Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, October 17, 2019

Somtam Buah Campur @ Mixed Fruit Somtam

 Assalamualaikum w.b.t
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
bersua kembali, sementara ada kerajinan ni update je lah dulu..ni pon sbnarnya dlm kereta tgh tnggu Afiq kat British Council, jdi sambil2 tu amik peluang buat n3 menu buah yg berwarna warni ni..kebetulan wken hritu ada beli buah serba sikit, geram tgk mcm2 buah kat pasaraya skrang..cuma klu epal hijau dan anggur tu memang duk beli slalu sbb buah tu ada je spnjang masa,  dek kerana stok buah dlm peti tu lalu dtg lah ilham utk buat somtam mixed fruits ni..walalaaa serius sedappp!! rasa masam manis dri air buah, aroma bawang putih dan udang kering thai ckup membangkitkan selera.. rsa mcm xnak stop bila start suap, tgk2 dh licin semangkuk! recommended utk dicuba nak2 klu yg xsuka mkn buah atau bgi penggemar colek..ni mcm colek versi hipster, Insha Allah bersua lgi dilain masa dan mohon maaf atas segala khilaf..

SOMTAM BUAH CAMPUR @ MIXED FRUIT SOMTAM by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk buah campur, sejukkan dulu dalam peti - maz guna epal hijau, epal putih, anggur, nectarine, tembikai, pomegranate, nenas dan oren (boleh guna buah lain jgk)
  • 3 sudu besar thai palm sugar/gula labung siam @ secukupnya 
  • kicap ikan secukupnya
  • 3-4 biji cili padi merah/hijau
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit aji
  • sedikit kacang tanah goreng
  • sedikit udang kering oren thai
Cara

1. Dalam lesung masukkan gula thai, bawang putih dan cili padi. Gesek-gesekkan biar cili dan bawang pecah.
2. Masukkan kicap ikan dan aji, sebatikan biar gula thai larut dan suaikan rasa biar ada rasa manis dan masin.
3. Tuang bahan sos dalam mangkuk buah tadi, tabur udang kering, kacang tanah secukupnya dan masukkan dalam peti sekejap dalam 20-30 minit biar jus dari buah keluar dan sebati dengan bahan sos.

Nota ilhamdapur : tak perlu letak jus limau kerana jus dari buah dah ada rasa masam.

ni buah nectarines, isinya berwarna oren dan ada rasa sedikit masam manis seakn rsa fresh peach..

selain dri buah2 yg maz guna ni, bleh jgk guna buah lain yg sesuai mcm strawberi, jambu dan sbgainya ikut selera, somtam buah campur ni rsanya sesuai jgk klu nk buat menu tambahan sbgai pembuka selera atau appetizer hidangan.. 

2 comments:

  1. Salam Maz... wow buah2an pun boleh buat somtam rupa nya...

    ReplyDelete
  2. I am all that much satisfied with the substance you have said. I needed to thank you for this extraordinary article. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pictame.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...