo cheese kek ni antara expiremen atau ilham dri red velvet brownies yg pernah buat hmpir 10 tahun yg lalu, klu nak tgk ada kat SINI..cuma yg ni lapisan cheese kat tengah dan campur oreo skit, Alhamdulillah semua dgn izinNya..Insha Allah semoga ketemu lgi di lain waktu dan mohon maaf atas segala yg tidak sempurna..klu rspi kat bwah ni xjelas atau ada silap tnya la ye, gagah update jgk ni wlu pun mata dh berpinau mintak bantal..

gandingan red velvet dgn cream cheese dan italian buttercream ckup sempurna utk buat si baldu merah ni gah dgn rasanya..

Red Velvet Oreo Cheesecake by http://ilhamdapur.blogspot.com
Lapisan Oreo Cheescake
Bahan-bahan
  • 500g cream cheese - suhu bilik
  • 140g gula kastor
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar yogurt asli (plain yogurt)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • biskut oreo secukupnya - hancurkan sekali dengan cream
Cara

1. Panaskan oven suhu 160 C, sediakan air panas dan loyang loose 8 inci yang di alas dengan kertas baking (loyang yang boleh buka dari bawah),balut luar loyang 2x dengan aluminium foil agar air panas tak meresap dalam kek atau boleh guna loyang bulat yang biasa, senang juga nak keluarkan kek nanti sebab kek ni akan disejuk beku.
2. Putar cream cheese biar berkrim, masukkan gula dan putar sebati.
3. Masukkan telur 1 persatu, vanilla dan putar sebati kemudian masukkan yogurt dan tepung, sebatikan.
4. Masukkan oreo dan kaup balik dengan spatula atau senduk kayu, masukkan dalam loyang dan bakar secara water bath (isi loyang dengan air panas, kemudian letak loyang kek dalam loyang air panas tadi).
5. Bakar selama 45-50 minit, kemudian matikan oven dan buka sikit pintu oven biar kek sejuk dulu dalam 10 minit baru keluarkan kek dari oven dan sejukkan sepenuhnya di suhu bilik. (maz bakar guna api bawah saja, bergantung pada oven masing-masing)
6. Dengan spatula atau pisau renggangkan kek keliling loyang agar kek senang nak keluarkan nanti.
7. Simpan kek dalam bahagian sejuk beku agar kek keras dulu, sementara itu boleh siapkan kek red velvet atau lapisan cheese ni boleh buat sehari lebih awal.

Red Velvet Cake
Bahan-bahan
  • 240g tepung kek/tepung gandum berkualiti *
  • 1/2 sudu kecil garam - abikan jika guna mentega biasa *
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko *
  • 110g unsalted butter - suhu bilik
  • 250g gula kastor
  • 2 biji telur gred A - suhu bilik
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 240ml susu segar suhu bilik + 2 sudu kecil cuka - kacau dan biar 3-5 minit (homemade buttermilk)
  • 2 sudu besar pewarna merah atau secukupnya
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil baking soda
Cara

1. Panas oven suhu 170 C.
2. Alas 2 loyang saiz 8 inci.
3. Ayak bahan bertanda *, ketepikan.
4. Dalam mangkuk, putar mentega, masukkan gula dan putar hingga berkrim dalam 3-4 minit.
5. Masukkan telur satu demi satu sambil terus putar, masukkan vanilla dan sebatikan.
6. Satukan bancuhan buttermilk dengan pewarna merah, masukkan tepung dulu berselang-seli dengan buttermilk dan diakhiri dengan tepung, putar sebati.
7. Satukan cuka dan baking soda, biar sekejap hingga ada bunyi dan berbuih kemudian terus masukkan dalam adunan tadi dan sebatikan.
8. Tuang dalam loyang 1 inci lebih sikit setiap loyang dan baki dari adunan tu bakar secara berasingan (dalam bekas lain untuk buat salut/hias pada kek nanti).
9. Sejukkan atas redai kek sepenuhnya.
10. Kek yang dibakar asing tadi (dari no 8), biar saja disuhu bilik agar keras sikit kemudian carikkan dan kisar dengan pengisar kering dalam beberapa saat (untuk guna salut pada kek nanti).

