Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, November 30, 2010

Sweet & Sour Fish

Assalamualaikum..asik duk msk msm mnis je..xrti doh ko nk msk lagu lain ni..hehee..apa nk buat kna ikut gaya mkn anak2..cma kli ni tkor ayam nga ikan je..kbtulan p psar wken lepas kita bli ikan 4 ekor..tpi xthu ikan apa..hri tu dh buat msk asam pdas..ni sweet sour plak..ada 2 ekor lgi dlm pti tu sdng mnunggu gliran..rspi ringkas2 aje..janji anak2 sukee..tpi anak bonsu kita xmkn ikan..aiman pun kna brpksa2 suh mkn ikan2 ni..huhuuu..rspi cmpak2 sblum ni ada kat SINI jgk..ni pun kita main msuk je apa yg ada..

saiz ikan ni bsar lgi dri lengan kita ni..4 ekor bratnya 2.5kg..bsar jgk la tu ye..

Sweet & Sour Fish by Ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan bersaiz besar @ apa2 ikan yg sesuai - digaul sedikit garam kunyit
  • 1 labu bawang besar - dibelah 6
  • 1-2 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 biji buah tomato - didadu kecil
  • 4-5 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air yang dibancuh dengan 1 sudu kecil tepung jagung (agak2 la ye)
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perasa
  • sedikit sayuran - maz guna brokili dan kapsikum hijau - dipotong
  • 2 biji cili merah - dipotong serong
  • minyak masak secukupnya

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan

2. Dengan guna kuali yang sama, keluarkan minyak goreng ikan tadi, cuma biarkan dalam kuali dalam 1/4 cawan, masukkan bawang putih dan tumis hingga kekuningan.

3. Kemudian masukkan buah tomato, kacau sekata. Masukkan pula sayuran yang lain. balik-balikan.

4. Masukkan semua jenis sos, kacau seketika. Masukkan air bancuhan tepung jagung sedikit (jangan habiskan semuanya). Perasakan dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam (jika perlu). Masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau sekata. (kalau terlalu kering, boleh tambah air sikit lagi). Masak seketika lagi.

5. Tuang atas ikan yang telah siap digoreng. Sedia untuk dihidangkan panas-panas.

Pankek

Assalamualaikum..layan lempeng omptih plak skli skala..sbnarnya kita sdri pun xgemor pnkek2 ni..klu mkn pun stkat skping je..anak2 pun sma xminat jgk..kli ni cba rspi yg ada dlm buku nota yg kita slin 2 thun sudah..jmpa kat blog atau web mna pun dh xingat..cma slin rspi je..msa tu bru duk bljar godek2 lappy cri rspi..buku ni memang kita tnggl kat sni..tetiba je msa duk belek2 buku tu trasa nk cba buat pnkek ni..kita suke la rspi ni..pnkeknya gebusss..ada yg xhbis skping tu..brtutup dlm pngan smpai esk pgi pun lembut lgi..mkish pda tuan pnye rspi ni..mtak izin nk letak rspi kat sni jgk ye..

tuang jgn xtuang..


Pankek
Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 1/4 cawan susu segar
  • 1 biji telur - pukul sikit
  • 3 sudu besar mentega - dicairkan
  • sedikit essen vanilla
Cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Gaul sebati dengan gula.
2. Buat lubang ditengah-tengah dan masukkan susu, telur dan metega cair. Kacau hingga sebati.
3. Panaskan non stick pan dan masak guna api perlahan sehingga keperangan dikedua bahagian.
Update : Untuk menghasilkan pankek yang sama saiz, seeloknya guna non stick pan yang saiz paling kecil (pan tu saiznya lebih kurang telur mata kebau gtuw), xde pmbaris maz nk ukur pan ni..kalau guna pan yang bersaiz besar, nanti pankek akan jadi leper. Selepas masukkan 1 senduk adunan dalam kuali, tutup kuali agar adunan naik. Pastikan guna api perlahan. (ni cara yg maz buat la).

Monday, November 29, 2010

Kambing Kandar

Assalamualaikum..kmbli nga mnu kmben! lgi lauk ulang tyang jgk ni..umah kita ni klu msk yg lain skit dri mnu yg slalu duk ada atas meja mula la xde yg mkn nti..jnis xadvancur gtuw org kata..jdi tu yg kita msk lauk yg dh slalu duk buat..dh bnyk kli sngat msk kndar ni..dgn stun pun dh cba..cdpppp..rspi dri Kak Asma mceh kak..meh cicah nga rti pun sdppp ni..nk2 yg dibiarkan smlman dlu..lgi kawww kuahnya tu..
kita cmpur je smua skli nga yg ada tlang2 skit..sdpp mratah..


