Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, March 17, 2012

Cucur Badak

Assalamualaikum..smjak dua menjak ni kerap jgk la buat kuih2 ni..sbbnya stiap mngu memang akan ada je benda yg dimsk..jdi dpt la jgk asah bakat sdri ni..cucur badak ni pun biasa la kena peram dlu brminggu2..tpi kan kdang2 tu wpun ada msa yg trluang pun tpi mood plak yg xbrapa rjin nk update..ada wktunya plak klu time rjin bebnar tu wpun sesmbil duk msk pun..bleh lagi mncelah buat n3...

serunding kelapa ni boleh frozen klu xhbis guna..

Cucur Badak by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Inti Serunding Kelapa
  • 2 cawan kelapa parut
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • 2-3 batang serai - hiris nipis*
  • 5-7 biji cili kering - buang biji dan rendam seketika dalam air panas  - toskan*
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 cawan udang geragau - kisar sedikit kasar
  • gula, garam secukupnya dan sedikit serbuk perasa (jika suka)

Adunan Kuih
  • 750g ubi keledek isi oren/kuning - jgn guna keledek yg jenis berkulit licin (yg warna ungu tu..sbb keledek tu jenis lembik, nati akan guna banyak tepung dan kuih jadi keras)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum - maz guna tepung serbaguna (all purpose flour)
  • 1/4 cawan tepung beras
  • sedikit garam - gaul dengan 2 jenis tepung diatas.

Cara
1. Inti Serunding Kelapa - Kisar semua bahan yang bertanda * bersama 1 cawan air sehingga lumat.

2. Dalam kuali masukkan semua bahan, garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau sebati. Masak sehingga kering dan perasakan secukup rasa. Sejukkan seketika.

3. Untuk Kuih - Kikis kulit keledek, cuci bersih dan rebus sehingga empuk/lembut bersama sedikit garam. Toskan dan tumbuk lumat. Ketepikan biar sejuk seketika.

4. Kemudian gaul sebati tepung dengan keledek agar menjadi doh yang lembut.

5. Ambil doh sebesar bola ping pong, leperkan dan masukkan inti. Kemudian tutup kemas dan tekan sikit ditelapak tangan untuk bentukkan kuih menjadi sedikit leper. Kalau terlalu lembit, sapukan sikit tangan dengan tepung.

6. Susun kuih dalam bekas yang di alas dengan plastik agar kuih tidak melekat dan buat sampai habis.

5. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng sambil dibalik-balik sekali sekala sehingga sedikit perang dikedua belah.

6. Kuih ni juga boleh disejukbeku (frozen). Pastikan kuih yang hendak disejukbeku dialas dengan plastik agar tidak melekat satu sama lain. Kalau nak goreng kuih yang telah disejukbeku, celupkan dulu kuih dalam air biasa kemudian baru masukkan dalam minyak yang telah dipanaskan sederhana, jangan bimbang ianya tak akan merecip minyak keluar (sentiasa guna api sederhana dan goreng sambil dibalik-balikkan selalu).

kuih ni pun bleh difrozen..rsanya tetap lembut dan sedap sama mcm goreng kuih yg bru buat..layan gambar je la ye..kuihnya dh lama selamat..

Friday, March 9, 2012

Fresh Fruit Tart

Assalamualaikum..kesian kat tart ni lama bnar dh duk peram..klu peram ikan pekasam dh bleh mknn..jdi mlm ni sesmbil duk mngemas kain bju utk esk buat n3 ni la skli..esk pgi dh nak brjalan jauh..jdi 4-5 hri jgk la tutup dpurnya..cti skolah kan..jdi msa utk anak2 la plak..tart ni adunan yg sama dri Mixed Fruit Tart kat bawah tu..cuma yg ni buat saiz kecik dan fillingnya letak kastard dan buahan segar..tart ni plak bawa p rumah kakak yg sma jgk utk mkn beramai2..sbnarnya skli smgu maz ada blajar tajwid kat rumah kakak ni dgn seorang ustazah bersama dgn 9 orang lgi kakak..jdi tu yg setiap minggu ada je kuih yg dibuat sbgai buah tngan..cuma utk kastard filling tu maz guna yg segera je..bawa blik dri bahrain..dh slalu guna kastard ni..sedappp..wpun cuma main bancuh dgn susu segar je..ok la smga jumpa lgi disini..insyaallah..mksih skli lgi pda pengunjung yg sdi singah dpur kecik maz ni..

mksih skli lagi ye Mama share respi ni..semua ckp sedapp..ada yg mtak rspi..mtak halal ye Mama dipnjangkan rspi..selamat bercuti jgk buat semua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...