Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, January 15, 2012

Creamy Mushroom Soup

Assalamualaikum..layan sup fresh dri dpur sdri plak..biasa duk mkn kat dpur pakcik Hut je..trgerak ati nk buat ni sbb mngu lepas ada bawa anak2 layan pza hut..pastu tgk dpur kwn2 pun ramai yg dh buat sup ni..jdi mrajin kan dri la..klu buat sdri ni memang puas ati la kan..trasa creamy dan cndwannya tu..

time rjin bleh la wak dri kan..bila mls tuu..cri kat kdai je la..

Creamy Mushroom Soup by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1 cawan air
  • 1 1/2 ketul kiub pati ayam
  • 8-10 bji cendawan butang putih - dibelah (maz guna cendawan segar mcm dlm gambar)
  • 1/2 labu bawang besar - didadu
  • 1/4 cawan whiping cream
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam sedikit kasar
  • 2 sudu besar mentega - maz guna mentega tanpa garam
  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • 3-4 biji roti hotdog - belah 2 @ apa2 roti yang sesuai
  • mentega sucukupnya - untuk sapu pada roti

Cara

1. Dalam periuk masukkan air, cendawan, bawang dan kiub pati ayam. Masak sehingga air mendidih, kemudian kisar semuanya hingga hancur. Ketepikan sedikit cendawan yang telah direneh tadi (dlm 2 biji) untuk dicincang agar bila makan terasa cendawan.

2. Dalam periuk (kalau boleh guna non-stick) masukkan mentega dan biar mentega cair, kemudian masukkan tepung (guna api perlahan) dan kacau dengan senduk kayu agar sebati.

3. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan kacau sebati. Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan whiping cream. Kacau sehingga sup sedikit pekat. Jika perlu tambah sedikit garam. Padamkan api, masukkan cendawan yang diketepikan tadi (cincang sikit) dan boleh la dihidang bersama roti pilihan. (maz hidang bersama toasted garlic bread)

4. Untuk roti, sapukan mentega pada permukaan roti, kemudian taburkan sedikit italian herb. Susun dalam loyang dan masukkan dalam oven seketika agar keperangan. Keluarkan dari oven dan geselkan/sapu dengan bawang putih diatas roti tadi. Kerat 2 dan boleh la dihidangkan.

layan nga garlic bread expresss..kita memang dh brthun xbuat rti sdri..asik mkn rti lori je..dah lama BM tu rehat..

klu guna kulat sisir lgi sdpp..lgi power rasa cndawanya..kita dh pernah buat dlu..tpi area umah ni susah la plak nk dpt kulat sisir tu..tpi cndwan butang ni pun sdpp jgk..

5 comments:

  1. Maaaaaaaaaaazzz, makan roti bang gali jek jek....hehehe, xpa janji kita leh masuk tekak...wat garlic bread dgn roti bai tu pun sodappp..hahahaa. Amboiii berapa bulan dah xmakan nasi nih? Akak ni bz sangat minggu ni..arini pun masak cincai betul laaa...mengemas, membuang barang2 lama/x pakai kat dapur tuh..mcm tongkang pecah dapur tu tadi, sampai zohor kita baru mandi...hahaha, lepas siap basuh dapur segala..baru la nampak luas dapur ku yg sempit ituuuu...adeei..nasib xda org datang rumah hari ni...haha

    ReplyDelete
  2. mcm terasa lagi kat tekak soup tu.. mmg sedap dan berbaloi bila buat sendiri ya maz..!

    ReplyDelete
  3. assalam kak maz, sedapnya tgk sup ngan garlic bread ni kak...kalau tk sihat dpt hirup sup ni bagus ni...slurppp ok nk blk dah la..hehe

    ReplyDelete
  4. maz~my dear friends..
    mksih buat smua sdi sngah dpur kita ni...tpi sup ni buat sdri kan memang puas ati la...lgi sdppp...jimat la tu...hehee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...