Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, February 29, 2016

Ikan Masak Masam Manis

Assalamualaikum w.b.t
'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir Khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah swt guide us to the straight path, Ameen.
beratnya nk kemas blog skrang ni, klu bleh nk letak gmbar je..tpi rsa mcm xkena la plak sbb xpernah lgi n3 kosong gitu je, ok la layan lauk bila pun xingat dh ni..pesen masak pun lebih kurang ke, balik2 masam manis, masak ikan ni masa mood duk layan selera kedai tomyam tgh tinggi dlu..tpi lauk gini memang sedap kan! wken hritu prgi pasar nk cri bilis tamban utk buat keropok, tpi xde la plak ikan tu..ikan2 besar lain bnyk, tergugat sungguh la tgk ikan segar2, rsa nk beli je! tpi suami duk tarik tangan, ye la lgipun xmsak lauk2 dh skrang ni, sempat la kut hbiskan gambar2 lama dlm folder tu..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

posing la jgk sblum dh sesudah, ikan tu maz xtahu namanya, dari golongan ikan kerapu..memang sedap la goreng garing2 masak gini atau kekadang tu duk buat masak kicap..

IKAN MASAK MASAM MANIS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan  (maz guna seperti dalam gambar) @ ikan lain
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1/2 cawan sos cili+sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 labu bawang besar - dadu kasar
  • 1 biji tomato - dadu kasar
  • 1/2 biji lada benggala - dadu kasar
  • 1 keping nenas - potong kasar
  • sedikit garam, gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak sayur untuk menumis
Cara

1. Cuci ikan, toskan dan lumur dengan sedikit garam kunyit.
2. Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan seperti biasa biar garing sikit dikedua bahagian, angkat dan ketepikan.
3. Dengan kuali lain, panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih dan masak biar layu sikit, kemudian masukkan semua jenis sos, sayuran, sedikit air dan perasa secukup rasa.
4. Masak sekejap lagi biar sayur lembut lembut, padamkan api.
5. Tuang atas ikan dan tabur sedikit daun ketumbar jika suka, boleh la dihidang bersama nasi putih.

pastu pasangannya buat tomyam! terlajak sungguh la mkn nasi klu lauk gini, tpi smjak start diet ni xde masak lauk2 dh sbb xmkn nasi..mkn sup atau baked je, dkat sbln dah la xbuat tomyam, klu tak tiap2 minggu mesti ada tomyam! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...