Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Kambing. Show all posts
Showing posts with label Kambing. Show all posts

Thursday, October 31, 2019

Nasi Kambing Panggang

Assalamualaikum w.b.t
Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung). 'Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan berzikir yang sebanyak-banyaknya - Al Ahzab :41. Self remainder, may Allah swt accept our good deeds and shower us His mercy, Ameen.
kebelakangan ni agak kebizian skit, nk buka laptop ni pon mcm berat je!huhuu, sblum ni pon dh ada buat set kambing panggang ni, bleh tgk kat SINI, idea pon xde sngat nk tulis apa pgi ni..Insha Allah smpai jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

 menu ringkas yg yg sihat deh, skli skala berpanggang2 gini..

NASI KAMBING PANGGANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing segar - maz guna bahagian ribs
  • 1/2 labu kecil bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2-3 sudu besar sos lada hitam - maz guna jenama puteri dari Msia
  • 2-3 sudu besar sos smoke BBQ - maz guna jenama Life dari Msia
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  •  kicap manis secukupnya
Cara

1. Toskan kambing biar kering sepenuhnya, tumbuk lumat bahan bertanda *
2. Gaul kambing dengan semua bahan, perap 3-4 jam.
3. Panaskan 1 sudu besar minyak sayur/minyak zaitun dalam kuali non stick, susun daging dan masak selama 2-3 minit setiap bahagian atau biar sedikit perang, masak sampai habis.
4. Susun dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum guna.
5. Boleh la dihidang ketika masih panas bersama nasi putih, sambal belacan dan sup, maz buat sup kosong je, rebus sayap ayam sikit.

Nota ilhamdapur : setiap kali nak masak daging baru sentiasa tambah minyak sikit lagi agar kuali tidak hangus, bila dah siap masak, tutup daging dengan aluminium foil sementara tunggu masak daging yang seterusnya agar daging yang sudah masak tidak kering.

kat sni banyk restoran yg ada menu grill2 ni..selalu jgk duk mkn cuma versi arab la, nk order mkn dgn nsi putih pon bleh cuma xde sambal belacan la..

msa beli kambing ni memang amik smua bahagian tulang rusuk sbb nk panggang..

Tuesday, September 6, 2016

Nasi Biryani Kambing

 Assalamualaikum w.b.t 
'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), semoga Allah swt forgive and show us what the best , Ameen.
bertemu skli lgi, ni pun kena cepat2..nk msuk dapur plak, anak2 dh start skolah sibuk la sikit..kena masak on time, ok la kambing masak biryani tu buat utk nasi ni..saja n3 asing2 senang refer resipi kambing kat situ , kerap jgk duk buat nasi biryani ni ,cuma xsnap selalu..kekdang buat nasi biryani layan dgn kari ayam je..dlm puasa hritu pon ada buat, biasa sngat dgn nasi biryani ni klu mkn kat luar, oder utk afiq yg xleh tinggal nasi..dia mesti kena mkn skli shari, restoran arab pun ada jgk jual nasi biryani ni..mokcik ni suka msak yg cepat gini, xpyah nk buat bnyk lauk..InysaaAllah jumpa lagi, dh pkul 11 lebih..ayam dlm sink duk panggil tu! dan maaf atas segala silap yg ada..

lepas rebus beras dan tos, proses layer dgn lauk kambing yg dh masak tdi..pastu masak seperti biasa sekejap lagi biar nasi masak sepenuhnya..warna kambing ni agak pucat sikit sbb bru masak je, yg gmbar kambing masak biryani tu maz snap yg dh masak lama sbb memang xmasuk smua dgn beras ni..lain kli xnak masuk lauk yg dh masak stu skli dgn nasi gini, lauk jdi kering plak..masak je nasi mcm ni tanpa letak lauk, pastu bila nak hidang tuang nasi separuh baru letak lauk kambing..

NASI BIRYANI KAMBING by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmathi
  • 5 biji buah pelaga
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 labu bawang besar goreng
  • 3 biji cili adi hijau/cili hijau - potong
  • daun ketumbar cincang
  • garam
  • kambing masak biryani
Cara


1. Cuci beras dan rendam bersama 1 sudu kecil garam selama 30-40 minit,  toskan.
2. Dalam periuk masukkan 2-3 liter air bersama buah pelaga, serbuk kayu manis dan 1/2 sudu kecil garam, masak hingga air mendidih.
3. Masukkan beras dan masak biar beras masak 70-80 %, toskan dan gaul sikit perlahan-lahan  dengan minyak sapi, guna garfu je.
4. Dalam periuk (maz guna rice cooker terus) letak separuh beras tadi, 3-4 ketol kambing dan sedikit kuahnya, titik 3-4 tempat warna kuning dan oren, kemudian tabur sedikit bawang goreng, daun ketumbar dan cili potong.
5. Ulang buat 1 lapis lagi, lapisan atas ni tuang 3-4 titik air ros jika ada.
6. Tutup periuk dengan aliminium foil, kemudian baru tutup dengan tudung periuk dan tekan butang periuk seperti biasa biar nasi masak sepenuhnya (dalam 4-5 minit gitu).
7. Bila nasi dah masak, gembur perlahan-lahan dengan garfu biar warna bersatu dan sedia untuk dihidangkan.
8. Untuk buat bawang goreng, hiris nipis bawang besar dan goreng hingga perang, maz buat bawang goreng ni dulu dan minyak bawang goreng tu guna untuk tumis bahan masak kambing biryani.


Nota ilhamdapur : kalau tak nak masuk sekali lauk pun boleh, buat cara no 4 tu tanpa masuk lauk yang dah masak, bila nasi dah masak sepenuhnya dan nak hidang baru letak lauk, buat macam ni lauk tak jadi kering dan lebih cantik.

harum semeurbak bila buka periuk, air rose tu klu xde pun tkpe..kat Msia, pasaraya mydin ada jual..maz pernah tgk dlu, time nak gaul tu buat slow2 je agar beras tak patah dan guna beras basmathi yg elok bru nasi cantik..

