Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, August 31, 2016

Daging Masak Merah

 Assalamualaikum w.b.t
'SubhaanAllahi wabihamdihi subhaanAllah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Al Mizan (Riwayat Bukhari & Muslim), sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..semoga Allah swt make us among those who remember Him much, Ameen.
masak merah ni lauk 3 hri lepas..update la dlu sbb dh lama xtepek lauk daging, masak merah ni buat atas permintaan abangngah..katanya dh lama xmkn daging yg warna merah tu mami, prgi psar wken lepas msuk la tempat daging skli..beli bahagian sirloin 1 1/2kg dan kmbing 2kg, blik tu trus goreng kunyit skit..daging tgh fresh memang sedap goreng kunyit atau singgang kan, pastu esknya buat masak merah ni..lauk yg ringkas tpi sedap deh! klu mkn kedai tomyam bleh kata menu wajib oder ni, maz xde rebus apa daging tu..gaul dgn pewarna pastu buh dlm kuali dgn air skit, kacau2 dan bila air kering masuk minyak..skjap je siap! tpi kena daging yg jenis lembut la, klu beli daging frozen kena rebus dulu biar lembut..sayur tu bleh guna jagung muda jgk, maz buh apa stok yg ada je..sampai jumpa lagi, InysaaAllah dan maaf atas segala khilaf yg ada..

DAGING MASAK MERAH by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g daging sirloin/batang pinang
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos pencicah manis/sweet cili thai
  • 1/2 labu bawang besar holland
  • 3 biji cili padi/cili besar
  • sedikit bunga kobis/kacang panjang @ jagung muda jika ada
  • sedikit minyak sayur/masak
  • gula, garam dan sedikit aji jika suka
Cara

1. Hiris nipis daging, gaul dengan pewarna merah dan sedikit garam.
2. Masukkan dalam kuali bersama sedikit air (dalam 1 cawan atau bergantung pada kelembutan daging), masak sambil dikacau sekali sekala hingga daging lembut.
4. Bila daging dah lembut, keluarkan air masak daging tadi (simpan untuk guna buat sosnya) dan biarkan daging dalam kuali.
4. Masukkan sedikit minyak, bawang putih dan masak sambil dikacau biar daging sedikit garing atau berkerak.
4. Tolak daging ketepi kuali, masukkan sayuran, kacau balik sekejap biar layu kemudian masukkan semua jenis sos dan air masak daging tadi.
5. Masak seketika lagi dan suaikan secukup rasa, kacau balik biar sayur lembut dan sos jadi pekat sikit.

Nota ilhamdapur : kalau guna daging frozen atau bukan yg cepat lembut, rebus dulu dengan pewarna dan sedikit garam biar lembut, pastu baru terus masak macam no 4, pastu maz baru edit balik resipi tu, terlupa yang air masak daging tu guna utk kuahnya. 

lama dh jgk xbuat daging masak merah ni..sedap plak mkn dgn nsi panas, afiq kata sama la mami mcm yg kita mkn kat kedai atas bukit masa blik Msia dulu..ada 1 kedai tomyam dkat rumah yg dh jdi port mkn2 klrga, memang sdp masakan kedainya dan murah la..

Marinara Sauce

 Assalamualaikum w.b.t 
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
lama dh jgk rsanya xde n3 menu italian, ada je dk buat sokmo mcm pasta tu..cuma versi ringkas dan kekdang tu xde masuk sayur apa, jdi tu yg xsnap, sos marinara ni buat mkn dgn roti..smjak akhir2 ni rjin plak duk buat menu italian, terliur la bila tgk program bizarre foods andrew zimmern..mula la mokcik ni dtg semangat nk buat jgk! tpi pilih buat yg mudah je la, sos ni sama je mcm nk buat spagheti bolognese..cuma marinara ni teksture sosnya lagi halus sbb buah tomato tu dikisar dulu dan guna buah tomato tin yg dah lembut dan warnanya merah pekat, tpi klu yg suka jenis chunky sikit tu tekan2 je biar pecah tomato tu..sos ni jgk bleh dipelbagai guna sebagai dip atau nk layan dgn spagheti pastu tabur parmesan cheese pun bleh, memang super yummyy! terima kasih sekli lgi pada yg sudi singgah dapur ni..semoga ada yg dpt dimanafaat bersama dan mana yg tidak sempurna dri maz tu harap dpt dimaafkan, InysaaAllah jumpa lagi..

dh 2x buat sos ni, memula buat 1 tin tomato je..suami kata sedap sangat mkn dgn cheese bread, pastu esknya buat plak 2 tin..maz guna tomato tin yg sbjik2 dlm sirap tu, barang italian mudah sngat nk cri sbb ramainya european kat sni..bleh kata bersepah, prgi mana2 ada je dia org..

MARINARA SAUCE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 1 tin peeled tomato - ada jual kat pasaraya
  • 1/2 labu bawang besar bomba - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 2 helai daun bay
  • 1 sudu besar pes tomato - maz guna mcm dlm gambar tu
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar daun parsley (italy) cincang - mcm dlm gambar kat bawah 
  • 2 sudu besar gula @ secukup rasa
  • 2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • sedikit garam jika perlu
ni italian parsely, tak sama dgn english parsely yg daunnya berjambak tu..italian parsely ni rupenya seakan daun ketumbar dan daun sup..tpi baunya lain dan tekstur daunnya sedikit kasar, kat sni ada ditanam sebagai sayur tempatan sbb org arab bnyk guna dlm masakan dan guna buat salad tabouleh..

