Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Meatballs. Show all posts
Showing posts with label Meatballs. Show all posts

Friday, October 7, 2016

Swedish Meatballs Daging Burger

Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan selalu..semoga kita dijauhi dari segala fitnah dunia dan sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
sesambil duk pack apa yg ptut, amik masa la skjap update blog sblum bertolak mlm nti..gmbar dlm folder pon makin bnyk blik dh! klu sblum ni duk buat meatball guna daging segar, kli ni cara lgi mudah dan jimat kos..versi guna daging burger je, guna daging burger ni xperlu masuk bahan lain lgi sbb daging tu dah ada rasa..cuma maz letak jgk sikit serbuk nutmeg atau serbuk buah pala sbb dah ada stok, klu tak letak pon ok je..meatballs ni kejadian 3 minggu sudah, utk gravy tu respi sama mcm yg duk buat sblum ni..cuma xguna whip cream, hentam susu cair je..ada je whip cream, saja xnk buka nti rosak klu xhbis sbb mood baking xberapa ada skrang ni..tpi rsanya sama mcm guna whip cream la, sedap hingga menjilat jari! Alhamdulillah semua dgn izinNya, selamat berhujung minggu..InysaaAllah semoga jumpa lagi, maz akan bercuti update blog utk 2 minggu dan maaf atas kekurangan yg ada..

nk bakar dlm oven pon bleh, nak goreng pon ok jgk..kiranya klu kat rmah xde oben, tetap bleh buat meatball sedap ala ikea yg pemes tu..

SWEDISH MEATBALLS DAGING BURGER by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10 keping daging burger
  • sedikit kicap manis/pekat - untuk gelapkan warna meatballs
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala @ nutmeg - option
Cara

1. Biar daging burger lembut di suhu bilik 1-2 jam atau lembut sepenuhnya.
2. Panaskan oven suhu 180 C, sapu sedikit mentega pada loyang.
3. Masukkan daging yang telah lembut dalam bekas besar, titikkan sedikit kicap, serbuk buah pala jika guna dan ramas atau gaul biar sebati.
4. Gentel bulat, susun dalam loyang dan bakar selama 15-17 minit.
5. Boleh juga digoreng, pastikan minyak tu jangan terlalu panas ye, nanti bebola hangus dan berkerak plak, goreng sekejap saja sambil dikacau selalu, angkat dan toskan.

Sos (Gravy)
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung serbaguna/tepung gandum
  • 1- 2 sudu besar serbuk sup cendawan maggie 
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit pewarna coklat/kicap pekat - untuk gelapkan warna

Cara

1. Ayak serbuk sup untuk asingkan hirisan cendawan kering tu, ketepikan.
2. Dalam periuk panaskan mentega biar cair dan berbuih sikit, masukkan tepung dan kacau cepat-cepat agar tidak berketul, masukkan susu segar, sebatikan.
3. Masukkan serbuk sup cendawan dan semua bahan lain, sebatikan dan masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga sos pekat, suaikan secukup rasa agar ada rasa macam sos ikea (maz tak sukat pon sebenarnya, main tuang gitu je, ejus la ye kalau pekat sangat boleh tambah susu segar/cair lagi), padamkan api dan sejukkan.
4. Boleh la dihidang bersama bebola daging, cranberry sos dan kentang goreng atau kentang putar.

klu bleh daging burger tu beli yg elok skit, bru dpt hasil meatball yg memuaskan..pasni lgi mudah la nk buat meatball ni..lembutkan daging burger dan gentel je, masa kat Msia dlu ada buat bergedil guna meatball ikea, senang keje dan rsanya pon sodapp..

