Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, October 7, 2016

Swedish Meatballs Daging Burger

Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan selalu..semoga kita dijauhi dari segala fitnah dunia dan sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
sesambil duk pack apa yg ptut, amik masa la skjap update blog sblum bertolak mlm nti..gmbar dlm folder pon makin bnyk blik dh! klu sblum ni duk buat meatball guna daging segar, kli ni cara lgi mudah dan jimat kos..versi guna daging burger je, guna daging burger ni xperlu masuk bahan lain lgi sbb daging tu dah ada rasa..cuma maz letak jgk sikit serbuk nutmeg atau serbuk buah pala sbb dah ada stok, klu tak letak pon ok je..meatballs ni kejadian 3 minggu sudah, utk gravy tu respi sama mcm yg duk buat sblum ni..cuma xguna whip cream, hentam susu cair je..ada je whip cream, saja xnk buka nti rosak klu xhbis sbb mood baking xberapa ada skrang ni..tpi rsanya sama mcm guna whip cream la, sedap hingga menjilat jari! Alhamdulillah semua dgn izinNya, selamat berhujung minggu..InysaaAllah semoga jumpa lagi, maz akan bercuti update blog utk 2 minggu dan maaf atas kekurangan yg ada..

nk bakar dlm oven pon bleh, nak goreng pon ok jgk..kiranya klu kat rmah xde oben, tetap bleh buat meatball sedap ala ikea yg pemes tu..

SWEDISH MEATBALLS DAGING BURGER by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10 keping daging burger
  • sedikit kicap manis/pekat - untuk gelapkan warna meatballs
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala @ nutmeg - option
Cara

1. Biar daging burger lembut di suhu bilik 1-2 jam atau lembut sepenuhnya.
2. Panaskan oven suhu 180 C, sapu sedikit mentega pada loyang.
3. Masukkan daging yang telah lembut dalam bekas besar, titikkan sedikit kicap, serbuk buah pala jika guna dan ramas atau gaul biar sebati.
4. Gentel bulat, susun dalam loyang dan bakar selama 15-17 minit.
5. Boleh juga digoreng, pastikan minyak tu jangan terlalu panas ye, nanti bebola hangus dan berkerak plak, goreng sekejap saja sambil dikacau selalu, angkat dan toskan.

Sos (Gravy)
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung serbaguna/tepung gandum
  • 1- 2 sudu besar serbuk sup cendawan maggie 
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit pewarna coklat/kicap pekat - untuk gelapkan warna

Cara

1. Ayak serbuk sup untuk asingkan hirisan cendawan kering tu, ketepikan.
2. Dalam periuk panaskan mentega biar cair dan berbuih sikit, masukkan tepung dan kacau cepat-cepat agar tidak berketul, masukkan susu segar, sebatikan.
3. Masukkan serbuk sup cendawan dan semua bahan lain, sebatikan dan masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga sos pekat, suaikan secukup rasa agar ada rasa macam sos ikea (maz tak sukat pon sebenarnya, main tuang gitu je, ejus la ye kalau pekat sangat boleh tambah susu segar/cair lagi), padamkan api dan sejukkan.
4. Boleh la dihidang bersama bebola daging, cranberry sos dan kentang goreng atau kentang putar.

klu bleh daging burger tu beli yg elok skit, bru dpt hasil meatball yg memuaskan..pasni lgi mudah la nk buat meatball ni..lembutkan daging burger dan gentel je, masa kat Msia dlu ada buat bergedil guna meatball ikea, senang keje dan rsanya pon sodapp..

Tuesday, October 4, 2016

Udang Celup Tepung..Resipi Baru

 Assalamualaikum w.b.t
You will be rewarded for the handfull of food you put in your wife's mouth - Prophet Muhammad (Sahih Al-Bukhari)
bertemu skli lgi, bru berkesempatan nk update blog..agak kebizian skit minggu ni dgn urusan utk perjalanan hjung minggu ni, InysaaAllah..tu yg xsempat lgi nk jejak blik bloglist yg hilang! huhuu..rsa mcm duk dlm rumah xde jendela plak! klu dak npak jgk dapur kwn2 kat sblah tu..ni pon amik masa skjap sblum suami blik amik sat lgi nk pergi cari barang yg xckup utk travel ni, xberupdate la dapur suam ni 2 minggu..cuci mata dgn udang ni la dlu, kejadian 3 minggu lepas..ni pon kira menu ulang tayang jgk, memang teramat kerap duk goreng udang celup tepung ni sbb afiq xmkn udg klu buat lauk..goreng gini atau dgn telur masin je bru dia mkn, jdi klu buat tomyam akan goreng tepung utk dia..cuma udang celup tepung kli ni respi baru, lebih mudah dan hasilnya udang kembong molek..cuma ada mcm2 shape! tkpe la deh..janji kembong, nk cepat main celup je pastu masuk dlm kuali..klu nak jadi bolat elok, masa celup tu biar tepung bersalut sekata kat udang, maknanya tepung xmenitik masa masuk dlm minyak..jdi xde la bertanduk atau bertangan mcm yg maz buat ni..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas segala silap yg ada..

masa bru angkat tu memang rangup, bila dh sejuk tetap lembut..bancuhan tu biar pekat, kira bila celup bersalut tebal, air main tuang gitu je, kena agak2 la ye..

UDANG CELUP TEPUNG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 20 ekor udang saiz sederhana besar
  • 1/2 cawan tepung serbaguna/tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
Cara

1. Kupas kulit udang, tinggal ekor saja dan buang urat hitam, toskan biar kering sepenuhnya.
2. Satukan semua bahan kering, masukkan air sikit-sikit sambil dikacau biar jadi bancuhan yang pekat (kira bila celup udang bersalut tebal).
3. Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnya, pegang ekor udang dan celup dalam adunan, goreng biar masak atau garing dikedua bahangian, angkat dan toskan.

Air Cili
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili padi merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tomato/sos cili
  • sedikit cuka
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit daun ketumbar cincang - option
Cara

1. Kisar cili dan bawang dengan 1 cawan air hingga lumat.
2. Masukkan dalam periuk bersama bahan lain kecuali daun ketumbar, tambah air sikit lagi biar dapat kepekatan yang diinginkan dan masak hingga mendidih lama sikit, suaikan secukup rasa biar ada rasa manis dan sedikit masam, sejukkan.
3. Bila nak hidang, tabur sedikit daun ketumbar.

posing la skit dlmnya..warna tepung tu agak kuning sbb guna pewarna, klu guna serbuk kunyit pon ok..pastu layan dgn air cili homemade, air cili tu memang sentiasa air dlm peti..stok utk cucuq, nasi ayam atau cicah dgn udang ni..cuma utk air cili udang ni buh sikit daun ketumbar cincang dan lebihkan cuka biar masam seakan sos thai gitu..

ni goreng xckup garing dh angkat sbb terpedaya dgn warna kuning, biar garing skit lgi sedap..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...