Cara

1. Masukkan tomato dan jusnya dalam pengisar dan kisar biar hancur.
2. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang, daun bay, daun parsely dan tumis sekejap sekadar bawang layu.
3. Masukkan tomato kisar, pes tomato, sedikit air ( guna tin tomato tu, sekadar cuci tin je), kiub pati dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan gula dan masak biar mendidih lama sikit, suaikan secukup rasa.
5.Padamkan api dan sejukkan sepenuhnya, boleh lah dihidangkan bersama cheese bread/stick/calzone/spaghetti dan seumpamanya.

dh terhasil 2 menu dgn marinara sos ni, wpun ringkas je tpi sedapnyaa! klu mkn kat restoran mau kena caj 3-4 dinar 1 set, buat sdrik amat berbaloi..senang ada sos ni dlm peti, bleh jgk guna sbgai sos lagsana atau baked pasta yg lain..klu time xde idea utk alas perut mlm atau nk cepat, rebus pasta dan gaul je dgn sos ni..

Tuesday, August 30, 2016

Ayam Kung Pao

Assalamualaikum w.b.t
'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir Khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah swt guide us to the straight path, Ameen.
agak sibuk skit minggu ni, xsempat sangat nk update blog..ni pun kepala mcm berat je, tpi gagahkan jgk semangat utk update sbb banyaknyaaa gambar dlm folder tu! bgi laluan pda ayam kung pao ni la dlu, kejadian awal bln hritu..ayam kung pao ni kira salah satu masakan chinese yg agak pemes..org lain dh berzaman buat lauk ni, dpur ni je bru nk muncul..pernah rasa ayam kung pao ni dlu, kat sni pun ada menu ayam ni..cuma versi lain skit, tpi sosnya guna sos tiram dan soya sos jgk..sblum ni dh pernah buat rasanya, cuma xletak kat blog..lauk gini memang anak2 suka, klu part dada ayam tu.. kena masak mcm ni baru laku, selain masam manis atau paprik..InysaaAllah semoga jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada, SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA..

Bahan-bahan
  • 300g daging ayam 
  • 1 biji telur
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit garam
Sos
  • 2-3 sudu besar sos tiram *
  • 1 sudu besar sos cili *
  • 1 sudu besar tepung jagung *
  • sedikit gula perang *
  • sedikit kicap - utk gelapkan warna sos
  • air secukupnya *
  • 1/2 labu bawang besar - dadu kasar
  • 5-7 tangkai cili kering - kerat, buang biji
  • 1/2 biji lada benggala - dadu kasar
  • segengam gajus
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Potong nipis daging ayam, kemudian gaul dengan 2 sudu tepung jagung (maz buat macam ni dulu sebab nak bagi tepung tu tebal bila digoreng).
2. Masukkan telur dan sebatikan, masukkan tepung jagung lagi dan gaul sebati biar isi ayam bersalut tebal (maz letak ayam dalam bekas besar, masukkan tepung jagung dan golek satu-satu)
3. Panaskan minyak secukupnya, goreng biar perang sambil dibalik-balik, angkat dan toskan.
4. Untuk sos, sebatikan semua bahan bertanda * dan suaikan secukup rasa (air tu dalam 1/2 cawan ke, agak-agak la ye kira padan dengan bahan lain, maz main tuang gitu je).
5. Dengan kuali lain panaskan 2 sudu besar minyak, masukkan cili kering, bawang besar dan lada benggala. 
6. Masukkan bancuhan sos dan masak biar berbuih sikit, kemudian masukkan ayam, gajus dan sebatikan.
7. Padamkan api, tabur sedikit daun bawang jika suka.

memang sedap dpt dgn nasi putih atau nasi goreng cina, meratah pun sedap! nk buat pun mudah sangat, yg pasti anak2 suka klu lauk hitam dan sedikit manis gini..

Monday, August 29, 2016

Masak Lemak Cili Padi Ikan Jenahak

 Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innaka afuwwun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah ra jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah SWT forgive us, our parents and accept our doa, Ameen.
apa kbar, bertemu skli lgi wpun dlm mood yg dipaksa2 jgk pgi ni..klu cuti skjap mula la rsa liat skit nk update blog ni, ditambah plak 2-3 lepas agak bz skit ke sna sni..ok la cuci mata dgn masak lomak lauk awal bln hritu..msa prgi psar hritu tgk cantiknya ikan ni..terus beli 2 ekor, rupe seakan ikan merah gitu, cuma badanya xselebar ikan merah..mungkin ikan jenahak la kut, maz pun xkenal ikan jenahak ni mcmana..lauk gini bahaya la, duk terbabas senduk periuk je! InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

ye ke ni ikan jenahak? maz main agak je, ada wssap adik sruh tnjuk kat bonda tnya ikan apa..bonda kata ikan kunyit la plak, klu salah mitak maaf ye..tukang masak ni memang xkenal sngat jenis ikan ni, kat sni xingat dh arab panggil ikan apa..beli 2 ekor kat psar awal bln hritu, sekor dh selamat buat masam manis,