Monday, September 5, 2016

Kambing Masak Biryani

Assalamualaikum w.b.t.
(Astaghfirullah 3x, Allahumma antas salam wa minkas salam tabrakta ya zal jala'li wal ikram), sama2 kita amal zikir ni selepas solat fardhu, sunnah Rasulullah saw (sahih Muslim), semoga Allah swt bless us all and guide us to the right path, Ameen.
rsa mcm dh lama jgk xkluar lauk kambing, msa pergi pasar 2 minggu lepas masuk la tempat daging skli..beli kambing 2kg dan daging yg buat masak merah tu, kambing ni yg part daging saja tu dh selamat goreng kunyit hri tu jgk, sedap daging fresh masak simple2 deh! pastu masak biryani ni, sbnarnya kambing ni buat utk nasi biryani..update lauk la dlu, senang nk tulis resipi..maz buat berdasarkan pada apa yg duk mkn kat sni, memang dh biasa sangat duk mkn masakan india atau pakistan sbb kedai mkn depa ni memang bnyk! ni je pilihan yg ada klu dh xlalu nasi arab tu, mlm kelmarin pun mkn kat restoran mumbai spice..pastu mula la tukang masak ni rsa nk buat sdrik plak, masakan india dan pakistan ni gaya masaknya lebih kurang..banyk guna rempah serbuk dan bawang utk pekatkan kuah sbb xmasuk santan, tpi sedapp! harum semerbak bila buka periuk tu..InsyaaAllah jumpa lgi dan maaf atas apa yg tidak menyanangkan..

tumpang tepek kat sni je la, nk buat n3 khas pasal mkn2 xbrapa rajin la plak..niat dan keinginan tu ada, cuma sampai ke hri ni xterbuat2 lgi..ni cerita mlm kelmarin, sesambil suami nk pergi masjid singgah kat mumbai spice ni skli..pastu mula la rsa nk try buat sdrik plak mcm ayam dlm periuk tu! restoran ni dekat sangat pun dgn rumah, 5-7 minit drive je..rumah baru ni kelilingnya tempat mkn je! sni most kedai dan restoran india adalah muslim, india yg ada kebanyakannya dari Kerala dan muslim asli dan golongan pekerja ni la yg memenuhkan masjid..

tosai! rangup dan nipis, org kata memang xrindu la dgn kedai mamak kat Msia..ni suami yg oder, maz dgn abangngah mkn ayam dlm periuk dgn naan tu..afiq mcm biasa la dia nasi biryani ayam, lupa plak nk snap nasi tu..

KAMBING MASAK BIRYANI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Bahan perap
  • 1kg kambing segar
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/4 sudu kecil jintan manis (fennel)
  • 1/2  cawan yogurt asli
  • sedikit garam
Bahan Tumis
  • 1 labu bawang besar bombay, kalau kecik guna 2 - cincang
  • 1 kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk garam masala
  • 1 biji tomato - cincang
  • 3 biji cili padi - potong
  • sedikit daun ketumbar cincang
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka
Cara

1. Cuci kambing dan toskan, tumbuk lumat bahan bertanda *.
2. Gaul kambing dengan bahan tumbuk dan semua bahan perap, biar selama 1 jam atau lebih.
3. Panaskan sedikit minyak dalam periuk tekanan, masukkan bawang besar, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga, tumis sekejap biar bawang layu.
4. Masukkan tomato, masak biar tomato lembut, masuk serbuk garam masala, serbuk ketumbar, kambing, cili padi dan daun ketumbar, sebatikan.
5. Masak sekejap biar kambing mesra dengan bahan rempah dan keluar airnya.
6. Masukkan air (jangan banyak sangat, nanti kuah cair plak, dalam 1 cawan lebih sikit ke),  masukkan garam, gula dan aji jika guna, tutup periuk tekanan seperti biasa dan masak selama 40 minit dengan api kecil.
7. Padamkan api, buka tutup periuk tekanan bila wap dah keluar.

yg best part sedut tulang tu, abangngah suka sangat..cicah dgn roti naan pon sedap! guna presure cooker ni senang, xpyah nk kacau apa..tunggu masak je, masa pun jimat..

Sunday, August 7, 2016

Gulai Kaki Kambing

 Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adzaaban-nar' (Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka) Al Baqarah - 201, doa indah yg penuh dgn makna dan disukai oleh Rasulullah saw (Bukhari & Muslim) dan yg selalu kita amal baca selepas solat atau boleh baca bila-bila masa, semoga Allah SWT give us His mercy and forgiveness on the day we will need, Ameen.
sbnarnya ada jgk duk beli kaki kambing ni, abangngah dgn babanya suka mkn..sblum ni ada masak paya, menu pemes kari kaki kambing pakistan stail..pernah jgk mkn kat kedai 2-3x, cicah dgn roti naan..kat sni kaki kambing, kepala dan segala organ dalaman kambing, lembu memang mudah didpti..kat pasaraya pun bnyk jual, klu pergi pasar daging lgi la fresh yg baru sembelih awal pagi..cuma organ2 tu jarang beli xbb xmkn sangat, gulai ni cerita bln 5 lgi, dh 3-4x duk ulang beli masak kaki kambing ni..buat sup sudah, kari pun sudah atas permintaan abangngah..ni masak gulai stail padang masuk serai dan daun limau purut nk bgi ilang sikit baunya tu, kat sni kaki dijual yg dh siap diproses, blik cuma masak je..memang sedap layan dgn nasi panas, ada plak ikan masin dan sambal deh..berselera sungguh la, abangngah suka meratah kaki kambing ni..dia suka tang urat2 lembik tu, InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

GULAI KAKI KAMBING by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4 batang kaki kambing yang telah dibersihkan
  • 2 cawan santan
  • 1/2 labu bawang besar bombay @ bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 biji cili merah *
  • 2 biji cili padi merah @ lebih jika suka pedas *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 batang serai - ketuk
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 1 keping asam gelugur
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Kisar lumat semua bahan bertanda *.
2. Rebus kaki kambing dengan periuk tekanan selama 20 minit atau separuh lembut, bila dah masak toskan.
3. Panaskan sedikit minyak (maz guna periuk tekanan juga), tumis bahan kisar bersama serai biar naik bau dan rencah masak sikit.
4. Masukkan santan, asam keping, daun limau dan masak biar mendidih sekejap kemudian masukkan kaki kambing dan perasa secukup rasa. 
5. Tutup periuk tekanan seperti biasa dan masak selama 15-20 minit lagi biar kaki lembut sepenuhnya.

sblum masak, maz rebus dulu dlm pressure cooker biar separuh lembut dan buang air rebusan tu..klu dak kuat sngat baunya, pastu baru masak..sedap mkn jenis urat2 gini, buat sup pun sodappp! 

