Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, May 18, 2015

Roasted Basil Chicken

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..bertemu sekli lagi..mood berblog pun makin ke senja dh ni, memang berat sangat nk update dapur maya semenjak kebelakangan ni..ayam panggang ni pun kejdian bulan lepas lgik..menu org xamik nasi...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

maz guna ayam kecik je, saiz 1kg..kat sni ayamnya jenis kecik molek, sedapp mkn dan dijual ikut saiz dlm gram..700g pun ada 1 ekor..besar skit la dri burung puyuh tu, ayam paling besar 1.5kg je...

Roasted Basil Chicken by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Bahan A
  • 1kg ayam - cuci bersih dan toskan
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam - cairkan
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1 sudu kecil daun basil kering
  • 1/4 sudu kecil cayyen pepper
  • sedikit garam - abaikan jika guna mentega biasa
Bahan B
  • 2 ulas bawang putik - ketuk sekali dengan kulit
  • 1 labu bawang besar - belah 4
  • 2 tangkai daun english basil segar - jika ada
  • ubi kentang - potong saiz sederhana
  • brokoli/tomato ceri - bahan sampingan jika suka
Cara

1. Panaskan oven 200 C dan sediakan loyang yang sesuai.
2. Satukan semua bahan A kecuali ayam, kemudian lumur pada ayam seluruhnya termasuk dicelah kulit dan juga pada ubi kentang jika guna.
3. Sumbat bahan B dalam perut ayam dan ikat dibahagian hujung paha ayam dengan tali (benang putih yang tahan panas tu ye).
4. Letak ayam dalam loyang, susun ubi kentang kelilingnya dan bakar selama 1 jam atau hingga masak bergantung pada saiz ayam, maz guna ayam kecik je. Brokoli tu dekat ayam nak masak baru maz letak sebab sayur tu sekejap je lembut, tomato ceri tu letak masak nak makan la kan.

dek kerana sayang daun basil dlm pasu tu subur elok, tu yg guna utk panggang ayam ni..buat ni pun ikut suka nk letak apa, Alhamdulillah sedappp dan harum semerbak...

2 comments:

  1. Sedapnyaaaa..
    tq sudi share resepi
    Jemput jenguk blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...