MASAK LEMAK CILI PADI IKAN JENAHAK by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan jenahak - tak tahu la betul ke nama ikan tu
  • 3 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit *
  • 2 biji cili padi * - jika suka pedas, letak lebih
  • 1 batang serai - ketuk 
  • 1 keping asam gelugur
  • 3-4 biji cili padi merah & hijau
  • 2 biji terung
  • garam, gula dan aji jika suka
Cara

1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
2. Satukan semua bahan kecuali ikan, masak hingga mendidih sambil dikacau selalu dan terung lembut sikit.
3. Masukkan ikan dan masak seketika hingga ikan masak, suaikan secukup rasa.

kbetulan ada stok petai yg beli kat asian store 1 paket, mungkin kat Msia tgh musim petai..tu yg ada jual, skrang ni dh xde la..1 paket tu 1.2 dinar atau dlm rm13,sempat la 3x jgk duk beli petai time ada hritu, kat rumah ni klu kuah jenis kuning gini laku la..semua suka, xde lauk lain pon ckup dh ni buat mkn nasi bertambah2..

Thursday, August 25, 2016

Puding Coklat (Tanpa Telur)

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima)
 sama2 kita amal baca sebaik bagi salam selepas solat subuh, Sunnah RAsulullah saw..semoga Allah swt guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
bertemu skli lgi, sblum msuk dpur amik msa la skjap kemas blog ni dlu..ptg nti dh mcm2 aktvi hjung minggu duk menunggu, bleh la tukang masak jejln amik angin..klu dh kluar tu blik xrajin mna la nk duk depan lappy, persekolahan semester baru pun akn start minggu depan utk abangngah dan afiq minggu 1 lgi plak..bleh la cri apa yg perlu, ok la skli lgi cuci mata dgn gmbar lama..puding coklat ni pun kejdian 3 bln yg lepas lgik! xde plan pun nk buat puding ni, tpi kes nk hbiskan stok whip cream..tu yg kacau buat puding ni, kbetulan stok ceri pun ada..tenggek je la skli, puding ni mudah sangat..xmsuk telur dan guna tepung jagung dgn serbuk koko, xpyah nk cairkan coklat masakan apa..ilham dri inti kuih dadar kastard durian ni..puding ni jgk bleh guna utk buat dessert layer antara biskut oreo, whip cream dan puding coklat ni..pastu masuk peti skjap biar sejuk dlu, ok la semoga jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak menyenangkan..lihat mereka yg serba kekurangan, agar kita sentiasa rasa bersyukur akan betapa besarnya nikmat Allah utk kita..

kat sni klu time winter musim strawberi, smpai xlarat nk mkn..smua tempat duk ofer stoberi, time summer plak musim buah ceri ni..geram nengok besar2, Alhamdulillah puas la mkn buah2 yg kat Msia mahal ni..1 bekas dlm 1/2kg bru 1 dinar, yg hitam2 tu manisnya..klu yg merah tu biar je dlu dlm peti 3-4 hri, nanti akn hitam la..tu pun ada skit lgi dlm peti yg beli plak, ceri ni tahan lama..xmcm stoberi, tpi buah ni semua msuk dri negara luar la..bahrain hnya ada buah tamar je..

dessert yg indah dipandang, sedap dimkn..yg penting lgi mudah nk buat, InysaaAllah sabtu ni nk prgi psar..klu ada lgi ceri ni bleh la beli plak sbb dh nk hbis musimnya, maz dgn suami je yg mkn..strawberi pun sama anak2 xminat, tu duk buat jam stoberi je..

PUDING COKLAT (TANPA TELUR) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500ml susu segar
  • 3 sudu besar serbuk koko 
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan gulas @ secukup rasa
  • secubit garam
Cara 

1. Sebatikan semua bahan, pastikan tepung larut sepenuhnya dulu sebelum letak atas api.
2. Masak dengan api sederhana kecil sambil dikacau selalu dengan senduk kayu agar tidak berketul., rasa la nak manis macamana, boleh tambah gula lagi jika perlu.
3. Masak biar pekat sikit macam susu manis, padamkan api, terus kacau hingga berkilat dan sejuk sikit agar atasnya tidak berkerak.
4.Tuang dalam gelas atau bekas yang sesuai dan sejukkan dulu dalam peti sehingga sedia untuk dihidang baru hias dengan whipping cream. 

Nota ilhamdapur : whip cream tu maz guna yang segera dalam botol je atau kalau nak guna yang kotak pukul sampai kental, boleh juga ayak serbuk koko dan parutan coklat atas puding.

saat utk menikmatinya, wpun semudah abc..tpi rsanya tetap ummphh! whip cream tu maz guna yg segera yg duk picit atas ekrim atau ice blanded je..tu yg buat puding mudah ni, nk hbiskan whip cream la..

posing la lebih skit ye wpun dh lama selamat ni sbb dh ada dlm folder..

