Assalamualaikum w.b.t..."Allah hummainnaka afuwwun karimun tuhibbu afwa fa'fu anni"...ertinya..Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku...Ya Allah ampunilah dosa kedua ibubapa ku, setiap titik susu yg mengalir dlm diri ini Kau gantilah dgn kebaikan utk mereka yg boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah dan Kau peliharalah saudara kami di Palastin...amiin...semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan yg dtg dri maz...akhir kata carilah kelebihan org lain agar kita tahu dimana kekurangan diri sendiri...sama2 la kita renungkan...
Mee Bandung Tulang Rusuk by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
- 500g mee kuning
- 1kg tulang rusuk - cuci bersih dan toskan
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1/3 cawan cili kisar
- 2 sudu besar udang kering - rendam sekejap
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 1-2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
- garam, gula dan sedikit serbuk perasa jika suka
- sawi celur, telur, cili merah, bawang goreng, daun sup, limau kasturi (sini takde)
- sedikit minyak untuk menumis
Cara
1. Didikkan 3-4 cawan air dalam periuk tekanan, masukkan sedikit garam, tulang rusuk dan rebus hingga lembut (dalam 40 minit).
2. Kisar lumat bawang besar, bawang putih dan udang kering dengan sedikit air, ketepikan
3. Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi.
4. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan sos tomato dan sos cili.
6. Masukkkan air rebusan secukupnya (agak-agak la ye, jangan banyak sangat nati tak cukup dengan bahan rempah) dan tulang rusuk.
7. Masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung. Masak hingga mendidih dan kuah jadi pekat dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala dan perasa secukup rasa.
7. Kalau kuah jadi pekat bila dah sejuk tambah air rebusan/air panas sikit lagi dan suaikan mana yang kurang.
8. Boleh la dihindang dengan mee, sawi yang dicelur sekejap dan telur mata kerbau rebus dan bahan sampingan yag lain.
Nota: Untuk buat telur mata kerbau rebus tu, maz panaskan air dalam periuk, bila air dan berbuih kecil, masukkan 1-2 sudu besar minyak masak, kemudian pecahkan telur perlahan2 dan kecilkan api. Biar sekejap dalam 3-4 minit agar telur masak/jadi telur mata kerbau rebus.
mee in the proses...sblum direbus...dah xterkira berapa kli buat mee kuning ni sjak dri awal thun hritu...xde la kempunan lgi smjak ada mesin kecik ni sbjik kat rumah...jazakillahukhairan pada Kak umi-e atas sumbangan rspi mee ni...
Mee Kuning
Resipi : Kak umi-e myresipi
Bahan-bahan
- 500 gm tepung
- 200 ml air
- satu sudu air abu atau air kapur - maz guna air kapur
- sedikit pewarna kuning
- minyak secukupnya
- garam secukupnya
- air untuk merebus
Cara
1. Campurkan air abu ke dalam air dan letakkan sedikit pewarna kuning dan secukup garam dan kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam tepung yang telang diletakkan dalam mangkok adunan
2. Uli sehingga menjadi adunan tetapi adunan mee agak kering bukan macam buat doh karipap)
3. Ambil sedikit adunan dam masukkan ke dalam mesin pasta pada no1. Jika adunan berderai jangan khuatir kerana aduna akan bersatu setelah terus di putar.
4. Terus putar sehingga aduna menjadi kepingan yang rata dan halus... lakukan langkah dan proses seterusnya seperti buat kuey teow (sila rujuk di sana).
ni pun bkn menu berbuka...buat sblum puasa lgi...tu pun ada 1kg tulang rusuk dlm peti beli kat pasar pgi smlm...memang sdpp sngat klu buat sdri ni kan...bleh letak mcm2...pnuhh nga lauk...suka bhgian tulang rusuk ni...
assalam maz..sementara menunggu azan kejap lagi..akak singgah sini kejap..kot2..lepas ni sibuk giler..hehe..
ReplyDeletemee bandung mee yg buat sendiri..
sungguh2 lah tabik kat maz..akak pun hari tu buat mee bandung juga..tapi belum masuk entry..hehe
wsalam kak...dah start mengukis ke kak...kak pun peram jgk ye...kita bnyk lgi pic2 lama dlm folder tu...skrang ni bru kna bljar homemade smua kak...huhuu...
Deletemesti lagi sedap ni dgn homemade mee kuning. kecik2 dulu selalu guna mesin tu buat kuih gunting, kulit karipap...entah apa lg tak ingat. mengacau bonda jek waktu tu.
ReplyDeletebleh la utk mkn sdri tu kan...ada la rsa mee...klu gna spghti xsdpp kan...a ah mesin ni snang kje klu nk buat nipis2 tu kan...
Delete