Kambing Kandar
Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging (potong, rebus, simpan air rebusan) - maz tak rebus dulu terus je tumis dlm presure cooker dan masak selama 35-40 minit.
  • 6 ulas bwg putih dan 1 inci halia (blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat*
  • 2 sudu besar sos tomato*
  • 2 sudu besar sos cili*
  • 2 paket serbuk kari daging babas (1 1/2pn boleh)*
    (semua bahan yang bertanda * gaulkan bersama)
  • 1 labu bawang besar mayang
  • 1 ulas bawang putih mayang
  • kulit kayu manis, bunga lawang
  • daun kari
  • gula karek/gula melaka sebesar ibu jari - maz tambah sendiri
Caranya:

1. Tumiskan bawang besar, kayu manis, dan bunga lawang serta daun kari.

2. Masukkan bwg putih dan halia yang telah dikisar lumat.

3. Masukkan campuran rempah.

4. Masukkan daging dan airnya.

5. Masukkan garam, perasa dan masak hingga pekat.

Nasi Ayam Ipoh

    Assalamualaikum..mnu tghri smlm..anak2 kita suke sngat la klu msk nsi ayam ni..sblum ni dh prnah buat..ada kat SINI..cma kli ni kita gna akar gingseng utk reneh sup tu..knon2nya nk rsa supnya tu sma mcm sup nasi ayam bukit bintangg!! hehee..tpi memang jdi la..sup buh gnseng ni ada bau2 mcm akar kyu atau herba skit..brmgkuk2 suami kita hirup supnya tu..cdppp..rspi dri Quinie..mksih ye Q..dh jdi pbret fmily..

    wpun bhn2nya npak bnyk dn cara2 nk buat npak pnjang..tpi sbnarnya sonang aje..

    Nasi Ayam Ipoh
    Bahan-bahan ( sekeluarga )

    *BAHAN NASI*

    • 4 1/2 mug air rebusan ayam
    • 4 mug beras
    • 2 inci halia*
    • 3 biji bawang putih*
    • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
    • 1 sudu besar minyak bijan
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 2 helai daun pandan
    • 4 sudu mentega

    *BAHAN AYAM*

    • 1 ekor ayam
    • 3 biji bawang putih*
    • 1 inci halia*
    • 3 sudu besar kicap lemak manis
    • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
    • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

    *BAHAN SUP*

    • air secukupnya
    • 4 bawang putih diketuk
    • 3 inci halia di hiris
    • 3 helai batang bawang
    • 1 biji sengkuang dipotong dadu - xletak, sni xde
    • 1 sudu besar serbuk lada sulah - tak letak

    *BAHAN CILI*

    • 10/15 biji cili burung
    • 6 biji cili merah
    • sedikit halia (ambik dari rebusan)
    • 5/6 biji bawang putih
    • 1 biji limau kasturi/nipis
    • sedikit air dari air rebusan ayam
    • garam n gula secukupnya

    *BAHAN KICAP* - maz cuma bancuh sos tiram + kicap manis dengan sedikit air rebusan ayam, anak2 tak boleh mkn pedas

    • 5 biji cili burung
    • sedikit halia (ambik dari rebusan)
    • 4/5 biji bawang putih
    • kicap secukupnya
    • air rebusan ayam secukupnya
    • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

    *BAHAN HIASAN*

    • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

    Cara-cara:-

    Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

    Method Untuk Nasi

    Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

    Method Untuk Ayam

    Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

    Method Untuk Sup

    Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (maz cuma perasakan dengan serbuk pati ayam TUMIX.)

    Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

    Sunday, November 28, 2010

    Award Dari Aeini & Shizan

    Award dri Aeini..mksih bnyk2 atas ksudian Aeini pnjngkan award ni buat kita..suke dan gumbira sngat..

    ni plak award dri Shizan..mksih atas ingatan Izan dan sdi brknjung ke dpur kcik kmaz ni..smga prshbatan yg trjlin disini brpnjangan...

    Asam Pedas Melaka (Kak Jun)

    Assalamualaikum..slmat brhjung mnggu buat smua..mnu ulang tyang je ni..dh slalu buat..klu msk asam pedas brtmis mcm ni kita setia nga rspi Kak Jun ni..cdppppp..msak2 asam mcm ni memang pbret suami kita..


    Asam Pedas Melaka
    Bahan-bahan ( 1 family... )

    3 keping ikan tenggiri (ikan lain pun boleh) - maz xthu guna ikan apa kali ni, tak kenal

    Bahan kisar:-

    • 3 biji bawang merah
    • 10biji cili kering
    • 1/2 in halia
    • 1 sudu teh jintan manis
    • 1 sudu teh jintan putih
    • 1/4 sudu teh lada hitam
    • 1/2 in kunyit hidup
    • 2 ulas bawang putih

    Bahan tumis:-

    • 1/2 bawang besar-hiris
    • 1/4 sudu teh biji sawi
    • 1/4 sudu teh halba
    • 2 tangkai daun kari
    • air asam jawa secukupnya
    • air secukupnya
    • 1 biji tomato-potong2
    • 5 biji kacang bendi - xletak, xde stok
    • 1 serai-diketuk
    • 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
    • minyak masak
    • garam dan gula jika suka

    Cara-cara

    1.Panaskan minyak, tumis bahan tumis. Masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.

    2.Masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.

    3.Masukkan garam dan gula, biar hingga masak. Hidangkan.

    Saturday, November 27, 2010

    Kelahiran Ke 2 - TQ Sofinar

    Assalamualaikum..ni plak kek kdua dri oven usang tu..buat utk suami bwa p ofis jgk skli nga cc tu..lepas je msk cpkek tu kita cba bakar kek pisang ni plak..memang kita cri rspi yg ringkas2 je..bkn apa tkut xjdi..dan trnyata rspi ni tdak mngcewakan kita..alhmdlilah keknya msk sekata dan naik elok..gebu dan lembut sngat..cdppp plak tu..rspi Sofinar Myresipi..kek psang ni pun sma jgk mcm cc tu..suami kita ckp xsmpat nk tgk..dh xde..npak yg dh dlm pngan org dh..klu nk tahu ni la pestime kita buat kek psang..sbbnya seisi alam kat umah kita xgemor klu benda2 yg ada pisang ni..xkira la kek ke..mffin ke..kue bkar ke..kcuali lepat pisang je..sbb lepat tu pbret kita..hehee..mksih Sofi atas rspi yg mudah dan sedapppp ni..2 thumb up..lain kli bleh buat lgii..

    ni kita bkar dlm loyang 4 sgi kecik..cri psau nk ptong kek pun xde..ptong gna psau syur je..kita yg xsuke kek psang pun bila mkn kek ni rsa sdp sngat..bleh hbis la 2 kping ni..

    ni yg xmuat loyang..ada acuan kecik mcm ni bkar je la..

    Kek Pisang Sempoi
    Bahan-bahan ( sekeluarga )
    • 150g pisang emas - dilecek - maz xthu gna pisang apa, india mari
    • 180g tpg gandum
    • 180g gula halus /gula icing
    • 3 biji telor
    • 120ml minyak masak
    • 1 sudu teh ovelate
    • 1 sudu teh soda bikabonat
    • 1 sudu teh baking powder
    • secubit garam

    Cara :

    1.Campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih

    2.Masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit.

    3.Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

    Friday, November 26, 2010

    Kelahiran Dalam Serba Kekurangan...

    Assalamualaikum..memang menyayat hti snguh..klu tgk pun belas sngat2 la..uzur bebnor..nk guna pun xsmpai hti..tkut semput..ni crte psal oven yg ada kat umah ni skrang..oven yg gna gas skli nga dpur atasnya tu..api plak api bwah je..atas xde api lansung..pastu bhgian bwah skli ada lubang udara 4 segi..kita mula2 tgk pun trkzut jgkk! jdi dh brthun2 oven tu xdignakan..sbbnya memang dri mula2 msuk umah ni dlu lgi pun kita xprnah duk gna oven yg ada ni..xamik thu tu sbb dlu kita gna oven yg kita bli sdri..tpi msa blik msia thun lepas kita dh angkut wak blik la oven tu..dh ler oven mcm tu..brang2 lain jgk pun trhadnya..nk bncuh adunan ni pun gna pryokk! apa nk buat..dlu kita p hangut wak blik smua sapa yg suruh ye..hehee..

    ok la sbnarnya suami kita mtak kita buatkan smthing utk bwa p ofis smpna jmuan rya..tpi suami kita ckp xleh buat yg kemelayuan sngat..nti pak2 arab xmkn..jdi amik langkah slamat kita rsa nk buat jnis2 mfin or kek la kan..tu yg kita pun branikan gna oven usang tu..tekad jgk la nk cba..kita pun godek2 la rspi kek cokelat yg dh slalu duk buat dan sbjik lgi kek pgi rabu lepas..jmuannya hri khmis..rspi ni memang cdppp dan senang..dan ni ler hsilnya..alhmdulillah..mosit sngat2..mcm yg duk buat sblum2 ni..sedappppp..suami kita ckp msa dia nk amik mknan tu..dh xnpak pun cupkek kita tu atas meja..dh licinnn..

    wpun pun bkar dlm oven yg nyawa2 ikan je..tpi tetap mnjdi jgk cpkek ni..mksih bnyk2 pda Kak Zaiima tuan pnye rspi..

    buat kecik2 mcm ni senang depa nk amik..xyah susah2 nk ptong..

    Coklat Cupkek (Resipi asal Kek Coklat Kukus)
    Bahan-Bahan:
    • 1 cawan gula pasir
    • 1 cawan serbuk koko
    • 1 cawan susu cair
    • 1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
    • 1/2 cawan susu pekat manis
    • 1 1/4 cawan tepung gandum
    • 1 tsp baking powder
    • 1 tsp soda bicarbonate
    • 3 biji telur

    Cara

    1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

    2.Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.

    3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan . (maz bakar selama 20 minit dengan suhu 170 C)

    TOPPING COKLAT dari Noor Masri - maz tak buat

    Bahan-bahan:

    • 250 g coklat masakan } potong kecil2
    • 1 sudu besar majerin
    • 130 ml double cream atau whipping cream
    • sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt)

    Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler. Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.

    Something From Love..

    Lovely award from Love smpena besdaynya yg baru berlalu..tqvm fren..smga Love happy slalu...lebiuuuu..

    Gulai Tumis Udang (Gulai Darat)

    Assalamualaikum..ada yg jmu ke duk tgk kmben nga udg je kat dpur kita ni..apa nk buat dlm mngu ni memang kita duk glir2 msk antra cik udg ni nga pakcik kmben..esk bru kita p psar..sni psar2 mlm xde la plak..jdi kita korban je la apa yg ada lam pti tu..lgipun kat sni bhn smpingan yg lain agak trhad jgk..jdi kita msk la apa yg senang..sbnarnya udg ni lauk hri slasa lgi..bnyk bnor gmbar yg tngu Q nye..ye la kat sni kojenya asik duk msk je..kat msia plak asik duk tapau je..hehee..tu yg jrang brupdate..kli ni msk mcm Ma kita duk buat..gulai darat..tpi sbb kita xde rmpah gulai darat tu..gna srbuk kari je..jdi kita pngil la nma mcm tu..bleh la ye apa2 nama pun..

    pastu layan nga ulam timun dan budu tmpoyak..cdpnyeee..ulam lain xder..jgn xcya..kcang pnjang tu pun kita bwa dri msia jgkk..sni susah nk dpt..dh ler tu mahal sngat2..

    tu pun stok udg ada bnyk lgi..pgi esk p psar kita bli lgi..pnyakit xleh tgk udg..msti nk bli..kihkihhh..

    Gulai Tumis Udang (Gulai Darat) by Ilhamdapur.blogspot
    Bahan-bahan

    • 10 ekor udang - belah belakang dan toskan (maz guna udg agak besar jugak)
    • 2-3 cawan santan - maz guna santan serbuk
    • 2 sudu besar serbuk kari
    • 3-4 sudu besar cili kisar (rebus cili kering dan kisar)
    • 1 batang serai - diketuk
    • 1 inci lengkuas - diketuk
    • 3 ulas bawang merah *
    • 1 ulas bawang putih *
    • 1/2 -1 inci kunyit hidup *
    • 2-3 biji cili merah - dikerat 2
    • sedikit air asam jawa
    • sedikit garam, gula dan aji (jika suke)
    • sedikit minyak untuk menumis
    • sedikit sayuran - maz guna terung pipit dan kacang panjang
    Cara :

    1. Tumbuk lumat bahan yang bertanda *

    2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga masak. Kemudian masukkan serai, lengkuas dan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak dengan api perlahan.

    3. Masukkan serbuk kari, tumis lagi seketika sehingga serbuk kari benar-benar masak. Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau sekata.

    4. Masukkan santan sikit. Tumis lagi buat seketika. Masukkan terung pipit dan biar seketika sehingga terung separuh lembut.

    5. Kemudian baru masukkan santan yang masih berbaki, kacau dan biar sehingga santan mendidih. Masukkan udang dan perasakan dengan sedikit gula, garam dan aji atau serbuk pati ayam (jika suke). Akhir sekali masukkan kacang panjang dan cili merah. Biar seketika agar kacang lembut dan udang masak. Siap..

    Thursday, November 25, 2010

    Spaghetti Meatballs

    Assalamualaikum...ni buat utk anak2..kita asik duk msk udg nga kmben je..anak2 xmkn udg klu dibuat lauk2 ni...kbtulan tgk Rachael Ray msk kat tv..dia msk stail senang je kan..main cmpak2 gtuw je..tpi cmpak2 dia msyuk..cmpak kita msyuk jgk..msuk dlam perut..alhmdlillah..kenyang kan..hehee..pas tgk mokcik tu buat spghti mtball..kita pun msuk dpur duk main cmpak cra kita la plak..buat ikut apa stok yg ada..asalkan ada ghupe dan rsa..tpi cmpak2 pun sdppp la mumy anak bngsu kita ckp..baba dia kata..pandai plak kipas mumynya tu..kihkihh..xkisah la dik..janji adik mkn..rspi kat bawah ni kita buat vrsi mudah2 je..Rachael buh mcm2..lgipun depa msk2 kat tv ni bknnya ada tlis rspi..cma ckp je..kita pun main hentam la jgk..xde sukat2..layan je la ye..

    ni versi yg telah digaul2..sudu je msuk mulut..cdppp jgk mkn skli skala kan..
    Spaghetti Meatballs
    Bahan-bahan

    Bebola Daging
    • 200g daging kisar - bukan yang sejuk beku ye, daging segar yang dikisar
    • 1/2 labu bawang besar - dicincang halus
    • 1 ulas bawang putih - dicincang halus
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • sedikit garam dan lada hitam (tumbuk biar halus sikit)
    • sedikit daun parsly - dicincang
    Cara :
    1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Bulat-bulatkan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Maz bakar dalam 20 minit dengan suhu 170 C. Ketepikan (kalau tak nak guna boleh disimpan dalam sejuk beku)


    Sos Spagheti
    • 1 biji buah tomato - didadu kecil
    • 1 labu bawang besar - didadu
    • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
    • 1/2 cawan sos spagheti - maz guna sos kimball tradisional
    • 1/2- 1 cawan stok ayam - rebus tulang2 ayam gtuw, masukkan garam sikit atau serbuk pati ayam @ boleh juga guna air
    • sedikit lada benggala (kapsikum) - dipotong kecil
    • sedikit daun oregano - yang dalam botol tu
    • sedikit lada hitam (tumbuk biar halus sikit)
    • sedikit extra virgin minyak zaitun
    • spagheti yang telah direbus secukupnya - cara rebus : panaskan air, bila air mendidih masukkan sedikit garam dan minyak zaitun, masukkan spagthi dan rebus sehingga lembut (dalam 20-30 minit), kemudian toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun lagi dan daun oregano. Ketepikan

    Cara :
    1. Panaskan 3-4 sudu besar minyak zaitun (guna api perlahan) masukkan bawang putih, goreng seketika. Masukkan bebola daging dan goreng sehingga keperangan. Kemudian masukkan bawang besar. Masak sehingga bawang layu.
    2. Masukkan buah tomato, lada benggala, kacau sekata. Kemudian masukkan sos spagthi. Biar seketika dan masukkan stok ayam. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit gula, garam (jika perlu). Masak sehingga sos pekat.
    3. Boleh la dihidangkan dengan spagthi yang telah direbus samada gaulkan terus spagthi dalam sosnya atau letak sos kemudian.

    Waffle

    Assalamualaikum..dh lama duk peram hajat nk buat wffle ni..asik xjdi je..lepas tgk Kak Zana buat hri tu bru la smpai seru..ni kue ptg anak2 bebrapa hri yg lalu..ptg slasa klu xsilap..bnyk sngat picnya..tpi memang sedap sngat mkn nga sos stberi ni..pasni dh xpyah susah2 nk p cari kat A&W lgi..kna plak nga eskrim vnila tu..laju snguh msuk mlut..wfflenya plak lembuttt..rspi kita amik kat Allrecipes..kita buat half je..tu pun dpt bnyk kping jgk..cma waffle kita ni wrnanya xskata la pulok..npe ye..ye la wffle mker pun cap itik je..tpi stkat ni kita xnpak lgi wffle maker yg branded..klu sndwish mker tu bnyk ler..kat bwah ni rspi yg kita dh alih bhasa..sbb pndek je rspinya..tu yg rjin..

    mcm mkn bnana split hri tu jgk..kita kisar buah stberi segar nga gula skit..pastu tuang je ats eskrim tu..walala..nikmat snguh!! kite memang sukeeee sngat klu mkn nga sos stberi mcm ni..cdpppp!
    cma kita xpuah ati tang wrnanya tu..jdi 2 tone la plak..tpi tetap hbis jgkkk..


    Waffle
    Ingredients (maz buat 1/2 rspi je)
    • 2 cawan tepung serbaguna
    • 4 sudu kecil bakingg powder
    • 1/4 sudu kecil garam
    • 1 1/2 cawan susu segar
    • 6 sudu besar minyak masak
    • 2 biji telur, asingkan putih dan kuning
    • 3 sudu besar gula halus - ni maz tambah sendiri, resipi asal tak letak
    • 1/2 sudu kecil essen vanilla - pun sama maz tambah sendiri, resipi asal tak letak
    Directions
    1.Panaskan waffle maker. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder dan garam. Masukkan susu, minyak, gula, vanilla dan kuning telur. Kacau sebati.
    2. Dalam bekas lain yang bersih, pukul putih telur hingga bertanduk (kembang). Dengan spatula masukkan putih telur dalam adunan no 1. Kaup balik perlahan-lahan.
    2.Sapu mentega sedikit pada waffle maker (jika perlu) dan tuang 1 senduk adunan dan ratakan sekelilingnya. Masak sehinga berwarna keperangan.
    3. Sedia untuk dinikmati panas-panas. (maz hidang dengan ais skrim vanilla dan sos stoberi - kisar buah stoberi segar dengan sedikit gula).

    Wednesday, November 24, 2010

    Sup Kambing

    Assalamualaikum..kmben!kmben! xjmu2 lgi ke..hehee..ni lauk hri isnin lgikk!! apa nk buat tu je yg ada lam pti..jdi kita msk je la apa yg ada..nk hbiskan stok..pasni bleh la rhat sat dri mkn kmben ni..kang naik plak darah ni..kita msk gna rmpah sup cntum yg dlm pket tu je..tmis2 pastu biar je duk dlm p.coker..sat je lembut dgingnya..rspi kita xtlis la ye..lgipun smua teror buat sup ni..tlang2 mcm ni klu buat t-bone steak sos merah tu pun sdp kan..

    Ayam Masak Masam Manis

    Assalamualaikum..ni lauk anak2 plak..asik mnu org tua je..anak2 kita msk stail gni je bru mkn..atau pun msk kicapp!! xkisah la tu ye..asalkan anak2 mkn..kita gna dada ayam..amik isi je..snang nk mkn..xpyah nk buang tulang lgi dh..rspi pun senang je..main tuang2 sos je..

    Ayam Masak Masam Manis
    Bahan-bahan

    • 1 keping dada ayam (maz guna ayam kecik je) - amik isi dan hiris nipis-nipis cuci dan toskan
    • 1 labu bawang besar - dihiris
    • 1 ulas bawang putih - diketuk
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 2-3 sudu besar sos cili
    • sedikit lada benggala hijau (kapsikum) - dipotong kecil
    • 1 biji cili merah - dihiris serong
    • sedikit tepung jagung (dalam 1/2 besar) - bancuh dengan 4-5 sudu besar air
    • sedikit gula dan serbuk pati ayam (jika perlu)
    • Minyak masak secukupnya

    Cara :

    1. Isi ayam digaul dengan sedikit garam kunyit.

    2. Panaskan minyak (dalam 1/4 cawan) dan masukkan isi ayam, kacau balikkan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

    3. Dengan minyak yang sama, masukkan bawang putih, kemudian masukkan semua jenis sos, kacau sekata. Masukkan bancuhan tepung jagung, lada benggala, bawang besar dan perasakan dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam (jika perlu). Masukkan ayam, kacau balik agar sekata (jika terlalu kering, tambahkan sedikit air). Siap..

    Tuesday, November 23, 2010

    Asam Laksa

    Assalamualaikum..brtmu skli lgi dipnghjung pgi hri rabu ni..sni msih pgi lgi..dh ada yg mula tarik bantal ke tu..al maklum la perut dh berisi..ptg2 mcm ni bleh lelapkan mata skojap pun jdi la kan..ni mnu tghri klmarin..sblum rosak bnga kntan dan daun ksum yg dibawa tu..cpat2 la kita buat laksa ni..asam laksa ke..laksa penang ke..xkisah la ye tang nama tu..kita pun main hentam je..tpi nk thu jgk apa beza kdua2 laksa ni ye..kat SINI pun ada yg buat sblum ni..

    laksa2 ni memang pbret suami kita..kita mkn buat syarat je..

    Asam Laksa
    Bahan-bahan

    • 1 bungkus laksa - rendam dulu 10 min dan rebus sehingga lembut, toskan (maz guna brand twinty) - jgn guna brand IKA, laksanya kurang elok dan kena rebus berjam-jam
    • 5 ekor ikan sardin saiz sederhana - cuci bersih-bersih
    • 1 tin kecil sardin - buang sosnya
    • 3-4 ulas bawang merah
    • sedikit belacan
    • 1 senduk cili mesin @ 4-5 sudu besar (cili kering direbus dulu dan dibland)
    • 2-3 kuntum bunga kantan - dibelah
    • 1 ikat kecik daun kesum - amik bahagian yang lembut je
    • garam, gula dan pak aji - sebagai perasa
    • 3-4 keping asam keping
    • 3-4 cawan air
    • 4 biji telur rebus
    • 1 labu bawang besar - hiris nipis-nipis
    • 2 batang timun - dihiris nipis ( maz guna timun jepun yang hijau tu)
    • 3 biji cili merah @ cili padi - dipotong nipis-nipis

    Cara-cara

    1. Masukkan ikan yang telah dicuci bersih tadi ke dalam periuk, rebus bersama 1 cawan air, 3 keping asam keping, 1 sudu besar gula, 1/2 sudu kecil garam, sedikit pak aji dan sedikit nesan sebesar ibu kaki (gula melaka). Rebus sampai ikan masak, sejukkan dulu dan bolehkan dibuang tulangnya. Air rebusan ikan ni jangan dibuang, simpan. Ketepikan

    2. Bland ikan rebus yang telah dibuang tulang tadi bersama dengan 1 cawan air, ikan sardin, bawang merah dan belacan sampai hancur .

    3. Dalam periuk masukkan bahan yang telah dibland tadi, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan air rebusan ikan tadi serta 3-4 cawan air lagi. Masak sampai mendidih. Kemudian masukkan garam, gula, pak aji dan perasakan secukup rasa. Biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah dan rasa masin yang seimbang dengan rasa manis. Masak dengan api perlahan buat seketika lagi agar kuah menjadi sedikit pekat. Padamkan api.

    4. Masukkan laksa dalam mangkuk dan boleh lah dihidang bersama dengan timun, telur rebus, bawang besar dan cili padi. Sedia untuk dinikmati..

    Lamb Chop & Greek Salad

    Assalamualaikum..pepgi dh kluar kmben trgolek2 la plak..asik duk mkn kmben je ni..sibaik la xmngmbek..hehee..apa nk buat..dh ada dpan mata..kita bli je la ye..mkn puas2..leh msk mcm2..kat sni tnjuk je nk bhgian mna..slalunya kita bli bhgian shoulder..dlm 4-5kg beratnya..dging bhgian ni sdp dan lembut..kdang2 ada jgk bli t-bone atau rib mcm ni..skli skala layan mnu ni la plak ye..kmben tu kita bkar atas grill pan je..sat je dh msk..pastu buat salad skit..kbtulan hri tu ada bli feeta cheese sktoi..rspi xyah la ye..smua thu buat salad tu..
    kita mrinet mudah2 je..buh apa yg ada dlm stok..janji ada rsa..wpun mkn xde sos..tpi sdppp..jucy..kita buat 6 ktoi..licinn..suke la msk2 kat sni..ada org mkn..klu xmkn pun kita paksa mkn jgkkk..hehee..
    sni cheese senang sngat nk bli..brpluh2 jnis..smpai xrti nk bli yg mna..sbbnya smpai sni bru kenal cheese2 ni smua..hehee..pak2 arab ni memang kuat snguh mkn cheese..salad ni kita gaul je dgn extra virgin minyak zaitun, lemon jus skit dan yg ptih2 tu feeta cheese..xpyah buh gram dh bgi kita..cheese tu dh ckup bgi rsa pda syur2 segar tu..

    Monday, November 22, 2010

    Spanish Omelette

    Assalamualaikum..ada yg tgh buat kue ke tu..kita kat sni bru pkul 12..layan mnu simple ni dlu la ye..lauk tghri klmarin..kbetulan msa duk tgk tv chanel msk2 chef tu buat omelete ni..apa lgi trus buat jgk la..mudah je kan..bhn2 pun ada..cma yg kita buat ni xde la ikut sbjik mcm chef tu..kita letak je apa yg ada kat dpur..pastu kita layan snga smbal blacan..sedappp weii..hehee..

    isi dlm perut tlur dadar..smoked turkey..kpsikum ijau..parsly dan chili flakes..


    Spanish Omelette
    Bahan-bahan
    • 2 biji telur
    • 2-3 sudu besar susu segar
    • 3 keping smoked turkey ham - dipotong kecil
    • sedikit lada benggala hijau (capsikum) - didadu
    • sedikit parsly -dicincang
    • sedikit chili flakes - kalau ganti dengan cili padi lagi sedap
    • sedikit butter
    Cara :

    1. Pecahkan telur dan pukul sedikit bersama dengan susu segar.

    2. Panaskan non stick pan dan masukkan butter (dalam 1 sudu besar). Bila dah cair tuang bancuhan telur tadi, tunggu sehingga telur separuh masak.

    3. Kemudian tabur bahan-bahan lain. Biarkan sehingga telur masak sepenuhnya.

    4. Lipat dan angkat. Taburkan sedikit parsly. Siap..

    Lepat Pisang

    Assalamualaikum..dh srpan ke smua ye..ni pun kes nk hbiskan daun psang yg kita bwa tu..sian daun psang tu mai jauh2..xkan msuk tong smpah plak kan..hehee..buat pun skit je..ni la smua yg ada lam pngan..msih lgi gna rspi yg buat sblum ni..bleh tgk kat SINI..kita ske rspi yg mudah2 ni..dan sdpp plak..

    Sunday, November 21, 2010

    Sambal Udang Petai

    Assalamualaikum..smbal udg ni lauk yg kita buat mkn nga nsi lemak limau purut hari tu..memang ngam sngat la prnernya ni kan..sdpppp..kbtulan petai yg kita bwa ada lebih 4-5 bijik lgi..jdi msuk je la skli..sblum2 ni dh prnah msk brsmbal mcm ni..cma kdang2 tu bila msk ada kita tkar bhn2nya ikut apa yg ada kat dpur dan tgk apa yg rsa nk letak..janji jdi brsambal dah la ye..bleh jgk tgk kat SINI..


    Sambal Udang Petai
    Bahan-bahan
    • 10 ekor udang saiz sederhana
    • 1/4 cawan cili kisar (rebus cili kering dan kisar)
    • 1 labu bawang besar - dihiris nipis
    • 2 ulas bawang putih - diketuk
    • 3 sudu besar sos cili
    • 1 batang serai -diketuk
    • nesan kerek @ gula melaka sebesar ibu jari
    • sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perasa
    • sedikit belacan dan air asam jawa
    • minyak masak secukupnya
    • air secukupnya
    Cara :

    1. Cuci udand bersih-bersih dan toskan.

    2. Panaskan minyak (dalam 1/2 cawan), masukkan bawang putih dan biar sehingga bawang kekuningan. Masukkan cili kisar, serai, nesan dan bawang besar. Masak sehingga pecah minyak dengan api perlahan. Bila dah pecah minyak masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau sekata dan tumis seketika lagi.

    3. Tumis sehingga cili benar-benar masak, kemudian masukkan sos cili dan tambahkan air sikit-sikit bila hampir kering (tujuannya agar sambal kurang pedas). Masukkan petai.

    4. Kemudian baru masukkan udang dan perasakan dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam. Balik-balikkan agar sekata dan masak seketika lagi sehingga udang masak. Siap..

    Nasi Lemak Harum Limau Purut II

    Assalamualaikum..mnu apa kwn2 pgi ni ye..nsi lemak ni mnu kita pgi klmarin..tkut rosak daun psang yg kita bwa tu..jdi tu yg nk prhbiskan cpat2..buat lapik nsi lemak pun jdi la..hehee..ikan blis tu pun kita bwa jgk..tu yg smpai 10 kotak brang2 yg kita bwa..smpai2 kat airport suami tgk pun trkejut..mcm nk dtg sthun..kihkihh..nsi lemak ni memang harum snguhh..bngkitkan brselra btul dgn bau daun limau purut tu..kita klu msk nsi lemak memang letak daun limau purut..buat rendang pun msuk daun limau ni jgk..sblum ni dh prnah tepak rspinya..leh tgk kat SINI ye..cma yg kita buat kli ni ada ubah skit..nk mudahkan kje lgi org kata..jdi rspi kita letak skli lgi..

    kli ni nsi lomak harum ni kita buat mkn nga udang smbal..stok udg pun msih bnyk lgi..dh bli 2kg sblum rya hri tu yg saiz agak bsar jgk..tpi msa sngah psar nk cri ikan kerabu yg dibuat bakar tu..kita bli lgi 1kg yg saiz sedan2 ni..kita memang pntang npak udg..msti nk bli..Mama..kat sni pun kita xleh tgk udg jgkkk..msti gigil tngan ni..ingatkan kat msia je mcm tu..Mama thu la betapa serasinya kita nga udg ni..hehee..dh pnuh pti tu nga udg..


    Nasi Lemak Harum Limau Purut II
    Bahan-bahan

    • 2 cawan beras - kali ni maz guna beras basmati
    • 2 cawan santan cair (jangan yang cair sangat ye) @ ikut sukatan air beras masing-masing
    • 4-5 helai daun limau purut
    • 1 batang serai - diketuk
    • sedikit garam - tujuannya agar nasi tu rasa lemak sedap

    Cara-cara

    1. Cuci beras bersih-bersih dan masukkan dalam periuk.

    2. Masukkan santan, daun limau purut, serai dan sedikit garam. Kacau sebati

    3. Masak seperti nasi biasa sehingga masak. Bila dah masak, balik-balikkan sikit permukaan nasi agar berderai.

    4. Siap dan sedia untuk dihidangkan dengan sambal bilis, telur rebus atau lauk pilihan mengikut selera...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...