Cara Lapis Kek

1. Keluarkan oreo cheesecake, ambil sekeping kek red velvet dan ratakan buttercream atasnya, kemudian letak kek oreo tadi.
2. Ulang proses no 1 hingga habis melapis, sapu seluruh kek dengan buttercream secukupnya, tak kemas pon takpe.
3. Salut seluruh kek dengan kek yang dikisar tadi seluruhnya, bolehlah dihias ikut citarasa (klu biar kek bermalam dalam peti dulu bagi rasanya sebati lagi sedap), bila nak hidang letak disuhu bilik  sekejap dan boleh lah dinikmati bersama secawan kopi, serius sedap.
Alhamdulillah semua dengan izinNya.

Italian Cheese Meringue Buttercream - sediakan lebih awal
Bahan-bahan
  • 160g gula
  • 80ml air
  • 3 biji putih telur
  • 250 butter - yang baru keluar peti, tapi sedikit lembut - potong kiub
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 250g cream cheese suhu bilik
Cara

1. Satukan air gula, masak dengan api sederhana hingga gula larut sepenuhnya.
2. Sementara masak air gula tu, terus sediakan putih telur dalam mangkuk stand mixer (pastikan mangkuk kering dan bersih dari kesan minyak) guna whisk blade, bila air gula dah mendidih kecil, terus putar putih telur tadi dengan kelajuan tinggi hingga kembang selama 4-5 minit dan bertanduk (macam nak buat pavlova gitu).
3. Masukkan air gula yang panas tadi secara sikit-sikit je sambil terus diputar selama 4-5 minit hingga kembang (seperti dalam gambar dibawah).


4. Masukkan mentega satu-persatu sambil terus diputar (kalau nampak jadi macam susu masam berkeladak gitu, jangan panik terus putar hingga jadi kental). Proses ini ambil masa 8-12 minit, kemudian masukkan vanilla dan cream cheese, putar sebati dalam 1-2 minit.
5. Bagi cuaca di Malaysia yang sentiasa panas lepas cara no. 3 tu, skip@stop dulu jgn masukkan mentega lagi, simpan mangkuk mixer sekali dengan blade dalam peti 20-30 minit biar sejuk dulu sebelum masuk mentega, kemudian baru sambung buat cara no. 4.

Nota ilhamdapur : disarankan guna stand mixer besar yang ada whisk blade, buttercream ni boleh buat lebih awal, simpan dalam peti tahan selama 2-3 minggu dalam bekas kedap udara atau boleh simpan di bahagian sejuk beku selama 2-3 bulan, bila nak guna keluarkan dulu letak pada suhu bilik.
Bagi pendapat maz, untuk buttercream RVOCC ni nak letak cream cheese pon boleh, kalau tak letak pon takpe (maksudnya IMB saja pon tetap sedap dan sesuai kerana IMB ni sememangnya sedap), maz dah buat 3-4 jenis kek guna 2 jenis buttercream ni, Insha Allah resepi kek2 yg dh buat tu akn menyusul nti, dh ada dlm draf folder..cuma tnggu rajin lebih skit sbb nk kena menaip..huhu..

sejujurnya memang xreti bab deko2 ni, maklum lah xpernah amik kelas lagi..jdi bila hias kek versi mcm ni jdi mcm magic kek plak..bleh cover la cacat cela yg ada tu kan, hihii..

sbnarnya ni kli ke 2 buat kek baldu merah ni, kat atas tu kek yg buat awal tahun lepas..pastu bgi kat kwn spruh, Alhamdulillah dia ckp sedap sngat..biasanya klu buat kek pasti smpai rumah dia, dan pastu dia akn wa ckp sedappnya kek tdi..cuma yg 1st tu main deko ikut suka je, letak pewarna skit dlm bc..msa tu blum dpt ilham nk hias dgn crumble kek mcm kek yg ni..

maz letak sikit je oreo hncur dlm lapisan cheese tu sbb nak bgi rasa cheese menyerlah, terpulang pada citarasa masing2 klu suka oreo bleh letak lebih.

3 comments:

  1. Tgk pun dh tau sedap kaya dgn cheese.. hanya org2 yg rajin mampu membuat RVC oreo sesedap ini Maz

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kak, memang sdpp kan gbungan red velvet dgn cheesecake gini..nikmat sungguh bila msuk mulut, npak mcm susah sbb bnyk step..tpi sbnarnya xde lah rumit sngat..mcm buat kek2 lain jgk

    ReplyDelete
  3. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...