Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, November 29, 2014

Ikan Celup Tepung

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..plannya nk update mlm tdi...tpi msa xmengizinkan...pgi tdi pun xsmpat jgk nk duk depan pc ni...klu hri mnggu tu gtu la deh sapa2 pun...bnyak hal yg menunggu...mcm yg lain jgk la ikan celup tepung ni pun dh berbulan kena peram...guna ikan yg beli skli dgn yg buat moroccan stewed hritu...memang sedapp ikan kecik greng celup tepung kan...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Ikan Celup Tepung by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • ikan segar saiz kecik secukupnya - cuci bersih dan toskan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1 sudu kecil gula
  • sedikit garam dan pewarna kuning @ serbuk kunyit
  • air secukupnya
  • minyak untuk mengoreng
Cara

1. Satukan semua bahan kering, kemudian masukkan air kapur dan air sikit-sikit sambil dikacau biar jadi adunan yang pekat, masukkan sedikit pewarna jika perlu.
2. Panaskan minyak secukupnya, celup ikan dalam adunan dan goreng hingga perang dikedua bahagian, angkat dan toskan, sedia untuk dinikmati bersama sos pilihan.

maz guna ikan ni...xthu la plak apa nmanya kat msia...kat sni klu xsalah namanya lady fish..

biasa klu kat msia guna ikan sardin atau org klatan pngil ikan selayang yg direbus dlu...tpi ikan ni xperlu rebus dah...bleh trus goreng...klu buat mkn dgn nsi kerabu pun sedapp deh...

Friday, November 28, 2014

Classic Chocolate Cupcakes with Chocolate Frosting

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'...bertemu sekali lgi dipagi jumaat yg barakah...sama2 kita perbanyakkan baca doa pendek ni semoga Allah ampunkan dosa kita...Inysaa Allah...asik buat kek kecik gini je...kihkihh...bukan apa..klu buat kek sbjik tu nak deko xreti mana...ditambah plak dgn tahap kerajinan yg teramat kurang..maka jln selamat dan senang versi cupcake ni la deh..terjadinya kek cawan ni kes dah 2-3x duk beli cupcakes kat bakery..sedapp sangat ditekak ni..licin smpai ke aising tukang masak ni mkn..sedangkan bukan minat kek2 ni...tpi yg stu tu memang sedappp...aisingnya xmuak sbb bukan jenis buttercream...lalu godek la cri rspi nk buat jgk...maka terjumpa dan berkenan dgn coklat cupcakes ni...sedappp dan bleh ditrima tekak ni...frostingnya xmuakkk...walalaa..penuh nikmat first bite...tpi msih xleh nk atasi kesedapan kek yg beli tu...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Classic Chocolate Cupcakes with Chocolate Frosting by http://ilhamdapur.blogspot.com
Recipe : sallysbaking
Ingredients

Cupcakes
  • 1/2 cup (42g) unsweetened cocoa powder (not Dutch processed)
  • 3/4 cup (95g) all-purpose flour (spoon & leveled)
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 3/4 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon salt
  • 2 large eggs, at room temperature*
  • 1/2 cup (100g) granulated sugar
  • 1/2 cup (100g) light brown sugar
  • 1/3 cup (80ml) vegetable oil (melted coconut oil works too)
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 1/2 cup (120ml) buttermilk*
Directions
1. Preheat the oven to 350F degrees. Line a 12-cup muffin pan with cupcake liners. Line a second pan with 2 liners - this recipe makes about 14 cupcakes. Set aside.
2. In a large bowl, whisk the cocoa powder, flour, baking soda, baking powder, and salt together until thoroughly combined. Set aside. In a medium bowl, whisk the eggs, sugar, brown sugar, oil, and vanilla together until completely smooth. Pour half of the wet ingredients into the dry ingredients. Then half of the buttermilk. Gently stir - about 5 stirs. Repeat with the remaining wet ingredients and buttermilk. Stir until *just* combined; do not overmix. The batter won't be very thick.
3. Pour/spoon the batter into the liners - fill only halfway to avoid spilling over the sides. Bake in batches for 18-19 minutes, or until a toothpick inserted in the center comes out clean. Allow to cool completely before frosting. Mini cupcakes will take about 10 minutes, same oven temperature.
4. Frost cooled cupcakes however you'd like. I used Wilton 1M piping tip. There may be leftover frosting depending how much you use on each cupcake. Decorate with sprinkles, if desired. Store cupcakes in an airtight container at room temperature for up to 2 days and in the refrigerator up to 5.
teksture keknya ckup mosit...diganding plak dgn coklat aising...pefet..enakkk sekali...

Milk Chocolate Frosting
  • 1 and 3/4 cups (210g) confectioners' sugar
  • 1/4 cup (21g) unsweetened cocoa powder
  • 1/2 cup (115g) unsalted butter, softened to room temperature
  • 2 Tablespoons (30ml) heavy cream or half-and-half*
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • salt, to taste
Directions
1. Sift together the confectioners' sugar and cocoa powder to assure there are no lumps. Set aside. 
2. With a handheld or stand mixer fitted with a paddle attachment, beat the butter on medium speed until creamy - about 2 minutes. 
3. Gradually add the sifted sugar/cocoa powder alternately with the heavy cream and vanilla. Beat on low speed after each addition. Once all added, beat on high speed until creamy and combined for at least 2 minutes. Add a pinch of salt if frosting is too sweet.

rspi asal guna vanilla frosting...cuma maz tukar buat coklat aising sebab nk buat sma mcm cupcakes yg beli tu...utk coklat frosting tu  rspi pun dri blog yg sma jgk...

