Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, September 16, 2015

Ayam Pop & Sambal Terasi Tomat

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil'..bertemu sekali lagi semoga sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya..selamat berpuasa pada yg berpuasa sunat awal zulhijjah hari ni dan semoga dipermudahkan urusan jemaah haji tahun ni serta diberi kekuatan pada keluarga serta jemaah yg terlibat dgn insiden kren tumbang dimasjidil haram minggu lepas..bunyi pelik skit menu pagi ni deh, ayam pop ni menu dari tanah Minang, memang ayamnya putih gini..sambil mkn tu tanya la jgk Pak Supir, tour guide merangkap pemandu kami pasal lauk yg ada atas meja tu..ni mcmana bikinnya..itu caranya camana..mungkin bleh jgk dpat sedikit idea utk msak kan..pastu refer jgk kat intenet..bila singah mkn anak sukaa meratah ayam pop ni..jdi tu yg coba buat sdrik..mudah sangat pun nk sedia ayam ni..pastu layan dgn sambal tomato, memang sukaa la mkn sambal belacan sana ni..xpedas sangat sebab guna cili merah..klu nak cicah nga sambal belacan pun boleh..Inysaa Allah semoga bersama lagi dan maaf atas segala kekurangan..

xsangup nk kata TIDAK dgn lauknya yg mcm2 jenis..sampai xtahu nak pilih mkn yg mana, disusunnya xmuat meja, rajin betul la mereka ni masak deh..selama 4 hari kat sna sempat la merasa kat 5 restoran dan yg paling best masakannya kat Rumah Makan Simpang Raya, Bukittinggi..es telernya pun walaaa, sedapp! pic yg line oren tu la ayam popnya, tapi lupa pula tnya Pak Supir mcmana respi tu diberi nama..ni masa jamu selera hari terakhir sebelum balik kat Rumah Makan Lamun Ombak..es teler xbleh tinggal! seronok kalau pergi tempat yg majoriti penduduknya muslim ni, makan senang..nak solat pun mudah, boleh kata dlm setiap 1km ada musalla kat Padang ni, Bukittinggi pun sama.. 

Ayam Pop by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - guna ayam saiz kecil, maz guna ayam berat 900g je 1 ekor
  • 2-3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 helai daun bay/salam
  • 1 batang serai - ketuk
  • air atau air kelapa secukupnya - untuk rebus ayam
  • sedikit garam
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
Cara

1. Ayam dipotong 4, buang kulit dan cuci bersih. 
2. Tumbuk lumat bahan bertanda * bersama sedikit garam dan lumur pada seluruh ayam, perap selama 1 jam atau lebih. 
3. Dalam periuk masukkan air atau air kelapa jika guna atau boleh guna keduanya, kira tenggelam separuh ayam (kalau air banyak sangat nanti hilang rasa manis ayam) daun bay, serai dan sedikit garam, masak biar air panas atau berwap sikit.
 4. Kemudian masukkan ayam dan masak selama 20-25 minit atau hingga ayam masak. Angkat dan toskan, air rebusan jangan dibuang boleh guna sebagai sup atau masuk balik ayam nanti. 
5 Dalam kuali panaskan minyak baru secukupnya, goreng ayam sekejap je (dalam 10-13 saat setiap bahagian), angkat dan buat sampai habis. 
6. Kalau tak nak hidang terus, masuk balik ayam dalam air rebusan tadi agar ayam tidak kering. 
7. Boleh la dihidang bersama nasi putih dan sambal terasi tomat atau sambal belacan.

Sambal Terasi Tomat @ Sambal Belacan Tomato
Bahan-bahan
  • 4 biji cili merah
  • 2-3 biji cili padi merah (kalau suka pedas boleh tambah)
  • 1 biji tomato masak
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang puith
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan (terasi)
  • sedikit garam, gula perang dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Kisar biar hampir lumat atau tumbuk semua bahan kecuali 2 bahan terakhir (org Indonesia guna lesung batu yang jenis lebar macam pingan tu, kat pasar sana memang banyak dijual lesung ni).
2. Dalam kuali panaskan sedikit minyak, kemudian masukkan sambal tadi dan perasa dengan sedikit garam, gula perang dan aji, kacau sebati dan padamkan api.
3. Boleh la dihidang bersama ayam pop atau pucuk ubi rebus.

utk buat ayam pop ni klu boleh guna ayam saiz kecil dan ayam muda..baru sedapp dan utk rebusnya guna air kelapa..tpi ni maz guna air biasa je, xde stok air kelapa..kira menu berkhsiat la jgk sbb rebus dan buang kulit..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...