Wednesday, August 24, 2016

Sotong Sambal Tomato

Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit selagi bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, sunnah Rasulullah saw..semoga Allah swt protect us, our families and always keep us safe, Ameen.
masa ada kerajinan ni update la sekerap yg bleh deh, biar surut skit folder tu..stun ni pun lauk dh berbln jgk, kejadian sblum pindah rumah lgi..biasa duk buat sambal cili kering..kli ni cuba buat sambal tomato plak, dri guna cili kering tukar pda pes tomato, rsanya antara masam manis dgn sos sardin gituw sikit..sbb maz masuk jgk sos cili dan sos tiram sikit nk bgi balen rsa tomato, pastu kacau je dlm kuali..stun tomato ni xde la rsa berminyak sangat mcm masak sambal biasa tu, sbb xguna minyak bnyk utk menumis..rsa pun bleh tahan jgk, nk mkn dgn nasi putih atau nasi tomato pun ok..semoga jumpa lagi, InysaaAllah dan maaf atas segala silap yg ada..may Allah show mercy upon the man who shows me my faults - Umar Al Khattab, antara 10 sahabat Rasulullah saw yg telah dijanjikan syurga..

ni ler tomato paste yg duk guna selama ni, pes ni xmasam sangat dan ada sedikit rsa manis..pastu pekat, maz guna pes ni jgk utk buat sos piza, atau spagheti dan dlm masakan arab..pastu cuba buat masak sambal sotong ni plak, org arab bnyk guna tomato dlm masakan..

SOTONG SAMBAL TOMATO by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g sotong 
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 sudu besar pes tomato - maz guna pes mcm dlm gambar kat bawah 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos manis thai @ sos pencicah
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 2 biji cili hijau - hiris nipis
  • sedikit garam dan gula, aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Cuci sotong, kerat dan toskan biar kering (maz guna sotong agak besar juga, kalau sotong kecik tak perlu potong).
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk biar naik bau.
3. Masukkan pes tomato dan tumis seketika, kemudian masukkan sotong, masak biar bertukar warna dan keluar airnya.
4. Masukkan semua sos, sedikit air dan perasa secukup rasa, akhir sekali masukkan bawang, cili dan masak seketika lagi biar sos pekat sikit.

kbtulan stun pun besar jgk, stun atau cfood ni klu msak simple pun sodap aje kan! dpt plak dgn nasi panas, xde lauk lain pun tkpe dh..

Cucur Udang Ranggup Versi Bulat

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nabi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah swt always protect us, our loved and keep us safe, Ameen.
bulat ke tu? yg mcm duk angkat tngan pun ada bentuknya, tkpe la deh..lama dh jgk xupdate cucur ni, kue yg memang duk buat sokmo..bleh kata tiap2 minggu bercucuq ni, dlm puasa hritu pun rsanya 2-3x dlm sminggu goreng cucuq udang ni sbgai juadah berbuka..kue goreng gini memang pabret semua, klu kue jenis lembik tu kurang sikit sambutannya..tu yg jarang buat, klu buat bekas kecik pun mau 2-3 hri jgk nk hbis..tukang masak ni lagi la suka deh, lgi senang keje..ni pun buat versi mudah je, main sudu bolat2..malas nk bentuk dlm senduk, guna rspi cucur udg ranggup yg duk buat sblum2 ni, kat sini pun ada..skjap je licin sepinggan tu..rangup diluar lembut didlm, mkn 10 biji pun xckup rsanya..mcmana nk diet! pah duk berangan nk kurus deh, biasanya cucuq ni kue time kecemasan, kdang goreng utk alas perut mlm sbb kat rumah ni nasi cuma tghri..mlm ringan2 je la, stok udg kecik asing khas utk cucur ni..sentiasa ada, memang beli bnyk2 time musimnya tu..sbb pastu xde jual dh, tu yg peti selalu penuh..bnyk buat stok, InysaaAllah semoga jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..kita ada pengembara didunia ini, akhirat adalah destinasi kita 

CUCUR UDANG RANGGUP II VERSI BULAT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung serbaguna @ tepung gandum 
  • 1 sudu kecil yis kering (mauripan dll)
  • 160ml air sedikit suam @ secukupnya bergantung pada jenis tepung
  • daun bawang/kuchai secukupnya - hiris halus
  • udang kecik secukupnya - buang kepala
  • sedikit garam/serbuk pati ayam
  • sedikit pewarna kuning
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
Cara

1. Dalam mangkuk satukan air dan yis, biar sekejap dalam 1 minit agar yis larut, kemudian masukkan semua bahan dan sebatikan. Adunan ni macam adunan cekodok gitu, sukatan air tu mungkin berbeza jika guna tepung gandum biasa, bergantung pada kualiti dan jenis tepung, boleh tambah air sikit jika perlu.
2. Perap selama 30-40 minit atau adunan kembang secukupnya.
3. Panaskan minyak secukupnya, celup sudu dalam minyak panas agar tak melekat, amik guna hujuang sudu dan goreng biar garing dikedua bahagian.
4. Angkat dan toskan, boleh la dihidang dengan air cili atau sos pilihan.

Sos Pencicah/Air Cili
  • 7-8 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili @ sos pencicah yang manis
  • gula secukupnya
  • sedikit garam & secubit aji jika suka
Cara : Dalam pengisar masukkan cili, bawang merah dan air secukupnya (dalam 1 cawan lebih sikit), kisar lumat, masukkan dalam periuk bersama sos cili, gula secukupnya dan sedikit garam, aji jika gina dan masak hingga mendidih lama sikit. Padamkan api dan sejuk sepenuhnya, boleh la dihidang bersama cucur kegemaran, kalau tak habis boleh disejuk beku dan bila nak guna keluarkan awal-awal.

air cilinya xleh tinggal! penyedapnya, klu guna sos dlm botol xberapa nk ngam gituw..stok air cili tu slalu ada, klu hbis je kisar buat lagi..tu pun ada sbtol..maz main frozen jgk air cili ni pun nk bgi tahan, bila nak guna kluarkan awal2 atau panaskan dlm microwave sekejap..kena buat stok sbb kat sni kekadang je ada jual cili merah tu, cili tu pun frozen jgk bila beli bnyk..khas utk buat air cili cucuq ni dgn cili nasi ayam..cucur ni kue yg sesuai bila2 masa, mcm pisang goreng la jgk..pgi pun org mkn, teringin plak pisang goreng kat pasar tani dekat rumah tu..smpai je kena book awal2, sbb Q pnjangnya.. 