Thursday, November 27, 2014

Chicken Salad

Assalamualaikum w.b.t..menu tanpa dirancang..sbnarnya kes xthu nk buat apa dgn sayur ni...mtak suami tlong blikan bayam..tpi dpt sayur ni...sayurnya jenis daun dan bentuk mcm sawi gitu...kat sni selalunya sayur ni dimkn mentah dihidang sbgai salad utk nasi..prata atau grilled dan namanya silk...maka tu la yg terciptanya salad ayam ni...ilham dri cooking show maron thailand...ada sejenis salah thai yg guna daging kisar gini..tpi versi mkn wrap dalam daun salad tu...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Chicken Salad by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 cawan isi ayam kisar/cincang halus
  • 1 ikat sayur daun hijau (boleh guna bayam/kangkung rasanya)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar - cincang
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar minyak sayur
  • sedikit sos tiram dan sos cili
  • sedikit kacang tanah goreng dan daun ketumbar jika suka
Cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang sekejap biar layu kemudian masuk cili kisar dan tumis biar cili masak.
2. Masukkan isi ayam, kacau sekata, masukkan sos  dan perasa secukup rasa. Masak sekejap biar ayam masak dan sos sebati.
3. Celur sekejap sayur, toskan dan ratakan bahan sos atasnya. Tabur sedikit daun ketumbar dan kacang tanah jika suka.

Alhamdulilah licinn org yg tersalah beli sayur ni mkn...kihikihh...memang sedapp meratah...

Koci Labu

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..kuih koci labu atau pulut hitam memang antara kuih pabret tukang masak ni..klu duk merantau ni rajin plak usaha buat sdrik bila nk mkn tu deh..msa kat msia dlu beli je..ye la yg mkn pun cuma  2 org je...org kata buat penat nk buat sdrik stakat 5-6 bjik tu..lgipun dkat rumah tu pagi ada kedai mkn yg jual koci labu dan pulut hitam...comel je bungkusnya..kecik molek..sedapp plak tu..org yg buat tu tukar2 antara koci labu dgn koci pulut hitam...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

tgk yg ni terus terasa nk mkn plak...masalah daun pisang je skrang ni...susah nk dpt yg elok...semua jenis daun kecik dan muda...koci ni pun dah 2-3 bulan dlm folder...buat koci labu ni dlu sblum koci pandan hritu...

Koci Labu by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Inti
  • 200g nisan/gula melaka
  • 2 cawan kelapa parut
  • 1 helai daun pandan
  • 2-3 sudu besar gula
  • 1-2 cubit garam
  • air secukupnya
Cara
1. Dalam periuk satukan semua bahan kecuali kelapa (air tu agak-agak la ye, jangan banyak) dan masak hingga mendidih, nisan larut.
2. Masukkan kelapa dan masak hingga kering sambil dikacau sekali sekala. Sejukkan sepenuhnya.

Pasti Santan
  • 2 cawan santan
  • 3-4 sudu besar tepung beras
  • 1 helai daun pandan
  • garam secukup rasa
Cara : Satukan semua bahan dan masak atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat (boleh tambah tepung beras sikit lagi jika perlu)

Doh
  • 300g labu - kukus
  • tepung pulut secukupnya
  • secubit garam
  • sedikit air
  • daun pisang layu dan potong saiz kecik secukupnya
Cara

1. Didihkan air dalam pengukus
1. Satukan semua bahan doh kecuali air, gaul sebati sambil masuk air sikit-sikit hingga jadi doh yang lembut.
2. Ambil segempal kecik, leperkan atas tapak tangan, masukkan inti dan tutup biar kemas.
3. Kemudian sapu sedikit minyak pada daun pisang besar, lapik pada dasar pengukus, susun kuih yang dah siap bulat tadi dan kukus selama 12-15 minit atau hingga masak.
4. Angkat dan terus masukkan dalam pati santan. Kemudian sudukan dan letak atas daun pisang dan bungkus kemas.
5. Bila dah siap bungkus, keluarkan daun pisang dari pengukus tadi dan kukus pula kuih yang dah siap bungkus selama 2-4 minit sekadar nak layukan daun pisang (kalau tak nak kukus pun takpe dah)

Nota ilhamdapur : maz kukus dulu kuih tu sebelum balut sebab tak pandai bungkus, takut pati santan akan keluar time kukus tu, tapi kalau yang pandai bungkus, boleh aje kukus sekali dengan pasti santan, maksudnya kuih tu tak perlu dikukus terlebih dahulu atau kalau tak nak buat pati santan, boleh terus balut dan kukus je.

sebenarnya bukan susah mana nk buat koci ni deh...asalkan inti dah sedia terus boleh buat...inti plak boleh buat awal dan simpan je dlm peti...tukang masak ni memang minatk kuih2 gini...

Wednesday, November 26, 2014

Fried Meatball Burritos

Assalamualaikum w.b.t...mkanan yg cepat dan kenyang..bleh buat awal dan masuk je dlm peti...pastu cuma tngal gulung..xnk greng pun bleh aje mkn gituw...burritos ni ada mcm2 versi jgk..terpulang la pda kita nk hidangnya mcmana dan letak filling apa...ni pun buat msa mood rjin buat tortilla bread hritu...maz guna tortilla yg buat tu la..ada link kat rspi tu...kat rumah ni klu mexican food dpt smbutan hangat..semua sukaa...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Fried Meatball Burritos by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • roti tortilla secukupnya - maz buat sendiri, resipi ada kat sini
  • 10-12 biji bebola daging - ni pun maz guna yg buat sendiri, resipi swedish-meatballs
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 kiub pati daging
  • sedikit serbuk lada hitam
  • guacamole secukupnya - resipi ada kat sini
  • sedikit minyak zaitun
  • minyak sayur untuk mengoreng secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang besar dan bawang putih, masak sekejap biar bawang layu.
2. Masukkan tomato tin sekali dengan jusnya semua, tekan-tekan dengan senduk biar hancur. 
3. Masukkan bebola daging, kiub pati dan serbuk lada hitam, masak sekejap biar pekat sikit dan tomato hancur, perasa secukup rasa dan biar sejuk sepenuhnya.
5. Ambil sekeping roti tortilla, sapu rata sedikit guacomole, kemudian susun 2-3 biji bebola daging (ikut saiz roti la ye) bersama sedikit sosnya. Lipat kiri dan kanan, balut/gulung biar kemas. Buat sampai habis.
6. Panaskan minyak secukupnya, goreng sekejap biar garing (tak perlu sampai perang) angkat dan toskan. Masa nak goreng tu biar bahagian terakir/hujung balut tu kat bawah, baru tak terbuka masa goreng, pastu bila dah garing sikit boleh balikkan.

snak dan jgk bekal anak skolah...sni hri2 kena bawa bekal sdrik...feningg jgk duk pkir..bekal lain..bekpesnya lain...tu blum kira msak utk tghari lagi...tu yg penuh dlm folder...

