Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh dan maghrib, sebaik saja bagi salam, sunnah Rasulullah saw, kerap plak menu dari negara jiran, takpe la deh mencuba sesuatu yg baru..tukar selera skli sekala dgn sambal belacan yg biasa duk mkn, lgi ilham dari apa yg telah dicuba masa cuti-cuti Padang blik Msia hritu..sblum ni ada buat sambal ijau ni, ada 3 jenis sambal klu tak silap yg maz mkn selama kat sna, 1 lagi sambal merah yg cair sikit..sedapp jgk dan sambal sana jenis tak pedas sangat sebab banyk guna cili besar, nak guna terung biasa tu pun boleh..ni kebetulan ada beli 2 jenis terung tu, jdi masuk je la..terung thai tu yg kecik bulat mcm bola ping pong, warna hijau cerah gitu, sni senang dapat sayur thai ni sbb org siam ramai..terung pipit tu pun org thai suka jgk, selamat berhujung minggu..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..
SAMBAL MERAH CAMPUR TERUNG ALA PADANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
- 1 labu kecik bawang besar - hiris nipis
- 2 ulas bawang putih - hiris nipis
- 1/2 biji tomato masak - hiris nipis
- 4-5 biji cili merah - potong 3-4
- 4-5 biji cili padi hijau @ merah - boleh tambah jika suka pedas - potong 2-3
- 1 inci belacan
- 3-4 biji terung kecik thai (warna hijau cerah, bulat kecik)
- 1 tangkai terung pipit
- gula, garam secukup rasa dan sedikit aji jika suka
- minyak sayur secukupnya
1. Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis 2 jenis bawang biar sedikit perang, angkat dan toskan.
2. Masukkan pula cili dan belacan, masak sekejap dalam 2-3 minit sambil dikacau balik, angkat.
3. Masuk pula terung, masak 2-3 minit biar sedikit lembut, angkat.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap, angkat dan ketepikan.
5. Dalam lesung masukkan cili, bawang dan belacan, tumbuk biar separuh lumat.
6. Masukkan tomato, tumbuk sikit biar semua sebati dan perasa secukup rasa.
7. Panaskan semula minyak yang goreng semua bahan ni tadi (minyak tu biar panas ye), masukkan semula sambal dalam minyak panas dan masak sekejap lagi dalam 1-2 minit, angkat dan gaul bersama terung tadi. Boleh la dihidang bersama nasi putih dan lauk sampingan.
memang sedap la layan dgn nasi panas tu, ada plak ikan goreng pun dh ckup..kira ulam semua skli dh ada dlm sambal ni, klu nak buat versi hijau pun boleh..guna cili hijau dan tomato hijau..
blum pernh try nih...
ReplyDelete