Tuesday, August 23, 2016

Kerapu Goreng Bercili (Berlada)

 Assalamualaikum w.b.t.
(Astaghfirullah 3x, Allahumma antas salam wa minkas salam tabrakta ya zal jala'li wal ikram), sama2 kita amal zikir ni selepas solat fardhu, sunnah Rasulullah saw (sahih Muslim), semoga Allah swt bless us all and guide us to the right path, Ameen.
klu bleh nk update tghri atau ptg tdi, tpi mood plak xberapa nk rajin..ok la skli lgi cuci mata dgn lauk yg buat awal bln 5 lah! mazzz, bila nk hbis update gmbar yg dh basi nih! adoiii, maaf la ye memang bnyk sangat lgi gmbar dlm folder tu, xthu la bila nk hbis..dtg ilham nk buat kerapu bercili ni selepas buat ikan sambal hijau tu, cuma yg ni cilinya dikisar kasar..kebtulan stok cili pun bnyk yg beli tu, bln 11 ni akn start blik la farmer market tu..memang geram tgk segala sayur segar2, maz duk borong tomato ceri dgn lada solok..lauk gini maz dgn suami je la yg mkn..tu yg buat sekor je, lauk ringkas yg bleh buat bersemangat mkn nsi..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada, semoga Allah swt membuka hati kita..mereka yang kita sayangi kepada perkara kebaikan, Ameen..

KERABU GORENG BERCILI (BERLADA) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan kerapu saiz sederhana
  • 1/2 labu bawang besar bombay *
  • 1 uals bawang putih *
  • 5 biji cili merah *
  • 2 biji cili hijau *
  • sedikit garam, gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Kisar sedikit kasar semua bahan bertanda *.
2. Lumur ikan dengan sedikit garam kunyit, goreng seperti biasa.
3. Dengan kuali lain, panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sambil dikacau selalu biar cili masak, masukkan sedikit air dan perasa secukup rasa.
4. Masak seketika lagi biar kering sikit, tuang atas ikan dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

tkpe la kat gmbar tu nama lain, malas dh nk edit blik..dh lama sngat peram ikan ni, lauk gini bahaya deh! boleh terbabas, mau berpeluh2 kena dgn nasi panas..sedapp! kat kedai nasi campur biasanya guna ikan keli atau ikan talapia kan, maz plak tekak ni xleh nk terima ikan talapia..ikan keli pun xgemar sngat, klu yg berbau tu bleh kluar blik nanti..

Monday, August 22, 2016

Biskut Nutella..Biskut Raya Yang Ketinggalan

 Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adzaaban-nar' (Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka) Al Baqarah - 201, doa indah yg penuh dgn makna dan disukai oleh Rasulullah saw (Bukhari & Muslim) dan yg selalu kita amal baca selepas solat atau boleh baca bila-bila masa, semoga Allah SWT give us His mercy and forgiveness on the day we will need, Ameen.
dh nk raya plak bru nk update biskut raya yg kluar SAJI Jun hritu, dkat stngah tahun dh kejadiannya ni..awal bln 3 lgi dh submit semua rspi ke editor saji utk kluaran jun, memula tu rasa malas dh jgk nk update ni..tpi kuatkan jgk semangat, lawan sikit sbb bnyk lgi gmbar lama dlm folder tu..ye la duk masak hri2, makin bertambah la deh..Alhamdulillah atas segala nikmatNya, tkpe la ye dh lama basi ni..sbgai kenangan dan rujukan update la jgk, biskut ni xmuak mcm biskut raya yg biasa kita duk mkn..pas skeping2 nk msuk molot, biskut lemak yg rangup diganding plak dgn nutella, ckup serasi..anak2 mesti suka, skli sekala tukar juadah raya dri koleksi biskut yg biasa duk buat, bleh jgk buat utk Aidiladha nti..nk buat pun mudah je, terima kasih daun keladi pada yg sudi singgah dapur kecik ni..harap dpt dimaafkan segala silap yg ada dan semoga kita tergolong dlm mereka yg sentiasa bersyukur, InysaaAllah jumpa lagi..

cuma biskut gini xleh nk simpan lama la..rya hritu xde buat biskut dh la sbb dh puas mkn yg buat utk Saji ni, stengah biskut tu maz paket kecik2 sruh anak bgi kat cikgu..xlalu jgk nk mkn smua klu dh hri2 duk buat cekut, cuma setiap jenis tu buat sikit2 je la..

BISKUT NUTELLA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 160g tepung serbaguna
  • 110g mentega tanpa garam - suhu bilik
  • 80g gula kastor
  • 1 kuning telur gred B
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 1/4 sudu kecil garam - abaikan jika guna mentega biasa
  • nutella secukupnya
Cara

1. Panaskan oven 160 C, alas loyang dengan kertas baking.
2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim, masukkan telur dan vanilla, sebatikan.
3. Masukkan tepung dan garam, putar biar sebati, kalau rasa lembik masa nak canai tabur tepung sikit.
4. Canai nipis dalam 1cm, tekap dengan acuan dan susun dalam loyang, bakar selama 15-17 minit, sejukkan sepenuhnya.
4. Sapu sedikit nutella dan cantum dengan sekeping biskut lagi.