Wednesday, April 20, 2016

Swedish Meatballs Ala Ikea Lagi Dengan Sos Cara Mudah

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah, pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca selepas solat subuh sebaik saja bagi salam..semoga Allah Almighty terima all our doa and shower His mercy, Ameen.
lama jgk dh xupdate meatball pabret anak2 ni, ada jgk duk buat 3-4x dh cuma xsnap je..klu lama xbuat mesti yg bongsu tnya, biasanya klu beli daging kisar tu memang utk buat meatball atau pasta..kli ni maz buat versi mudah je utk gravy tu, hanya guna serbuk mushroom sup yg dlm paket tu..pastu bancuh dgn susu segar, masuk sos tiram sikit, kicap..tpi rasanya seakan sos ikea dh, sedap! ptg2 klu dpt sepinggan sedapnya deh, meatball ni pun kejadian dh sbln..biasa la kena peram dulu dlm folder tu, Insyaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

SWEDISH MEATBALLS ALA IKEA LAGI & SOS CARA MUDAH  by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g daging kisar segar - bukan yg sejuk beku ye
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 labu bawang besar bombay - cincang
  • 1/4 cawan serbuk roti - maz buat sendiri, buh roti keping dlm oven pastu kisar @ guna toaster
  • 1/4 susu segar
  • 1/2 sudu besar serbuk sup cendawan - vono, maggie dll - option @ serbuk pati 
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nugmeg)
  • 1/2 sudu kecil serbuka lada hitam
  • sedikit garam
Cara

1. Panaskan mentega, masukkan bawang dan goreng seketika hingga bawang sedikit lembut (2-3 minit), padamkan api.
2. Dalam mangkuk, masukkan bawang goreng, susu segar dan semua bahan lain kecuali daging, kacau sebati, kemudian masukkan daging dan gaul, ramas biar sebati (maz guna tangan).
3. Perap dalam peti selama 2 jam atau lebih, bulatkan dan susun dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega.
4. Masukkan dalam oven selama 18-20 minit dengan suhu 170 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum guna.

Sos (gravy) - boleh buat awal
  • 200ml susu segar
  • 1-2 sudu besar serbuk cendawan dalam pekat - maz guna maggie
  • 1/2 sudu besar sos tiram @ secukupnya
  • secubit gula
  • sedikit kicap manis - utk gelapkan warna sos & pewarna coklat
Cara

1. Dalam periuk, satukan susu segar dan serbuk cendawan, kacau sebati agar tidak berketul.
2. Masak sambil dikacau selalu dengan api sederhana, masukkan semua bahan lain dan perasa secukup rasa biar ada rasa seakan sos meatball ikea, boleh tambah apa yang kurang (sebenarnya maz tak sukat pun, main tuang gituw je), masak biar sos jadi sedikit pekat, kalau rasa pekat sangat boleh tambah susu segar.
3. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati bersama bebola daging yang dah siap tadi, lingonberi jam dan kentang goreng atau kentang putar.

kat rmah ni klu dpt tiap2 minggu pun tkpe meatball ni, sni xde ikea..kena la buat sdrik, tpi nk buat mudah sangat je kan! tmbah sos versi segera plak, maz guna daging kisar segar sbb kat sni stok daging mudah sangat..

Wednesday, November 26, 2014

Fried Meatball Burritos

Assalamualaikum w.b.t...mkanan yg cepat dan kenyang..bleh buat awal dan masuk je dlm peti...pastu cuma tngal gulung..xnk greng pun bleh aje mkn gituw...burritos ni ada mcm2 versi jgk..terpulang la pda kita nk hidangnya mcmana dan letak filling apa...ni pun buat msa mood rjin buat tortilla bread hritu...maz guna tortilla yg buat tu la..ada link kat rspi tu...kat rumah ni klu mexican food dpt smbutan hangat..semua sukaa...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Fried Meatball Burritos by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • roti tortilla secukupnya - maz buat sendiri, resipi ada kat sini
  • 10-12 biji bebola daging - ni pun maz guna yg buat sendiri, resipi swedish-meatballs
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 kiub pati daging
  • sedikit serbuk lada hitam
  • guacamole secukupnya - resipi ada kat sini
  • sedikit minyak zaitun
  • minyak sayur untuk mengoreng secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang besar dan bawang putih, masak sekejap biar bawang layu.
2. Masukkan tomato tin sekali dengan jusnya semua, tekan-tekan dengan senduk biar hancur. 
3. Masukkan bebola daging, kiub pati dan serbuk lada hitam, masak sekejap biar pekat sikit dan tomato hancur, perasa secukup rasa dan biar sejuk sepenuhnya.
5. Ambil sekeping roti tortilla, sapu rata sedikit guacomole, kemudian susun 2-3 biji bebola daging (ikut saiz roti la ye) bersama sedikit sosnya. Lipat kiri dan kanan, balut/gulung biar kemas. Buat sampai habis.
6. Panaskan minyak secukupnya, goreng sekejap biar garing (tak perlu sampai perang) angkat dan toskan. Masa nak goreng tu biar bahagian terakir/hujung balut tu kat bawah, baru tak terbuka masa goreng, pastu bila dah garing sikit boleh balikkan.

