Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, July 28, 2016

Kerabu Tembikai Thai (Thai Watermelon Salad)

 Assalamualaikum w.b.t 
Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga.
amik peluang kemas blog la dlu sesambil duk angkat barang nk hntar ke rumah baru, sni pindah xde la susah atau penat mna sbb rumah jenis fully furnished..jdi bawa barang personal kita je, xde la kna sewa lori bagai angkut segala perabut..jdi tu yg sedap jgk la duk main pindah2 ni, duk rmah yg skrang ni pun bru setahun setngah..rumah baru ni mungkin lama skit kut sampai abangngah hbis bljar kat situ, ok la jom cerita pasal kerabu tembikai ni plak, klu sblum ni buat versi melayu..gaul dgn sambal belacan, ada kat sini..tukar buat stail siam plak, ni ilham dri en. suami la..dia sruh buat kerabu tembikai masuk serai mcm kerabu stun tu, suami memang suka sangat mkn tembikai cicah dgn sambal belacan atau budu, wpun suami org perak..jdi tu yg terjdinya kerabu tembikai yg sedappp ni! memang kena la mkn dgn nasi atau meratah saja, sbnarnya dh 3x duk ulang buat kerabu tembikai ni..suami suka sangat, kombinasi rsa dri nisan putih siam..buah tembikai, asam limau dan kicap ikan, pastu segar dgn daun ketumbar, wow! cukup serasi, maz rekmen la..kena try dlu bru thu, utk bahan rencahnya tu sama je mcm kerabu sotong ni..selamat berhujung minggu dan InysaaAllah jumpa lagi, maaf atas segala silap yg ada...

KERABU TEMBIKAI THAI (THAI WATERMELON SALAD) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk tembikai dadu
  • 2 batang serai - mayang
  • 3 biji cili padi hijau - potong serong
  • 2 sudu besar nisan putih thai (gula kabung thai) @ secukup rasa
  • 1 sudu besar kicap ikan
  • 1 sudu kecil jus limau nipis
  • sedikit ajinomotor
  • segengam daun ketumbar cincang
Cara

1. Satukan nisan thai, kicap ikan, jus limau dalam lesung dan gesek biar nisan larut, masukkan aji dan suaikan secukup rasa.
2. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati.
3. Kerabu ni kena hidang yang sejuk, kalau guna tembikai dari peti boleh terus hidang atau simpan sekejap dulu dalam peti.
4. Boleh dihidang bersama nasi putih atau sebagai pembuka selera.

pembuka selera yg pasti xckup dgn sepingan ni..sni senang la plak nk cari barang siam, nisan putih thai tu bnyk tempat jgk la yg jual sbb org siam ramai..stok kat dapur memang xpernah putus, rsanya mcm butterscotch gitu sikit, lain dri guna gula pasir biasa..

1 comment:


  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...