Gulai Darat Udang Galah

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..balik2 gaya lauk yg sma je..klu tak gulai lemak gini buat tomyam atau masak kari...xberani nk cuba menu yg cangih skit takut ada yg xmkn...klu mkn kat kedai hj hassan ayam kampung memang sedapp gulai udang galahnya...kena plak dgn ayam kmpung panas..isshhh terliur la plakk...ni pun pasangannya ayam greng..tpi ayam biasa je la...semoga ketemu lgi Inysaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Gulai Darat Udang Galah by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4-5 ekor udang galah saiz besar @ apa saiz
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit *
  • 1-2 biji cili merah *
  • 1 asam keping
  • 2-2 1/2 cawan santan
  • kacang buncis/panjang secukupnya
  • sedikit garam dan gula @ aji jika suka
Cara

1. Kisar lumat bahan bertanda * dengan sedikit santan.
2. Satukan semua bahan kecuali udang dan bahan perasa, masak hingga mendidih sambil dikacau selalu. Kemudian masukkan udang dan perasa secukup rasa.
3. Masak sekejap biar udang masak.

msa prgu Lulu hritu...pestime npak ada jual udang galah ni...besarr gedebak plak tu...mcm udang tu duk panggil2 jee...tu yg terus beli...tpi harganya mahal skit dri udang biasa...weakness memangg pantang npak udgg..mesti jdi geramm...huhuu...

Tuesday, November 25, 2014

Mutton Biryani ala Cairo Restoran

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..bertemu kembali dibelah mlm plak..sekli lagi cuba buat nasi berpandukan pada rsa nasi yg dimkn kat kedai..wpun xsama 100% dan main teka je apa bahan yg digunakan...tetap nk jgk buat sdrik lepas mkn tuu...ni la hasilnya versi sdiri plak nasi biryani kamben ala restoran cairo dekat adlyia...tetap licin sperti biasa klu nasi jenis 1 lauk gini...2 beradik tu sedapp aje klu mummy yg buat...tkpe la deh asalkan ada rupe nasi biryani..lgipun utk mkn sdri je kan...org kata klu xtry xthu...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maafa atas segala kekurangan...

Mutton Biryani ala Cairo Restorant by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing 
  • 1 inci halia - tumbuk *
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk *
  • 1 sudu besar serbuk rempah arabic mutton masala *
  • 1 sudu besar serbuk rempah mix arabic masala *
  • 2 sudu besar pes tomato *
  • 1 sudu kecil jintan manis (fennel) 
  • 2 labu bawang besar - hiris nipis 
  • 1 bijit tomato - dadu
  • 2 helai daun bay
  • 1 kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntuk bunga cengkih
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak secukupnya
Cara

1. Perap daging kambing dengan semua bahan * dan sedikit garam. Ketepikan
2. Panaskan minyak secukupnya (maz guna periuk tekanan terus), goreng bawang besar hingga perang, angkat dan ketepikan.
3. Dengan minyak yang sama tumis kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan jintan manis, daun bay dan buah tomato. Masak sekejap biar tomato keluarkan jusnya.
4. Masukkan daging kambing dan separuh dari bawang goreng. Kacau sebati, masak dengan api sederhana sambil dibalik sekali sekala biar daging keluarkan airnya dan sebati dengan bahan rempah.
5. Tambah air secukupnya (agak-agak la ye kira padan dengan rempah dan daging tu).
6. Masukkan sedikit gula, kacau sebati dan tutup periuk tekanan, masak seperti biasa hingga daging lembut (selama 40-50 minit).
7. Bila dah masak buka periuk tekanan seperti arahan dan perasa secukup rasa apa yang kurang.

Nasi
  • 2 cawan beras basmathi - rendam 10 minit dan toskan
  • 1 inci halia - tumbuk lumat
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5-6 sudu besar minyak sayur
  • 1 kuib pati daging @ garam
  • sedikit pewarna oren (merah+kuning)
Cara

1. Panaskan minyak, masukkan semua bahan kecuali beras, pati daging dan pewarna, tumis biar wangi.
2. Masukkan separuh dari kuah daging tadi dan air jika perlu (sukatan air biar cukup dengan beras, kalau lebih air nanti nasi tidak berderai elok, maz cuma lebihkan 1 cm air je dari paras beras) dan kiub pati atau garam. 
3. Bila air dah mendidih masukkan beras, kacau sebati dan tambah garam jika perlu. Tutup periuk dan biar nasi masak seperti biasa.
4. Bila nasi dah kering titikkan pewarna dan masukkan juga 4-5 sudu kuah daging.
5. Kemudian gemburkan sikit dengan garfu biar warna bercampur dan tabur bawang goreng yang selebihnya tadi.
6. Boleh la dihidang bersama salad pilihan dan kambing tadi.

kat sni mcm2 jenis nasi birayni atau nasi lain pun..klu mkn kat kedai pakistan lain plak biryaninya..restoran india ada versinya..turkish pun nasinya gaya lain plak...jdi terpulang la pada kita dalam membuatnya...asalkan kena dengan selera deh..