Wednesday, April 27, 2016

Sup Kambing (Indian Style)..Menu Plan Diet Cara Atkins

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga. 
apa kbar semua, balik dgn menu diet..sup pun kerap jgk la duk buat sbb suami memang suka hirup jenis kuah2 gini..kli ni try buat lain skit dri sup yg biasa duk msak, sup kambing ala india..masuk rempah serbuk dan xguna rempah sup bunjut, wangi semerbak..terasa rempahnya, sedapp la! klu nk mkn dgn nasi pun bleh..jenis berdiet on wdays je, klu hri minggu tu memang sah terbabasnya, sbb xlekat kat rmah..dgn donat la, eskrimnya, fastdood..adoiii! tu yg lambat nk dpt archive target..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

SUP KAMBING (INDIAN STYLE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing dengan tulang
  • 1 labu bawang besar bombay - cincang
  • 1 ulas bawang putih  - tumbuk lumat
  • 1/2 inci halia - tumbuk lumat
  • 1 biji tomato - cincang
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil jintan manis (fennel seed)
  • 2 helai daun bay
  • 2 biji cili hijau - potong
  • 1 biji lada benggala (capsikum)
  • 1 kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • garam dan gula
  • sedikit minyak sayur untuk menumis
Cara

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk tekanan (kalau nak guna periuk biasa pun boleh), masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun bay, tumis sekejap.
2. Masukkan bawang besar, masak biar bawang lembut dan naik bau, kemudian masukkan halia dan bawang putih, masuk serbuk ketumbar dan jintan manis, tumis sekejap.
3. Masukkan kambing, tomato dan cili, masak sekejap biar daging sebati dengan bahan rempah dan keluar air.
4. Masukkan air secukupnya (ikut selera la ye nak sup cair atau pekat sikit), garam dan gula, tutup periuk dengan sempurna dan masak dengan api perlahan selama 30 minit.
5. Padamkan api, buka periuk tekanan dan masukkan lada benggala, masak sekejap lagi dalam 5 minit biar sayur lembut.

sayur tu main buh je apa stok yg ada, sedap plak letak lada benggala hirup skli dgn kuah..pastu saja masak biar lembik skit sayur tu..

Wednesday, April 6, 2016

Set Nasi Kambing Panggang Lagi

Assalamualaikum w.b.t
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10), Ameen.
sekli lgi nasi kambing panggang, sbnarnya dh berkali2 jgk dh buat set nasi ni..sedap sangat! dgn daging kambing yg juice dan ckup rasa bahan marinated..wpun penyediannya ringkas je, tpi pasti duk teringat nasi kambing panggang yg teramat sedap ni..tpi ni pun kejadian yg dh berminggu jgk la duk peram dulu, cuma yg ni maz masak dlm kuali non stick dulu..pastu bakar dalam oven sekejap, nk menyenang keje..malas nk cuci pemanggang ajaib..hasilnya tetap sama, daging pun lembutnya sbb guna kambing segar..yg buat sblum ni ada kat sini,  Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf andai ada silap dimana-mana..

ada plak sambal belacan lgi la teramat sedapnya, maz guna lamb chop..separuh potong amik daging je senang anak2 nk mkn..

SET NASI KAMBING PANGGANG LAGI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing segar
  • 1/2 labu kecil bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2-3 sudu besar sos lada hitam - maz guna jenama puteri dari Msia
  • 2-3 sudu besar sos smoke BBQ - maz guna jenama Life dari Msia
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • sedikit kicap manis
Cara

1. Toskan kambing biar kering sepenuhnya, tumbuk lumat bahan bertanda *
2. Gaul kambing dengan semua bahan, perap 3-4 jam.
3. Panaskan 1 sudu besar minyak sayur/minyak zaitun dalam kuali non stick, susun daging dan masak selama 2-3 minit setiap bahagian atau biar sedikit perang.
4. Susun dalam loyang dan bakar selama 6-8 minit dengan suhu 180 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum guna.
5. Boleh la dihidang ketika masih panas bersama nasi putih, sambal belacan dan sup, maz buat sup kosong je, rebus sayap ayam sikit.

Nota ilhamdapur : setiap kali nak masak daging baru sentiasa tambah minyak sikit lagi agar kuali tidak hangus, bila dah siap masak, tutup daging dengan aluminium foil sementara tunggu masak daging yang seterusnya agar daging yang sudah masak tidak kering.

klu xpkir semua tgh diet ni, mau memanggang kambing lagi..tpi minggu lepas maz cuma panggang kambing meratah..nasi xde la, klu buat tomyam pun sama..hirup tomyam je tanpa nasi..

Thursday, March 10, 2016

Kari Kambing Tanpa Santan Ala India

 Assalamualaikum w.b.t
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
cuba lawan jgk mood yg xberapa nk ada ni, meneruskan misi utk hbiskan gambar lelama, ni pun kari ala india jgk ni..dh lama la xbuat kari biasa smenjak duk mkn kari tanpa santan ni, suka la plak dgn gaya kari mcm ni..sedap cicah dgn capati, nk buat sbgai lauk dgn nasi pun bleh..ada 2 lgi lauk kari yg xmsuk santan dlm folder tu, kambing ni kejadian bln 2 hritu..smjak diet satu kluarga ni..dh xmsak lauk2 gini, Insyaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

KARI KAMBING TANPA SANTAN ALA INDIA by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 1/2kg daging kambing - potong saiz sederhana kecil
  • 1 labu bawang besar bombay, kalau kecik guna 2 *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu kecik serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1 kayu manis, 3 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 2 bunga lawang (rempah 4 sekawan)
  • 1 biji cili hijau 
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka
  • sedikit minyak sayur/masak untuk menumis
Cara

1. Kisar semua bahan bertanda * biar lumat.
2. Dalam periuk panaskan sedikit minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar, tumis biar wangi dan sedikit perang.
3. Masukkan semua jenis rempah serbuk, tumis sekejap, kemudian masukkan serbuk kari dan tumis biar pecah minyak.
4. Masukkan daging, sebatikan dengan bahan rempah dan masak biar keluarkan airnya.
5. Masukkan air (jangan banyak, nanti cair pulak), garam, gula, cili hijau dan masak biar mendidih lama sikit..
6. Bila kuah dah sedikit pekat boleh la padamkan api.

kari2 ala india atau pakistan yg sblum ni xmasuk rempah 4 sekawan, kali ni tukar sikit dan tumis dulu bahan kisar bersama rempah..suka dgn aromanya bila masak, wangi mengoda selera..

Thursday, February 18, 2016

Nasi Kambing Panggang @ Bakar

Assalamualaikum w.b.t. 'Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adzaaban-nar' (Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka) Al Baqarah - 201, doa yg penuh dgn makna..yang disukai oleh Rasulullah saw (Bukhari & Muslim) dan yg selalu kita amal baca selepas solat atau boleh baca bila-bila masa, semoga Allah give us His mercy and forgiveness on the day we will need, Ameen.
bertemuu skli lgi..masih dgn menu lauk bakar, cuma yg ni versi kambing..sekali sekala tukar selera mkn nasi sup gini plak, kononnya nk tiru mcm nasi kambing bakar yg pemes kat klang tu..wpun xpernah sampai lgi kedai tu, maz try jgk buat sdrik..kambing tu maz perap simple je, sbb nk kekalkan rasa segar daging kambing..cuma masuk sedikit serbuk ketumbar agar ada bau rempah, klu boleh perap biar lama agar rasanya meresap dalam daging..wpun ringkas je, sedap la plak, tu sampai dh ulang buat menu ni..pastu ada plak sambal belacan yg menyengat dan sup panas, memang sedap sungguh! puas hati wpun xdpt nk merasa yg kat Klang tu..Inysaa Allah sampai ketemu lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

ni pic yg buat kali ke 2, sedap la layan dgn sambal belacan pedas2..wpun main hemtam je labu marinated ikut suka, Alhamdulillah kena dengan selera..meratah pun sedap, bakar sekejap je agar daging tidak kering sbb kambing segar..klu kambing frozen tu maz xthu la plak bleh lembut ke masak sekejap gini..

