Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Pastry. Show all posts
Showing posts with label Pastry. Show all posts

Thursday, March 3, 2016

Fresh Fruit Tart

Assalamualaikum w.b.t
 'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10), Ameen.
jarang sbnarnya buat tart ni, mungkin sbb xde sambutan sangat..tpi sekala sekata tu rsa teringin jgk nk mengetart deh! buat ni pun sbb nk perhbis stok whip cream yg dh buka tkut rosak, kebetulan mood rajin pon ada skit..tu yg terjdi la tart buah segar ni, kebetulan buah pun ada..tenggek je la, tart2 gini lgi sedap klu mkn terus..tartnya tu masih rangup, utk tart pastry kli ni cuba resipi dri Kak Ita..skrang blognya xbleh buka dh, private..resipi ni maz dh simpan sblum tu, mudah je nk buat dan sedap, ranggupp! filling tu bleh ubah ikut citarasa, nk letak cheese atau kastard pun bleh..jazakillahukhairan kak atas resipi yg dikongsi, selamat berhujung minggu..Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

putar whip cream je, senang keje! tpi rsanya tetap menawan kalbu klu mkn yg baru buat, bila lama skit tart tu akan jdi lembut mcm cheesetart jgk la..tpi mungkin ada yg suka mkn tart mcm tu kan..

FRESH FRUIT TART by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Kak Ita
Bahan-bahan
  • 170g mentega - suhu bilik
  • 50g gula aising
  • 1 biji telur gred C
  • 290g tepung gandum - maz guna allpurpose flour (tepung serbaguna)
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 200ml whipping cream - Non Diary (yg dah manis) - putar hingga kental
  • strawberi/kiwi/blueberi secukupnya
Cara

1. Sebatikan mentega dengan gula guna senduk kayu, masukkan telur dan vanilla, sebatikan.
2. Masukkan tepung sikit-sikit dan kacau biar sebati biar jadi doh yang lembut.
3. Ambil sedikit adunan, tekan dalam acuan tart biar kemas, cucuk sikit dasar tart dengan garfu.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu 10 minit dengan suhu 170 C selama 13-15 minit atau hingga sedikit perang, sejukkan dulu.
5. Isi whip cream dan susun buah ikut citarasa, sedia untuk dihidang.

Nota ilhamdapur : boleh juga guna whipping cream biasa (UHT), cuma tambah gula kastor, putar hingga kental.

klu buat utk dessert table pun cantik, warna warni..maz buat 1/2 resipi je, tu pun kena bermlm jgk dlm peti..maz xminat sangat tart2 ni, gambar ni pun kena peram jgk dlu dlm folder..

Wednesday, January 6, 2016

Churros

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan, sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..
pestime buat churros ni, tpi pernah mkn..beli msa kat Universal Studio Singapore hritu, jenis versi panjang 1/2 kaki kut..tpi pastu xde la plak dtg keinginan utk cuba buat, trpangil utk join sama menchurros ni sbb fenomena kat fb sblum ni..kira dh lama la jgk cuma baru turnnya nk tepek kat sni..kejdian hjung bln 11 thun lepas lgik, biasa la dapur ni deh..jarang kluar menu yg masih panas, churros ni maz cuba rspi dri Aunty Martha Stewart..tpi rspi asalnya masuk 3 biji telur, maz cuma guna 1 biji je utk 1 rspi penuh tu..Alhamdulillah jadi elok, yg versi xmasuk telur pun dh buat jgk esknya tu, yg tu bila la plak nk upadate xthu la tu..kat bawah ni maz letak rspi yg maz buat dgn 1 biji telur, klu nk rspi asal klik je kat link nama Martha tu ye..Inysaa Allah semoga ketemu lgi dan harap dpt dimaafkan segala kekurangan yg ada..

ni utk anak, layan dgn coklat..maz suka mkn yg tabur gula+cinnamon lgi..semua suka la plak kue cakoi omputih ni, nk buat pun mudah sangat..acuannya maz guna nozel besar bentuk bintang..