Cucur Udang Sayur

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa'fuanni;..bertemu skli lgi..apa kbar semua semoga sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya..cuaca pgi ni indah sangat...dri smlm mendung dan hujan je...bukan senang nk tgk hujan kat sni...cucur udang ni lebih kurang je dgn cucur yg updated dlu...ada kat sini..cuma yg ni letak udang tu tergolek kat atas...dah berbulan jgk la dalam foldernya...yg cucur udang rangup tu pun ada 1 lgi tu duk mnunggu...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Cucur Udang Sayur by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan penuh lobak merah - sagat/parut kasar
  • 1 cawan penuh zucchini - sagat/parut kasar @ boleh ganti dengan daun bawang 
  • 1/2 cawan allpurpose flour @ secukupnya jika perlu
  • 1/8 sudu kecil baking powder
  • udang segar saiz kecik secukupnya
  • air sejuk peti secukupnya
  • sedikit garam dan pewarna kuning
Cara

1. Satukan semua bahan kecuali udang (air tu agak-agak la ye, adunannya pekat gituw)
2. Panaskan minyak secukupnya, guna senduk yang saiz kecik, celup dalam minyak panas dulu, kemudian letak udang dan baru letak adunan tadi, maksudnya udang dibawah adunan.
3. Goreng biar garing dikedua bahangian. Toskan dan sedia untuk dihidang bersama sos pilihan.

dah berbulan jgk stop goreng cucur ni..kat rumah ni gituw la..klu tengah suka tu kena buat selalu...pastu bila semua dh jemu baru stop..pastu lama la plak bru buat blik...memang sedapp kuih garing2 gini deh...bleh mkn bnyk..

Sunday, November 23, 2014

Toasted Bread with Cheesy Mushroom Omelette

Assalamualaikum w.b.t..amik peluang utk update skli lgi smbil2 duk tnggu kain dlm mesin..rasa rimas jgk tgk gambar lama bnyk lagi dalam folder tu...toasted bread stu menu yg mudah dan kenyang..samada utk sarapan atau alas perut malam...memang kerap sngat duk buat omelete dgn roti gini sebab 2 beradik tu sukaa sangat...klu beli cendawan mesti buat omelette ni selain buat sup..3 bijik pun bleh hbis klu afiq dgn aiman tu...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan..

Toasted Bred with Cheesy Mushroom Omelette by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • roti keping secukupnya - sapu sendikit mentega dikedua belah
  • 4-5 biji cendawan butang segar - hiris nipis
  • 1 labu kecil bawang besar - hiris nipis
  • 4 batang sosej - hiris nipis
  • 3 biji telur + 3 sudu besar susu segar & sedikit serbuk lada sulah - sebatikan
  • 2 sudu besar minyak zaitun/minyak sayur
  • cheese keping secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang, masak sekejap. Masukkan sosej, balik sekata.
2. Masukkan cendawan dan 1-2 cubit serbuk lada hitam. Kacau sebati masak sekadar cendawan layu.
3. Panaskan kuali non stick, letak roti dan masak sekejap dikedua bahagian biar garing, angkat dan ketepikan.
4. Dengan kuali yang sama, masukkan sedikit mentega, ratakan separuh dari bahan no 2 tadi, masukkan separuh dari telur, masak dengan api sederhana hingga bahagian bawah masak, kemudian balikkan sebelah lagi (berderai pun takpe). Terus letak sekeping cheese atasnya.
5. Angkat dan letak atas roti tadi, cheese akan cair sendiri sebab telur masih panas,
6. Boleh dihidang bersama jam pilihan.

jam tu beli yg homemade...ada jual kat pasaraya...pure rasa buah..memang sedapp...

Tandoori Fish (Fried)

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..ikan tandoori ni buat awal thun hritu lagi ni...msa musim ikan sebelah bertelur yg buat kari dan asam pedas tu...ada kat sini..rspi ni pun sama mcm ayam tandoori dlu...ada kat label ayam..cuma ikan ni goreng la kan..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

memang geram tgk telurnya tu...selama ni xpernah beli ikan ni...tpi dek kerana telurnya tu buat trpikat sungguh.. telur penuhhh...ikan sebelah atau flat fish ni ada bnyk jenis...ada yg bentuk leper mcm tapak tangan dan ada yg jenis pnjang gini..skrang ni pun dh npak ada blik ikan ni kat psar..xlama lgi Insyaa Alalh bleh beli plak yg bnyk telur ni...

Tandoori Fish by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahna-bahan
  • 4 ketoi ikan - maz guna flat fish (ikan sebelah)
  • 1/2 sudu besar yogurt asli
  • 1/2sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk garam masala
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1 ulas bwang putih - tumbuh lumat
  • sedikit garam dan pewarna merah
Cara

1. Cuci bersih ikan dengan sedikit jus lemon, kelar dan toskan
2. Satukan semua bahan diatas, lumur pada ikan dan perap 30 minit.
3. Panaskan minyak secukupnya dan goreng dengan api sederhana hingga masak dikedua bahagian. 
4. Bila nak hidang perah sedikit limau/leman dan tabur daun ketumbar serta hirisan bawang besar jika suka. 
5. Boleh hidang bersama nasi putih atau roti.

memang sedapp deh layan dgn nasi panas...kat sni klu mkn kat restoran india biasa la dgn lauk gini..bnyk ikan yg digoreng warna merah ni...selalunya mereka guna ikan kecik2...digoreng garing memang sedapp ratah..

Saturday, November 22, 2014

Mushroom Soup

Assalamualaikum w.b.t..bertemu sekali lgi..masih dlm misi utk cuba update pic lama...kerap sangat duk buat mushroom soup ni...2 beradik tu sukaa sngat...tu pun dlm pti dah beli 3 paket cendawan...klu lama skit xbuat...ada la yg bersuara...ni pun lama sangat dah kena peram...kepala pun blur je ni xde idea sangat...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Mushroom Soup by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 130g cendawan butang
  • 60g bawang besar bombay (purple)
  • 250ml air
  • 130ml susu segar
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1/2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan sedikit air
  • secubit garam - jika perlu
Cara

1. Dalam periuk masukkan air, cendawan, bawang dan kiub pati, masak hingga mendidih.
2. Masukkan dalam pengisar dan kisar hancur.
3. Masukkan balik dalam periuk, masuk semua bahan lain, kacau sebati dan masak sekejap atas api perlahan sambil dikacau. Perasa secukup rasa jika perlu tambah sedikit garam.
4. Sedia untuk dihidang bersama roti bawang putih (sapu sedikit mentega pada roti dan masukkan dalam oven hingga perang, atau boleh guna pembakar roti kalau guna roti keping biasa. Kemudian biar sejuk sikit dan sapu roti dengan bawang putih, tabur sedikit daun basil atau oregano jika suka)

bukan budak je yg suka klu sup cendawan ni deh...kita yg tua pun bleh hbis smngkuk...sblum ni rspi guna whip cream...ni yg  susu segar je...rasanya tetap sedapp...pekat rasa cendawannya...