snak dan jgk bekal anak skolah...sni hri2 kena bawa bekal sdrik...feningg jgk duk pkir..bekal lain..bekpesnya lain...tu blum kira msak utk tghari lagi...tu yg penuh dlm folder...

Thursday, November 20, 2014

Meatballs Pasta with Dried Tomatoes Paste

Assalamualaikum w.b.t..berksempatan utk update skli lgi..esk wken tkut xsempat nk duduk depan pc ni...gambar masih xsurut jgk lagi tu...pasta ni pun sma la jgk kena peram berbulan2..seblum ni pun dah updated yg guna sun dried tomato paste ni...tapi versi berkrim...ada kat sini...kli ni tomato kering tu buat sdrik...maz keringkan dalam oven...tetap sedapp...suka dengan aromanya...meatball pun homemade...sma mcm rspi swedih meatball...selamat berhujung minggu...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Meatballs Pasta with Dried Tomatoes Paste by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • pasta secukupnya - rebus seperti biasa
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 biji tomato - dadu 
  • 1/3 cawan tomato pes - seperti gambar ni
  • 2 sudu besar dried tomato paste (pes tomato kering) - resipi seperti dibawah
  • 1 sudu kecil daun basil kering (dry basil)
  • bebola daging - maz buat sendiri, resipi swedish-meatballs
  • 2-3 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1 kiub pati daging
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus sikit
  • gula dan garam secukup rasa
Dried Tomatoes Paste
  • 8-10 keping tomato kering dalam minyak zaitun
  • 1 ulas bawang putih
  • 4-5 helai sweet basil leaf (english basil) @ boleh guna yang kering dalam botol
  • sedikit extra virgin minyak zaitun
Cara : Kisar semua bahan bersama sedikit extra virgin minyak zaitun hingga lumat. Simpan dalam peti untuk kegunaan seterusnya.

Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan masak sekejap. Masukkan buah tomato.
2. Masukkan pes tomato, kacau sebati. Masukkan air (boleh guna iar rebusan pasta) secukupnya. Masukkan semua bahan lain kecuali pasta. Perasa secukup rasa dan masak biar mendidih dan kuah pekat sikit.
3. Kemudian masukkan pasta yang telah direbus, kacau sebati dan sedia untuk dihidang bersama sedikit parutan parmesan cheese.

Nota ilhamdapur : boleh buat sendiri dried tomato pes tu, hiris nipis buah tomato masak, susun dalam loyang yang dialas baking paper dan bakar hingga kering dalam oven suhu 100 C selama 2 jam.

pasta ni memang mudah sangat penyediannya kan...asalkan ada bhn asas tomato sos atau krim utk versi putih...pastu selebihnya bleh letak apa je ikut selera...cepat plak tu dan yg pasti anak2 sukaa...

Monday, October 20, 2014

Swedish Meatballs ala IKEA...Kegemaran Anak-Anak

Assalamualaikum w.b.t...sebut saja meatballs pasti teringat ikea...klu nak mkn western pada harga yg amat berpatutan ikea la tempatnya kan...memang sedapp ikea punya...msa kat msia dlu...klu nak pergi sana...maz akan prgi wdays...sbb dh thu klu prgi wken sure masalah nk cri parking dan tempat duduk...kat sni xde ikea...tu yg kena buat sdrik...bleh kata dh berbelas kali la smjak smpai ni duk buat meatball ni...semua suka...sedappp sangat kata abangngah dgn adik afiq...klu lama xbuat mesti ada yg mintak...meatballs ni pun dah berbulan la jgk kena peram...rspi sama je setiap kli buat guna rspi yg update dulu...ada kat sini...klu anak tgk ni sure mtak sruh buat lgi...tkpe beef stock dah ada tu...wken ni bleh buat plak kut...semoga jumpa lagi dilain waktu...Inysaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