CHURROS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan mentega tanpa garam (unsalted)
  • 1 sudu besar gula
  • 1/4 sudu kecil garam - abaikan jika guna mentega biasa
  • 1 cawan allpurpose flour
  • 1 biji telur gred A
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
  • gula aising+serbuk kayu manis secukupnya
  • coklat cair/sirap 
Cara

1. Dalam periuk masukkan air, mentega, gula dan garam, masak biar mendidih kemudian masukkan tepung dan terus kacau dengan senduk kayu selama 1-2 minit biar sekata dan jadi doh yang licin.
2. Padamkan api, masukkan telur dan kacau biar sebati, kalau nak guna hand mixer pun boleh, maz guna tangan je sebab telur sebijik.
3. Panaskan minyak untuk mengoreng secukupnya.
4. Masukkan nozel besar bentuk bintang dalam paiping bag, gunting sikit hujung plastik, kemudian masukkan doh dan picit dalam minyak panas angaran 2 inci, guna gunting untuk potong dan masak hingga perang sambil dibalik selalu, angkat dan toskan.
5. Ayak gula+serbuk kayu manis secukupnya atau biar kosong jika nak cicah coklat cair/sirap
6. Untuk coklat tu boleh cairkan sedikit coklat masakan (maz masuk dalam microwave je dalam 1 minit) atau secara double boil, kemudian sebatikan dengan 1-2 sudu besar susu segar atau whipping cream atau boleh guna coklat sirap.

memang ralik jgk dibuatnya, skjap je licin pingan tu..ada plak kopi O panas deh..snak yg sesuai utk dinikmati bila2 masa..

klu abangngah tgk ni sure suruh buat plak, sejuk2 ni memang asik lapar je..klu xde menda utk alas perut mlm ni bleh la menchurros plak..

Tuesday, October 13, 2015

Cream Puff With Custard Cream

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar'..apa kbar semua, semoga sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya..kejadian cream puff ni pun dh lama benar, gitu la dapur ni klu buat sesuatu tu selalunya mesti duk ulang buat sampai 2-3x dlu klu ada permintaan dri anak dan suami, sblum ni pun dh ada updated cream puff dgn kastard cream ni..memang sedapp la, pas sbjik2 nk masuk mulut..klu anak bongsu tgk ni sure dia mintak..adik afiq susah mkn kuih2 ni, klu karipap pun kena buat khas utknya yg xde inti..cream puff ni dia suka la plak..mohon maaf andai ada kesilapan dimana-mana..sama2 kita jadikan amalan harian doa kat atas tu, baca 7x lepas solat subuh dan maghrib, sunnah Rasulullah saw, semoga Allah swt pelihara kita dari azab api neraka..Inysaa Allah semoga jumpa lagi..

Cream Puff With Custard Cream by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 95g tepung gandum 
  • 2 1/4 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur - suhu bilik
  • 75g mentega tanpa garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 188ml air
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • sedikit garam - abaikan jika guna mentega biasa
Cara

1. Sebatikan tepung, baking powder dan garam.
2. Dalam periuk (kalau boleh guna periuk non-stick) satukan air, mentega dan gula, masak hingga mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sampai jadi doh yang licin dan tidak melekat diperiuk, teruskan kacau dengan api perlahan selama 2-3 minit.
4. Padamkan api, masukkan dalam mangkuk yang sesuai dan sejukkan dulu.
5. Kemudian masukkan vanilla dan telur satu persatu sambil diputar biar sebati.
6. Masukkan nozel besar bentuk bintang dalam paiping bag, masukkan adunan tadi, paip pusing 2x atas loyang yang telah dialas dengan kertas baking, jarakkan 1 inci.
7. Sembur dengan sedikit air dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit dengan suhu 200 C selama 20-25 minit atau hingga masak/perang.
8. Sejukkan sepenuhnya dan gunting ditengahnya, boleh la diisi dengan kastard krim.

Kastard Krim
  • 200ml whipping cream - maz guna yg UHT, puas cari tak jumpa yg non dairy kat sini
  • 1/3 cawan gula halus
  • 1 cawan susu segar *
  • 3 sudu besar tepung kastard *
  • 4 sudu besar gula *
  • sedikit garam *
  • sedikit essen vanilla
Cara 

1. Sebatikan semua bahan bertanda *, kemudian masak atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat, sejukkan sepenuhnya.
2. Dalam bekas yang kering, putar whip cream, gula dan vanilla hingga kental, kemudian masukkan kastard yang dah sejuk tadi dan sebatikan.
3. Masukkan dalam paiping bag dan sedia untuk digunakan sebagai inti, boleh juga simpan dalam peti dulu sebelum guna agar krim sedikit kental.