Nota ilhamdapur : maz guna acuan sama, cuma sebelah lagi tu tekap kat tengahnya dengan tutup botol kecil buat lubang, nak bagi nampak nutella, kalau tak nak buat lubang pun boleh.

ni bru tepek 1 biskut, nk tnggu hbis semua 10 rspi dlm folder tu mau smpai thun depan! tgk yg bekas gigit tu telan ayaq luir la plak..

Steamboat Sekali Sekala

 Assalamualaikum w.b.t
You will be rewarded for the handfull of food you put in your wife's mouth - Prophet Muhammad (Sahih Al-Bukhari)
menu segera, cuma buat kuah tomyam je pastu pakat keliling periuk je..lama dh jgk xbuat steamboat ni sbb duk mkn tomyam sokmo, tetiba terasa nk bersteamboat ni kononnya xnk mkn nsi la..jdi ni la lunch kami hri jumaat lepas, skrang ni tgh summer..suhu cecah smpai 45 C, klu kreta stop kat trafik light airkon jdi xterasa..tu malas nk kluar sngat, klu ptg tahan la sikit panasnya..stok udg xpenah putus dlm esbox..Alhamdulillah kat bahrain ni seafood bleh kata mewah jgk, cuma udg je bermusim, hrga pun lebih kurang mcm kat Msia..mcm ketam tu ada sepanjang tahun dan murah je..smpai xlarat nk mkn ketam la, sedap jgk layan steamboat skli sekala deh..InysaaAllah jumpa lgi dan maaf atas apa yg tidak sempurna, cari la kekurangan diri agar kita npak kelebihan org lain..

rendam la dlu, pastu pakat cedok..kemain lagi la mkn maggie, hbis 6 bungkus mkn 4 beranak..kuah tomyam mcm biasa je, cuma buat light sikit..daun ketumbar xleh tinggal! maz ketuk jgk cili padi 3-4 biji nk bgi pedas sikit..

Bahan-bahan
  • kuah tomyam
  • udang/ketam/sotong - maz guna apa yg ada je
  • jejari ketam/segala jenis bebola - sini takde jual
  • sawi
  • maggie/bihun celur
Cara : Sediakan kuah tomyam kosong dalam periuk steamboat, bila dah mendidihkan masukkan semua bahan dan biar masak, boleh la dinikmati bersama.

guna apa stok yg ada, xde plan pon nk bersteamboat..klu tak bleh jgk beli ketam nga stun ke, mujur crab stick ada dlm esbox, jdi la tu..sni segala jenis ball2 tu xde jual..org arab xreti mkn kut..steamboat pon xde kat sni, jdi buat sdrik je la..

Sunday, August 21, 2016

Kerabu Kicap Ayam

 Assalamualaikum w.b.t 
'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), semoga Allah swt forgive and show us what the best , Ameen.
mcm pelik je bunyi lauk ni deh..tkpe la ye, main hentam je buh nama gitu sbb rupe ayam dh seakan kerabu..kes nk hbiskan stok dada ayam dlm esbox, jdi kena create buat lauk gini bru mkn..klu masak sektoi gitu xberapa laku la plak, isi ayam tu hiris nipis2 pastu goreng kering dgn sayur dan kicap, lalu jdi la kerabu ayam yg sedap ni..kesinambungan ayam krispy, masa updated ayam krispy tu maz ada mention dh dlm folder ada rspi bru yg guna isi ayam jgk..ni ler! cuma ni versi kerabu dan lagi mudah..kacau je dlm kuali, sbnarnya dh 4-5x rsanya buat kerabu ayam ni..smjak sblum puasa hritu lgi, dlm puasa pun buat jgk..cuma ni bru snap, lauk ringkas yg sedap! nk buat pun mudah sangat, kat rumah ni klu lauk hitam kicap gini memang laku la..dgn kerabu ni jgk maz transform jdikan 1 mnu lgi, ada dlm folder tunggu Q..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

KERABU KICAP AYAM by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 keping dada ayam - cuci dan toskan
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1/2 biji lada benggala hijau - hiris panjang
  • 1/2 batang lobak merah - hiris panjang
  • 2-3 biji cili padi - potong serong
  • sedikit kobis - hiris nipis
  • kicap manis secukupnya 
  • sos tiram secukupnya
  • sedikit sos cili
  • sedikit minyak
Cara

1. Potong nipis daging ayam, toskan biar kering.
2. Panaskan 1 sudu kecil minyak dalam kuali biasa, pegang kuali dan pusing biar kuali kena minyak seluruhnya (minyak sikit je, sekadar nak basahkan kuali).
2. Masukkan bawang besar, masak sekejap sekadar naik bau, kemudian tabur ayam secara merata dan biar sekejap dalam 1 minit agar berkerak sikit, kemudian baru kacau dan masak hingga kering air sepenuhnya, kikis-kikis dasar kuali.
3. Masukkan kicap, semua sos secukupnya dan sebatikan, masukkan semua sayur dan masak sekejap lagi sekadar sayur layu, suaikan secukup rasa, jika perlu boleh masukkan secubit gula.
4. Boleh la dihidang bersama nasi putih.

nk lgi menyengat, letak cili padi lebih skit..maz letak 2 biji je sbb anak xtahan pedas, sayur tu masak skjap je bru krup krap gituw..kena sangat dgn nasi panas, klu kat rumah jenis xlaku jgk part dada ayam tu bleh la try buat kerabu ni..