NASI KAMBING PANGGANG @ BAKAR by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing segar
  • 1/2 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2-3 sudu besar sos lada hitam - maz guna jenama puteri dari Msia
  • 2-3 sudu besar sos smoke BBQ - maz guna jenama Life dari Msia
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit kicap manis
Cara

1. Toskan kambing biar kering sepenuhnya, tumbuk lumat bahan bertanda *
2. Gaul kambing dengan semua bahan, perap 3-4 jam, (maz perap semalaman).
3. Panaskan pemanggang ajaib, tuang sedikit minyak sayur, masukkan kambing, masak selama 3-4 minit setiap bahagian.
4. Bila dah masak, masukkan dalam pinggan dan bungkus dengan aluminium foil sementara masak yang seterusnya agar tidak kering.
5. Boleh la dihidang ketika masih panas bersama nasi putih, sambal belacan dan sup, maz buat sup kosong je, rebus sayap ayam sikit.

klu asik masak lemak pun muak jgk kan, jdi sekali sekala tu tukar selera dgn menu ringkas yg sedap ni..maaf la ye pic pun blur je sbb nk cepat, snap yg masih berasap..klu posing lelama sejuk plak daging tu..

Wednesday, January 20, 2016

Kari Kambing Gaya India

Assalamualaikum w.b.t 'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami)
plannya nk update ptg smlm, tpi masa xberapa mengizinkan..kari kambing ni pasangan utk chapati tu..gandingan yg ckup serasi, kari ni pun cuba masak ikut apa yg duk mkn kat luar..adoii! ada je yg nk cba buat sdrik deh..kerap plak duk masak lauk versi kuah bawang gini, dh lama xbuat kari masuk santan mcm biasa tu..suka lagi kari versi gini, sedapp! kena cuba dlu bru tahu..nak buat pun mudah sangat dan yg penting berkhsiat sbb xguna minyak bnyk dan xmsuk santan..wpun tak masuk santan, tapi kuahnya tetap pekat sbb guna bnyk bawang besar..tekak umat kat rumah ni dh sebati dgn kari india atau pakistan ni, sedapp dan bleh mkn bnyk sbb xmuak..terasa mcm mkn kat kedai plak, Inysaa Allah semoga jumpa lagi, may Allah guide us to the straight path dan maaf atas segala khilaf..

setengah restoran tu kuahnya warna kuning skit atau pun gelap lgi..bergantung pada cara masak dan bahan yg diguna, tapi dri segi rsa xbnyk sangat bezanya..klu kuning tu mungkin guna kunyit lebih skit dri bahan rempah yg lain, sayur mentah tu memang wajib ada..arab, india ke..pakistan pun sama, mkn sayur mentah dgn bawang besar sbgai salad..klu oder nasi pun sama, salad ni mesti ada..dh jdi biasa plak duk mkn sayur gitu, klu kita mcm ulam la kan..pastu masa kat Mekah bru ni ada mkn kari ayam kat restoran xjauh dri hotel..sedap jgk, kuahnya warna kuning mcm kunyit gitu..rsanya pun light je, Inysaa Allah nti nk cuba expiremen buat kari mcm tu plak..adoiii! mokcik sorang ni..

KARI KAMBING GAYA INDIA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing - cuci bersih dan toskan
  • 2 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 tangkai daun kari @ daun bay
  • 1 kayu manis, 3 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji tomato - hiris nipis @ dadu
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk garam masala
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 biji cili padi - potong serong
  • 2 sudu besar yogurt - option
  • 2-3 sudu besar minyak sayur
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • sedikit garam dan gula atau aji jika suka
Cara

1. Kisar lumat semua bahan bertanda *.
2. Gaul kambing dengan 1 sudu besar bahan kisar, ketepikan.
3. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak dan masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun kari, kemudian masukkan baki bahan kisar dan tumis sekejap.
4. Masukkan kambing dan tomato, masak sekejap biar keluar airnya, kemudian masukkan semua jenis bahan serbuk.
5. Masukkan cili padi, yogurt, sedikit daun ketumbar dan garam.
6. Masukkan sedikit air (dalam 1 cawan gitu), kemudian tutup periuk dengan sempurna dan masak dengan api perlahan selama 40 minit.
7. Padamkan api dan suaikan rasanya, boleh la dihidang bersama chapati atau roti naan dan juga nasi.

bleh jgk guna ayam atau daging, maz pun kerap buat versi ayam sbb stok selalu ada..kari india atau pakistan xguna minyak banyak..2-3 sudu ckup dh..

Sunday, December 6, 2015

Nasi Biryani Kambing (Pakistan Style )

Assalamualaikum w.b.t 'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), cuci mata dgn nasi biryani la plak, tpi ni pun kejadian hjung bln 10 lgik..gitu la dapur ni delay tu dh biasa deh, yg bleh dtg keinginan nak try masak nasi versi 2x proses ni sbb biasa jgk la duk mkn nasi biryani ni klu masuk restoran pakistan atau india, jdi dri stu la rasa nk cuba utk buat sdrik..tabiat mokcik ni gitu la, mesti nk buat sdrik jgk..mungkin npak mcm rumit sikit penyediannya sbb kena masak secara berasingan, tapi xde susah mana..kambing biar duk dlm presure cooker, pastu bila dh nk masak rebus beras..pastu lapis dan masak plak skejap lgi, yg penting kita kena paham dlu cara bila nak buat sesuatu agar tak kelam kabut..umat kat rmah ni kata sedap, jadi dh ni mami..bleh berpuas hati dh la dgn hasilnya, wangi dgn bau ketumbar, cili hijau dan bawang goreng..Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan harap dpt dimaafkan atas kekurangan yg ada..

utk masak nasi yg penyedian 2x ni, seeloknya guna periuk jenis tebal, mcm vision atau corningware agar tidak hangus dibawah, atau bleh guna cara lapik 2 periuk..tapi pastikan ditutup dgn rapat, balut dgn tuala kelilingnya agar wap tak keluar, sbb wap tu guna utk masak nasi..