Friday, November 21, 2014

Singgang Daging

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..ingatkan ada msa nk update siang tdi...tpi tu la deh klu hri minggu gak pasti ada prgram lain...lauk yg xjemu dimkn...hirup yg pnas pun sedapp..klu kat kpung dlu bonda selalu sangat buat singe dging ni..terutama time raya haji tu..ye la bnyk dpt dging yg org bgi kan..ni pun bkn masih panas2 lgi..sma la nasibnya dgn yg lain...duk dalam folder dlu berbulan2...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Singgang Daging by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g daging lembut - hiris nipis
  • 5-6 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci lengkuas *
  • 1 inci halia *
  • 1/2 sudu besar biji ketumbar 
  • 3 biji cili kering - kerat 2
  • 2 asam keping
  • sedikit budu
  • garam dan gula secukup rasa
Cara

1. Mayang/hiris nipis bahan bertanda *.
2. Satukan semua bahan kecuali budu dan bahan perasa, masukkan air secukupnya dan masak atas api sederhana hingga mendidih.
3. Perasa secukup rasa dengan sedikit budu (dalam 1/2 besar), gula dan garam secukupnya. Masak hingga daging lembut.

singe klate kena msuk budu sikit...bru original gitu...selalu jgk duk buat singe ni...cuma ni la bru terasa nk snap...nk msak pun mudah sngat...main lebur je...xyah susah menumbuk berdentum2 atau perah kelapa bagai deh..

Thursday, November 20, 2014

Meatballs Pasta with Dried Tomatoes Paste

Assalamualaikum w.b.t..berksempatan utk update skli lgi..esk wken tkut xsempat nk duduk depan pc ni...gambar masih xsurut jgk lagi tu...pasta ni pun sma la jgk kena peram berbulan2..seblum ni pun dah updated yg guna sun dried tomato paste ni...tapi versi berkrim...ada kat sini...kli ni tomato kering tu buat sdrik...maz keringkan dalam oven...tetap sedapp...suka dengan aromanya...meatball pun homemade...sma mcm rspi swedih meatball...selamat berhujung minggu...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Meatballs Pasta with Dried Tomatoes Paste by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • pasta secukupnya - rebus seperti biasa
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 biji tomato - dadu 
  • 1/3 cawan tomato pes - seperti gambar ni
  • 2 sudu besar dried tomato paste (pes tomato kering) - resipi seperti dibawah
  • 1 sudu kecil daun basil kering (dry basil)
  • bebola daging - maz buat sendiri, resipi swedish-meatballs
  • 2-3 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1 kiub pati daging
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus sikit
  • gula dan garam secukup rasa
Dried Tomatoes Paste
  • 8-10 keping tomato kering dalam minyak zaitun
  • 1 ulas bawang putih
  • 4-5 helai sweet basil leaf (english basil) @ boleh guna yang kering dalam botol
  • sedikit extra virgin minyak zaitun
Cara : Kisar semua bahan bersama sedikit extra virgin minyak zaitun hingga lumat. Simpan dalam peti untuk kegunaan seterusnya.

Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan masak sekejap. Masukkan buah tomato.
2. Masukkan pes tomato, kacau sebati. Masukkan air (boleh guna iar rebusan pasta) secukupnya. Masukkan semua bahan lain kecuali pasta. Perasa secukup rasa dan masak biar mendidih dan kuah pekat sikit.
3. Kemudian masukkan pasta yang telah direbus, kacau sebati dan sedia untuk dihidang bersama sedikit parutan parmesan cheese.

Nota ilhamdapur : boleh buat sendiri dried tomato pes tu, hiris nipis buah tomato masak, susun dalam loyang yang dialas baking paper dan bakar hingga kering dalam oven suhu 100 C selama 2 jam.

pasta ni memang mudah sangat penyediannya kan...asalkan ada bhn asas tomato sos atau krim utk versi putih...pastu selebihnya bleh letak apa je ikut selera...cepat plak tu dan yg pasti anak2 sukaa...

Rojak Buah ala Selera Kita

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa'fuanni'..selama ni xberapa minat sangat rojak buah ni...mungkin xjumpa yg menepati citarasa...klu mkn pun xde la bersungguh mana atau fanatik sngat org kata dgn rojak buah ni...tpi setelah merasa kesedapan rojak buah Indonesia stail kat restoran selera kita kat gudaibiya...hati mula terpikat...kena sungguh dgn selera...kuah rojaknya cukup seimbang rasa...setelah beli 2x dan amati rasanya...cuba buat sndri plak...biasa la tukang masa ni...mesti nk clone jgk klu boleh apa yg dimkn tu...dri segi rupa memang dah sama...rsa pun Alhamdulillah juri kat rumah ni kata sama la mcm restoran tu...abangngah pun sukaaa...katanya sedapp yg mummy punya lgi...wpun bahannya simpe je dan nak buat pun mudah benor...tapi kena dgn selera kami...ni yg buat kli ke 2 stelah percubaan pertama berjaya...pic ni lama sangat dah peram...pastu yg buat selalu tu xsnap dah la...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Rojak Buah ala Selera Kita by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 200g thai palm sugar @ india (jaggeri) - lain dari nisan/gula melaka ye
  • segengam kecil asam jaya - bancuh dengan 2 besar sudu air
  • 1-2 inci belacan
  • 3-4 biji cili padi - tumbuk sikit
  • kacang tanah goreng yang ditumbuk/kisar sedikit halus secukupnya
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • sedikit kicap manis - untuk gelapkan sikit warna sos
  • buah secukupnya - epal hijau, nenas, timun jepun, keledek, manga (maz ikut macam yang  restoran tu) @ ikut citarasa
Cara

1. Potong saiz kecil palm sugar tadi, masukkan dalam pengisar kering bersama gula, sedikit garam, belacan dan kicap manis (agak-agak la ye suakatannya, kena rasa manis tu lebih sebab nak makan dengan buah). Kisar biar betul-betul lumat/berkrim gituw.