filling tu patutnya warna kuning cair, tpi gitu la klu jurufoto yg pro amik gambar..xtahu mcmana bleh jdi warna putih lak..dh 3-4x duk buat guna respi ni, lepas last dgn yg ni lama dh la jgk xbuat, 

Tuesday, April 21, 2015

Chocolate Cream Puff with Custard Cream Filling

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..cream puff versi coklat plak...kejadian awal bln hritu...pestime la jgk buat yg coklat ni...sebenarnya lepas kejadian yg memula tu...2x pulak duk buat cream puff ni dlm msa seminggu...kalau dh start buat menda tu..mesti duk ulang dulu 2-3x...biasanya gitu la kat rumah ni...pastu atas permintaan jgk...masih guna rspi yg buat hritu...ada kat sini...cuma tambah serbuk koko skit...terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah blog yg xseberapa ni...semoga ada yg dpt dimanafaat bersama dan mohon dimaafkan segala kekurangan yg ada...

kuih yg senang nk buat dan sedappp...bahan utk buatnya pon simple je...biasanya dh memang ada kat dapur kan...cuma filling cream ni bleh ganti kastard klu xde stok...

Chocolate Cream Puff  with Custard Cream Filling by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 85g tepung gandum berkualiti
  • 1 sudu kecil serbuk koko
  • 2 1/4 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur - suhu bilik
  • 75g mentega tanpa garam (unsalted)
  • 1 sudu kecil gula
  • 188ml air
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • sedikit garam - abaikan jika guna mentega biasa
Cara

1. Sebatikan tepung, serbuk koko, baking powder dan secubit garam.
2. Dalam periuk (kalau boleh guna periuk non-stick) satukan air, mentega dan gula, masak hingga mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sampai jadi doh yang licin dan tidak melekat diperiuk, teruskan kacau dengan api perlahan selama 2-3 minit.
4. Padamkan api, masukkan dalam mangkuk yang sesuai dan sejukkan dulu.
5. Kemudian masukkan vanilla dan telur satu persatu sambil diputar biar sebati.
6. Masukkan nozel besar bentuk bintang dalam paiping bag, masukkan adunan tadi, paip pusing 2x atas loyang yang telah dialas dengan kertas baking, jarakkan 1 inci.
7. Sembur dengan sedikit air dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit dengan suhu 200 C selama 20-25 minit atau hingga masak/perang.
8. Sejukkan sepenuhnya dan gunting ditengahnya, boleh la diisi dengan filling kastard cream.

Kastard Cream
  • 200ml whipping cream Non Diary - yang dah manis tu 
  • 1 cawan susu segar *
  • 3 sudu besar tepung kastard *
  • 3 sudu besar gula *
  • secubit garam *
Cara 

1. Sebatikan semua bahan bertanda *, kemudian masak atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat, sejukkan sepenuhnya.
2. Dalam bekas yang kering, putar whip cream+secubit garam+sedikit vanilla hingga kental,  kemudian masukkan kastard yang dah sejuk tadi dan sebatikan.
3. Masukkan dalam paiping bag dan sedia untuk digunakan.

semua dh suka la plak cream puff ni sbb guna filling cream gini...klu sblum ni berpaksa2 suruh mkn...tpi memang sedappp la guna cream ni...cuma kena duk lam peti la...xmcm yg guna kastard...semuanya terpulang la pada citarasa dan keadaan kan...

Friday, April 3, 2015

Cream Puff With Custard Cream Filling

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..apa kbar semua...Alhamdulillah masih diberi peluang sekli lagi utk bertemu dgn jumaat yg barakah...semoga dipermudahkan urusan kita hri ni yg membawa kebaikan...Inysaa Allah dan sama-sama kita sentiasa banyak memperingati yg Maha Esa...pgi ni meh layan creampuff plak...kerana xtahan godaan puff ni sana sni kat fb...maka buat la jgk...kli ni guna specil filling...klu buat sblum ni afiq tak mkn...tpi bila letak filling ni pas sbjik2 ilang...siap dia mtak sruh buat lgik...sbnarnya dh 3x buat puff filling cream ni dlm msa 2 mnggu...sedappp sangat komen dari abangngah, afiq dan babanya...memang sedapp la...bila mkn rasa xnak stopp...Inysaa Allah semoga bersama lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

sejukkan dulu sementara menanti filling...puff ni rspi asalnya dri seorang kakak yg baik hati...cuma maz ejus sikit2...jazakillahukhairan kak...filling tu maz buat sdrik...

