Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, July 27, 2016

Masak Lemak Tempoyak Bayam Dengan Udang

Assalamualaikum w.b.t.
'La illaha il'lallah wahdahu la sharika lah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'ala kul'li shayin qadeer (tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi Allah, yang memiliki langit dan bumi dan yang berkuasa atas segalanya), zikir selepas solat fardu sunnah Rasulullah saw, baca 10x selepas solat maghrib dan subuh sebaik bagi salam..sama2 kita amalkan semoga Allah swt have mercy on us all, forgive our mountainous sins and strengthen our iman, Ameen.
bertemu skli lagi, misi nk clearkan folder sedang membara..tgh ada mood ni update je la cepat2, masih dgn menu yg dh lama basinya..ada satu hritu tu, tpi ni cerita sblum puasa lgi la..tetiba teringin nk mkn masak lemak tempoyak, sni mna nk cri pucuk ubi atau pucuk paku..memang sah la xde, maka guna je la bayam..sedapp plak bayam masak gini, memang kena la dgn nasi panas..pastu ada plak ikan goreng deh, diet dh lama karam ke lautnya..bkn main lgi la layan seleranya, InsyaaAllah sampai jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

MASAK LEMAK TEMPOYAK BAYAM DENGAN UDANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ikat bayam
  • 2 cawan santan
  • 1 mangkuk udang kecil segar - buang kepala
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 2-3 biji cili padi merah *
  • 2 sudu besar tempoyak
  • garam, gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Tumbuk lumat bahan bertanda *
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk sekejap biar naik bau.
3. Masukkan santan, tempoyak dan masak biar mendidih.
4. Masukkan udang, biar udang masak sekejap kemudian masukkan daun bayam dan perasa secukup rasa, masak sekejap sekadar sayur layu, padamkan api.

dh merantau tempat org ni kena la kretip skit, apa yg ada kita guna je la kan..biasa duk sayur air atau goreng je bayam ni..kat rumah ni klu sayur bayam semua mkn, meratah pun sodapp..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...