Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, September 29, 2010

Crab in Pineapple Sos

Assalamualaikum..brsua skli lgi..dah mkn ke smua ye..msih lgi dgn mnu msa bln pose ni..xsmpat nk msuk kat sni sblum brcti aritu..mna idaknya asik n3 ckut rya je..hehe..ok la ketam ni kita bland buah nenas sbgai bhn utama utk sosnya..jdi bgni tu sbb nk hbiskan nenas tin yg ada skit lam pti..dri trbuang gtuw aje baik dibuat sesuatu..jdi dipkir2 lalu trjdi la msk ketam ni..tu yg bgi nma cm gtuw..takpe la ye..jnji ado nma dan kna dgn slera kan..dgn rsa msam mnis dri jus nenas tu..sodappp..layan je la rspi simple ni..


Sumber Resipi : Ilham Dapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 2 ekor ketam - dicuci bersih dan dipootong 2
  • 2 keping nenas tin - dikisar halus dengan sedikit air
  • 1/2 labu bawang besar - dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 4-5 biji cili merah - dikisar halus dengan sedikit air
  • 1-2 sudu sos tiram
  • 3-4 sudu sos cili
  • minyak untuk mengoreng ketam
  • sedikit air - jika perlu

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan goreng ketam hingga masak dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan. Goreng sampai habis.

2. Dengan kuali yang sama, keluarkan minyak goreng ketam tadi, cuma tinggalkan dalam 1/4 cawan. Kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.

3. Kemudian masukkan cili merah. Masak seketika. Masukkan sos nenas (nenas yang dikisar), kacau sebati dan masak seketika lagi sehingga kuah masak sekata.

4. Masukkan pula sos tiram/cili dan perasakan secukup rasa dengan sedikit gula, garam atau serbuk serbuk pati ayam (jika perlu). Tambahkan sedikit air jika terlalu kering dan kacau sebati.

5. Kemudian masukkan ketam yang digoreng tadi dan balik-balikan agar sekata. Padamkan api. Tabur dengan sedikit daun sup sebelum menghidang. Selamat Mencuba...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...