baru keluar dari oven...cuma yg buat kli ni masak dulu sekejap meatballs tu sebelum masuk dalam oven...dan hasilnya meatball lebih cantik...xpecah masa dibakar...seronok sngat tgk anak mkn yg buat sdrik ni...siap ckp nk berapa bji seorang...minat sungguh dgn meatballs...Alhamdulillah kat sni stok daging segar kisar ni xde masalah...kat psar daging pun ada...memang fresh snguh la...

Swedish Meatballs by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg daging kisar segar - bukan yg sejuk beku dlm plastik bulat tu
  • 1/4 cawan serbuk roti - maz buat sendiri, buh roti keping dlm oven pastu kisar @ guna toaster
  • 1/4 susu segar
  • 1/2 peket serbuk sup cendawan (mushroom soup paket) - vono, maggie dll - boleh tambah@kurang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala (nugmeg)
  • 1 sudu kecil serbuka lada hitam
  • 2-3 sudu besar mentega
  • 1 labu bawang besar - didadu
Cara
1. Panaskan mentega, kemudian masukkan bawang dan goreng seketika hingga bawang sedikit lembut (2-3 minit). Padamkan api.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan bawang goreng, susu segar dan semua bahan lain kecuali daging, kacau sebati. Kemudian masukkan daging kisar dan gaul sebati (maz guna tangan).
3. Rehatkan dalam peti selama 2 jam atau lebih, kemudian boleh la bulatkan dan susun dalam loyang yang telah disapu dengan mentega.
4. Panaskan 2-3 sudu besar minyak sayur @ mentega dalam kuali leper, masukkan bebola tadi dan masak biar sedikit garing/berkerak kelilingnya. Angkat dan ketepikan (tambah minyak jika perlu untuk masak yang seterusnya), buat sampai habis. (kalau tak nak masak dulu pun boleh, terus masuk dalam oven)
4. Kemudian masukkan dalam dulang tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 18-20 minit dengan suhu 170 C.
Sos (gravy) - boleh buat awal
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam (unsalted butter) @ mentega biasa pun ok
  • 1/2 - 1 sudu besar allpurpose flour @ tepung gandum
  • 1 cawan stok daging (maz buat sendiri, resepi ada kat sini) @ air + sedikit kiub pati daging
  • 1/4 cawan whipping cream
  • 1 sudu besar serbuk sup cendawan vono,maggie dll)
  • 1 sudu kecil sos tiram - boleh kurang@tambah
  • secubit gula
  • 3-4 titik kicap manis - utk gelapkan warna sos @ pewarna coklat
Cara
1. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung dan kacau cepat-cepat agar tidak berketul, guna api kecil, kemudian masukkan stok daging dan serbuk cendawan, kacau sebati (maz tapis dulu sebelum masukkan bahan-bahan yang seterusnya)
2. Kemudian masukkan semua bahan yang lain dan kacau sebati. Perasa secukup rasa agar ada rasa seperti sos ikea, suaikan apa yang kurang (sebenarnya maz buat tak sukat, main tuang dan agak-agak gituw je). Padamkan api. Kalau pekat sangat boleh la tambah stok daging atau susu segar/whipping cream sikit.
3. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati bersama bebola daging yang dah siap tadi, lingonberi jam dan kentang goreng atau kentang putar.
Nota :- utk sos, beef stock adalah bahan utama utk dapatkan rasa gravy ala2 ikea, tu yg buat sndiri air stok daging, khas utk gravy meatball dan sukatan gravy tu bkn utk 1/2kg daging, maz masak sikit2 je, jdi kalu nak hidang utk 1/2kg daging tu kena 3-4x gandakan resepi. Maaf la respi tu sukatan xberapa tepat, kena ejus sikit kat mana-mana, sebab maz buat tak sukat, tuang-tuang gituw je, bukannya nak ckp diri ni teror, tpi jenis nak kerja senang dan cepat..update.

hilang la rindu dgn ikea punye tu...wpun xsama 100%...tpi amat puas hati...dri segi rsa hampir sangat dah...lingonberry jam kena ada la kan...baru jdi swedish meatballs...memang beli dri ikea...bwa khas dri msia...blik hritu pun beli lgi 3 botol...tkut ptus stok...