NASI BIRYANI KAMBING (PAKISTAN STYLE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia * - tumbuk lumat bersama
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk garam masala
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/8 sudu kecil jintan putih
  • 1 kayu manis, 3 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 4-5 biji cili hijau
  • garam, gula secukup rasa
  • sedikit daun ketumbar - cincang
Cara

1. Gaul sebati kambing dengan bahan tumbuk, semua bahan serbuk, yogurt, sedikit garam dan daun ketumbar, peram selama 30 minit.
2. Dalam periuk tekanan, panaskan 1 sudu besar minyak (guna minyak yang goreng bawang tadi atau minyak sapi), tumis rempah 4 sekawan, jintan puith, kemudian masukkan kambing perap.
3. Masak sekejap biar keluar airnya, tambahkan air dalam 1 cawan dan masak biar mendidih sikit.
4. Perasa secukup rasa, masukkan cili hijau dan tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak selama 40 minit atau daging lembut dengan api perlahan.

Nasi
  • 2 labu bawang besar - buat bawang goreng
  • 2 cawan beras basmathi - rendam 20 minit+1 sudu kecil garam 
  • 1 kayu manis, 5 kuntum bunga cengkih, 2 bunga lawang, 7 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 1/8 sudu kecil jintan putih
  • sedikit minyak api
  • sedikit pewarna oren dan kuning (untuk buat warna oren, bancuh sedikit warna merah+kuning)
  • sedikit daun ketumbar
Cara

1. Didihkan air dalam 1 1/2 liter bersama rempah 4 sekawan, masukkan beras yang telah ditoskan dan masak hingga nasi hampir masak 80 % atau bila beras timbul kepermukaan, ok la tu, toskan.
2. Sapu sedikit minyak sapi pada dasar periuk (guna periuk jenis tebal atau  periuk kaca vision/corningware) agar bila masak nanti nasi tidak hangus dibawah atau berkerak.
3. Dalam periuk ni, ratakan 1 lapisan beras yang dimasak tadi, kemudian letak pula lapisan kambing dengan sedikit kuah, tabur bawang goreng dan daun ketumbar.
4. Ulang proses ni hingga habis (buat 3-4 lapisan, agar nasi masak sekata) dan lapisan atas sekali tabur daun ketumbar dan bawang goreng.
5. Bila dah siap lapis, guna hujung sudu buat 5-6 lubang dan tuang pewarna secara selang seli.
6. Tutup periuk dengan kemas (jika perlu balut keliling tudung periuk dengan tuala tebal yang dibasahkan), agar wap tidak keluar, masak dengan api paling kecil selama 10-13 minit atau hingga nasi masak.
7. Bila dah masak, gemburkan sikit dengan garfu agar warna bercampur, sedia untuk dihidang.

Alhamdulillah semua dgn izinNya, wpun rsanya xsama mcm yg restoran terkenal punya..tpi klu dgn kedai2 biasa tu bleh kata hampir 100% dh..nasi kat sni klu turkish stail pun bnyk letak bawang goreng, wangi dgn bau bawang tu..

Sunday, November 8, 2015

Gulai Kerisik Kambing Dengan Pisang

Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), bila hri minggu tu xdan sangat nk layan blog suam ni, ingat nk update jgk pgi tadi..tapi masa xmengizinkan, lama dh jgk rsanya xkluar menu kamben ni, 2 minggu lepas masa pergi pasaraya beli la kamben 2kg, 1kg amik lamchop je utk grill, ada la tu dlm folder tunggu Q..mcm biasa la deh ni pun kena peram jgk la dlu..kli ni buat gulai dengan pisang muda dan masuk kerisik sikit, pastu kuahnya buah cair gituw..sedap la mkn nasi, klu buat pekat nanti cepat muak plak kan..cicah dgn roti pun bleh ni, kari ni klu dibiar semlman lgi sedap kan..terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik maz ni, harap dpt dimaafkan kekurangan yg ada, Inysaa Allah semoga jumpa lagi..

GULAI KERISIK KAMBING DENGAN PISANG by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 1kg daging kemabing dengan tulang
  • 4 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 cawan santan
  • 1 kayu manis, 3 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga cengkih, 2 bunga lawang (rempah 4 sekawan)
  • 1/2 inci lengkuas - ketuk
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • 2-3 biji pisang muda, kalau pisang kecik guna lebih - kupas kulit, potong serong
  • 2 biji cili hijau
  • 1 inci nisan kelantan
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Didihkan air bersama sedikit garam, masukkan pisang dah rebus biar separuh empuk, tos dan ketepikan.
2. Tumbuk separuh lumat semua bahan bertanda *.
3. Satukan semua bahan rempah serbuk, bancuh dengan sedikit air jadikan pes.
4. Dalam periuk tekanan, masukkan minyak untuk menumis secukupnya, tumis rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan tumbuk.
5. Tumis biar wangi, masukkan pes rempah dan tumis biar pecah minyak, masukkan lengkuas.
6. Masukkan daging kambing, sebatikan dan masak sekejap biar keluar airnya.
7. Masukkan air, dalam 3 cawan ke, asam gelugur dan nisan.
8. Masukkan santan, kerisik, sedikit garam dan gula serta aji jika guna, masak hingga mendidih.
9. Tutup periuk tekanan dengan sempurna seperti arahan dan masak selama 40 minit dengan api perlahan.
10. Padamkan api, buka periuk tekanan bila wap dah habis keluar, masukkan pisang dan cili hijau.
11. Masak sekejap lagi biar pisang lembut dan cili lembut.

ada plak budu dgn ulam peria mentah, aduss! tu yg buat rasa nk mkn nasi je hari2..sbb duk teringat kat ulam peria, tpi xamik banyk la nasi..org kata skdar hilang rasa lapar..klu ikutkan nafsu memang bleh hbis sepinggan skli mkn..

Wednesday, February 25, 2015

Paya @ Kari Kaki Kambing Pakistan Stail

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..bertemu disebelah ptg plak...ada msa trluang skjap ni update la dlu...sat lgi nk kluar prgi hntar barang skit ke rmah baru plak...paya atau sejenis kari atau sup kaki kamben yg pemes dikalangan masyarakat Pakistan...maz pun memula rsa paya ni rsanya 6-7 tahun sudah...msa tu masuk nk lunch..xthu pun paya tu apa...restoran tu stail buffet...msa tu la pkerja restoren tu sruh rasa paya ni..katanya very good...amik la rsa...sedapp jgkkk...bleh diterima tekak ni...pastu bru2 ni pun ada order jgk paya ni msa mkn kat restoran pakistan...memang sedappp layan dgn roti...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...


