Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, February 24, 2012

Rendang Daging Sambal (Tanpa Santan)

Assalamualaikum..time ada kerajinan dan msa ni kita update la cpat2..xthu la kut esok lusa hilang blik smngat yg hangat2 tahi ayam ni..hehee..rendang ni patner nga plut kuning tu..wpun xmsuk santan tapi sedap sngattt..mkn nga nasi putih pun bleh hbis brpngan2..nk buat pun cpat dan mudah je ..nma tu main letak je la..asalkan ada nma nk sebut kan..

Rendang Daging Sambal by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  •  400g daging - hiris nipis
  • 2 labu bawang besar *
  • 15-20 tangkai cili kering - rendam air panas dan buang biji* - jika suka pedas boleh tambah
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1-2 batang serai - diketuk
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 1 keping asam keping
  • 1/2cawan minyak masak
  • garam, gula dan perasa secukup rasa

Cara

1. Pastikan daging dihiris nipis-nipis saiz kecil

2. Kisar hancur bahan yang bertanda * bersama 2 cawan air.

3. Dalam kuali masukkan daging, bahan yang dikisar, serai, daun limau purut, asam keping dan minyak masak. Gaul sebati

4. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala, tutup kuali agar daging cepat lembut dan perasakan secukup rasa. Kalau daging masih belum lembut boleh tambah air sikit-sikit.

5. Masak sehingga hampir kering. Padamkan api dan boleh la dihidangkan dengan nasi putih atau pulut kuning.
  
kita mkn nga roti jala pun sedapp..klu mkn nga nsi lgi la sdppp ni..

Thursday, February 23, 2012

Pulut Kuning

Assalamualaikum..asik tenggelam timbul je..biasa la klu dh tuannya xbrapa rajin tu kan..alamaknya asik dgn menu basi la dpur ni..jdi nk bgi smngat skit..tu yg buat pulut kuning ni..hahaaa..sbnarnya pulut ni buat lama bnar dh..tpi sbb malas betul nk update..jdi tu yg terperam berminggu2..apa2 pun mksih pada pengunjung yg sdi singgah dpur yg xsberapa ni..kli ni terajin plak nk taip rspi pulut ni..tkpe la bleh anak2 buat rjukkan dimsa akan dtg kan..

Pulut Kuning Kukus by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • santan secukupnya (dlm 1 cwn)+garam secukup rasa

Cara

1. Rendam beras pulut 8 jam atau semalaman dengan sedikit serbuk kunyit (sebagai pewarna kuning) dan 2-3 keping asam keping (tujuannya agar pulut bersinar bila masak).

2. Sediakan pengukus dan toskan pulut kemudian masukkan dalam pengukus dan buat lubang-lubang kecil (agar masak sekata). Kemudian kukus sehingga pulut masak/lembut.

3. Angkat dan masukkan dalam bekas kemudian tuang santan dan gaul sekata. Kemudian kukus semula seketika lagi sehingga pulut lembut (dalam 5-6 minit) atau bergantung pada kuantiti pulut yang dikukus.

3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

jamu jamu mata je la ye..pulut ni kita buat mkn nga rendang daging..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...