Tuesday, May 27, 2014

Meatballs & Onion Thin Crust Pizza

Assalamualaikum w.b.t...cuba nk hbiskan gambar2 lama dlm folder...update la jgk hri ni wpun mood xbrapa nk ada...lama bnar dh xde n3 piza kat dpur ni wpun slalu duk buat...sbbnya xdan nk snap...ye la kan pizza ni kluar oven je kna trus mkn...kang asik duk posing sjuk la plak...ni pun snap yg tgk duk santap dh...buat piza ni bleh kata 3-4x dlm sbln...sbb jenis cepat dimsak sedap dimkn...skli uli tpung pun xbnyk...buat sbjik gedebak gitu...anak2 memang request jenis nipis gini...alas perut mlm gnti nsi...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...
 
Meatballs & Onion Thin Crust Pizza by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1 1/4 cawan allpurpose flour
  • 1 sudu kecil dry yis
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar extra virgin olive oil/minyak zaitun
  • 1/2 sudu kecil garam
  • mozzarella cheese secukupnya
  • meatball & bawang besar secukupnya
  • sos pizza & dry oregano secukupnya
Cara

1. Dalam mangkuk yang sesuai satukan air, yis dan gula dan biar seketika. Kemudian masukkan olive oil.
 
2. Masukkan 1 cawan dulu tepung dan garam, kacau guna garfu buat bulatan jam hingga doh melekat kat garfu, kalau perlu tambah tepung sikit-sikit.
 
3. Uli dengan tangan sambil tambah tepung sikit-sikit hingga jadi doh yang lembut.
 
4. Sapu sikit minyak zaitun pada doh dan mangkuk, kemudian tutup mangkuk dengan plastik/tuala bersih dan rehatkan doh biar naik sekali ganda (utk proses naikkan doh, maz buh dlm microwave ...on plug dan buka pintu mv skit...nti lambu mv akan menyala dan haba panas dari lampu akan kembangkan doh...bkn on microwave ye..
 
5. Bila dah naik, keluarkan dan tumbuk sikit doh. Canai nipis ye dan letak atas dulang/loyang pizza yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun.
 
6. Sapu sos pizza seluruh doh, taburkan mozzarella cheese menutupi sos tadi dan susun bebola daging yang telah dihancurkan sikit dan bawang besar secukupnya.
 
7. Akhir sekali tabur sedikit oregano dan minyak zaitun. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170 C dirak paling bawah selama 12-15 minit atau sehingga masak.
 
Nota : Meatball tu maz guna yang buat sediri, swedish-meatballs memang jarang putus stoknya dalam peti. Pagi semalam pun buat lagi, buh dalam pasta sikit pastu yg lain anak2 mkn mcm ikea. Untuk sos pizza maz guna tomato pes je (bukan tomato puri ye) memang sedapp. Sesuai untuk sos pizza bagi orang yang tak berapa rajin ni. Jadi maz cuma tambah sedikit garam, gula, dry oregano dan sagak bawang putih sikit.

utk proses naikkan doh tu maz buh dlm microwave je...on plug dan buka pintu mv skit...nti lambu mv akan menyala...haba suam dri lampu nti skjap je doh akan kembang...bkn on microwave ye...Insyaa Allah mlm ni pun pizza lgi...doh dh siap dlm loyang, frozen je dlu, nti dkat nk bkar bru kluarkan...

Sunday, February 16, 2014

Swedish Meatballs - Homemade

 Ar-Rahman Ar-Rahim...Yang Maha Pemurah Yang Maha Mengasihani...
 