Nasi Goreng Paprik

 Assalamualaikum w.b.t
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu sunnah Rasulullah saw. (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
cerita nasi goreng la skli sekala, stu hritu tetiba rjin nk buat nasi goreng gini..tpi ni pun dh berbln2 la jgk kejdiannya, ada jgk kekdang tu goreng nasi klu ada nasi lebih..cuma goreng cincai2 je, stkat tumis bwang, msuk ikn bilis nga tlur..tpi maz suka nasi goreng kmpung gitu lgi, pastu ketuk cili padi 2-3 biji deh..lauk paprik ni kerap jgk duk buat, biasa anak mkn dgn nasi putih..hritu tukar buat versi nasi goreng gini, cuma kena 2x kerja la..pas dh buat lauk tu, goreng plak dgn nasi..tpi xde la susah mna pon kan, ni pun buat mudah2 je..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak menyenangkan..

NASI GORENG PAPRIK by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk nasi putih  -kalau boleh guna nasi yang dh sejuk
  • 1 mangkuk kecil isi ayam, hiris nipis
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 batang serai - ketuk
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 2-3 sudu besar cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 labu bawang besar - hiris kasar (kalau boleh guna bawang besar holand, maz takde stok, guna bawang bomba je)
  • sayuran - maz guna apa stok yang ada
  • sedikit garam, gula dan aji
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan minyak dalam 3-4 sudu besar (kira padan dengan isi ayam la ye), masukkan ayam dan goreng hingga masak, dalam 4-5 minit gitu, angkat dan ketepikan.
2. Dengan kuali yang sama, panaskan sedikit minyak lagi untuk menumis, masukkan bawang putih dan tumis sekejap kemudian masukkan cili kisar, serai dan masak dengan api besar selama 5-6 saat sambil dikacau cepat-cepat, kecilkan api. 
3. Masukkan semua jenis sos, sayur, daun limau, ayam dan suaikan secukup rasa, masukkan air secukupnya.
4. Masak seketika lagi biar ayam sebati dengan bahan sos dan sayur layu, angkat ketepikan dulu.
5. Dengan kuali yang sama, panaskan sedikit minyak, masukkan nasi dan kacau balik biar sebati, masukkan kuah paprik, sebatikan dan masak seketika lagi.
6. Boleh la dihidang bersama lauk tadi dan telur mata serta timun.

kira menu mudah, smua dlm 1 pinggan..memang sedap la layan dgn telur mata, nk mkn kat kedai xde jual..maka goreng la sdrik, syur pon main buh je apa stok yg ada..

Thursday, August 18, 2016

Asam Rebus Ikan Shery

Assalamualaikum w.b.t 
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
asam rebus ni dh 3 bln kena peram..buat pertengahan bln 5 lgi! adoii, masih nk tepek jgk ke..tkpe la ye, update slow2..lauk sedap yg ckup mudah..bonda pun suka asam rebus ni, ingat zaman kecil kat kmpung dlu bonda biasa duk masak lauk ni..klu musim banjir guna ikan yg tangkap dri bendang, ikan puyu tu..sedap! letak daun kesum jgk, maz xde stok..bunga kantan tu pon stok yg frozen dri msia, kat sni ada bnyk jnis jgk ikan besar2..cuma maz xthu la plak nama melayunya org panggil ikan apa ni, kat msia dlu memang jarang sngat beli ikan sbb ank2 xmkn ikan..ikan shery ni isinya lebih kurang mcm ikan siakap atau ikan kerapu, sedap buat kari atau gulai..goreng pun bleh, selalu jgk duk beli ikan ni atau ikan kerapu..selamat berhujung minggu, maaf atas khilaf yg ada..sampai jumpa lagi, InysaaAllah..

ASAM REBUS IKAN SHERY bhttp://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan shery - kat Msia xtahu la panggil ikan apa
  • 3-4 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 3 biji cili padi merah @ 1 cili merah *
  • 1 inci lengkuas - ketuk
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 kuntum bunga kantan/daun kesum 
  •  kacang bendi secukupnya
  • gula, garam secukup rasa dan sedikit aji jika suka
Cara

1. Kisar atau tumbuk lumat bahan bertanda *
2. Dalam periuk satukan bahan tumbuk, asam keping, lengkuas, bunga kantan dan air secukupnya, masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan perasa secukup rasa, kemudian masukkan kacang bendi dan masak sekejap sekadar bendi layu je.

maz suka asam rebus ni lgi dri asam pedas, suami plak suka dua2..asam rebus ni sedap hirup kuahnya, mcm singgang..letak bendi bnyk2, pastu mkn nasi biar banjir gitu..xde lauk lain pun tkpe dh..ni je ckup buat mkn nasi bertambah2, klu asam rebus gini anak2 pun mkn kuahnya..

