

Sumber Resipi : Harlina Mahdar RNet /Maklang
Bahan-bahan
- 200gm minyak sapi (gheeblend) - maz guna jenama windmill
- 100gm Shortening
- 180gm gula kaster
- 100gm cornflakes - kisar halus
- 1 biji kuning telur
- 80gm tepung jagung
- 80gm tepung suji
- tepung gandum secukupnya - tak de sukatan - sampai jadi doh je
Bahan sadur:
- susu tepung + Nestum Kisar + (gula aising)
*(mklang guna susu Everyday jadi tak perlu campur dengan icing sugar sbb dah sedia manis) - maz guna coffemate + sedikit gula ising
Cara:
1. Satukan minyak sapi, shortening dan gula. gaul hingga lembut
2. Masuk kuning telur. pukul lagi. masuk bahan2 lain.
3. Akhir sekali masuk tepung jagung sedikit demi sedikit. uli hingga menjadi doh.
4. Terap dan bakar. (maz buat bulat-bulat je dan bakar dgn suhu 150 C selama 18-20 min)
5. Dah sejuk salut dengan susu tepung + nestum kisar + (**gula aising) agak2 kalau dah manis tak yah letak gula
Salam kak Maz,
ReplyDeleteFemes betul sekut suji brunei ni. Balut ngan coffeemate pun sedap ya kak? agak2 masuk mulut saya, cair tak? hihihi. Er.. tergugat iman jap. Membayangkan jer. pose.. pose... :D
Salam Maz..kita punya version biskut brunei tak der suji...more like biskut butter..senang gilerss nak wat..kita yg byk makan sendiri kalo wat biskut brunei @ butter..Yg mas wat ni ada suji lak..apapun tetap nampak...SODAPPPP ahh
ReplyDeletesalam kak maz..
ReplyDeleteslalu dgr biskut suji je..ni 1st time dgr suji brunei.mintak cikit,hehehhehheh.....
sini susah nak cari jenama minyak sapi lain..yang ada lak tu tak halal dah..
ReplyDeletePENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD