Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Sos. Show all posts
Showing posts with label Sos. Show all posts

Thursday, April 11, 2019

Almond Pretzel With Caramel Sauce ala Auntie Anne's

Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan selalu..semoga kita dijauhi dari segala fitnah dunia dan sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
maap la ye ni pon pic lama dh, tpi memang dh ada dlm draft..biasanya memang gitu akn terus tulis rspi lepas buat tu kat draf siap2 tkut terlupa klu dh lama, jdi sbb dh ada pic dan rspi yg buat ni dlu maz update lah jgk sbgai rujukkan dan kenangan..sbnarnya bkn susah pn nk buat pretzel ni, cuma malas tu yg lebih..ni main uli tngan je sbb buat pon skit sngat, pretzel auntie anne tu memang pabret kami sklrga..klu blik blik harus beli sokmo org kata, selain pretzel almond ni..cheese nuget bite auntie anne tu pon suka sngat dgn rasa lemak masinnya tu, dh lama duk pendam rasa nk try buat..tpi tu la bila mood dan kerajinan tidak bersatu, maka tidak ada hasil lah jwbnya..Insha Allah semga jumpa lagi dan mhn maaf andai ada salah dan silap..

Almond Pretzel Ala Auntie Anne's by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (6-7 biji)
  • 1 1/2 cawan tepung serbaguna @ tepung high protien (tepung roti)
  • 1 sudu besar yis kering - mauripan dll
  • 1 cawan susu suam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar mentega lembut - maz guna unsalted
  • almond nib secukupnya - optional
Bahan B
  • 1 cawan air suam + 1 sudu besar soda baikarbonat (sediakan bila doh dah dibentuk)
  • 1/2 cawan metega cair panas - maz guna unsalted (sediakan bila pretzel dah keluar dari oven)
Karamel
  • 1 cawan gula kastor @ bleh guna gula perang
  • 130ml whipping cream UHT
  • 6 sudu besar mentega susu bilik
  • secubit garam (abaikan jika guna mentega biasa)
Cara

1. Satukan 1/2 cawan susu, yis dan gula, biar sekejap dalam 5 minit.
2. Masukkan tepung sambil dikacau dengan garfu buat bulatan jam, masukkan baki 1/2 cawan susu (ikut keperluan bergantung pada jenis tepung yang digunakan).
3. Masukkan garam dan mentega,  uli 8-10 minit hingga jadi doh yang lembut (boleh guna stand mixer/bread maker, maz uli dgn tangan sbb buat pon sikit je), sapu sedikit mentega pada dasar mangkuk, letakkan doh yang telah siap diuli dan rehatkan selama 30-40 minit atau biar doh naik sekali ganda.
4. Tumbuk doh sikit buang angin, bahagi kepada 10 (maz timbag 30g setiap satu), gentel panjang dalam 2 jengkal sebesar jari telunjuk, buat sampai habis.
5. Pegang ke dua hujungnya dan celup dalam air soda bikarbonat, letak atas dulang dan simpul bentuk pretzel (bagi maz buat macam ni lagi mudah dari bentuk dulu baru celup, kalau tak tahu cara nak simpul pretzel tu boleh tengak kat youtube), jarakkan 1 1/2 inci setiap pretzel.
6. Tabur almond nib sambil tekan sikit biar lekat dan bakar selama 12-15 minit atau hingga perang dengan suhu 180 C dalam oven yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit.
7. Bila dah masak, celup pretzel dalam mentega cair (dari bahan B) ketika masih panas.
8. Sedia untuk dihidang bersama karamel sos.
9. Untuk buat karamel sos, satukan gula dan mentega, guna api perlahan masak hingga gula larut bertukar warna dan berbuih. Kemudian masukkan whip cream sambil dikacau selalu hingga pekat.

tgk pic ni meronta2 la plak terasa nk mkn..karamel sos tu bleh suaikan kepekatannya, tmbah susu segar atau whip cream klu pekat sngat..

wpun xsama dgn original auntie anne, tpi utk hilang teliur tu org kelantan kata bleh la deh..puas hati jgk la dgn hasil sendiri dan anak2 pon suka..

kat sni xde auntie anne ni..semoga dtg blik mood rajin ni, bleh la berpretzel lgi..tekstur pretzel ni xlembut mcm roti atau bun biasa, sedikit padat gitu tpi sedapp! bila sejuk kena panaskan dlm mv bgi lembut balik..

Sunday, September 4, 2016

Cheese Bread With Marinara Sauce

 Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' 
(Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga, sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah swt forgive our sins we have done and accept our doa, Ameen.
biasa duk buat goreng pisang atau cucur utk alas perut ptg atau mlm..skli skala tukar mkn roti la plak, hasil dgn marinara sauce ni..terjebak tgk show andrew zimmern la jgk! mokcik ni pun kemain rajin nk mencuba menu italian plak..tpi pilih buat yg mudah je, roti pun yg segera..beli kat carrefour! cuma tuang minyak zaitun sikit dan tabur cheese, masuk oven..pastu cicah dgn sos marinara tu, sedappp! nk buat sos tu pun mudah je, klu xde idea nk buat hidang ptg bleh la try roti cheese dgn sos ni..atau bleh jgk sedia utk sarapan, tukar selera dgn nasi lomak deh! InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

terlupa nk sapu bawang putih dlu sblum letak cheese, klu dak lgi sedapp dgn aroma bawang putih..

 mkn time, yummyyy! menu restoran yg bleh buat sdrik kat rumah, pasti xcukup 1 plate ni..

CHEESE BREAD WITH MARINARA SAUCE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • roti perancis jenis lembut/roti john - belah 2
  • mozarella cheese secukupnya
  • sedikit extra virgin minyak zaitun
  • sedikit daun basil atau italian herbs
  • marinara sauce
Cara

1. Panaskan oven suhu 170C.
2. Susun roti dalam loyang, tuang sedikit minyak zaitun atas roti, tabur cheese secukupnya dan sedikit basil atau italian herbs.
3. Bakar selama 8-10 minit atau hingga cheese cair dan sedikit perang.
4. Sedia untuk dihidang bersama sos marinara ketika masih panas.

sos ni bleh dipelbagaikan kegunaannya..rebus spagheti pastu tuang sos ni bleh jdi satu hidangan ringkas dh..maz pon ada buat 3-4 hari lepas utk alas perut mlm..

roti perancis yg maz guna ni bkn yg jenis keras tu ye, sni panggil samoon bread..roti utk sandwish ala roti subway tu, klu guna roti yg keras tu xsedap..nati kejung plak bila msuk oven, xkena nk cicah dgn sos ni, klu xde roti ni bleh je guna roti hot dog atau roti john tu..

Wednesday, August 31, 2016

Marinara Sauce

 Assalamualaikum w.b.t 
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
lama dh jgk rsanya xde n3 menu italian, ada je dk buat sokmo mcm pasta tu..cuma versi ringkas dan kekdang tu xde masuk sayur apa, jdi tu yg xsnap, sos marinara ni buat mkn dgn roti..smjak akhir2 ni rjin plak duk buat menu italian, terliur la bila tgk program bizarre foods andrew zimmern..mula la mokcik ni dtg semangat nk buat jgk! tpi pilih buat yg mudah je la, sos ni sama je mcm nk buat spagheti bolognese..cuma marinara ni teksture sosnya lagi halus sbb buah tomato tu dikisar dulu dan guna buah tomato tin yg dah lembut dan warnanya merah pekat, tpi klu yg suka jenis chunky sikit tu tekan2 je biar pecah tomato tu..sos ni jgk bleh dipelbagai guna sebagai dip atau nk layan dgn spagheti pastu tabur parmesan cheese pun bleh, memang super yummyy! terima kasih sekli lgi pada yg sudi singgah dapur ni..semoga ada yg dpt dimanafaat bersama dan mana yg tidak sempurna dri maz tu harap dpt dimaafkan, InysaaAllah jumpa lagi..

dh 2x buat sos ni, memula buat 1 tin tomato je..suami kata sedap sangat mkn dgn cheese bread, pastu esknya buat plak 2 tin..maz guna tomato tin yg sbjik2 dlm sirap tu, barang italian mudah sngat nk cri sbb ramainya european kat sni..bleh kata bersepah, prgi mana2 ada je dia org..

MARINARA SAUCE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 1 tin peeled tomato - ada jual kat pasaraya
  • 1/2 labu bawang besar bomba - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 2 helai daun bay
  • 1 sudu besar pes tomato - maz guna mcm dlm gambar tu
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar daun parsley (italy) cincang - mcm dlm gambar kat bawah 
  • 2 sudu besar gula @ secukup rasa
  • 2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • sedikit garam jika perlu
ni italian parsely, tak sama dgn english parsely yg daunnya berjambak tu..italian parsely ni rupenya seakan daun ketumbar dan daun sup..tpi baunya lain dan tekstur daunnya sedikit kasar, kat sni ada ditanam sebagai sayur tempatan sbb org arab bnyk guna dlm masakan dan guna buat salad tabouleh..

Cara

1. Masukkan tomato dan jusnya dalam pengisar dan kisar biar hancur.
2. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang, daun bay, daun parsely dan tumis sekejap sekadar bawang layu.
3. Masukkan tomato kisar, pes tomato, sedikit air ( guna tin tomato tu, sekadar cuci tin je), kiub pati dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan gula dan masak biar mendidih lama sikit, suaikan secukup rasa.
5.Padamkan api dan sejukkan sepenuhnya, boleh lah dihidangkan bersama cheese bread/stick/calzone/spaghetti dan seumpamanya.

dh terhasil 2 menu dgn marinara sos ni, wpun ringkas je tpi sedapnyaa! klu mkn kat restoran mau kena caj 3-4 dinar 1 set, buat sdrik amat berbaloi..senang ada sos ni dlm peti, bleh jgk guna sbgai sos lagsana atau baked pasta yg lain..klu time xde idea utk alas perut mlm atau nk cepat, rebus pasta dan gaul je dgn sos ni..

Wednesday, March 16, 2011

Dulce de Leche - versi Pressure Cooker

Assalamualaikum..akhirnya mngambil bahgian jgk..dri sehri ke sehri prjek dulce ni trtngguh..dah ramai kita tgk yg buat DDL ni..tpi bila tgk Mamazieza buat bru la hati ni smpai ke kmuncaknya..lantas trus brtindak..hehe..Mama buat gna susu pekat manis biasa je..jdi kita pun branikan dri utk mncuba dgn susu jenis sama..sbbnya susu pekat manis yg biasa tu je yg ada lam lemari..dan ni la hasilnya..dri segi warna..cntikkkk..wrnanya coklat gelap jgk dan tidak cair..likat jgk..nk guna pun senang..kita ni jenis yg nk keje senang je..jadi kita msak dalam periuk tekanan..xrisau air kering ke apa kan..memang mudah sngat2 weii..jimat msa dan yg pnting jimat gas sbb xpyah nk tngu smpai 3 jam..rsanya hana org yg memula prkenalkan dulce ni..kita letak jgk la cra kita buat dulce ni kut2 ada yg nk cba dgn cara senang ni..hehee..

tin ni kita buka msa masih suam2 lgi..sbbnya xsabar nk tgk hasil dulce kita..hehee..trkezut jgk tengok jadi elok..warnanya pun cntik dan pekat..sbbnya org kata klu guna periuk tekanan masak selama 40 minit je..tu yg xsabar2 nk tgk hasilnya..tkut hangus ke apa kan..sbb kita buat lama..tpi alhamdulillah akhirnya mnjadi jgk dulce de leche ku..dah siap 2 jnis prjek yg kita buat guna dulce ni..cma xdan nk tepek je lgi..tungguuuu yee..hehe..dulce ni pun buat 3 hri lepas lgi..huhuu..

Dulce de Leche by ilhamdapur.blogspot
Bahna-bahan
  • 1 tin susu pekat manis - maz guna jenama Tesco je
  • periuk tekanan (pressure cooker)
  • air secukupnya
Cara
1. Dalam periuk masukkan air secukupnya (kiranya bila kita baringkan tin susu, tin tu akan tengelam sepenuhnya).
2. Panaskan air sehingga keluar buih-buih kecil. Buka pembalut/label kertas pada tin susu dan masukkan tin dengan baringkan biar tenggelam. Tutup periuk sebaiknya (ikut arahan periuk tekanan masing-masing) dan masak dengan api perlahan selama 1 jam 25 minit.
3. Bila dah cukup waktu, padamkan api dan buka injap periuk biar wap keluar sepenuhnya. Buka tutup periuk dan keluarkan tin susu. Sejukkan sepenuhnya sebelum dibuka.
4. Bila dah buka tin tadi, keluarkan dulce de leche dan simpan dalam bekas kedap udara atau botol yang sesuai dan simpan dalam peti sehingga saat perlu digunakan. Siap..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...