Char Kuew Teow

Assalamualaikum w.b.t
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu sunnah Rasulullah saw. (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
plannya nk update smlm, tpi mood xbrapa rjin la plak nk duk depan lappy..kue teow ni buat beberapa hri lepas utk mkn ptg, lama dh jgk duk simpan mesin mee tu..xberapa rjin nk main tepung sbb ada jual kuew teow  kering, beli kat pasaraya..pastu rebus dan masak je, kuew teownya pon elok jgk..xde la hncur, ank duk mtak sruh buat lgi char kuew teow ni..semua suka, maz buat mudah2 je..stkat tumis bwang nga cili kisar dh, xde buat pes dlu apa ke..janji sodapp! ok la nk stop msuk dpur la dlu, dh pkul 11 lebih..plan nk buat sup ayam je meratah, suami kata xbleh dh ni..kena diet blik, asik mkn je..smlm tghri dh mkn nsi kat rmah, pastu kluar ptg tu msuk mkn hardee's plak! InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

CHAR KUEW TEOW by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kuew teow 
  • 8-10 ekor udang 
  • 1 biji telur - kacau dengan garfu
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar cili kisar - rebus cili kering, kisar lumat
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap manis @ secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
  • taugeh/daun kuchai 
  • garam, gula dan aji jika suka/serbuk pati 
  • air secukupnya
Cara
 

1. Rebus udang sekejap, simpan air rebusan.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih tumis sekejap, masukkan cili kisar dan tumis dengan api besar sambil dikacau selama 30 saat, kemudian kecilkan api dan masukkan semua jenis sos, kicap, udang dan air rebusan, suaikan secukup  rasa. 
3. Masukkan kuew teow dan masak sekejap biar lembut sikit, masukkan telur, biar 4-5 saat, kemudian kacau perlahan-lahan, masukkan taugeh dan sebatikan.
4. Siap dan sedia untuk dihidangkan dengan cili jeruk jika ada.

ni cerita ptg smlm, hadoiii! mcmana xnaik blik badan, bleh kata tiap2 minggu mesti layan fastfood gini..suka hardee's ni, burgernya grilled mcm whopper burger king..dgn friesnya, lgi la menambah lemak!

sni daun kuchai xde jual, ada sejenis sayur bentuk seakn daun kuchai pnjang2 tpi arab mkn sbgai salad..kekdng tu beli buh dlm bihun goreng atau buat cucur, hentam je la labu..rspi kat atas tu maz kecikkan, klu buat bnyk gandakan bahan2nya..

Tuesday, August 16, 2016

Udang Goreng Telur Masin

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' 
(Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga, sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah swt forgive our sins we have done and accept our doa, Ameen.
ni pon lauk dkat 3 minggu dh, buat sblum pindah ke rumah baru hjung bln lepas..kbetulan telur masin yg homemade ada 3 biji, nk cuci botol maz godek la buat udang telur masin ni..yg buat sblum ni ada kat sini, cuma kli ni maz guna allpurpose flour dan masuk baking powder sikit..tepungnya berkerak elok dan tebal, sni telur masin xde jual..kena buat sdrik, dh 3x buat telur masinnya..tu pun ada sbtol yg bru buat 2 minggu lepas, esk lusa bleh la try rebus..cuma klu rebus maz je yg mkn, suami xminat la plak telur masin rebus ni, sma mcm ikan masin..pastu msa duk update udg ni suami lalu kut belakang, tetiba dia bersuara ckp udg tu dh lama kan, adoii! suami pon ingat..ok la stop sni dlu, InysaaAllah jumpa lagi dan maaf  atas segala kekurangan yg ada..

UDANG GORENG TELUR MASIN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 15 ekor udang saiz sederhana 
  • 3 biji kuning telur masin 
  • 2 ulas bawang putih - cincang *
  • 4-5 biji cili padi - potong halus *
  • 1 tangkai daun kari *
  • 2-3 sudu besar mentega tanpa garam/unsalted
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu
  • 1 cawan tepung serbaguna/tepung gandum 
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk pati ayam - kurangkan jika guna mentega bergaram
Cara

1. Kupas kulit udang, tinggalkan ekor saja dan toskan biar kering sepenuhnya, jika perlu lap dengan tisu dapur.
2. Panaskan kuning telur dalam microwave selama 6-7 saat atau bergantung pada microwave masing-masing, kemudian tekan dengan garfu biar hancur berderai, ketepikan dulu.
3. Masukkan udang dalam telur 1 biji tu, sebatikan tepung dengan serbuk penaik (tepung tu boleh masukkan dalam plastik bersih agar tepung tak bertabur), masukkan udang dan goncang biar udang bersalut dengan tepung sepenuhnya, biar tebal.
4. Panaskan minyak secukupnya, goreng udang hingga biar sedikit perang dikedua bahagian, angkat dan toskan.
5. Panaskan mentega dalam kuali bersih, masukkan bahan bertanda * dan masak sekejap biar mentega cair, kemudian masukkan telur masin tadi dan masak biar sedikit berbuih-buih sambil dikacau agar tidak berketul.
6. Perasa dengan sedikit serbuk pati ayam, masukkan udang dan balik-balik biar udang sebati dengan telur dan kering sikit.

rsanya buat udg ni masa masak menu kedai tomyam, lauk yg ckup sedapp! rasa lemak dri telur masin buat mkn xnk stop..selain udg bleh juga buat sotong dan ketam telur masin, cuma maz rsa klu buat ketam ni mcm susah je nk mkn deh..telur masin tu maz cuma panaskan dlm microwave je 6-7 saat, nk senang keje..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...