Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, October 15, 2019

Donat Strawberi & Kastard

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nabi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah swt always protect us, our loved and keep us safe, Ameen.
donat versi berinti atau nama glamor sekarang bomboloni..kejadian yg lama sngat jgk ni duk peram dlm folder tu, huhuu! tpi update la jgk sbb dh ada dlm draf..rspi sama je mcm yg dh n3 sblum ni, ada kat SINI..kue2 gini xbleh buat slalu kan, hancus la diet nti..Insha Allah jumpa lagi dan segala kekuranganyg ada harap dpt dimaafkan..

DONAT STRAWBERI & KASTARD by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung serbaguna @ boleh guna tepung roti/high protein
  • 2 sudu kecil yis kering - mauripan dll 
  • 1 sudu kecil gula kastor 
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu 
  • 60ml air suam 
  • 90ml susu segar suam - ikut keperluan
  • 2 sudu besar mentega lembut
  • sedikit garam 
Kastard
  • 1 cawan susu segar 
  • 2 sudu besar tepung kastard 
  • 3 sudu besar gula kastor 
  • secubit garam 
  • jam strawberi secukupnya - maz guna jam homemade, panaskan 5 saat dalam microwave biar cair sikit, boleh juga guna jam dalam botol.
 Cara

 1. Untuk kastard, satukan semua bahan, kacau biar sebati dan masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga pekat sikit, padamkan api dan terus kacau hingga berkilat, sejukkan sepenuhnya. 
2. Untuk donat, dalam cawan satukan yis, air dan gula, biar yis kembang dalam 7-10 minit. 
3. Dalam bekas besar, masukkan tepung, yis tadi dan susu sikit-sikit ikut keperluan, kalau rasa doh dah lembut tak perlu masukkan semua sebab jenis tepung yang digunakan berbeza. Untuk proses ni boleh guna stand mixer/bread maker.
4. Masukkan telur dan uli 3-5 minit hingga doh bersatu. Kemudian masukkan mentega dan garam dan uli lagi 8-10 minit atau terus putar jadi doh yang elastik/berkilat.
5. Tutup mangkuk dengan tuala atau plastik pembalut dan rehatkan biar naik 1 kali ganda. 
6. Bila doh dah kembang, tumbuk sikit buang angin dan canai setebal dalam 1/2 inci, tekap bulat (guna cawan pun boleh), tutup dengan tuala atau plastik doh yang dah tekap tadi biar naik sekali lagi. 7. Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnya, goreng biar sedikit perang dikedua bahagian, angkat dan toskan. 
8. Guna hujung gunting atau pemegang sudu tebuk buat lubang sikit ketika donat masih panas paipkan strawberi dan kastard secukupnya, boleh golek dalam gula aising jika suka.

Nota ilhamdapur : kalau guna BM atau stand mixer boleh guna susu sejuk

time rajin boleh la main tepung ni, klu dak beli la jgk..kat sni krispy kreme dan dunkin donut pon ada, tpi xbleh nk beat Bahrain favourite donat Hole'n One yg teramat sedapp! donatnya moist dan lemak, klu biar kat suhu bilik 1-2 hari pon tetap lembut dan sedap..wlu pun harganya lgi mahal dri donat 2 brand pemes tu tpi donat Hole'n One sold out sepanjang masa..

1 comment:

  1. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...