Assalamualaikum w.b.t...Allahu Akbar...katakan atas kebesaranNya...bertemu skli lgi...kmjuan dunia IT memang buat segalanya jadi mudah...org kata smuanya dihjung jari...antara nk dgn tak je...taip je nk rsepi apa...brderet2 kluar...pahtu plih je nk yg mna...kuat sngguh pngaruh ikea ni...Alhamdulillah dpt jgk mkn wpun ditempat yg xde ikea...smjak smpai ni dah 2x buat swedish meatball ni...seisi rmah suka...memang sdppp...ni la pnyebat utama buat  beef-stock hritu...hmpir sama rasa dgn meatball ikea...rspi asal amik dari sini...tpi yg letak kat blog ni rspi yg dah diubah suai ikut cara maz dan kena dgn citarasa...senang sbgai rjukan sdri dimasa akan dtg...rsanya stkat ni utk rspi meatball ala2 ikea akan kekal dgn rspi ni...akhir kata mohon maaf andai ada yg xmnyenangkan dimana2...sesungguhnya yg baik itu dariNya dan yg kurang itu kelemahan maz sendiri...semoga jumpa lagi...in syaa Allah...katakan lah atas keizinanNya...

jam merah ni kena ada la kan...bru jdi meatball ikea...nak mkn yg ckup syarat gituw...jam ni bwa khas dri msia...stkat ni kat bahrain xjmpa lgi lingonberry jam ni kat mna2 psaraya...klu jam rasberi...cranberi dan buah merah yg lain tu bnyk....
 
Swedish Meatball by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
 
  • 1/2kg daging kisar segar - bukan yg sejuk beku dlm plastik bulat tu
  • 1/3 cawan serbuk roti - maz buat sendiri, buh roti keping dlm oven pastu kisar
  • 1/3 susu segar
  • 1/2 peket serbuk sup cendawan (mushroom soup paket) - vono, maggie dll - boleh tambah@kurang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala (nugmeg)
  • 1 sudu kecil serbuka lada hitam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 labu bawang besar - didadu
 
Cara
 
1. Panaskan 2 sudu besar mentega, kemudian masukkan bawang dan goreng seketika hingga bawang sedikit lembut (2-3 minit). Padamkan api.
 
2. Dalam mangkuk besar, masukkan bawang goreng, susu segar dan semua bahan lain kecuali daging, kacau sebati. Kemudian masukkan daging kisar dan gaul sebati (maz guna tangan).
 
3. Rehatkan dalam peti selama 2 jam atau lebih, kemudian boleh la dibulatkan dan susun dalam loyang yang telah disapu dengan mentega.
 
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 18-20 minit dengan suhu 170 C.
 
Sos (gravy)
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam (unsalted butter)
  • 2 sudu besar allpurpose flour @ tepung gandum
  • 1 cawan stok daging (beef stock - maz buat sendiri, resepi ada kat sini..
  • 1/4 cawan whipping cream -
  • 1 sudu besar serbuk sup cendawan (vono,maggie dll)
  • 1 sudu kecil sos tiram - boleh kurang@tambah
  • secubit gula
  • 3-4 titik kicap manis - utk gelapkan warna sos @ pewarna coklat
Cara
 
1. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung dan kacau cepat-cepat agar tidak berketul, guna api kecil, kemudian masukkan stok daging dan serbuk cendawan, kacau sebati (maz tapis dulu sebelum masukkan bahan-bahan yang seterusnya)
 
2. Kemudian masukkan semua bahan yang lain dan kacau sebati. Perasa secukup rasa agar ada rasa seperti sos ikea, suaikan apa yang kurang (sebenarnya maz buat tak sukat, main tuang dan agak-agak gituw je). Padamkan api. Kalau pekat sangat boleh la tambah stok daging atau susu segar/whipping cream sikit.
 
3. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati bersama bebola daging yang dah siap tadi, lingon beri jam dan kentang goreng atau kentang putar.
 
