Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, February 18, 2014

Kuih Lapis Ubi Kayu Pelangi

 
"Maaliki yawmiddiin"...Yang menguasai Hari Pembalasan
 
Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah atas rahmatNya...sesungguhnya ketentuanNya itu adalah yg terbaik utk setiap hamba...Allah Maha Penyanyang...Dia tidak akan menguji seorang hamba luar dari kemampuannya...apa kbar semua...brtemu skli lgi...skrang ni cuaca pun dh mula nk panas...dipnghujung musim sjuk...waktu maghrib pun makin lewat skitar pkul 5.30 ptg...kat bahrain ni ubi kayu senang dpt...ada jual kat mna2...dtg dri sri langka atau pun india...dah lama simpan niat nk buat kuih trafik light ni sbb sblum ni ada tgk kat blog  kak wan (citarasawan)...blog kwan memang ada segala2...dri rspi yg hebat2 sehingga la ke info2 yg sngat berguna...tpi yg ni buat gna rspi kak fida myresipi...jazakillahukhairan kak fida...in syaa Allah pasni akan buat ikut rspi kak wan plak...memang perbret sepnjang msa klu kuih2 yg gna ubi ni...zaman kecik2 dlu membesar dgn ubi kayu rebus atau ubi kyu bakar...senang dpt...ada kat tepi2 rumah je...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada dan semoga bersama lgi...in syaa Allah...

Kuih Lapis Ubi Kayu Pelangi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Kak Fida myresipi
Bahan-bahan

  • 1 kilo ubi parut - tapis dan ambil sagunya
  • 1 cawan gula halus (225g) - akak guna 200g
  • 300 g santan pekat
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk vanilla serbuk / 1 sk esen vanilla
  • secukup pewarna merah,kuning, hijau dan lain2 warna ikut selera
  • secukup kelapa parut kukus - untuk menyalut kuih

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan kecuali pewarna dan kelapa parut. Kacau hingga adunan sebati.
  2. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan. Kukus kuih selapis2, 5 - 10 min setiap lapis, ikut ketebalan kuih yang dilapis. Pastikan loyang disapu minyak dan dipanaskan dahulu.
  3. Adunan kuih lapis ubi boleh dibahagi 3 hingga 7 lapisan dan warnakan seperti pelangi ikut selera dan kerajinan masing2.
  4. Biar kuih benar2 sejuk, potong sesuai selera dan salutkan dengan kelapa parut kukus.

buat 1/2 respi je...tu pun smpai esk ada lgi...mkn berdua je...anak xminat kuih mcm ni...kelapa prut kat sni memang kasar2...tu pun maz dh kisar dlu...klu tak lgi la brketul...

2 comments:

  1. Assalam
    Meh hantar sini sikit, feberet kita he hee
    Cantiklah kalernya, menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam dan salam ukhuwah buat sara...jazakillahukhairan sdi singgah dpur yg xsebarpa ni...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...