Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, January 14, 2012

Honeydew Pudding

Assalamualaikum..layan pding skali skala..wpun kat umah ni kurang sngat pminat agar2 ni..tpi bila buat honeydew pding ni semua kata sedap la plak..kita sdri pun sukaa..mgkin sbb rsa buah honeydew yg dh biasa duk mkn gituw..klu buah lain tu anak2 xminat sngat..pding ni kita guna serbuk perisa honeydew utk buat ais blanded tu..ada jual kat kdai bakeri..bli serbuk ni sbb anak2 kita suka nga ais blanded..mcm2 flavour la duk buat ais blanded ni..jimat skit kan..stu lgi cool blog tu..suka sngat..kita sdri punn sukaa..hahaa..jdi dtg la ilham nk cuba buat puding guna srbuk tu..memang brbaloi la...sdpp rsa honeydewnya tu..

 klu cuaca pnas memang elok sngat sejukkan tekak dgn puding2 ni kan..nyaman je rsa..

Honeydew Pudding by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (4 biji saiz dlm gambar)

  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk agar-agar (maz guna NONA)
  • 5 sudu besar gula
  • 1 sudu besar serbuk perisa honeydew (ada jual dikedai bakeri, utk buat ais blanded)
  • 1 1/2 sudu besar krimer (coffemate creamer)

Cara

1. Masukkan air, serbuk honeydew, krimer dan serbuk agar-agar dalam periuk. Kacau biar krimer dan serbuk honeydew larut.

2. Kemudian nyalakan api, masukkan gula dan masak sehingga mendidih. Tuang dalam bekas yang sesuai dan biar selama 2-3 jam sehingga puding keras . Boleh juga masukkan dalam petiais. Sedia untuk dinikmati.

mcm biasa la klu puding2 ni xleh buat bnyk..tu yg rspinya kecik bnar..tkpe la lain kli leh buat lgi kan..

12 comments:

  1. Ini memang sedap buat penyejuk tekak. Bagus juga ya adunanya tak besar..boleh masuk list

    ReplyDelete
  2. mmmm tgk pun dah sedap ni kak... kalau dapat barang sepiring tu seronoknya...

    ReplyDelete
  3. menawan warna hijau tu, yang merahnya pula menambat selera!

    ReplyDelete
  4. saya suke kak maz kalau resepi dlm amaun yg kecik mcm ni. buat skali, terus habis. takmo simpan2. dah jadi habit kat rumah ni kalau disimpan, sukar nak dihabiskan. sweet green!!

    ReplyDelete
  5. aslmkum maz.. apa kbr.. tgh cuaca panas mmg best klau dpt mkn yg sejuk2.. rasa segar jer .. plan jugak nk buat puding.. nk perabis stok koktail yg bertin2 tu...

    ReplyDelete
  6. Salam kak maz, semoga kak Maz dan famili pun sihat2 selalu di sana. Kami alhamdulillah sihat saja di kuopio.

    Bila tengok buah ceri akak tu, teringin nak makan fresh ceri pulak. hehe... mana nak dapat sekarang ni tak ada orang jual dah :D

    ReplyDelete
  7. wah sedapnya kak..saya pun suka perisa honewdew ni kalau buat puding...

    ReplyDelete
  8. Aslmkm Maz. Lama tak jenguk2, Along pun bz tak keharuan. Harap Maz sihat. Sedap nya nampak puding ni... boleh terbayang rasa nya.

    ReplyDelete
  9. salam maz...terasa sejuk jer tekak bila tgk puding ni....ekekekeeke

    ReplyDelete
  10. Assalam Maz cayang...adeei baru sempat nak menjenguk...cantiknya kaler puding ko tuh..ala mcm melambai2 masuk mulut akak laaa.. Esok ko nak buat puding apa lak Maz..ko ni mmg pandai jek mereka2...telan airliur akak jek dibuatnya..hehe

    ReplyDelete
  11. maz~my dear friends..
    mskih sdi luangkan msa singgah dpur kita...tpi memang sjuk je tekak klu dpt pding mcm ni kan..kita suka la pding honeydew ni...sdpp sngattt..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...