Paya @ Kari Kaki Kambing Pakistan Stail by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan  
  • 3 batang kaki kambing yang telah dibersih dan disalai/layu api- maz beli yg dah siap proses kat pasaraya
  • 2 labu bawang besar bombay - cincang
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 biji tomato - dadu
  • 2 sudu besar daun parsly cincang
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1/4 sudu kecil halba campur
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 helai daun bay
  • sedikit garam gula
  • 4-5 sudu besar minyak sayur untuk menumis
Cara

1. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak, masukkan bawang besar dan daun bay. Masak biar bawang layu, kemudian masukkan bahan tumbuk dan tumis sekejap. Masukkan semua jenis bahan rempah, serbuk kunyit dan serbuk cili.
2. Masukkan daun parsly, tumis sekejap, masukkan buah tomato.
3. Masukkan kaki kambing dan sebatikan dengan rempah.
4. Masukkan air secukupnya (dalam 3 cawan) dan sedikit garam gula, biar mendidih sekejap.
5. Tutup periuk dengans empurna dan masak dengan api perlahan selama 1 jam 30 minit.
6. Padamkan api, buka periuk seperti arahan dan perasa secukup rasa. Boleh la dihidang bersama capati atau flat bread atau roti putih biasa.

sblum blog ni ada dlu dh prnah buat skli...hritu kbetulan msa g pasaraya npak ada kaki kambing dlm cermin yg dah siap dilayur atau disalai dgn api...tu yg beli...memang niat nk buat paya ni la...maz buat ni ikut rsa paya yg mkn sblum ni...Alhamdulillah suami kata sma dh mcm yg kedai punya...

Wednesday, January 14, 2015

Gulai Kambing Berkerisik

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'...sama-sama kita amalkan selalu doa Nasi Yunus semasa dlm perut ikan...sesungguhnya kita hambaNya yg sentiasa lalai...xlari dri buat kesilapan dan semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita...kamben atau dging memang tiap2 mnggu ada stok sbb duk pusing msak tu je selain ayam...ikan pun jarang sbb anak xmkn...mngu ni ayam bli 5 ekor trus...smlm dah buat nsi ayam...hri ni pun ayam jgk lgi lauknya...tpi rsanya budak2 memang suka kan ayam ni...gulai kamben ni pasangan nasi minyak tu...gulai ni sma je mcm msak kari dging atau gulai ayam nasi berlauk tu...cuma ni masuk kerisik sikit...sedappp...klu layan dgn roti jala pun memang bleh kan...klu masak gulai ikan tongkol nasi dagang versi terengganu pun msuk kerisik jgk deh...maz dpt rspi tu dri jiran dlu org sna...cuma klu gulai ikan tongkol xpyah tumis dan masuk rempah 4 sekawan...main lebur je gitu...memang sedapp gulainya bila letak kerisik...Inysaa Allah semoga ketemu lgi...terima masih skli lgi pada yg sdi jadi tetamu dpur yg xseberapa ni dan mohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana...

Gulai Kambing Berkerisik by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing
  • 3 cawan santan @ secukupnya
  • 4-5 ulas bawang merah *
  • 1-2 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 3-4 sudu besar serbuk kari, bancuh dengan sedikit air buat pes - maz guna rempah kari kelantan
  • 3 sudu besar cili kisar/cili boh
  • 1 kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 biji cili hijau
  • nisan/gula melaka sebesar ibu jari
  • minyak untuk menumis secukupnya
  • garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
Cara

1. Tumbuk lumat bahan *.
2. Dalam periuk tekanan (presure cooker), panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumbuk bersama rempah 4 sekawan hingga wangi.
3. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sekejap biar pecah minyak dengan api perlahan. Masukkan serbuk kari, tumis hingga pecah minyak sambil tambah air sikit dan tumis lagi.
4. Masukkan daging kambing, kacau balik biar sebati. Masak biar daging mesra dengan bahan rempah dan daging keluarkan airnya sambil dibalik sekali sekala. Masa ni masak dalam 8-10 minit.
5. Masukkan santan, asam keping, nisan, kerisik dan sedikit bahan perasa, kacau sebati. Tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak selama 40-45 minit dengan api perlahan.
6. Bila dah masak buka penutup seperti arahan dan masukkan cili hijau. Masak sekejap atas api sekadar nak lembutkan cili dan perasa secukup rasa apa yang kurang. Maz buat makan dengan nasi minyak ni...

kat rumah ni gaya lauk lebih kurang je...xbleh nk msak ikut slera tekak kampung ni sngat...kdang2 tu tringin jgk nk mkn gulai ikan masin ke...tpi anak tak mkn plak...babanya pun sma...xminat sngat gulai ikan msin atau ikan msin ni...

Wednesday, December 3, 2014

Braised Lamb Shanks Lagii...

Assalamualaikum w.b.t...meneruskan misi dgn pic lama...tpi braised ni buat kat sni..cuma dah hmpir stngah thun la jgk ni peramnya...mudah sngat sbnarnya nk msak menu omputih ni kan...lebur gtu je lam oben...sblum ni pun dah ada updated skli...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Braised Lamb Shanks by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 ketul betis kambing/lamb shanks - lumur sikit dengan secubit garam
  • 1 batang lobak merah 
  • 1 batang celery 
  • 1 labu bawang besar - belah 4
  • 2 uals bawang putih - ketuk sekali dengan kulit
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 2 helai daun bay
  • 1 kiub pati daging
  • sedikit minyak sayur/miyak zaitun
  • air secukupnya
Cara

1. Panaskan oven suhu 180 C.
2. Dalam periuk panaskan sedikit minyak, masukkan betis kambing dan masak selama 2-3 minit setiap bahagian biar nampak perang. Angkat ketepikan.
3. Kemudian dengan periuk yang sama masukkan bahan lain kecuali air, pes tomato dan kiub pati. Masak hingga sedikit lembut dan wangi.
4. Masukkan pes tomato, kacau sebati. Masukkan air secukupnya (agak-agak la ye, jangan banyak sangat). Masukkan juga kiub pati.
5. Kemudian masukkan kambing tadi dan tutup periuk, masukkan dalam oven dan biar masak selama 2 jam atau sehingga daging lembut. Sekali sekali buka tengok dan tambah air sikit jika perlu.
6. Bila dah masak keluarkan daging dan tapis amik kuahnya nak buat sos/gravy. Dengan periuk yang sama masak kuah  tadi dengan api perlahan dan jika perlu tambah sedikit sos tiram untuk suaikan rasanya dan masak sehingga sos jadi pekat sambil dikacau sekali sekala.
7. Boleh la dihidang bersama kentang putar (rebus kentang dengan sedikit garam hingga lembut, toskan air dan lenyek bersama 3-4 sudu besar susu segar dan 1 sudu kecil mentega).