Cream Puff With Custard Cream Filling by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 95g tepung gandum berkualiti
  • 2 1/4 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur - suhu bilik
  • 75g mentega tanpa garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 188ml air
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • sedikit garam - abaikan jika guna mentega biasa
Cara

1. Sebatikan tepung, baking powder dan garam.
2. Dalam periuk (kalau boleh guna periuk non-stick) satukan air, mentega dan gula, masak hingga mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sampai jadi doh yang licin dan tidak melekat diperiuk, teruskan kacau dengan api perlahan selama 2-3 minit.
4. Padamkan api, masukkan dalam mangkuk yang sesuai dan sejukkan dulu.
5. Kemudian masukkan vanilla dan telur satu persatu sambil diputar biar sebati.
6. Masukkan nozel besar bentuk bintang dalam paiping bag, masukkan adunan tadi, paip pusing 2x atas loyang yang telah dialas dengan kertas baking, jarakkan 1 inci.
7. Sembur dengan sedikit air dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit dengan suhu 200 C selama 20-25 minit atau hingga masak/perang.
8. Sejukkan sepenuhnya dan gunting ditengahnya, boleh la diisi dengan filling kastard cream.

Kastard Cream
  • 200ml whipping cream Non Diary - yang dah manis tu 
  • 1 cawan susu segar *
  • 3 sudu besar tepung kastard *
  • 3 sudu besar gula *
  • secubit garam *
Cara 

1. Sebatikan semua bahan bertanda *, kemudian masak atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat, sejukkan sepenuhnya.
2. Dalam bekas yang kering, putar whip cream+secubit garam+sedikit vanilla hingga kental. Kemudian masukkan kastard yang dah sejuk tadi dan sebatikan.
3. Masukkan dalam paiping bag dan sedia untuk digunakan.

suami bagi pada kwnnya sikit...dh 2x jgk la puff ni sampai ke pejabat tu...siap ada sorang staf pinoy tu mintak sruh suami bawa lagik...

ishhh! tgk yg ni terasa nk mkn plak...terbayang2 keenakannya...memang puas hati dpt buat sdri ni...tambah keluarga sukaa plak...itulah yg paling berharga bila anak2 dan suami senyum lebar saat menikmatinya...Alhamdulillah semua dgn izinNya...

Tuesday, November 4, 2014

Sambosa...Indian Stail

Assalamualaikum w.b.t...'Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull afwa fa fu ‘anni'...semoga diampunkan segala dosa kita...sesungguhnya Rasulullah sendiri dalam hidupnya tidak berhenti memohon ampun...apatah lgi kita hamba yg sentiasa lalai...ingatan utk diri sendiri jgk...selalunya klu teringin nk mkn tu beli je...depan rumah ni pun ada 2-3 kedai yg jual sambosa ni...cuma sekali sekala tu tringin jgk nk buat sdrik kan...dah 2x la buat sambosa ni...aiman dgn babanya la yg suka sangat...sedapp layan dgn teh O...xckup 3 bjik...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

yg dah kena ngap pun nk enterprim jgk ke?..sbnarnya nk tnjuk inti kat dalam tu...trlupa yg ada snap gambar intinya sekali...tkpe la dh ada dlm folder tu tepek je la deh...

live dri kuali...terajin nk snap sementara tunggu sejukk...utk inti ni maz try buat berdasarkan pda rasa sambosa yg beli...bleh la utk mkn sdrik tu kan...memenuhi selera kluarga...daun kari tu kutip keluarkan la bila dh masak...

