Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, December 31, 2010

Semoga Jumpa Lagi & Red Velvet Marble Cheese Brownies Again..

Assalamualaikum..n3 trakhir sbgai pnutup tirai thun 2010 dan tngal bebrapa jam lgi msa yg ada sblum brlepas blik hri ni..smga diprmudahkan sgala urusan kita seklrga dan slamat smuanya..insyaallah..suami pun blik brcti skli jdi nk blik ni xde la cedih sngat..hehee..kita jgk akan brcti brblog buat sketika utk uruskan anak2..pda smua mhon maap andai ada trsilap kata atau trguris rasa..sesunggunya yg baik itu dtg dariNya dan yg lemah itu dri kita sndri..mksih jgk pda pngnjung2 yg sdi singgah ke ilhamdapur yg xsbrapa ni..smga dgn izinNya dpt kami dtg lagi ke sni utk bersama2 insan yang tercinta..insyaallah..akhir kata Salam Sayang buat semua iklhas dari maz dan Selamat Tahun Baru 2011..byeeee..

Dari jauh datang bertamu
Memberi salam membuka pintu
Andai ada umur dan waktu
Insyaallah disini lagi kita bertemu

ok la crita psal si merah ni la plak..sbnarnya dh lama kita buat kek ni..dh 2 mngu..cma bru nk tepek kat sni..al maklum la bru je buat ari tu kan..jdi bior le lelama skit klu nk kluar plak pun kan..nti ada yg skit prut plak asik duk tgk merah2 ni..hehee..kek kli ni plak kita bwa p umah kwn msa nk ziarahnya yg bru blik dri mngerjakan haji hri tu..yg memula trcipta RVMCB ada kat SINI..kli ni bru lapisan cisnya tu tnggi elok..aritu buat xtuang semua..rspi kli ni ada yg kita dh update blik skit mna yg kita xsukat msa buat yg memula tu..rspi kita letak skli lagi..

bru ditrik kluar dri loyang..kita suke buat kek saiz kecik2 ni..sbb klu buat utk mkn sdri..mau 3 hri xhbis lgi ni pun..kurang peminat2 kek kat umah ni..kita suke buat..tpi mkn stkat amik rsa gtuw je..

sbb kek ni bru kluar dri ptiais maka jdi senang la krja nk posing dan alih mngalih tu sbb keknya msih keras..

Red Velvet Marble Cheese Brownies by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) - update resipi

  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60g gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

Catatan : Ni dah kali ke 2 maz buat kek ni dan guna oven usang kat sini yg hanya ada api bawah saja dan kek elok masak sekata, jadi maz cadangkan untuk lapisan cheese tu bakar guna api bawah saja agar warna cheese tidak kuning sangat.

kita cma ptong amik 2 kping ni je utk posing dan utk aiman..suke dia nga kek ni..yg lain tu smua bwa p umah kwn..slamat mnjamu mata la ye..hehee..

25 comments:

  1. salam maz,
    selamat pulang ketanahair
    semuga, dipermudahkan segala urusan.
    Minta izin & halalkan resipi2 yang best2 kat sini kalau ada yang akak cuba ya Maz.

    ReplyDelete
  2. Salam Maz. Selamat dlm perjalanan pulang... eh, waktu Along taip ni, dah sampai dah pun kot ya. Nyum2... lembab je nampak kek ni...

    ReplyDelete
  3. Selamat Pulang ya Maz, kita jumpa di cni ya. Buat house warming kat Subang, Insyallah Kak datang. Nak rasa air tangan Maz.

    ReplyDelete
  4. salam maz...

    cantik, mesti sedap...suka sngt kek ni tapi anak2 kat umah kurang skit...diaorng lebih suka kek karet...so jamu mater aje la...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Maz,
    nieza mai bw kuih talam tokyo ni nk tukar ngan ciskek merah ni...dh lama terliur ni nk buat x terbuat-buat lagi...nk mkn sini la dulu....hehe btw selamat berangkat yer kak semoga selamat sampai dan dipermudahkan segala urusan nanti...amin..salam thn baru!...:)

    ReplyDelete
  6. kak maz,semoga selamat perjalanan balik ye... happy new year kak maz..

    ReplyDelete
  7. ya Allah...terpegunnya...cantik sgt kek nya...isk isk iskkkk

    ReplyDelete
  8. alahai sedapnya maz...eh..sedapnya velvet tu...cikmin memang tengah meliur nak makan velvet ni...selamat tahun baru 2011 maz dan family...

    ReplyDelete
  9. spjg thn ni bila ada kesempatan saya suka menyinggah kat sini... jamu mata..
    terima kasih ya
    selamat thn baru

    ReplyDelete
  10. salam kak mas..nampak terliur n sedap sgt...cuma nak tanye ape fungsi cuka yer? kalau tak bubuh takper ker?TQ
    kat umah ni ade yg tak tahan dgn cuka ni..hihihi hope sudi jwb

    ReplyDelete
  11. Salam Maz..

    Smoga Maz n fmili dah slamat sampai Msia. SELAMAT TAHUN BARU 2011 dan kak Sue doakan Maz dberkati Allah swt n berbahagia ke akhir hayat!!

    Take care dear, miss u so much..

    ReplyDelete
  12. Selamat kembali ke Malaysia.
    Selamat Tahun baru.
    Semoga dalam peliharaan dan lindungan Allah selalu, InsyaAllah

    ReplyDelete
  13. 2 dear friends..
    mkish ye sdi sngah dan tngalkan komen utk kita..alhmdlillah kita sklrga dh slmata smpai pda pgi sabtu 1hb jnuari..cma buat msa ni kita stop brblog buat smntara sbb nk uruskan anak2..insyaallah bila ada klpngan kita buat knjungan bls..

    2 chikadabiru..mksih ye sdi sngah..sukatan cku dlm kek tu trlalu ckit..xde rsa cuka pun..tjuannya nk bgi kek tu gebu dan lembut sbb tu dicmpur dgn soda...

    ReplyDelete
  14. Maz...welcome home! :) Ayu minta izin copy recipe ni ye..and happy 2011 to u....Salam kenalan dari Ayu....:)

    ReplyDelete
  15. salam kenal..cantik!cnp ya..thanks :))

    ReplyDelete
  16. salam maz..kamu balik sini ker?tak perlah maz..uruskan apa yang patut dulu yer..

    ReplyDelete
  17. Salam Kak Maz,
    cantik nye kek velvet akak tue.... sangat teruja la tengok kaler dia...
    Ijan

    ReplyDelete
  18. Cantiknya kek yang akak buat ni. Berselera dibuatnya. Akak ada ambil kursus mana2 ker atau belajar sendiri.

    ReplyDelete
  19. Salam..... cantik dan sedapnya kek nie... good idea psl ada ciskek atasnya instead of cream frosting... nanti nak cubalah... saya tgk satu persatu makanan dlm entry nie sampai abes.... telan air liur jek....sedap sgt dan menarik....thanks for sharing...

    ReplyDelete
  20. salam kak..menarik & nmpk mmg sedap. sy nk try buat. sy ada amik skping gmbr & publish kat blog sy. mekaseh kak..

    ReplyDelete
  21. Ingat ada resipi baru lagi. sibuk kot :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...