Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, March 18, 2019

Kerapu Merah Kukus (Steam Red Snapper)

Assalamualaikum w.b.t..
'Hasbunallah wa ni'mal wakil'
berkesempatan bertemu skli lgi, ni pon mood M tu mcm dh mula nk hinggap balik..rsa berat je nk update dpur usang ni, sbnranya ni pon lauk lama dh jgk tpi sbb dh ada dlm draf folder update je lah sbgai rujukan dan kenangan..lauk jenis light gini mkn sllau pon tkpe kan, ada plak sambal belacan ckup dh buat mkn nsi bertambah2..kerapu steam ni ringkas je, guna bnyk halia dan bawang putih pastu perasa dgn sos tiram dan kicap ikan sikit, pastu 3-4 titik kicap manis nak bagi kuah warna gelap..Insha Allah semoga dpt bersama lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Kerapu Merah Kukus by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor kerapu merah saiz sederhana - cuci bersih dengan air asam limau, toskan biar kering
  • 5-6 ulas bawang putih - mayang 
  • 2 inci halia - mayang
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar jus lemon/limau/kasturi/asam jawa
  • sedikit kicap ikan, kicap manis - jika perlu
  • secubit gula, garam dan aji jika suka
  • 3-4 biji tomato ceri - optional
Cara

1. Sediakan pengkukus dengan air mendidih.
2. Letak ikan dalam pinggan, tabur halia, bawang putih dan masukkan sekali tomato ceri jika guna.
3. Kukus selama 8-10 minit atau hingga ikan masak (kalau air dari kukus ikan ni banyak sangat, buang sikit)
4. Satukan jus limau, sos tiram, kicap ikan dan perasa secukup rasa dengan gula dan aji jika perlu.
5. Tuang atas ikan yang telah siap dikukus tadi, tabur daun ketumbar dan sedia untuk dihidang.

suka letak daun ketumbar banyk time mkn tu jdi mcm ulam..lauk steam ni mudah sngat nk buat, 10 minit dh bleh hidang..

2 comments:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete
  2. numpang share ya min ^^
    bosan tidak tahu harus mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...