Samboosa by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 biji ubi kentang - dadu
  • 1/2 cawan isi ayam kisar
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 2 labu bawang besar - dadu
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 helai daun kari
  • 6-8 biji cili hijau - kerat kecil
  • kulit/pastry sambosa secukupnya
  • garam, gula secukup rasa
  • minyak secukupnya untuk mengoreng
Cara

1. Panaskan 3-4 besar sudu minyak, masukkan separuh dari bawang besar dadu (separuh lagi ketepikan dulu) dan cili hijau. Masak sambil dikacau selalu biar sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan kuali yang sama, tambah minyak sikit lagi, masukkan bawang besar separuh tadi, masak sekejap biar layu, masukkan bawang putih dan daun kari.
3. Masukkan semua jenis rempah dan sebatikan. Masukkan isi ayam dan kacau balik selalu.
4. Masukkan ubi kentang dan air secukupnya (agak-agak la ye, jangan banyak sangat). Masak sambil dikacau sekali sekali.
5. Perasa secukup rasa dan masak hingga kentang lembut dan air kering. Masukkan cili dan bawang goreng tadi, sebatikan. Padamkan api dan sejukkan sepenuhnya.
6. Ambil sekeping kulit sambosa, bentukkan macam kelongsong, isi inti secukupnya dan lipat jadi bentuk 3 segi (pastry sambosa siap jual bentuk panjang yang mudah nak guna/bentuk). Sapu air sikit hujungnya dan lekat kemas. Buat sampai habis.
7. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana dan goreng hingga masak dikedua bahagian. Angkat dan toskan.

dalam puasa hritu rsanya lastime beli sambosa ni...memang gedebak gini...pastu intinya bnyk bawang dan isi ayam atau daging tu jenis kasar...puas la mkn wpun beli...ada jual kat banyk kedai...kat sni pastry atau kulit sambosa ni bleh beli kat mna2...kulit utk sambosa xsama mcm kulit popia...sedapp dan rangupnya lain...pastu xserap minyak...

Thursday, October 2, 2014

Pierogies

Assalamualaikum w.b.t...perogi atau polish dumpling...makanan org ukraine...rusia dan negara belah eropah timur...pastime merasanya...ni smua gara2 tgk eat street...memang suka tgk program ni...bleh dpt ilham skli...truck yg jual pelbagai jenis mkanan tepi jln...lepas tgk tu apa lgi trus mtak bntuan pakcik gugel...berperogi la kat dpur...bkn apa teringin nk thu apa rsa mkanan ni...sbb tgk org yg beli tu mkn penuh2 mulut...utk doh maz try rspi dri food.com...cuma filling tu buat ikut apa yg stok yg ada...selain savory...pierogi ni bleh jga dibuat versi manis sebagai dessert...fillingnya bleh letak buahan, peanut butter dan sbgainya...klu kita karipap la deh...nak buat pun mudah sngat...intinya bleh aje letak apa2...biasanya guna mashed potato...cheese dan sbgainya...ni guna groundbeef dgn kubis...rsanya sedapp...bleh hbis la 4-5 bjik tu...mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...

Pierogies by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : food.com

Dough
Directions

1. Mix all ingredients together lightly in bowl.
2. Knead until smooth.
3. Let rest, covered, 30 minutes - maz skip
4. Using half of the dough at a time, roll out to 1/8 inch thickness.
5. Cut circles with biscuit cutter or floured glass.
6. Fill with a golf-ball sized hunk of filling (described separately), pinch to seal.
7. Boil 5-8 minutes, until floating.
8. Fry in butter until crisp
Bahan-bahan
  • 1/2 cawan daging kisar segar
  • 1 cawan kubis yang dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - cincang
  • 1/2 sudu besar sos tiram @ secukup rasa
  • 1-2 sudu besar minyak sayur @ minyak zaitun
Cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawang dan masak sekadar bawang layu.
2. Masukkan daging kisar dan kacau balik biar daging masak. Kemudian masukkan kubis dan sos tiram. Sebatikan dan perasa secukup rasa. Masak sekejap je sekadar kubis layu sikit. Sejukkan sebelum guna.
yg buat ni xckupp...smua suka...dihdang bersama sour cream...lgi la sedapp...tekstur kulitnya tu sedikit chew tapi rangup...sebab lepas rebus tu digoreng plak dengan mentega cair...memang bleh buat lgi la pas ni...

Wednesday, September 3, 2014

Cream Puff with Custard Filling

Assalamualaikum w.b.t...cream puff ni buat 2 minggu sudah rasanya...terpanggil nk buat tu sebab kat fb selalu duk npak cream puff ni dri kwn2 yg amik order kuih ni...kuih yg lembut dari luar dan dalamnya...teserlah keayuannya dan nk buat pun xde susah mana...memang lama sngguh xbuat kuih ni...sbbnya msa buat yg pestime dlu anak2 sorang pun xmkn...ada kat sini...tu cerita beberapa thun sudah la...tpi bila buat kli ni abangngah dah pandai mkn...dan suami pun ada jdi ada la org yg boleh hbiskan...yg dlu buat msa duk msia...maz klu kuih2 gini stkat mkn gitu je la...nk kata minat sngat tu tidak...lebih suka kuih2 tradisi ni...nak2 kuih ubi kayu...jazakillahukhairan pada penyumbang respi zaliana...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...

kli ni abangagah dah mkn...siap komen sedapp la mami...boleh buat lgi la pas ni...suami pun suka makan...adik afiq memang xmkn kuih2 mcm ni...
 