2. Kemuadian masukkan cili padi, kacang tanah dan asam jawa (sekali dengan biji, ni pun maz ikut sama macam restoran tu juga, kalau tak nak pun takpe). Kacau sebati dan perasa secukup rasa biar ada rasa manis, lemak masin yang seimbang dan sedikit masam (tambah la ye apa yang kurang, sebab buat ni tak sukat, main agak gitu je). Pes ni pekat/likat sangat.

3. Dalam mangkuk masukkan buahan yang telah dihiris, pes rojak tadi dan gaul sebati. Lepas dah digaul dengan buah, rojak akan jadi sedikit berkuah sebab jus dari buah.

rasa rojak ni lain dri rojak yg biasa duk tgk kat msia yg guna kuah rojak wrna hitam tu...memang puas hti...sedapp dan kena dgn selera...dah selalu buat sebab suami pun sukaa sangat...pes tu maz buat bnyk..simpan je dlm peti...stelah duk buat sdri ni...xpergi dh la cri rojak kat restoran tu...lesung sbelah tu hiasan je...kihkii...tpi klu nak buat musle bleh aje tumbuk...sebab palm sugar lembut...

Wednesday, November 19, 2014

Fish & Chips

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..bertemu sekali lgi...apa kbar semua...tgk kat FB bnyk dah tempat yg sudah mula dinaiki air...tempat sedara mara pun ada yg dah kena bah ni...bestnya main banjir kan...cuma pakaian je la susah nk kering...rinduuu sangat dgn suasana banjir...seronok zaman kecik dulu time banjir ni...yg pling best dpt mkn ubi kayu dan ubi stelor (keledek) bakar...time tu semua org gali semua tanaman...klu dak hbis tengelam dek banjir...ok la pagi ni update fish n chips...dah 3x buat ni...memang puas hati sangat yg buat sdrik...batternya garinggg...bleh kata sedapp lgi dri yg kedaii...batter ni sma dgn bancuhan goreng-pisang ni...cuma tmbah bhn skit je...keeper resipi dan perfect utk fish n chips...Alhamdulillah semua dgn izinNya...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

ikan plak fresh sangat...maz guna hammour fillet yg beli kat pasar...1kg 3 dinar atau klu duit kita dekat rm30...tpi bnykkk...tebal plak tu isinya...skeping tu memang kenyanggg sungguh...pernah beli msa kat msia dulu fillet ikan apa xthu la, yg frozen dalam paket kat pasaraya rm8...nk buat sweet n sour...tpi bila dah defrost isinya lembik semacam je...maz ni klu ikan xsemua boleh mkn...nak2 ikan yg ada bau...xleh nk buat apa la...jdi rezki tong sampah...memang tekak ni xleh terima...

Fish n Chips by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • hammour fillet secukupnya
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit lada hitam - tumbuk
  • sedikit serbuk bawang putih (garlic powder)
  • 50ml susu segar
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
  • kentang goreng secukupnya
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, air dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair, biar boleh salut ikan).
2. Tabur sedikit serbuk lada hitam dan serbuk bawang putih pada isi ikan.
2. Panaskan minyak secukupnya, celupkan ikan dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angakat dan toskan, buat sampai habis.
3. Sedia untuk dihidang bersama kentang goreng dan sos pilihan.

isshhh tgk yg ni telan air liur la plak...Inysaa Allah klu ke pasar wken ni kena beli plak npaknya...

Tuesday, November 18, 2014

Popia Basah Lagi

Assalamualaikum w.b.t..' Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..lagi dan lagiiikk...xthu berapa kli dah buat popia basah ni...cuma xsnap dan update selalu je...ni pun xhingat dah yg buat bila...yg pasti dah 4-5 bulan dah...memang sdppp la...puas hati yg buat sdrik ni...boleh suaikan dgn citarasa nk letak apa...yg pasti akan buat lagii dan lagikk la...rspi sama je mcm yg buat sblum ni..ada kat sini...Insyaa Allah semoga ketemu lgi...mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Popia Basah by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi Kulit Popia : Kak Umi-e myresipi
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 biji putih telor 
  • 3/4 cawan air 
  • 2 sudu makan cuka 
  • secubit garam 
Cara

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.
2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (cara bergambar), tak perlu balik. Bila dah kering angkat dan simpan dalam tuala agar tidak kering.

Nota ilhamdapur : utk kulit ni maz buat 1/2 rspi je skli buat, bleh dpt dlm 15 keping sebab buat saiz kecik je..utk 1/2 rspi maz guna 1 biji putih telur saiz B dan air tak ikut sukatan ni, maz guna lebih...adunan tu macam adunan cekodok tapi smooth gitu, kalau adunan kental memang tak boleh nak sapu kat kuali..

Sambal
Resipi : http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/3 -1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering kisar 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar udang kering - rendam sekejap 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar sos cili 
  • nisan sebesar 2x ibu jari 
  • gula dan sedikit garam 
  • minyak untuk menumis 
Cara

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. 
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar hingga naik bau. 
3. Masukkan cili kisar pulak dan tumis dengan api sederhana hingga pecah minyak. 
4. Tambah air sikit bila cili dah masak dan masukkan sos tiram,sos cili, nisan dan gula garam secukup rasa. 
5. Masak hingga sambal jadi pekat dan sejukkan sepenuhnya. 

