Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, February 17, 2013

Buffalo Wings

Assalamualaikum..jumpa skli lagi..harap2 semangat dapur maya kli ni boleh tahan lama la skit..ni pun kira snak yg bnyk kli jgk buat msa kat bahrain hri tu..alas perut anak2 wktu ptg..kat sna kepak ayamnya kecik2 je..memang comel la org kata klu buat buffalo wings ni..mkn pun sedapp..skli masuk mulut je trus tngal tulang..biasa klu kat pasaraya tempat kita ni kepak ayamnya besar2 deh..tpi sblum CNY hri tu msa p tesco trjumpa la kepak ayam yg kecik ni..tu pun kena pilih dlm kepak2 yg saiz besar..rspi ni kira ikut slera la masuk apa..ada mcm2 stlye buffalo wings ni kan..yg jenis basah bersos pun ada..tpi yg ni ala-ala yg kat chilis tu..anak2 suka..dan sbgai pnduan rspi tgk kat sini..maz twist bahan ikut apa stok yg ada kat dpur..takpe la kan..janji ada rupa dan rasa b.wings mcm yg mkn kat chilis tu..memang laku la kat umah ni..

ni pose ala-ala chilis punye..memang serve dgn fresh calery..sbnarnya lepas mkn buffalo wings kat chilis la msa kat bahrain hri tu terus mari ilham nk buat sdri..sbbnya yg order tu xckupp..ye la 6-8 ketoi je..pastu rega pun berdinar2 la..apa lagi masuk pasaraya cari kepak ayam la..balik umah smbung mkn buffalo homemade plak..bru puasati..pastu kerap la duk greng kepak ayam ni..tpi nk tnya jgk..mana dtgnya buffalo tu ye..ada sapa2 yg tahu..meh kongsi skit..
 
Buffalo WIngs by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
 
  • 1kg kepak ayam saiz kecil - kerat dua (maz guna bhgian yg mcm dlm pic ni)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kari
  • 1/4 sudu kecil serbuk paprika
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu onion powder (serbuk bawang)
  • 1 cawan tepung gandum berkualiti (maz guna allpurpose flour)
  • 3-4 titik sos maggie seasoning (kicap perasa) @ 1-2 cubit serbuk pati ayam
  • beberapa cubit garam (ikut keperluan)
 
Cara :
 
1. Tos atau lap dengan tisu dapur kepak ayam agar betul-betul kering.
 
2. Gaul sebati semua bahan kecuali tepung pada ayam.
 
3. Kemudian amik 1/2 cawan dari sukatan tepung diatas dan gaul sebati pada ayam.
 
4. Perap dalam peti selama 3-4 jam.
 
5. Panaskan minyak yang banyak, kemudian gaulkan baki tepung tadi pada kepak ayam yang telah diperap dan boleh la terus mengoreng dengan api sederhana. Balikkan agar masak sekata.
 
6. Boleh la dihidang dengan sos kegemaran.
 
Nota : Bahan-bahan ni boleh ditambah atau kurang ikut keperluan, sebab maz buat tak sukat, main agak gitu je..
 
klu saiz kecik ni xpyah greng lelama..skejap je dh bleh angkat..memang terasa kejucieannya tu..pas sketoi2 nak masuk mulut..ok la selamat cuci mata dgn kepak ayam ni..semoga jumpa lagi..insyaallah..

Thursday, February 14, 2013

Bread Pudding

Assalamualaikum..akhirnya idup jgk dpur ni wpun muncul skli skala je..lama jgk nk tnggu semangat thun bru tu mari..ni pun xthu la bleh tahan brapa lama..apa khbar semua dan terima ksih pda pengunjung yg masih sudi menjengah ke dapur yg xbermaya ni..rsanya mkin lama mkin surut semangat tu..ditmbah plak dgn msa yg xbrapa nk mengizinkan..tpi tkpe la deh..sbb tujuan asal brblog ni pun skdar mngisi msa lapang dan sbgai rujukkan sndri dimsa akan dtg..jdi klu sempat tu berupdate la..klu tak gak..berhabuk la dpur ni brbulan2..ok la sbnarnya puding ni lama snguh dah kejadiannya..rspi dri Fatafeat Channel..rspi ni pun main slin je msa chef tu ckp smbil duk masak sbb memang xde rspi yg disertakan..buat ni pun 3 kping rti je..

 puding roti ni klu mkn dgn ais krim pun lgi sedap kan..
Bread Pudding by ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Fatafeat Channel
Bahan-bahan
  • 6 keping roti - potong 3 segi
  • 2 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 4-5 sudu besar gula -  boleh tambah/kurang
  • sedikit garam
  • mentega secukupnya - untuk sapu pada roti
  • kismis dan kepingan badam secukupnya
  • sedikit susu cair + sedikit madu/gula - kacau sebati - ni maz tambah sendiri
Cara
1. Panaskan oven suhu 160 C. Sapu mentega pada bekas yang sesuai atau casserole.
2. Sapu mentega pada roti.
3. Satukkan susu segar, tepung kastard, telur, garam dan gula. Kacau sebati agar gula larut.
4. Susun roti dalam bekas, taburkan kismis dan badan, kemudian tuang sedikit bancuhan susu tadi.
5. Ulangi sampai habis. Kemudian bakar selama 20-25 minit.
6. Keluarkan dari oven, taburkan gula kasar dan masukkan dalam oven semula (guna api atas je dan letak rak paling atas) tujuannya nk bagi gula tu hangus sikit.
7. Boleh la dihidangkan bersama susu cair jika suka atau ais krim.

saja tuang susu cair skit time nk mkn..sedap mkn yg berkuah mcm ni..semoga jumpa lagi..insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...