Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, February 24, 2012

Rendang Daging Sambal (Tanpa Santan)

Assalamualaikum..time ada kerajinan dan msa ni kita update la cpat2..xthu la kut esok lusa hilang blik smngat yg hangat2 tahi ayam ni..hehee..rendang ni patner nga plut kuning tu..wpun xmsuk santan tapi sedap sngattt..mkn nga nasi putih pun bleh hbis brpngan2..nk buat pun cpat dan mudah je ..nma tu main letak je la..asalkan ada nma nk sebut kan..

Rendang Daging Sambal by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  •  400g daging - hiris nipis
  • 2 labu bawang besar *
  • 15-20 tangkai cili kering - rendam air panas dan buang biji* - jika suka pedas boleh tambah
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1-2 batang serai - diketuk
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 1 keping asam keping
  • 1/2cawan minyak masak
  • garam, gula dan perasa secukup rasa

Cara

1. Pastikan daging dihiris nipis-nipis saiz kecil

2. Kisar hancur bahan yang bertanda * bersama 2 cawan air.

3. Dalam kuali masukkan daging, bahan yang dikisar, serai, daun limau purut, asam keping dan minyak masak. Gaul sebati

4. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala, tutup kuali agar daging cepat lembut dan perasakan secukup rasa. Kalau daging masih belum lembut boleh tambah air sikit-sikit.

5. Masak sehingga hampir kering. Padamkan api dan boleh la dihidangkan dengan nasi putih atau pulut kuning.
  
kita mkn nga roti jala pun sedapp..klu mkn nga nsi lgi la sdppp ni..

11 comments:

  1. Slmlkm smoga Tuan rumah seisi keluarga diberkati Allah swt..

    Maz, rendang daging sambal dah siap, pulut kuning pun cantik menawan...Hmm..pinggan kak su pun dah ada tepi tingkap tu.. faham2 lah tindakan yg perlu Maz buat selanjutnya yer, he3..

    ReplyDelete
  2. salam rindu maz cayaang..daapnyer.. lehla pos ke klinik akak pulut rendang tuh..akak mamam kuih jek td..ciankan! huhuuu!!

    ReplyDelete
  3. Assalam Maz..
    wah ada pulut kuning kat bawah ni ada rendang juga ..dapur pun nampak cantik ..baru renovate dapurke maz?..hehe..rindu kat maz..ah cepat2 panas2 kan enjin tu ya..kalau dah panas takut akak pulak yang tak terkejar..hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Maz..rendang daging dsan pulut kuning..sutu gandingan yang sesuai....sedapppnya

    ReplyDelete
  5. tengok daging akak ni teringin pulak rasanya nak makan daging...heheheh..dah lama jugak saya tak makan...huhuhu

    ReplyDelete
  6. alaa...sedapnya...nk pi beli daging gak la..huhu

    ReplyDelete
  7. Salam Kak..kalau ganti dgn ayam pon boleh kan..

    ReplyDelete
  8. MAZZZZZZZZZZZZZZZZZZ....!!!
    bila la nak ngendeng lunch kt umah maz nihhhhhh.....terbayang2 rendang dagin...huhuhuh

    ReplyDelete
  9. Salam rinduuu kak Maz,
    Harap2 akak dan famili sihat2 selalu.
    saya cukup suka kalau resipi tanpa santan ni.. kalau ada kelapangan nanti boleh saya cuba buat kat sini. :)

    ReplyDelete
  10. aslmkum maz.. slm rindu jugak... sekali2 kuar tu yg best maz.. pulut n dging camni mmg serasi..nk cuba jugak la..

    ReplyDelete
  11. maz~dear friends..
    memang sdpp rendang express tu...dh la xpayah susah2 nk ramas kelapa...bhn pun simple je...mkn nga nsi pun sdpp..mksih ye smua brkesempatan luangkan msa cuci mata nga rendang sambal ni..tapi memang sdpp...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...