Cream Puff with Custard Filling by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : zaliana myresipi.com
Bahan-bahan

  • 125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder - maz guna self raising
  • 100 gm butter - maz guna unsalted butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula - maz letak 1 sudu besar
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil essen vanilla - ni maz tambah
Bahan-bahan untuk inti jagung - maz guna kastard segera
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula

Cara
  1. Cara-cara untuk puff.                
  2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan                
  3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer dan masukkan essen vanilla.
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang                
  5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya - maz bakar 15 minit pertama dengan suhu 200 C, kemudian turunkan suhu 170 hingga masak, ni oven maz la ye).
  6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung                
  7. Cara-cara untuk inti                
  8. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap                
  9. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff.
rspi sama je mcm buat yg memula dlu...tukang masak ni mcm ni ler perangainya...duk pusing rspi tu je la...kastad tu maz guna yg segera...bancuh nga susu segar dan kacau je...sma la mcm yg dlu jgk...tpi kastard kat sni xrasa mcm yg segera...sedappp...dignding plak dgn cream puff lembut...memang sdpp...

Sunday, August 24, 2014

Phyllo Pastry with Banana, Chocolate Chip & Pecan

Assalamualaikum w.b.t...bertemu sekli lgi...msih dlm misi nk hbiskan gambar2 dlm folder...xbest jgk peram lama2 sngat ni kan...makin banykk tu...huhuu...dessert yg mudah dan cepat nk sedia dan tidak kurang hebat rsanya...kat sni biasanya restoran turkey yg banyk guna filo pastry ni...utk savory appetizer...filling cheese, spinach, ground beef dan mcm2 la jgk...maz pun pestime buat dessert gna filo pastry ni...slalunya diguna utk buat baklava la kan...ok Insyaa allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

bleh letak apa2 filling ikut citarasa...klu nk buat mcm filling epal pie pun bleh...atau jenis savory sebagai pembuka selera...Insyaa allah nti nk try jenis savory plak...

Phyllo Pastry with Banana, Chocolate Chip & Pecan by http://ilhamdapur.blogspot.com\
Bahan-bahan
  • Filo pastry secukupnya - suhu bilik
  • 2 biji pisang masak yang sesuai - maz guna pisang montel
  • sedikit coklat chip, pecan (panggang sekejap & cincang)
  • gula secukupnya
  • sedikit serbuk kayu manis
  • butter cair secukupnya
Cara

1. Panaskan oven 160 C.
2. Ambil sekeping filo pastry dan sapu butter cair seluruhnya. Kemudian lapis sekeping lagi dan sapu butter, ulang lapis 3-4 keeping.
3. Tabur gula secukupnya seluruh filo tadi. Kemudian coklat chip, sedikit serbuk kayu manis dan sedikit pecan.
4. Letak sebiji pisang dan gulung kemas (maz buat 2 biji pisang, maknanya 2 gulung, filo tu agak-agak la ye saiznya).
5. Sapu sedikit butter pada loyang dan letak filo gulang tadi dan bakar selama 15-20 minit atau sehingga sedikit kekuningan.
 boleh aje mkn gitu...tpi sbb ada eskrim jdi digandingkan bersama...memang sedapp...

Friday, August 15, 2014

Goong Hom Pha Lagi..& Selimutnya Lebih Kemas

Assalamualaikum w.b.t...selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw...Alhamdulillah bertemu jumaat sekali semoga kita semua sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya...buat lagi udang berselimut ni...sbnarnya lepas buat yg memula hritu...bleh tgk kat sini...ptg esknya trus membalut lgi...semua suka rupenya udang  goong hom pha ni...kli ni selimutnya pun lebih kemas...balut sambil duduk dah la...kihkii...alasan la ni deh...ok la selamat menikmati hujung minggu dan moga bersama lgi Insyaa Allah...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

sedapp sungguh mkn panas2 tu...rangup kat luar dlmnya juicy gituw...pastu dip plak nga sos sweet chili thai...memang enak tidak terkata la...yg ni pun msih letak sdkit kubis dan lobak merah dan yg penting udang tu mesti segar...
 
sdikit gambaran cra maz balut udang tu...kena guna kulit popia saiz yg paling kecik tu...skjap je siap...dkat 40 ekor udang jgk balut...
 