Alhamdulillah kat sni kamben segar ni stoknya mudah sangat...sampai xlarat nk mkn la org kata...braised ni ala2 menu kat SR atau delifrance...afiq la yg suka sngat...ni pun 2 ketoi dia mknn...

Tuesday, November 25, 2014

Mutton Biryani ala Cairo Restoran

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..bertemu kembali dibelah mlm plak..sekli lagi cuba buat nasi berpandukan pada rsa nasi yg dimkn kat kedai..wpun xsama 100% dan main teka je apa bahan yg digunakan...tetap nk jgk buat sdrik lepas mkn tuu...ni la hasilnya versi sdiri plak nasi biryani kamben ala restoran cairo dekat adlyia...tetap licin sperti biasa klu nasi jenis 1 lauk gini...2 beradik tu sedapp aje klu mummy yg buat...tkpe la deh asalkan ada rupe nasi biryani..lgipun utk mkn sdri je kan...org kata klu xtry xthu...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maafa atas segala kekurangan...

Mutton Biryani ala Cairo Restorant by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing 
  • 1 inci halia - tumbuk *
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk *
  • 1 sudu besar serbuk rempah arabic mutton masala *
  • 1 sudu besar serbuk rempah mix arabic masala *
  • 2 sudu besar pes tomato *
  • 1 sudu kecil jintan manis (fennel) 
  • 2 labu bawang besar - hiris nipis 
  • 1 bijit tomato - dadu
  • 2 helai daun bay
  • 1 kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntuk bunga cengkih
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak secukupnya
Cara

1. Perap daging kambing dengan semua bahan * dan sedikit garam. Ketepikan
2. Panaskan minyak secukupnya (maz guna periuk tekanan terus), goreng bawang besar hingga perang, angkat dan ketepikan.
3. Dengan minyak yang sama tumis kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan jintan manis, daun bay dan buah tomato. Masak sekejap biar tomato keluarkan jusnya.
4. Masukkan daging kambing dan separuh dari bawang goreng. Kacau sebati, masak dengan api sederhana sambil dibalik sekali sekala biar daging keluarkan airnya dan sebati dengan bahan rempah.
5. Tambah air secukupnya (agak-agak la ye kira padan dengan rempah dan daging tu).
6. Masukkan sedikit gula, kacau sebati dan tutup periuk tekanan, masak seperti biasa hingga daging lembut (selama 40-50 minit).
7. Bila dah masak buka periuk tekanan seperti arahan dan perasa secukup rasa apa yang kurang.

Nasi
  • 2 cawan beras basmathi - rendam 10 minit dan toskan
  • 1 inci halia - tumbuk lumat
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5-6 sudu besar minyak sayur
  • 1 kuib pati daging @ garam
  • sedikit pewarna oren (merah+kuning)
Cara

1. Panaskan minyak, masukkan semua bahan kecuali beras, pati daging dan pewarna, tumis biar wangi.
2. Masukkan separuh dari kuah daging tadi dan air jika perlu (sukatan air biar cukup dengan beras, kalau lebih air nanti nasi tidak berderai elok, maz cuma lebihkan 1 cm air je dari paras beras) dan kiub pati atau garam. 
3. Bila air dah mendidih masukkan beras, kacau sebati dan tambah garam jika perlu. Tutup periuk dan biar nasi masak seperti biasa.
4. Bila nasi dah kering titikkan pewarna dan masukkan juga 4-5 sudu kuah daging.
5. Kemudian gemburkan sikit dengan garfu biar warna bercampur dan tabur bawang goreng yang selebihnya tadi.
6. Boleh la dihidang bersama salad pilihan dan kambing tadi.

kat sni mcm2 jenis nasi birayni atau nasi lain pun..klu mkn kat kedai pakistan lain plak biryaninya..restoran india ada versinya..turkish pun nasinya gaya lain plak...jdi terpulang la pada kita dalam membuatnya...asalkan kena dengan selera deh..

Monday, November 3, 2014

Lamb Stew

Assalamualaikum w.b.t...Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim...sama2 kita jadikan zikir mudah ni sebagai tuturan dibibir sepanjang masa...dua kalimah yang yg amat dicintai oleh Allah swt...ingatan utk diri sendiri jgk yg banyk kelemahan...bertemu sekli lagi dipagi 10 Muharram...selamat berpuasa pada yg mengerjakan puasa sunat hri ni...kambing ni pun sedap utk berbuka bgi yg tak nak mkn nasi tu...lamb stew ni pun xde la baru buat jgk...adalah sbln lebih dah dlm folder...dah bnyk kli masak stew mcm ni...masa menyepi dulu pun selalu buat....semua sukaa...pernah buat utk jamuan kwn2 msa kat msia jgk...memang sedappp layan dgn roti...tambah plak kambing fresh lagi la kan...kat sni kambing ada jual kat mana2...memang fresh setiap hari...semoga jumpa lagi...Inysaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

smjak duk sni suka mkn jenis cicah dgn roti ni...pengaruh makanan kat sni kut...dah boleh terima cara mkanan org arab ni...roti adalah makanan utamanya selain nasi...roti arab atau khubus tu...pagi pun flat bread tu la sarapan...tghri...ptg...mlm pun memang xtinggal roti...tpi roti mereka ni berkhsiat...gandum dgn air je...stew ni pun ada mcm2 stail...versi ni tak muak...sedapp meratah...afiq la yg suka sangat...tu dia la suruh snap tangannya sekali...

Lamb Stew by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing - gaul dengan 2-3 sudu besar allpurpose flour
  • 1 labu bawang besar
  • 1 batang lobak merah
  • 2-3 biji zucchini
  • 1-2 biji ubi kentang
  • 2 kiub pati daging/kambing
  • 8-10 kuntum cendawan butang
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu besar tomato pes
  • extra virgin olive oil secukupnya
  • sedikit gula
Cara

1.Cuci kambing dan toskan biar sejat air.
 
2.Panaskan oven 180 C.
 
3.Dalam periuk tahan panas (boleh masuk oven), panaskan minyak zaitun (guna dapur). Masukkan kanbing separuh dan masak biar sedikit perang dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan. Buat sampai habis, tambah minyak untuk daging seterusnya.
 
4.Dengan kuali yang sama panaskan minyak sikit lagi dan masukkan bawang, sayur, daun bay kecuali cendawan dan masak biar perang. Kemudian keluarkan dari periuk dan ketepikan.
 
5.Dengan periuk yang sama, masukkan kambing tadi, air secukupnya (agak-agak la ye, jangan banyak sangat, sebab masak dalam oven air tak kering), pes tomato dan kiub pati. Masukkan dalam oven, tutup periuk dan masak selama 1 jam.
 