Nota :- utk sos, beef stock adalah bahan utama utk dapatkan rasa gravy ala2 ikea, sebab tu maz buat sndiri air stok daging hritu, khas utk gravy meatball ni dan sukatan gravy tu bkn utk 1/2kg daging ye, maz masak sikit2 je, jdi kalu nak hidang utk 1/2kg daging tu kena 3-4x gandakan resepi. Maaf la respi tu sukatan xberapa tepat, kena ejus sikit kat mana-mana, sebab maz buat tak sukat, tuang-tuang gituw je, bukannya nak ckp diri ni teror, tpi jenis nak kerja senang dan cepat..update..
 
stelah slesai kerja2 membulat dging...siap sedia utk msuk oven...bila mask tu memang bau mcm meatball ikea...bau susu gituw...

1kg dging bleh dpt bnyk jgk...bleh la 3x mkn...beef stok yg buat hritu pun dah hbis duk gna buat sos meatball ni...nk kna buat yg bru plak...kat sni tulang2 lembu utk buat beef stock hritu tu maz mtak free je kat psar tmpat bli dging tu...

Thursday, November 25, 2010

Spaghetti Meatballs

Assalamualaikum...ni buat utk anak2..kita asik duk msk udg nga kmben je..anak2 xmkn udg klu dibuat lauk2 ni...kbtulan tgk Rachael Ray msk kat tv..dia msk stail senang je kan..main cmpak2 gtuw je..tpi cmpak2 dia msyuk..cmpak kita msyuk jgk..msuk dlam perut..alhmdlillah..kenyang kan..hehee..pas tgk mokcik tu buat spghti mtball..kita pun msuk dpur duk main cmpak cra kita la plak..buat ikut apa stok yg ada..asalkan ada ghupe dan rsa..tpi cmpak2 pun sdppp la mumy anak bngsu kita ckp..baba dia kata..pandai plak kipas mumynya tu..kihkihh..xkisah la dik..janji adik mkn..rspi kat bawah ni kita buat vrsi mudah2 je..Rachael buh mcm2..lgipun depa msk2 kat tv ni bknnya ada tlis rspi..cma ckp je..kita pun main hentam la jgk..xde sukat2..layan je la ye..

ni versi yg telah digaul2..sudu je msuk mulut..cdppp jgk mkn skli skala kan..
Spaghetti Meatballs
Bahan-bahan

Bebola Daging
  • 200g daging kisar - bukan yang sejuk beku ye, daging segar yang dikisar
  • 1/2 labu bawang besar - dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam dan lada hitam (tumbuk biar halus sikit)
  • sedikit daun parsly - dicincang
Cara :
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Bulat-bulatkan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Maz bakar dalam 20 minit dengan suhu 170 C. Ketepikan (kalau tak nak guna boleh disimpan dalam sejuk beku)


Sos Spagheti
  • 1 biji buah tomato - didadu kecil
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1/2 cawan sos spagheti - maz guna sos kimball tradisional
  • 1/2- 1 cawan stok ayam - rebus tulang2 ayam gtuw, masukkan garam sikit atau serbuk pati ayam @ boleh juga guna air
  • sedikit lada benggala (kapsikum) - dipotong kecil
  • sedikit daun oregano - yang dalam botol tu
  • sedikit lada hitam (tumbuk biar halus sikit)
  • sedikit extra virgin minyak zaitun
  • spagheti yang telah direbus secukupnya - cara rebus : panaskan air, bila air mendidih masukkan sedikit garam dan minyak zaitun, masukkan spagthi dan rebus sehingga lembut (dalam 20-30 minit), kemudian toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun lagi dan daun oregano. Ketepikan

Cara :
1. Panaskan 3-4 sudu besar minyak zaitun (guna api perlahan) masukkan bawang putih, goreng seketika. Masukkan bebola daging dan goreng sehingga keperangan. Kemudian masukkan bawang besar. Masak sehingga bawang layu.
2. Masukkan buah tomato, lada benggala, kacau sekata. Kemudian masukkan sos spagthi. Biar seketika dan masukkan stok ayam. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit gula, garam (jika perlu). Masak sehingga sos pekat.
3. Boleh la dihidangkan dengan spagthi yang telah direbus samada gaulkan terus spagthi dalam sosnya atau letak sos kemudian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...