Prawns in Blanket @ Goong Hom Pha  by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
 
  • 1kg udang saiz sederhana besar
  • kulit popia saiz kecil secukupnya
  • kobis & lobak merah secukupnya -hiris memanjang
  • minyak untuk menggoreng
  • sos pencicah - maz guna sos sweet chili thai
Cara
 
1. Buang kepala dan kulit udang, kecuali ekornya dan tarik keluar urat belakang. Cuci bersih dan toskan biar sejat air (maz lap juga udang dengan tisu biar betul-berul kering)
 
2. Cara lipat boleh lihat gambar diatas.
 
3. Panaskan minyak secukupnya dan goreng hingga masak sambil dibalik-balikkan. Angkat dan toskan.
 
4. Boleh la dihidang dengan sos pilihan.

baru puas anak2 makan...goreng semua 1 dulang ni utk mkn mlm sbb kat rumah ni memang jarang sangat ada nsi klu mlm tu...
 
udang klu buat snack mcm ni memang dri dedula laku la kat rumah ni...sblum ni main celup tepung je...tukar cara la plak...ada jgk 2-3x dh celup tepung pun cma xsnap je..

Wednesday, August 6, 2014

Prawns in Blanket

Assalamualaikum w.b.t...jgn lupa kwn2 dimsia jumaat ni 8hb hari boikot McD...wpun xde kempen dh lepas 8hb tu teruskan NO MCD dlm kamus kita...sama2 kita mainkan peranan...memang amat sayu dan sedih sngat tgk apa yg saudara kita lalui kini di Palestin...sama2 kita perbanyakkan doa agar rakyat Palestin diberi kekuatan dan hancurkan zionis...prawns in blanket atau udang dlm selimut sjenis hidangan pembuka selera thai yg disebut goong hom pha klu tak salah...skrang ni tgh musim udang kat sni...kat psar penuh dgn udang...susah nk beli ikan dh...xde bnyk pilihan...smua org duk jual udang...jdi maz pun borong la 3kg wken hritu...kat rumah ni klu nk buat lauk asik2 gulai kuning je...jdi tu yg dibungkus wak mkn ptg...klu dh udang tu memang sdppp la kan...Inysaa allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

klu kat restoran thai balut udang je...tpi ni maz letak sedikit sayur kobis dan lobak merak...bgi maz lgi sedapp ada sayur skli...memang berbaloi2 buat sdrik ni...puas mkn 1kg udang...klu beli kat kedai dh berdinar2 la...

Prawns in Blanket by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 20 ekor udang saiz sederhana besar
  • 20 keping kulit popia saiz kecil
  • kobis & lobak merah secukupnya -hiris memanjang
  • minyak untuk menggoreng
  • sos pencicah
Cara
 
1. Buang kepala dan kulit udang, kecuali ekornya dan tarik keluar urat belakang. Cuci bersih dan toskan biar sejat air.
 
2. Ambil sekeping kulit popia, lipat sikit 1 bahagian penjuru dan letak sayur dan udang, kemudian lipat kiri atau kanan dan gulung kemas macam popia biasa, pastu tutup hujung dan lekatkan dengan sedikit air. Atau boleh balut ikut cara masing-masing. Buat sampai habis
 
3. Panaskan minyak secukupnya dan goring hingga masak. Angkat dan boleh la dihidang dengan sos pilihan.

cuma tang balut tu fail la skit...xkemas dan cantik...tkpe la nti buat lgi pasni...lgi pun balut smbil berdiri...nk cepat...alasan la ni deh...hehee...memang kena sngat2 cicah nga sweet chili thai...10 ekor pun bleh hbis...

