Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, February 24, 2013

Daging Kambing Masak Hitam

 
Assalamualaikum..ni pun lauk yg dah kerap jgk duk msak msa kat sana thun lepas..hri ni bru ada rzki kmben ni nk kluar kat sni..maklum la mood tukang masak ni xmenentu..begini la jdinya..takpe la janji ada jgk n3 ni utk rujukkan akan dtg..kat sna memang asik bli kamben je..dpt idea nk msak mcm ni sbb pernah satu pagi tu ada beli roti canai utk bkpes..tpi kat bahrain pangil prata..pastu lauknya daging atau kamben msak kering gini la..cuma sana punya xde masuk kicap la..smua jenis merahh..bnyak pkai cili dan rempah..jdi dri situ la dpt ilham msak dging itam ni..wpun xsama..tpi anak2 suka..biasa la..janji ada kicappp..
 
layan dgn nasi pnas2 memang bleh hbis spngan..pastu ada plak sayur masak lemak..

Daging Kambing Masak Hitam by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 400g daging kambing segar - hiris nipis
  • 1 ulas bawang putih
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 3-4 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar sos cili
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 labu bawang besar - hiasan
  • cili merah dan cili hijau - hiasan
  • kicap manis secukupnya
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit gula, garam dan aji
Cara

1. Dalam kuali masukkan daging, 1-2 sudu besar kicap manis dan 1 cawan air atau lebih jika perlu. Masak daging dengan api perlahan hingga daging lembut (biasanya dalam 12-15 minit). Kacau sekali-sekala.
 
2. Sementara itu tumbuk lumat bawang putih, bawang merah dan halia.
 
3. Bila daging dah lembut, keluarkan air (simpan airnya). Masukkan minyak dan goreng daging seketika (dalam 3-5 minit) sambil dikacau balik. Angkat dan ketepikan
 
4. Dengan minyak goreng daging tadi, tumis bahan tumbuk, daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar, serbuk kari dan serbuk jintan putih. Tumis seketika. Masukkan sos cili dan sos tiram.
 
5. Masukkan daging dan kacau sebati. Masukkan air rebus daging tadi secukupnya dan kicap manis jika perlu. Kacau balik biar sebati. Masukkan bawang besar, gula dan garam/aji secukup rasa.

6. Akhir sekali masukkan cili hiasan. Siap..
 
kat rmah ni hri2 lauk dging atau ayam je..ikan memang susah sngat nk jumpa..anak2 xmkn..ok la semoga jumpa lagi..insyaallah..

5 comments:

  1. Sedapnya makan dgn nasi panas-panas ni...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....berkilat2 kuahnya nampak kat gambar...terus rasa lapar...

    ReplyDelete
  3. Maz.......

    Assalam dearest....
    waaaaaa mutton and lamb....just bring it on....hahahahhah
    tahnks for the visit...

    Ayu just pay him a short 2 weeks break in Al khor Doha.....be home next weak....uwaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. maz~dear friends..

    mksih ye sdi luangkan masa singah jenguk pak cik kamben ni..amat hargai setiap kunjungan kwn2 semua..

    ReplyDelete
  5. DEPOSIT PULSA TANPA POTONGAN
    BONUS SPECIAL SABUNG AYAM WIN 8X .

    s128agen.club

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...