6.Kemudian masukkan semua bahan sayur tadi, sedikit gula, kacau sebati dan masak balik selama 30 minit lagi.
 
7.Kemudian masukkan cendawan dan rasa apa yang kurang. Masak lagi dalam 10-15 minit atau hingga daging lembut.
 
8.Boleh la dihidang dengan roti perancis atau bun biasa/roti keping.

bila tgk kat gmbar ni rsa mcm org lain je yg snap kan...npak ok la dri gambar2 sblum ni...kihkihh...perasan la plak mokcik pgi ni...bkn apa...rumah ni cahaya xckup...nak duk depan tingkap malah la plak nk angkut kesana kemari...semuanya maz snap atas meja mkn je...harapkan cahaya lampu...tpi klu time amik gmbar tu wktu tghari...gmbar ok la skit sbb dpt cahaya dri luar depan tingkap tu...klu snap belah ptg mula la suram menyuram...lgi stu ikut mood jgk..klu angin tengah rjin nk pegang kamera tu...gambar pun ok la skit..klu snap buat syarat je...pic pun ala kadar la jgk kan...takpe la asalkan npak jelas makanan tu...amatur mcm ni la deh...snap pun iku sedapp je...ada kalanya ok...

Wednesday, August 20, 2014

Mutton Saloona

Assalamualaikum w.b.t...plannya nk update pgi tdi...tpi sbuk skit ikut suami urus pendaftaran skolah anak yg nk buka lgi 2 mnggu...saloona atau kari arab...memang sedapp diganding dgn nasi atau buat cicah dgn roti...ada jgk skali skala beli dan selalunya masak sdrik...cuma kli ni baru rezkinya nk update kat sni...ye la dapur maya ni pun bru nk bertuan blik smjak pindah sni semula...sblum ni dah lama jgk tak brjaga...klu beli nasi arab dan nak kuah...kena beli saloona ni la...ada kamben dan juga saloona sayur...tpi maz slalu buat kamben cmpur nga syur skit...rspi ni maz agak2 je bahannya ikut rsa yg duk beli kat kedai...ok semoga jumpa lagi...Insyaa allah dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Mutton Saloona by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1kg kambing dengan tulang - cuci bersih
  • 1 biji buah tomato masak - belah 8
  • 1 labu bawang besar purple - kerat 8 *
  • 1 ulas bawang putih - ketuk *
  • 2 helai daun bay *
  • 1 sudu kecil rempah kari arab
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1-2 sudu besar tomato pes
  • 1 biji ubi kentang
  • 1 batang lobak merah
  • 2 sudu besar minyak sayur untuk menumis
  • 1 ketul kiub pati daging @ garam, serbuk perasa jika suka
Cara

1. Panaskan minyak dalam periuk tekanan (pressure cooker). Masukkan bahan bertanda *. Kemudian masukkan rempah dan jintan putih san tumis sekejap je.

2. Masukkan buah tomato dan tomato pes. Masukkan kambing dan kacau sebati.

3. Masukkan air secukupnya (agak-agak la ye jangan banyak sangat dalam 2-3 cawan) dan biar mendidih sekejap. Kemudian masukkan kiub pati atau sedikit garam dan gula, kacau sebati.

4. Letak ubi kentang dan lobak merah atas daging (tak perlu kacau ye), kecilkan api dan tutup periuk tekanan dengan kemas. Masak selama 50-60 minit.

5. Bila dah cukup masa buka periuk tekanan ikut arahan dan boleh hidang dengan roti atau pun nasi (maz buat makan dengan ghee rice).

kat sni dging kamben segar ni memang xde masalah...xperlu ke pasar pun...sbb bnyk butcher shop kat mna2 yg berniaga smpai ke petang...klu hirup yg panas2 tu memang sdpp...smua suka nga saloona ni...yg ni mkn dgn ghee rice...

Monday, August 4, 2014

Braised Lamb Shanks

Assalamualaikum w.b.t...bersua sekali lgi...mungkin ada yg dh start puasa 6 hri ni kan...selamat berpuasa semoga amalan kita diterima Allah swt...sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (Barang siapa berpuasa Ramadhan kemudian 6 hari dibulan Syawal, maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun, HR.Muslim Abu Ayyub) Allahukabar...hebatnya ganjaranNya...ok la pgi ni pun masih lgi dlm usaha utk update sebarapa yg termampu gambar2 lama dlm folder tu...kamben ni pun xhingat dah bila buatnya...yg pasti 3-4 bulan sudah...rspi asal berpandukkan pda rspi mat saleh...tpi dh diubah suai dan ikut bahan yg ada...akhir kata semoga ketemu lgi dilain masa...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...
 
Braised Lamb Shanks by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 2 ketul betis kambing/lamb shanks - lumur sikit dengan secubit garam
  • 1 batang lobak merah - kerat
  • 1 batang celery - kerat
  • 1 labu bawang besar - belah
  • 2 uals bawang putih - ketuk sekali dengan kulit
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 2 helai daun bay
  • 1 kiub pati daging
  • sedikit minyak sayur
  • air secukupnya

Cara

1. Panaskan oven suhu 180 C.
 
2. Dalam periuk panaskan minyak, masukkan betis kambing dan masak selama 2-3 minit setiap bahagian biar nampak perang. Angkat ketepikan.
 
3. Kemudian dengan periuk yang sama masukkan bahan lain kecuali air, pes tomato dan kiub pati. Masak hingga sedikit lembut dan wangi.
 
4. Masukkan pes tomato, kacau sebati. Masukkan air secukupnya (agak-agak la ye, jangan banyak sangat). Masukkan juga kiub pati.
 
5. Kemudian masukkan kambing tadi dan tutup periuk, masukkan dalam oven dan biar masak selama 2-2 1/2 jam atau sehingga daging lembut. Sekali sekali buka tengok dan tambah air sikit jika perlu.
 
6. Bila dah masak keluarkan daging dan tapis kuah masak kambing tadi nak buat sos/gravy. Dengan periuk yang sama masak kuah  tadi dengan api perlahan dan jika perlu tambah sedikit sos tiram untuk suaikan rasanya dan masak sehingga sos jadi pekat.
 
7. Boleh la dihidang dengan kentang putar (rebus kentang dengan sedikit garam hingga lembut, toskan air dan lenyek bersama 3-4 sudu besar susu segar dan 1/2 sudu kecil mentega. Sebatikan biar.

klu menu western ni memang sedapp la kan...buat sdiri ni memang jimat...suami dgn anak2 memang suka klu mask western ni...dedulu kat msia pernah mkn lamb shanks ni kat delifrance...kat SR pun ada kan...kat sni kamben segar memang ada jual kat mana2...ckp je nk part mana...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...