Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, July 13, 2014

Mee Bandung Tulang Rusuk & Homemade Mee Kuning

Assalamualaikum w.b.t..."Allah hummainnaka afuwwun karimun tuhibbu afwa fa'fu anni"...ertinya..Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku...Ya Allah ampunilah dosa kedua ibubapa ku, setiap titik susu yg mengalir dlm diri ini Kau gantilah dgn kebaikan utk mereka yg boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah dan Kau peliharalah saudara kami di Palastin...amiin...semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan yg dtg dri maz...akhir kata carilah kelebihan org lain agar kita tahu dimana kekurangan diri sendiri...sama2 la kita renungkan...

Mee Bandung Tulang Rusuk by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 500g mee kuning
  • 1kg tulang rusuk - cuci bersih dan toskan
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/3 cawan cili kisar
  • 2 sudu besar udang kering - rendam sekejap
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1-2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
  • garam, gula dan sedikit serbuk perasa jika suka
  • sawi celur, telur, cili merah, bawang goreng, daun sup, limau kasturi (sini takde)
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara

1. Didikkan 3-4 cawan air dalam periuk tekanan, masukkan sedikit garam, tulang rusuk dan rebus hingga lembut (dalam 40 minit).
2. Kisar lumat bawang besar, bawang putih dan udang kering dengan sedikit air, ketepikan
3. Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi.

4. Masukkan sos tomato dan sos cili.
6. Masukkkan air rebusan secukupnya (agak-agak la ye, jangan banyak sangat nati tak cukup dengan bahan rempah) dan tulang rusuk.
7. Masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung. Masak hingga mendidih dan kuah jadi pekat dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala dan perasa secukup rasa.
7. Kalau kuah jadi pekat bila dah sejuk tambah air rebusan/air panas sikit lagi dan suaikan mana yang kurang.
8. Boleh la dihindang dengan mee, sawi yang dicelur sekejap dan telur mata kerbau rebus dan bahan sampingan yag lain.
Nota: Untuk buat telur mata kerbau rebus tu, maz panaskan air dalam periuk, bila air dan berbuih kecil, masukkan 1-2 sudu besar minyak masak, kemudian pecahkan telur perlahan2 dan kecilkan api. Biar sekejap dalam 3-4 minit agar telur masak/jadi telur mata kerbau rebus.

mee in the proses...sblum direbus...dah xterkira berapa kli buat mee kuning ni sjak dri awal thun hritu...xde la kempunan lgi smjak ada mesin kecik ni sbjik kat rumah...jazakillahukhairan pada Kak umi-e atas sumbangan rspi mee ni...

Mee Kuning
Resipi : Kak umi-e myresipi
Bahan-bahan

  • 500 gm tepung
  • 200 ml air
  • satu sudu air abu atau air kapur - maz guna air kapur 
  • sedikit pewarna kuning
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya
  • air untuk merebus

Cara    

1. Campurkan air abu ke dalam air dan letakkan sedikit pewarna kuning dan secukup garam dan kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam tepung yang telang diletakkan dalam mangkok adunan
2. Uli sehingga menjadi adunan tetapi adunan mee agak kering bukan macam buat doh karipap) 
3. Ambil sedikit adunan dam masukkan ke dalam mesin pasta pada no1. Jika adunan berderai jangan khuatir kerana aduna akan bersatu setelah terus di putar.  
4. Terus putar sehingga aduna menjadi kepingan yang rata dan halus... lakukan langkah dan proses seterusnya seperti buat kuey teow (sila rujuk di sana).

ni pun bkn menu berbuka...buat sblum puasa lgi...tu pun ada 1kg tulang rusuk dlm peti beli kat pasar pgi smlm...memang sdpp sngat klu buat sdri ni kan...bleh letak mcm2...pnuhh nga lauk...suka bhgian tulang rusuk ni...

Friday, July 11, 2014

Kuih Lopes

Assalamualaikum w.b.t...Allah hummainnaka afuwwun karimun tuhibbu afwa fa'fu'anni...ertinya..Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku...Ya Allah takdirkanlah yg baik2 utk diri kami dan jgnlah Kau menguji kami dgn apa yg tidak mampu kami lalui, bukakan pintu2 rahmatMu utk kami Ya Allah...amiin...bertemu skli lgi dibulan Ramadhan yg mulia ini...smoga kita semua dpt menjlnkan rukun islam yg ke 3 ini dgn sempurna dan hingga penghujungnya...Insyaa Allah...Salam Ramadhan Kareem buat saudara muslim dan skli lagi trima kasih pada yg sudi singgah dapur yg tidak seberapa ni...akhir kata semoga jumpa lagi...dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...sebagai renungan bersama pandanglah kekurangan diri sendiri sebelum mencari kelemahan org lain...nescaya hati kita akan bahagia...

kuih lopes ni buat awal bln 5 hritu lgi...msa mood tgh rajin nk menerai kuih2 tradisional skli nga kuih seri muka tu...biasa la peram2 ni kan...tu pun bnyk lgi gmbar2 lama...huhuu...bln puasa ni dh buat 2x kuih ni sbb skli buat 6 bijik je...

Kuih Lopes by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras pulut - cuci bersih dan rendam 20 minit
  • 1/3 cawan santan cair+secubit garam
  • 1/2 sudu kecil air kapur cair
  • 1 helai dain pandan
  • pes pandan/pandan paste atau pewarna hijau secukupnya
  • 1-2 titik pewarna kuning
  • kelapa parut+sedikit garam seckupnya
Cara

1. Didihkan air dalam pengukus, kemudian masukkan semua bahan kecuali kelapa parut dalam loyang dan sebatikan.
2. Kukus dengan api sederhana selama 8-10 minit, kemudian kacau balik sekali sekala dan kukus hingga pulut masak. (kalau nampak pulut masih keras, tambah je 3-4 sudu besar air, balik-balikkan dan kukus lagi dalam 5-7 minit) atau hingga masak.
3. Tekan biar kemas dalam bekas yang sesuai (maz guna dasar ramekin je, lapik dulu dengan plastic wrap agar senang keluarkan lopes nati) dan golek dalam kelapa parut. Buat sampai habis, boleh dapat dalam 6 bijik saiz kecik.
4. Boleh la dihidang dengan air nisan/gula melaka.

Air Gula Melaka
Bahan-bahan
  • 2 ketul gula melaka saiz sederhana kecil
  • 1 1 /2 cawan air
  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • secubit garam
Cara : Masak semua bahan hingga mendidih lama sikit, kemudian sejukkan sebelum dihidang dengan kuih lopes.

kuih pabret aiman...nk buat pun skjap sngat...ni pun buat smbil duk mask utk mkn thghri...jdi ptg bleh hidang kuih ni...kat sni rjin mengukus tu sbb penukus duk depan mata je...klu kat msia dlu malas bnor nk kluar penukus dri gerobak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...