Inti
Resipi : http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan kubis yang dimayang halus 
  • 1 batang lobak merah - sagar kasar
  • 1/3 cawan bawang besar yang didadu 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar minyak sayur/masak 
  • 1 biji telur + 2 sudu besar air - kocok dengan garfu 
  • 1 biji timun jepun - sagar kasar dan perah sikit buang airnya 
  • bawang goreng secukupnya 
  • kacang tanah tumbuk secukupnya 
Cara

1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan masukkan telur, biar sekejap kemudian kacau biar telur hancur (mcm buat scramble egg tu). Angkat dan ketepikan. 
1.Dengan kuali yang sama, panaskan 1 sudu minyak, masukkan bawang besar, bila bawang dah layu sikit masukkan kubis dan lobak merah. 
2. Kemudian masukkan sos tiram, kacau sebati dan masak biar sayur lembut sikit. Padamkan api dan masukkan telur tadi, kacau sebati dan sejukkan sepenuhnya.
3. Timun tu gaulkan bila intinya dah sejuk, maksudnya tak perlu dimasak bersama.

npak je mcm bnyk keje...tpi tak susah mana nk buat popia basah ni...sambalnya boleh buat awal dan simpan je lam peti...pastu buat kulitnya je dan intinya plak 10 minit dah siap...stiap kli buat maz bancuh 1/2 rspi je...tu pun bleh dpt bnyk keping sebab buat saiz kecik je...

Monday, November 17, 2014

Crab Adobo

Assalamualaikum w.b.t...bertemu sekli lgi...sementara ada kesempatan dan mood ni update je la deh...adobo ni sejenis masakan yg popular difilipino...klu msia nasi lemak atau satay la kan...maz kenal menu adobo ni semenjak sampai bahrain...xde plan pun nk buat ketam adobo ni...msa buka peti tgk ketam ada 2 ekor yg lebih buat gulai...duk pkir nk masak apa dgn ketam ni...masam manis dh selalu sangat...gulai kuning pun bru je buat...tetiba trus dtg ilham adobo ni...dah berbulan jgk la kejadian ketam ni...main buat je sebab sblum ni pernah tgk kat tv chef wan pergi sana dan sorang chef hotel buat demo cara masak seafood adobo...sedappp rupenya ketam masak ala kicap ni...kena dgn nasi putih...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Crabs Adobo by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 ekor ketam - kerat 2
  • 1/2 labu bawang besar - cincang
  • 1 ulas bawang - cincang
  • 1 biji cili hijau - cincang
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • sedikit gula dan garam jika perlu
  • sedikit daun ketumbar - cincang - jika suka
  • sedikit minyak sayur untuk menumis
Cara

1. Panaskan minyak, masukkan bawang dan cili, masak sekejap biar layu.
2. Kemudian masukkan kicap, air asam jawa dan sos tiram. Masukkan ketam, kacau sebati dan tutup kuali sekejap.
3. Masukkan sedikit air dan perasa secukup rasa. Tutup balik kuali dan balik sekali sekala. Masak hingga ketam masak.

klu kita msak kicap deh...kat sni ramai sangat pinoy dan makanan mereka pun ada dijual  kat wet kitchen pasaraya yg dimasak oleh pekerja pinoy, tapi halal la...org arab pun dh pandai mkn...klu kat pinoy mereka gna ayam atau dging (tuutt) utk buat adobo ni...versi sotong dan ketam pun ada jugak kat sni..

Cardamon Tea (Arab Chai)

Assalamualaikum w.b.t..cardamon tea minuman harian masyarakat tempatan kat sni...klu beli teh mesti ada buah pelaga...memula minum tu tekak ni xleh terima jgk...tpi pas dah hbis secawan tu sedapp rupenya...terus jatuh cintan dgn teh arab ni...xrasa muak bila letak buah pelaga...org arab pangil tea ni chai dan teh kat sni xguna susu pekat, mesti susu cair...ada satu kedai yg terkenal dgn cardamon tea ni...king karak namanya...kereta berderet2 tngu nk beli chainya...tpi memang sedapp tehnya...teh ni pun dh lama sangat...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Cardamon Tea by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 5-6 teh uncang
  • 5-6 biji buah pelaga
  • 0.7liter air
  • 1/4 sudu kecil garam
  • susu cair secukupnya -maz letak 1/2 tin (jgn guna susu pekat ye)
  • gula secukupnya
Cara
1. Didihkan air bersama teh dan buah pelaga, biar mendidih lama sikit.
2. Dalam teko masukkan air teh tadi bersama buah pelaga, gula secukup rasa, susu cair secukupnya dan garam, kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.

yg penting rebus lama sikit teh uncang tu biar tehnya pekat dan susu cair secukupnya...bukan susu pekat ye...kat rumah ni selalu la buat chai ala King Karak ni...semua sukaa dan mesti letak cardamon...kena try bru thu perbezaan antara teh yg diletak buah pelaga dgn tidak..cukup beraroma...

Sunday, November 16, 2014

Goreng Pisang

Assalamualaikum w.b.t...ada masa dan mood rajin ni update goreng pisang la plak...bnyk sungguh lgi gambar dalam folder tu...xsurut pun wpun updated hari2...ye la asik duk tambah je dgn yg baru mcmana nk hbis deh...Alhamdulillah atas segala nikmatNya...kat sni memang best masak2 ni...pastu tambah ada org yg mkn...goreng pisang ni pun dh 2-3 bulan rsanya...memang kerap sangt duk buat goreng pisang ni sbb senang dpt stok pisang yg sedapp sangat digoreng atau buat pengat...kat sni cuma panggil india banana...klu kat msia xthu la pisang apa...jenis isi kuning dan buahnya besar...semoga jumpa lagi...Insyaa Allahd an mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

ni aiman punya..dia memang sukaa sngat mkn apa2 dgn coklat...pastu saja letak aiskrim skit...rspi ni hasil duk berekspirem...rangupp dan butter ni jgk maz guna utk fish n chips...dah ada dlm folder tu...

Goreng Pisang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 biji pisang yang sesuai - hiris nipis
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, kemudian masukkan air dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair dan pekat sangat).
2. Panaskan minyak secukupnya, celupkan pisang dalam adunan dan goreng hingga perang dikedua bahagian. Angakt dan toskan, buat sampai habis.

sbjik pisang ni maz kerat 2, pastu setiap satu belah tu hiris 3 plak...memang ckup sorang mkn sbjik tu...besar dan sedapp goreng pisang ni...mlm ni pun nk goreng pisang lagi...aiman mtak...