Monday, March 28, 2011

Cream Puff

Assalamualaikum..puff ni kita buat hri slesa mngu lepas lgi stelah tgk kat dpur Kak Zana..cam biasa la deley2 ni kan..ditmbah plak Ma kita ada kat sni..jdi dri 2 hri lepas memang xdan nk ngadap blog ni..adik2 smua brkmpul kat umah..cream puff ni teramat la lembutnyaa..cdppp snguh..tpi kita sorang je yg ckp sdpp..anak2 sorang pun xminat kue2 cegini..dpt la jgk kita bgi kat jiran skit sorang..rspi leh tgk kat SINI ye..xthu la silapnya dimana..ada msalah plak nga stting kita ni..xleh nk msukkan rspi..huhuu..nti klu dh ok kita updte blik rspinya kat sni..mksih pda Zaliana..maap ye mna yg kita lum smpat buat knjung bls lgi tu..insyaallah jika ada klapngan kita jnguk dpur kwn2..ok la nti jmpa lgi..kita nk ke dpur dlu..nk msk skit..kwn Ma kita nk dtg umah hri ni..

dlmmnya ksong gtuw..jdi leh la isi kstard pnuh2..tpi inti kstar tu kita gna yg sgera..cma bancuh nga susu segar je..klu kstard yg buat sdri lgi cdppp kan..ni maleh nk mngacauu..hehee..

mandikan dia nga gula aising skit..bgi seri gituww..sdia utk dinikmati..tpi maap la ye dah lama hbis ni..

ni yg kita dah ngap spruh..tksturenya memang lembut sngat2..ada plak kopi O scwn..walalaa enak snguhh..yg ada lebih lam pti skit kita wak bkpes keesokkan hrinya..sbb anak2 xmkn..msih jgk lembuttt..

Monday, December 20, 2010

Steak & Cheese Puff

Assalamualaikum..puff pastry ni bli msa mula2 smpai hri tu lgi..tpi duk peram lam pti..jdi kita buh inti steak dan cheese..pastu salad skit..bakar je..cdppp!! ala2 puff coffee bean gtuw..bnyk bnor pic yg xsmpat nk updte sblum ni..mlm ni kita clear spruh kmera ni..hehee..tu yg brderet2..ada lgii!! ye la asik msk je..

Steak & Cheese Puff by Ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 8 keping puff pastry - boleh didapati dipasaraya
  • steak secukupnya - hiris nipis (yang dah dibakar ye)
  • mozarella/cheddar cheese secukupnya - disagat
  • salad secukupnya (maz guna local lettuce dan tomato) - potong kecil dan gaul dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan extra virgin minyak zaitun
  • sedikit slice jalapeno
  • 1 biji telur - untuk sapu pada puff

Cara

1. Keluarkan puff dari peti dan biarkan dengan suhu bilik dalam 10-15 minit sebelum digunakan.


2. Panaskan oven 170 C. Alas loyang dengan paper sheet.


3. Amik sekeping puff pastry yang telah lembut, sapukan air keliling hujung puff dengan jari (tujuannya agar puff tidak terbuka bila ditutup nati, sebagai gam gitu) masukkan semua bahan-bahan inti dan cantumkan penjuru puff biar jadi bentuk 3 segi. Lekatkan agar bercantum kemas, kemudian tekan guna hujung garfu keliling tepinya. Buat sampai habis.


4. Masukkan dalam oven dan bakar sehingga berwarna keperangan sekitar 10-15 minit. Angkat dan boleh la dihidangkan.

Thursday, March 11, 2010

Apple Pie Goreng ala McD

1 lgi menu kita yg tertunggak...paham2 je lah kan...maknanye dah kehabisan la ni...kita buat ptg selasa yg lepas...sedappp...ranggup je...nk buat pun senang..tu yg pnting bgi kita...hihi..rspi kita amik dari Teratak Chetam...mksih ye kak...mtak ijin nak c&p...

dgn rspi ni bleh dpt bnyk bijik jgk..kita buat kecik2..

Sumber Resipi : Teratak Chetam
Bahan-bahannya

  • 1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku) -kita guna shortening
  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 2 biji epal hijau
  • 1/3 cawan gula
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 cawan minyak sayuran


Cara-caranya

1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul. Kita nak buat apple pie McD kan so kena ikut macam McD sikit.

2. Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.

3. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci macam McD punya pie le. Letakkan inti epal ditengah pastry. Gunakkan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.

4. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan. Best makan bila panas. BE CAREFUL FILLING CONTENTS MAY BE HOT <<>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...