Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, September 30, 2010

Daging Masak Bersos GP

Assalamualaikum..lgi mnu kita yg trtunggak..dging ni pun dah lama msknya..umah kita slalunya klu dging ni asik msk kcap je..tu yg anak2 ske..tpi kli ni saja kita ubah skit..bkn apa kdang2 tu kita sdri pun naik bring asik kcap..kcap..kcap!! hehe..tpi yg ni pun tetap kna msuk kcap jgk..bru anak2 mkn..rspi simple je cma kita msukkan kcang peas..janji kna dgn slera kan..tetap sdpp..

klu mkn nga nsi tomato pun bleh..yum..yum..

Sumber Resipi : Ilham Dapur.blogspot
Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 400g daging dihiris nipis (maz guna daging biasa jadi kena rebus dulu)
  • 1 labu bawang besar saiz kecil *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci halia *
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji cili merah - dihiris nipis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 - 1 sudu kecil kicap manis
  • 1-2 sudu besar sos cili/tomato
  • kacang peas secukupnya
  • sedikit serbuk pati ayam dan gula
  • daun bawang/daun sup dan bawang besar - untuk hiasan
  • beberapa titik sirap ros
  • minyak masak secukupnya
Cara-cara

1. Dalam periuk (maz guna periuk tekanan @ presure cooker) masukkan daging dan beberapa titik sirap ros (tujuannya nak bagi warna daging sedikit kemerahan) dan rebus sehingga empuk (kalau guna daging batang pinang daging tak perlu direbus sebab dagingnya sudah lembut. Angkat dan toskan (simpan air rebusan)

2. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda.

3. Panaskan minyak dan goreng seketika daging agar sedikit garing. Angkat kan ketepikan

4. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bahan-bahan kisar, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi. Kemudian masukkan semua jenis sos, sedikit kicap manis. Kacau sekata.

5. Masukkan daging dan sedikit air rebusan agar tidak terlalu kering dan masak sehingga sebati buat seketika.
6. Kemudian masukkan kacang peas, cili merah, bawang besar yang dibelah 6 dan daun bawang yang dipotong panjang-panjang. Perasakan seenak rasa dengan sedikit serbuk pati ayam, gula dan garam (jika perlu). Balik-balikan

7. Angkat dan boleh la ditabur dengan daun bawang/daun sup. Siap..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...