Flash Fried Prawns with Olive & Cherry Tomatoes

Assalamualaikum w.b.t...bertemu sekali lagi...idea pun xberapa ada plak hri ni...xthu nk ckp apa...layan je la deh menu tapas ni...dan lama sangat kejadiannya...biasa la dpur ni gitu la...semua main peram dlu...udang tapas ni memang sedappp cicah dgn roti perancis...sukaa rasa olive oil sebagai sosnya...rspi asal dri sini...cuma maz ubah sikit ikut selera...yg pasti mudah sangat2 dan pastinya berkhasiat...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Flash Fried Prawns with Olive & Cherry Tomatoes by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 sudu besar extra virin minyak zaitun
  • 15 ekor udang segar - buang semua kulit kecuali ekor - belah belakang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • sedikit buah zaitun
  • beberapa biji tomato ceri - belah 2
  • sedikit daun parsly - cincang
  • sedikit jus lemon
  • sedikit garam & serbuk lada hitam
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang putih dan udang, kacau sebati. Masukkan semua bahan lain kecuali daun parsli dan perasa dengan sedikit garam, jus lemon dan serbuk lada hitam. Masak sekejap biar udang masak.
2. Tabur daun parsli secukupnya dan sedia dihidang bersama roti perancis (roti tu tuang sikit minyak zaitun)

terjdinya udang tapas ni gara-gara tgk cooking dan travel show...pastu mula la dtg keinginan nk merasa dan cuba buat...tambah jenis cepat dimasak...lgi laaa tukang masak ni sukaa...

Saturday, November 15, 2014

Ayam Masak Merah

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'...plannya nk update pgi tdi...tpi tu la deh...msa xmengizinkan...ayam masak merah pasangan nasi-tomato tu...dri dulu klu buat ayam masak merah tu duk masak mcm ni je...pabret keluarga dan kwn2 klu buat jamuan...tpi ada 1 lgi rspi mak (MIL) yg banyk kli jgk dah buat sblum ni cuma smjak dtg sni xbuat lgi...ayam masak merah mak tu specil skit...ada masuk badam...Insyaa Allah nti maz update kat sni rspi mak tu...aiman la yg paling suka ayam masak merah opahnya tu...klu blik mesti opahnya buat ayam tu...yg buat sblum ni ada kat sini...selamat berhujung minggu dan mohon maaf atas segala kekurangan...Insyaa Allah semoga ketemu lgi...

Ayam Masak Merah by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g ayam - potong saiz sederhana, cuci bersih dan toskan
  • 8-10 ulas bawang merah @ 1 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 batang serai - hiris *
  • 2 inci halia muda *
  • 1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering & kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • garam,gula secukup rasa & aji jika suka
  • cili hijau dan daun ketumbar
Cara

1. Lumur ayam dengan garam kunyit dan goreng hingga masak, tapi bukan garing ye. Angkat dan toskan, masak sampai habis.
2. Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air hingga lumat.
3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar hingga wangi.
4. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana hingga pecah minyak. Kemudian tambah air sikit dan tumis hingga cili masak.
5. Masukkan sos cili, sos tiram, bawang besar dan dan tambah air sikit lagi.
6. Perasakan secukup rasa dan masukkan ayam goreng tadi. Kacau biar sebati dan masak biar ayam sebati dengan sos dan kuah jadi pekat.
7. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tabur daun ketumbar, bawang goring bila nak hidang, maz buat makan dengan nasi tomato.
    klu buat jamuan memang senang mask menu ni dgn nasi tomato...budak2 pun memang suka klu lauk ayam ni kan...tukang masak lagi la seronok xpayh feningg nk buat lauk banyk jenis...kat msia dlu biasa buat time jamuan raya utk kawan sekolah anak...

Friday, November 14, 2014

Nasi Tomato Lagi..

Assalamualaikum w.b.t...'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'...Alhamdulillah bertemu sekali lagi dipgi jumaat yg barakah...semoga Allah permudahkan segala urusan kita hari ini yg membawa kebaikan...Inysaa Allah...nasi tomato atau yg seangkatan dgnnya memang antara yg selalu dimasak...dapat sambutan hangat kalu nasi jenis 1 lauk gini...dah banyk kali sangat duk masak...ni menu 3 minggu sudah...rspi lebih kurang je mcm yg updated sblum ni...ada kat sini...cuma yg ni buat versi mudah lagi...Insyaa Allah semoga jumpa lagi...surah Al-Khafi menunggu pembacanya dihari jumaat dan juga sunnah Rasulullah saw...ingatan utk diri sendiri jgk...mohon maaf atas segala kekurangan...

pasangannya ayam masak merah dan acar timun mentah...tghari ni dapur cuti la...skjap lgi lepas solat jumaat nk merayau cri mkn...hri minggu kan...

Nasi Tomato by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmati - cuci dan rendam 8-10 minit
  • 1/4 cawan susu cair
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk 
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk 
  • 5-6 sudu besar minyak sayur
  • 1 helai daun pandan
  • 5 kuntum bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan 1 kulit kayu manis (4 sekawan)
  • 1 biji buah tomato - dadu
  • 2-3 sudu besar pes tomato
  • 1 kiub pati ayam/daging/garam secukup rasa
  • gajus/kismis jika ada - maz xletak, anak tak minat
 Cara

1. Panaskan minyak (maz guna periuk nasi letrik terus). Masukkan bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan, tumis biar wangi. 
2. Masukkan daun pandan dan buah tomato, masak biar tomato layu.
3. Masukkan pes tomato, kacau sebati, masukkan air secukupnya (jangan terlebih air nanti nasi tidak berderai elok, maz cuma lebihkan 1cm je air dari paras beras) dan kiub pati, masak biar air mendidih.
 4. Masukkan susu cair, gajus/kismis jika ada dan beras. Kacau sebati, rasa jika perlu tambah garam dan tutup periuk biar nasi masak sepenuhnya. Bila dah masak gemburkan nasi dengan garfu.
 5. Boleh la dihidang bersama ayam masak merah atau lauk pilihan dan acar timun.

memang pabret umat kat rumah ni klu nasi tomato ni...tpi memang senang pun kan...xpyah nk pening buat 2-3 jenis lauk...memang sedapp diganding dgn ayam masak merah...Insyaa Allah esk update ayamnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...