Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, June 12, 2012

No Bake Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum..layan kek la plak..klu xsilap rsanya dah lama xbuat ciskek ni..trgerak hti nk buat ni pun sbb wken lepas anak2 ajak mkn pasta dan fish n chips kat SR..pastu oder la jgk oreo cheese kek 2 ptong..beria bnar la plak anak2 mkn kek secret recipe tu..xleh jdii ni..msa tu jgk rsa berkobar2 nk buat sdrii..jdi dri situ la dtnya naluri nk buat ciskek ni..kononnya nk buat kek yg seiras SR la wpun xserupa..hehee..bila godek2 cri rspi..ramai jgk yg dh try oreo ciskek ni..kat dpur Kak Ummi pun ada..cuma versi bakar..ni stail msak dlm peti je..utk rspi kli ni maz ubah skit rspi2 cheese kek yg prnah buat sblum ni..dan sbgai pnduan maz jgk tgk rspi kat sini..anak2 ckp sedapp la mami..LULUS..puas rsanya bila bleh sdiakan sndri apa yg anak suka..

bgi tekak maz sklrga memang dah rasa mcm yg secret recipe la sikit2..rupa pun ada la jgk wpun jauh2..hehee..

No Bake Oreo Cheese Cake by ilhamdapur.blogspot.com
Baha-bahan
  • 8-10 keping biskut oreo - buang krim - dikisar hancur dan ketepikan 1 sudu besar utk tabur dalam kek
  • 2-3 sudu besar mentega  - cairkan
Bahan B (Lapisan Kek)
  • 270g cream cheese - suhu bilik
  • 50 gram gula halus - boleh kurangkan sikit, jika tak suka manis 
  • 70g mentega - suhu bilik
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 160ml whipping cream + 1 sudu kecil jus lemon
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1 sudu besar gelatin
  • 2 sudu besar air panas mendidih
  • 4-6 keping biskut oreo - dipatah 2
Cara

1. Sediakan loyang untuk cheese kek jenis loose base. Letakkan tepi keliling loyang kertas minyak (baking paper) , tujuannya agak kek senang dikeluarkan. - maz guna loyang bulat 6 inci)
2. Satukan bahan A dan tekan-tekan dalam loyang. Masukkan dalam peti.
3. Dalam gelas satukan gelatin dan air panas, kacau biar gelatin larut sepenuhnya - maz panaskan dalam microwave selama 5 saat - guna microwave lebih cepat gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan
4. Putar whipping cream bersama jus lemon hingga sedikit kental (klu tuang bks tu xtumpah la). Ketepikan.
5. Putar cream cheese seketika, kemudian masukkan gula, susu pekat manis dan mentega. Putar lagi hingga sebati dan adunan jadi lembut. Masukkan vanilla dan putar lagi.
6. Masukkan gelatin yang telah larut dan whipping cream. Putar sebati.
7. Tuang suku dulu atas loyang oreo tadi, kemudian susun biskut oreo yang telah dipatahkan. Tuang lagi adunan dan ratakan kemudian taburkan sedikit oreo yang dihancurkan (yg simpan 1 sudu besar).
8. Tuang lagi sedikit adunan dan susun pula sedikit lagi biskut yang telah dipatahkan.
9. Kemudian satukan lebihan oreo kisar tadi dengan baki adunan cheese yang ada dan tuang kesemuanya dalam loyang, ratakan sepenuhnya.
10. Tutup permukaan loyang (maz tutup dengan pinggan je) dan simpan dalam peti selama 4-5 jam.
11. Boleh la dihias ikut citarasa dan sedia untuk dihidangkan...Selamat Mencuba..

sedapp..lemak berkrim..nyaman je lalu kat tekak ni..

No Bake Oreo Cheese Cake..jamu mata je la memlm ni...

Sunday, June 3, 2012

Chocolate Macarons With Nutella Filling

Assalamualaikum..hemmm!! nk mula dri mna pun xthu la ni..al maklum la skejap ada skejap ilang..dpur pun dah penuh brdebuuss..sbnarnya minat kat dpur maya ni xde la pupuss terus orang kata..cuma kerajinan tu xckup teguh mcm kwn2 yg lain..bila time jemu tu mai..mula la malasnya nk pegang kamera..tu yg sunyi sepi..huhuu..apa khbar smua..mksih jgk pda pngunjung diluar sana yg msih sdi singah ke ilhamdapur wpun dh brbln2 xberupdate..ok la crita psal menda yg dlm gelas ni la plak yer..lama jgk dh rsanya xbrmacron ni..sbbnya dh xde smbutan..ni pun kena berpaksa lgi sruh anak2 mkn..siap ckpp manis sngat laa mami..biasa la tu kan apa2 pun msa memula jmpa je klu bleh nk mkn hri2..tmbah plak suami pun duk bli macaron stiap kli blik msia..smpai duk dlm pti brbln2..tpi kli ni trasa nk bermacaron ni sbb tgk kat dpur Yani..tpi memang betul kan..dapur kawan memberi ilham dan inspirasi..

rasanya kli ni bru puas hti tang kaki tu..yg buat sebelum ni kakinya tinggi skit..dan tekstur serta rupe kejadian macaronnya pun lagi sempurna..lembut gitu kat tengahnya..mcm yg beli ni..

maz buat saiz gedebak..nk cpat siappp..dpt la 13 psang je..dan 1/2 dozen dpt la bgi kat sedra utk kunyah2 dlm kreta msa mai rmah mlm jumaat lepas..sbb anak2 pun xminat..yg dh masuk molot pun nk posing jgkk kee..hehe..

Chocolate Macaron by ilhamdapur.blogspot.com
Resipi :Yani 
Bahan Asas Macarons
  • 40g telur putih - 1 biji L size
  • 30g gula kastor
  • 40g almond ground
  • 70g icing sugar
  • 6g serbuk koko/ green tea powder - maz guna 3g je serbuk koko

Cream Cheese - maz tak buat, guna nutella je
  • 50g mentega
  • 100g cream cheese
  • 100g icing sugar
  • capucinno paste / green tea powder ( lupa nak sukat.. main tuang ikut sedap tgn)

Cara-cara
  1. Ayak almond ground, icing sugar dan serbuk koko/green tea powder.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul telur putih dgn gula kastor sehingga bertanduk. Masukkan bahan yang diayak. Kaup balik dengan spatula sehingga sebati. ( Nak tahu ok ke dak... kaup sket adunan dengan spatula, tuangkan semula ke dalam mangkuk. Kalau dia jatuh smooth seperti ribbon... kira ok ler tu. Kalau pekat... kacau lagi tapi jangan sampai terlebih pulak.. Proses ni amat ptg . )
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat... pipe bentuk bulat sebesar 2.5-3 cm. Ketuk-ketuk belakang dulang untuk memecahkan gelembung2 udara yang terbentuk.
  4. Biar permukaan betul-betul kering sebelum dibakar ( bila sentuh, aduanan tak melekat pd tangan... sket pun tak.. takde rasa lekit2 pun .. hat ni pun ptg jugak ni.. kalau tak macarons jadi merekah bila dibakar.)
  5. Bakar selama 15 minit dgn suhu 150 degree - hat ni pun bergantung pd oven gak dan saiz macarons yg kita buat. (maz bakar selama 18 minit dengan suhu 150 C).
jamu mata je la ye..xbrapa rajin nk buat filling cheese..jdi isi nutella je..tpi memang kena dgn rsa macaron coklat ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...